Ini Sebab Mengapa Rasulullah Suruh Bersihkan Tempat Tidur Sebelum Tidur

Adab tidur mengikut sunnah nabi

Sudahkah anda membiasakan diri dengan membersihkan atau mengibaskan tempat tidur anda dengan kain atau sarung sebelum anda baring dan tidur di atasnya di bilik tidur? Pastinya sebelum tidur anda akan membaca Bismillah sebelum melelapkan mata, bukan?

Tahukah anda mengapa Rasulullah SAW menyuruh semua umatnya membersihkan tempat tidur terlebih dahulu sebelum tidur sama ada di atas tilam atau apa saja tempat tidur? Mungkin ada yang masih tak tahu dan tak mengamalkan sunnah Nabi yang amat baik diamalkan ini.

Rasulullah Suruh Bersihkan Tempat Tidur


Sememangnya ada kajian yang berkaitan dengan tempat tidur serta ada fakta saintifik disebaliknya yang mengaitkan dengan kesihatan tubuh badan kita. Dan apakah ada rahsia tertentu yang berkaitan dengan alam ghaib mengaitkan dengan perkara ini yang akan memudaratkan kita?

Disebabkan perkara itulah kita tidak boleh mengambil mudah atau memandang remeh tentang sunah sebelum tidur dan sebaiknya kita perlu mengambil tahu agar kita tidak membuat kesilapan yang berulang di masa akan datang. Dari sahabat Abu Hurairah ra Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda;

"Apabila salah seorang dari kalian ingin berbaring di tempat tidurnya, hendaklah ia kibas-kibas tempat tidurnya itu dengan sarungnya (kain). Kerana dia tidak tahu apa yang terjadi pada tempat tidurnya setelah ia tinggalkan sebelumnya." (HR Bukhari Muslim)

bersihkan tempat tidur sebelum tidur

Hadis lain sebagai tambahan "Bagi orang yang bangun dari tempat tidurnya kemudian kembali lagi maka dianjurkan untuk mengibasinya kembali." (Sebagaimana hadis riwayat Tirmidzi. 3410)

Sekurang-kurangnya kita ada dua alasan yang munasabah dan amat penting yang menyebabkan kita perlu mengibaskan kain sarung ke atas tilam yang akan kita tiduri itu:

1. Adanya kuman penyakit yang hinggap di tilam, bantal dan selimut yang kita gunakan Malah setiap orang yang tidur di atas tilam pastinya ada sel-sel mati di tubuhnya yang jatuh atau melekat di tempat tidur dan pada ketika seseorang itu terjaga dari tidurnya sel-sel tersebut akan tertinggal di situ.

Ketika orang tersebut tidur semula tapi tidak terlebih dahulu membersihkan tilam yang akan ditidurnya itu, berkemungkinan besar adanya kuman tidak terlihat yang akan memakan sel-sel mati tersebut di atas tilam, selimut dan bantal yang kita gunakan tersebut.

Oleh kerana sebab itulah adalah sangat penting untuk kita mengibaskan katil atau tilam yang akan kita tidur itu terlebih dahulu sebelum tidur bagi memastikan segala kuman atau apa saja yang tidak kita nampak itu hilang dan tidak berada di tempat tidur.

2. Mungkin adanya makhluk halus atau makhluk ghaib yang tidur di atas katil tersebut yang tidak dapat  dilihat dengan mata kasar iaitu jin jahat atau syaitan dan iblis. Tidak ada satu tilam atau tempat tidur pun yang terbentang di dalam satu rumah yang tidak ditiduri oleh manusia, kecuali syaitan akan tidur di atas tilam tersebut.

Orang yang beriman kepada yang ghaib pasti menyedari bahawa kita hidup bersama dengan makhluk ciptaan Allah yang lain yang tak terlihat dengan mata kasar. Oleh sebab itu melakukan sunah Nabi dengan mengibas-ngibaskan tempat tidur dengan kain sarung sebelum tidur sambil membaca Bismillah atau doa sebelum tidur adalah sangat digalakkan.

Amalan dan Doa Sebelum Tidur


Insya Allah kita akan berjaya serta mampu mengelakkan atau menghindari diri kita daripada sebarang gangguan jin, dan godaan iblis dan syaitan yang terkutuk. Inilah antara sunnah yang amat mudah dilakukan yang mempunyai kelebihan dan fadilat sangat besar. Wallahualam.

Mulai hari ini, mari kita amalkan dalam kehidupan seharian kita sebelum tidur iaitu dengan mengibaskan semua tempat tidur kita sama ada di atas tilam atau apa saja jenis tempat tidur sebelum kita menghempaskan badan untuk menghilangkan penat dan mengantuk. Semoga bermanfaat. - Facebook

Doa Untuk Membayar Hutang Agar Dipermudahkan Oleh Allah SWT

Doa lunas hutang

Dalam kehidupan seharian kita pasti tidak akan terlepas daripada menghadapi berbagai masalah yang datang dan pergi. Inilah lumrah alam yang harus dihadapi oleh semua orang dan masalah kewangan iaitu hutang tentunya terus membelenggu mereka yang berhutang dan memikirkan siang dan malam bagaimana cara untuk membayar hutang dengan mudah.

Sebesar mana pun masalah yang kita hadapi dan sesusah mana pun keadaan kewangan kita, adalah wajib untuk kita berusaha dan terus memanjatkan doa serta bertawakal kepada Allah SWT agar dipermudahkan untuk kita membayar hutang. Terus berdoa memohon kepadaNya agar kita dapat selesaikan hutang sebelum kita menutup mata.

Dalam Islam membuat sebarang pinjaman untuk berhutang adalah dibenarkan dengan syarat hutang tersebut tidak mempunyai unsur-unsur riba dan ada perjanjian yang nyata untuk tempoh membayar semula dan turut mempunyai dua orang saksi ketika pinjaman tersebut dilakukan.

doa bebas hutang

Risiko menanggung hutang berkenaan selain memikul tanggungjawab untuk membayarnya adalah bahaya yang amat besar yang akan menimpa pada si penghutang sekiranya hutang itu tidak dibayar. Perkara ini ada disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah, Sabda Rasulullah SAW ;

"Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (yakni dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan."

Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar radiallahuanhu, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

"Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambilkan (ganti) daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham." (Hadis Riwayat Ibnu Majah).

Oleh disebabkan betapa pentingnya hutang itu wajib dibayar disamping kita terus berusaha mencari duit yang secukupnya untuk selesaikan hutang-hutang berkenaan, kita amat digalakkan untuk terus berdoa dan meminta kepada Allah SWT supaya dipermudahkan untuk membayar hutang.

Doa Untuk Membayar Hutang


Ketika zaman Rasulullah dahulu, sahabat-sahabat Rasulullah sendiri juga ada membuat pinjaman kewangan iaitu berhutang dengan orang Yahudi Madinah tanpa riba kerana amat memerlukan atau terdesak menyebabkan mereka terpaksa berhutang.

Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al- Tabrani dengan sanad yang jayyid dalam Bab Doa, Saidina Muaz r.a. pernah mengadu kepada Nabi SAW tentang hutangnya kepada seorang Yahudi. Nabi SAW terus mengajarnya membaca ayat 26-27 Surah Ali-Imran untuk melunaskan hutang-hutangnya yang ditanggung itu.

doa bayar hutang ajaran nabi

Firman Allah SWT maksudnya :

"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki.

Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". (Surah Ali-Imran ayat 26-27)

Inilah antara doa-doa untuk dipermudahkan membayar hutang dan kedua-dua ayat iaitu surah Ali-Imran ayat 26-27 perlu diamalkan dengan membacanya sebelum tidur. Semoga amalan ini mudah-mudahan kita mendapat jalan untuk melangsaikan bebanan hutang dengan cepat dan mudah. (Al Durrul Manthur, tafsir ayat 26-27, surah Ali-Imran)

Perkongsian Mufti Wilayah Persekutuan yang menjawab soalan berkaitan hutang dan menyebutnya, apakah doa agar mudah melangsaikan hutang dan apakah amalan supaya dapat melunaskan hutang dengan mudah. Sebenarnya, terdapat beberapa hadis yang baik untuk diamalkan oleh mereka yang terbeban dengan hutang dan juga doa agar mudah membayar hutang.

Hadis Abu Said al-Khudri RA. Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya:

"Rasulullah SAW telah masuki masjid. Tiba-tiba terdapat seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana. Beliau bertanya: "Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat kau sedang duduk di dalam masjid sedangkan bukan luar waktu solat?"

Abu Umamah menjawab: "Dukacita dan hutang menyelubungiku wahai Rasulullah!"

Rasulullah menjawab: "Mahukah kamu aku ajarkan kepada kamu satu doa jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu."

Abu Umamah menjawab: "Sudah tentu, wahai Rasulullah."

Maka Baginda bersabda: "Bila kamu membaca apa yang aku ajarkan, nescaya Allah hilangkan rasa risau dari dirimu dan melunaskan hutang-hutangmu ketika pagi dan petang."

Doa untuk melangsaikan hutang ini perlu diamalkan pada ketika waktu pagi dan petang dan sebaiknya diamalkan dalam kehidupan seharian. Kita digalakkan menjadikan bacaan doa melunaskan hutang ini sebagai amalan harian tanpa rasa jemu.

doa selesai hutang

Hadis ‘Aisyah R.Anha. Bahawa ‘Aisyah R.Anha memberitahu, bahawa Nabi SAW berdoa dalam solat sebelum salam:

Doa mudah bayar hutang

Imam al-Hafiz Ibn Hajar ada menyebut bahawa makna untuk kalimah maghram ialah dain iaitu hutang. Dikatakan yang dikehendaki dengan al-Maghram ialah apa yang diperhutangkan samaada perkara harus atau tidak, kemudian orang yang berhutang tak mampu untuk membayarnya. Lihat: Ibn Hajar al-Asqalani. Fath al-Bari. jil 2. hlm. 371.

Daripada Suhail, beliau berkata: "Abu Soleh memerintahkan kepada kami apabila salah seorang di antara kami hendak tidur, hendaklah berbaring sebelah kanan kemudian mengucapkan:

Doa agar hutang lunas dan banyak rezeki

doa hapus hutang yang banyak

Baca : Doa Menghilangkan Stres

Untuk pemberi hutang pula, sekiranya orang yang berhutang dengan anda itu tidak berkemampuan untuk membayar hutang dan bukannya dibuat-buat, eloklah berikan tempoh yang sewajarnya atau jika hutang tersebut tidak terlalu banyak, elok dihalalkan saja. Itu lebih baik kerana ada hadis diriwayatkan daripada Abu Hurairah .ra. katanya, Rasulullah bersabda :

"Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah SWT. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan-Nya." (Hadis Riwayat Tirmizi).

6 Adab Jika Kita Berhutang Dengan Orang


  • Usaha nak selesaikan secepat mungkin. Jika ada duit lebih, utamakan bayar hutang.
  • Target nak selesai bayar sebelum tamat tempoh seperti yang telah dijanjikan.
  • Bayar hutang sebelum ditagih oleh pemiutang.
  • Jika ada masalah tak boleh bayar hutang, terus memberitahu pemiutang dan mohon maaf. Jangan senyap je.
  • Jangan pentingkan diri sendiri pergi bercuti sana sini tapi hutang buat tak reti.
  • Jika orang yang memberi hutang itu telah meninggal dunia, bayarlah kepada warisnya.

Hutang wajib dibayar dan tak kira walau satu sen pun ia harus dibayar jika kita meminta untuk berhutang dan berjanji untuk membayar semula. Mengikut hukum dalam Islam sememangnya dosa berhutang sangat berat. Semoga perkongsian doa bayar hutang serta melunaskan, melangsaikan dan menyelesaikan masalah hutang ini akan membantu anda selain memberikan pengetahuan tentang hukum berhutang. Semoga bermanfaat. - ilmualam.com

Doa Menghilangkan Stress, Penenang Hati, Sedih & Gelisah

doa untuk hilangkan stress

Dalam dunia ini pastinya setiap orang mempunyai masalah tersendiri dan tidak akan lari dari buat sebarang kesilapan serta tidak dapat lari daripada ditimpa sebarang musibah dan masalah. Kerana itu ada ketika manusia akan merasa stress atau tertekan, lemah, kecewa, terluka, sedih, gelisah, takut dan menangis sehingga tidak lagi mampu untuk hadapi ujian Allah.

Sebagai umat Islam, percayalah setiap satu masalah pasti ada jalan penyelesaian dan tiada satu perkara pun yang tak dapat diselesaikan dengan bantuan Allah SWT malah tiada apa pun yang dapat menandingi kehendak Allah, oleh itu kita wajib berdoa dan berbagai doa-doa dan zikir dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan.

Doa itu adalah senjata orang mukmin dan dengan berdoa ia dapat memberikan kekuatan kepada sesiapa saja yang lemah malah akan membuatkan orang lain tidak percaya dengan kekuatan kita berserta keyakinan yang tinggi dan juga memberikan keberanian kepada mereka yang dalam ketakutan, itulah keberkatan doa.

Doa Menghilangkan Stress, Penenang Hati, Sedih & Gelisah


Doa Hilangkan Stress

doa menghilangkan kesedihan dan kesusahan

Maksud Dalam Rumi:

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh."

– Sahih Bukhari

Doa Kuatkan Hati

doa tenangkan hati dan kuatkan hati rumi

Maksud Dalam Rumi:

"Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan."

– Hadis Riwayat Tirmidzi

Doa Hilangkan Kesedihan & Kesusahan

doa ketika sedih

Maksud Dalam Rumi:

"Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya."

– Sahih Ibnu Hibban

Doa Mengelakkan Hutang Yang Banyak

doa mengelakkan dan bebas daripada hutang

Maksud Dalam Rumi:

"Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang."

– Sahih Bukhari

Doa Ketika Menghadapi Kesulitan

doa ketika ditimpa kesulitan yang sangat berat

Maksud Dalam Rumi:

"Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri."

– Surah Al-Anbiya’ Ayat 87

Doa Untuk Kecerdikan

doa untuk kecerdasan fikiran dan minda

Maksud Dalam Rumi:

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku."

– Surah Taha Ayat 25-28

Doa Penerang Hati

doa penerang hati dan dipermudahkan urusan

Maksud Dalam Rumi:

"Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami."

– Surah Al-Imran Ayat 173

Zikir Penerang Hati


Sabar dan Positif Hadapi Ujian Allah

Sebagai seorang manusia pasti setiap daripada kita ada ketika merasa kecewa yang teramat sangat dengan keadaan dan situasi yang kita hadapi. Namun, percayalah semua itu adalah ujian daripada Allah SWT yang ingin menguji kekuatan hambaNya supaya kita semua kembali meminta pertolongan dan mengadu serta berserah kepadaNya.

Apa yang paling penting walau sekuat mana tekanan atau stress yang kita hadapi, sesedih mana pun kecewa di hati dan sesakit mana pun di hati, ingatlah sabar adalah wajib bagi kita sebagai orang Islam. Berdoalah dan mengadulah tanpa rasa malu kepada Allah kerana hanya Dia Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Mulai sekarang, marilah kita semua mengamalkan 7 doa pendek ini iaitu untuk menghilangkan stress, sedih, marah, gelisah, takut dan semua perkara yang tidak baik atau negatif dalam diri kita. Jadikanlah semua doa ini sebagai satu amalan, insya Allah berkat usaha dan amalan kita pastinya Allah memberikan bantuan dan perlindungan. Semoga bermanfaat. - Facebook & ilmualam.com

Doa Ketika Memulakan Kerja Awal Pagi atau Berniaga (Sebelum & Selepas)

doa sebelum memulakan kerja awal pagi

Sebelum memulakan kerja, tugas, berniaga, keluar rumah, buat sesuatu atau pun selepas solat, kita digalakkan membaca doa supaya kehidupan kita lebih baik dan diberkati selain memohon kepada Allah agar rezeki yang kita terima itu adalah daripada sumber yang halal. Bacalah doa ketika memulakan kerja sama ada di awal pagi atau sebaliknya.

"Ya Allah, sesungguhnya engkaulah Maha Pengampun lagi Maha Mulia yang menyintai orang yang memohon kemaafan, Ampunilah aku Ya Allah."

"Aku memohon Keampunan kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan kecuali Dia yang Maha hidup dan Maha mendiri sendiri, Aku Bertaubat kepada-Nya."

"Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunilah dosa-dosa kami, dan berikan Rahmat kepada kami."

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang Halal (hingga aku terhindar) dari yang Haram. Kayakanlah aku dengan anugerahMu (hingga aku tidak meminta) kepada selainMu."

Amin ya rabbal alamin.

Doa Sebelum Memulakan Kerja & Perniagaan


doa sebelum memulakan sesuatu pekerjaan

Doa Ketika Mula Berkerja / Berniaga


doa sebelum mulakan tugas atau berniaga

Maksud Dalam Rumi:

"Ya Allah, aku memohon kepada Mu kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya dan aku berlindung pada Mu daripada keburukan pekerjaan ini dan segala keburukan yang ada di dalamnya. Sesungguhnya di atas segala sesuatu itu Engkaulah Yang Maha Berkuasa menentukannya. Aaminn."

Doa Ketika Habis Kerja


Bacaan doa agar kerja dipermudahkan

Maksud Dalam Rumi:

"Ya Allah, aku serahkan pada Mu pekerjaanku dan jiwa ragaku, dan aku bertawakal kepada Engkau Ya Allah. Amin."

Baca : Kelebihan Ayat Seribu Dinar

Amalan dan Tips Murah Rezeki

Perniagaan semakin laris? Kerja dinaikkan pangkat dan gaji bertambah? Apa, doa, amalan, tips dan caranya untuk dapatkan semua tu? Sebenarnya semua ni atas kebijaksanaan kita sendiri selain meminta dan berdoa kepada Allah SWT, tapi antara tips terbaik seperti yang dikongsikan di laman Facebook adalah seperti berikut.

1. Murahkan Senyuman

Ketika berniaga, bertugas atau sebelum berkerja wajib untuk anda murahkan senyuman. Rasulullah SAW  sendiri ketika berniaga amat pemurah dalam memberi senyuman kepada pelanggan dan bakal pelanggan.

Senyuman akan mengundangkan senyuman yang lain. Senyuman akan melembutkan hati rakan sekerja, prospek dan pelanggan untuk membina kemesraan. Jangan lupa, kalau mereka tidak membeli sekali pun, senyuman anda itu satu sedekah!

2. Bantu Rakan, Prospek dan Pelanggan

Apabila kita banyak membantu, nanti orang pula akan membantu kita. Setiap perniagaan adalah penyelesaian kepada sesuatu masalah. Apa sahaja penyelesaian, ia merupakan satu bantuan.

Fikirkan bagaimana perniagaan anda dapat membantu orang ramai. Sama ada sebelum mereka menjadi pelanggan anda atau selepas menjadi pelanggan anda. Lebih banyak perniagaan dapat membantu, maka lebih murah rezeki akan datang kepada perniagaan.

3. Kemas & Bersihkan Tempat Kerja & Berniaga

Sekiranya berkerja atau mempunyai kedai, pastikan pejabat atau kedai dalam keadaan kemas dan bersih sentiasa. Sekiranya menjalankan perniagaan Internet, sama juga. Pastikan meja tempat anda bekerja adalah sentiasa bersih dan kemas.

Keadaan tempat kerja yang kemas akan memudahkan perniagaan untuk menjadi lebih teratur. Kebersihan sekeliling akan memurahkan rezeki. Jangan lupa, kebersihan diri sendiri sebagai pemilik perniagaan juga perlu diutamakan.

4. Amalkan Doa Murah Rezeki Sebelum Kerja atau Berniaga

"Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada Engkau kebaikan hari ini, kemenangan-Nya, pertolongan-Nya, cahaya-Nya, keberkatan-Nya dan petunjuk-Nya. Dan aku memohon perlindungan kepada Engkau dari kejahatan sesuatu yang ada di dalamnya dan kejahatan sesuatu sesudahnya."

Baca : Adab dan Etika Berdoa Dalam Islam

Antara Doa Murah Rezeki Terbaik


Mencari rezeki yang halal, mengharap berkat dan redha Allah. Berbekalkan kudrat tulang empat kerat, bermandi peluh jerih demi memberi nafkah kepada keluarga, anak, isteri atau diri sendiri dan memastikan kelancaran hidup di dunia yang sementara ini.

"Hamba berserah diri kepada Mu ya Allah. Semoga Allah mempermurahkan rezeki hamba-hambaNya yang telah berusaha. Amin. Mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia dan akhirat."

Semoga perkongsian doa sebelum kerja awal pagi dan ketika memulakan pekerjaan serta berniaga berserta doa dan tips murah rezeki ini akan dapat dimanfaatkan. Jadikanlah semua doa mula kerja dan akhir kerja ini sebagai amalan harian agar kita terus dipermudahkan rezeki yang melimpah ruah dengan penuh keberkatan daripada Allah SWT. - ilmualam.com

Koleksi Doa Untuk Kebahagiaan Suami Isteri dan Keluarga

doa untuk kebahagiaan rumah tangga dan keturunan

Koleksi doa kebahagiaan suami isteri dan keluarga. Doa adalah senjata orang Mukmin dan ia juga adalah satu bentuk ibadah yang mana ia menjadi satu perkara asas di dalamnya. Dengan berdoa juga dapat membuktikan keimanan dan kecintaan seseorang terhadap Allah SWT.

Berdoa adalah harapan, meminta atau memohon sesuatu daripada Allah untuk kejayaan, kebaikan, ketenangan, kebahagiaan, kesihatan, kesyukuran dan sebagainya. Doa juga adalah ibadat yang paling agung. Jika kita menghadapi kesukaran, kita wajib berdoa dan janganlah sekalipun merasa ego dengan apa yang kita ada.

Dengan berdoa pastinya kita akan merasa tenang dan yakin bahawa doa kita akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Allah Maha Mendengar dan kepadaNya sahaja tempat kita meminta, meraih simpati dan mengadu nasib tanpa rasa malu. Kita boleh meminta doa untuk keluarga bahagia, suami isteri, anak dan semuanya.

Doa Kebahagiaan Suami Isteri & Keluarga


Doa untuk kebahagiaan suami isteri ini digalakkan dibuat setiap kali selepas solat 5 waktu. Suami diwajibkan sedekah surah Al Fatihah kepada isteri sebanyak sekali dan begitu juga isteri sedekahkan surah Al Fatihah kepada suami satu kali setiap kali setelah selesai menunaikan sembahyang lima waktu. Insya Allah, mustajab dan inilah antara rahsia keluarga bahagia dan kebahagiaan rumah tangga.

doa untuk keluarga bahagia

Maksudnya : "Katakanlah ya Muhammad! "Jika kamu mengasihi Allah, maka hendaklah kamu mengikuto aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang."

Doa Kepada Suami dan Isteri


Doa isteri adalah kunci kejayaan seorang suami. Pasti sejuk hati para suami sekiranya sambil isteri mencium tangan suami di saat suami hendak melangkah ke tempat kerja, lalu mendoakan suaminya sambil memberikan senyuman dengan penuh keikhlasan hati.

Doa isteri amat diperlukan oleh seorang suami bagi mendapatkan kejayaan dunia dan akhirat. DOA seorang isteri untuk suami memang mustajab kerana jika wanita bermunajat, ia memang ikhlas. Usaha yang disusuli dengan doa adalah faktor yang memberi kebahagiaan kepada rumah tangga.

Doa bahagia suami isteri selepas solat

Kepergian suami di pagi hari dalam rangka mencari nafkah dituliskan sebagai pahala jihad oleh Allah SWT. Agar suami anda berangkat jihad dengan lapang dan penuh semangat, maka apa salahnya dan seberapa sulitnya sebagai isteri melayani dan mempersiapkan segala keperluannya.

Kerana Allah menjanjikan dalam HR Bukhari-Muslim:

"Barang siapa menyiapkan perlengkapan orang yang akan berjihad di jalan Allah, maka ia pun dinilai seperti orang yang berjihad."

Isteri perlu banyak berdoa yang baik-baik untuk suami agar suami itu dipermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Berkat doa isteri suami akan sentiasa terhindar dari musibah semasa isteri tiada di sisi. Doa yang baik-baik akan menyatukan hati dengan suami. Jika isteri marah pada suami, tetap doakan yang baik-baik. Pulangannya akan datang kemudian, InsyaaAllah. - Hajah Rohana Saad.

Doa Keluarga Bahagia


doa rumah tangga berkekalan

Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa."

Doa Untuk Rumah Tangga Bahagia


Perselisihan faham, pertengkaran atau pergaduhan kecil adalah adat dalam rumah tangga dan pasangan suami isteri pasti akan melalui perkara ini walau sekali sepanjang perkahwinan. Walau bagaimanapun, apabila bergaduh wajib untuk suami atau isteri mencari jalan penyelesaian dengan memujuk atau menenangkan pasangan.

Memujuk isteri atau suami biasanya agak sukar kerana setiap pasangan mempunyai ego masing-masing. Memujuk bukanlah satu perkara yang mudah dan ia tidak semudah disangka seperti ketika waktu bercinta dulu. Jadi, setiap pasangan harus bijak menyelesaikan ketika pergaduhan berlaku.

doa untuk suami dan isteri

Kawalan emosi adalah perkara utama selain kekuatan mental yang diperlukan, biasanya suami lebih tenang daripada isteri. Manakala isteri biasanya akan habis-habisan membela diri dan ingin dipujuk serta disayangi. Walau apa sekalipun suami juga harus bijak mengawal keadaan agar tidak menjadi lebih teruk lagi.

Antara amalan utama untuk keluarga bahagia yang harus dijadikan amalan harian adalah dengan menggunakan ayat Al-Quran yang wajib dipraktikkan setiap pasangan suami isteri agar rumah tangga terus bahagia dan tenang tanpa sebarang masalah.

Selain doa Nabi Yusuf yang boleh anda amalkan, kami kongsikan juga beberapa Surah Al-Quran yang boleh kita manfaatkan untuk melembutkan hati pasangan suami isteri dan terus menyayangi dan mengasihi kita. Selain itu amalkanlah doa-doa rumah tangga bahagia yang lain untuk terus mengekalkan kasih sayang suami isteri.

Surah Yasin Ayat 36

doa rumah tangga bahagia dunia akhirat

Maksudnya: "Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka atau pun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya."

Surah Al-Hujurat Ayat 13

Koleksi doa keluarga bahagia

Maksudnya: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."

Surah Ali-Imran Ayat 14

Doa mohon kebahagiaan rumah tangga

Maksudnya: "Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak berpikul-pikul dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)."

Syarat Untuk Doa Diterima Allah SWT

Jika ingin doa diterima Allah SWT, berdoalah dengan penuh keikhlasan hati serta yakin. Antara adab-adab berdoa yang betul adalah dengan memulakan puji-pujian kepada Allah SWT terlebih dahulu dan disusuli dengan selawat ke atas Rasulullah SAW.

Baca : Adab dan Etika Berdoa Dalam Islam

Adalah wajib untuk memastikan niat kita diperbetulkan terlebih dahulu sebelum berdoa dan juga cara-cara untuk berdoa wajib dititikberatkan serta hendaklah tidak melanggari syariat yang telah ditetapkan dan dikhususkan dalam Islam.

Semoga perkongsian koleksi doa untuk kebahagiaan suami isteri dan keluarga berserta doa rumah tangga bahagia ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Ketahuilah bahawa Al-Quran adalah kalam yang paling baik dan paling sempurna untuk manusia berhubung dengan Allah SWT iaitu doa. - ilmualam.com

Kelebihan Surah Yasin Ayat 58 Untuk Hajat Dimakbulkan Allah

rahsia surah yasin ayat ke 58

Ramai yang tahu kelebihan dan fadhilat surah Yassin yang sememangnya sangat baik diamalkan malah ia bukan sahaja untuk dibaca ketika ada orang yang meninggal dunia. Adalah sebaiknya kita jadikan surah ini sebagai amalan harian dan surah Yasin ayat 58 pula adalah surah untuk doa dan hajat kita dimakbulkan

Kelebihan Surah Yasin Ayat 58


Barang siapa yang membaca Surah Yasin ayat ke 58 sepenuhnya dengan penuh keikhlasan dan keyakinan iaitu dalam bahasa rumi, Salaamun Qaulan Min Rabbin Rahim, diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat yang baik, insya Allah dengan izin Allah Yang Maha Berkuasa, semua niat dan hajat kita itu akan dikabulkan.

Surah yasin makbulkan hajat

Maksudnya:

(Kepada mereka dikatakan): "Salam", sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang. (Yasin:58)

doa makbulkan hajat
Surah Yassin Ayat 58 - Facebook

Doa Dimakbul Allah


Jika boleh bacaan surah yasin ayat 58 itu niatkan begini:

1. YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku.

2. YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam.

3. YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat.

4. YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini.

5. YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin.

6. YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir dan batin.

7. YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.

Aamiin Ya Allah.


Baca : Kelebihan Surah Yassin

Semoga perkongsian kelebihan dan rahsia surah Yasin ayat ke 58 ini bermanfaat buat anda semua dan sampaikanlah dakwah ini kepada sesiapa saja sama ada sahabat, keluarga dan seramai yang boleh.

Sesungguhnya tiada kerugian jika kita menyebarkan ilmu malah ia amat digalakkan. Ikhlaskan hati kita untuk sampaikan dakwah ini kerana Allah. Dunia ini hanyalah pentas semata-mata dan akhirat jualah tempat yang sebenarnya.

Doa Pembatal Sihir & Ayat Pendinding Diri Dari Gangguan Jin & Syaitan

doa pendinding diri pembatal sihir

Doa pembatal sihir adalah ayat Al-Quran yang perlu diamalkan sebagai ikhtiar untuk mematahkan gangguan sihir, ilmu hitam, jin dan syaitan. Doa dan zikir yang dipetik daripada Surah Yunus, ayat 81 - 82 ini terbukti sangat mujarab untuk menghindari kejahatan makluk halus dan juga pelindung diri.

Selain doa pembatal sihir kami juga kongsikan beberapa doa lain iaitu seperti doa pelindung diri dari sihir daripada ayat-ayat Al-Quran dan surah-surah terpilih untuk anda jadikan sebagai pelindung atau pendinding diri untuk melindungi diri sendiri dan keluarga kita daripada sebarang gangguan sihir.

Doa Pembatal Sihir dan Ayat Pendinding Diri


Doa pembatal sihir yang dikongsikan di bawah adalah hasil perkongsian daripada laman Facebook Anugerah yang telah berkongsi kepada orang ramai bagaimana untuk membatalkan dan menangkis sihir dengan hanya mengamalkan Surah Yunus ayat 81 dan 82 ini.

Ayat pelindung diri


Doa Ruqyah Menghindari Gangguan Sihir dan Syaitan


Berikutnya kami kongsikan juga doa ruqyah yang dikongsikan di laman Facebook Perawat Darussyifa untuk anda yang mencari bagaimana cara untuk mengelakkan daripada gangguan jin, sihir dan syaitan. Sila perdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran berikut;

  1. Al-Muawwizat
  2. Ayat Pembatal Sihir
  3. Ayat Penunduk Sihir
  4. Ayat Pendinding Daripada Sihir
  5. Ayat Pendinding Daripada Syaitan
  6. Ayat Perlindungan Daripada Gangguan Syaitan
  7. Ruqyah Nabawiyah
  8. Doa Menghindari Syaitan
  9. Doa Menghindari Hasutan Syaitan
  10. Doa Menghindar Gangguan Syaitan


Semoga perkongsian doa pembatal sihir, ayat pendinding diri dan juga doa ruqyah untuk menghindari daripada gangguan sihir, jin dan syaitan serta kejahatan makhluk halus ini akan bermanfaat untuk anda dan juga mampu membantu anda untuk mengamalkannya. Semoga bermanfaat. - ilmualam.com

Nak Masuk Ke Rumah Baru Jangan Abaikan 5 Perkara Ini (Adab & Doa Pindah Rumah)

amalan doa masuk rumah baru pindah

Berpindah ke rumah yang baru dibeli sememangnya amat menyeronokkan dan rasa gembira serta bangga pasti wujud tidak terkira kerana titik peluh selama ini berbaloi setelah dapat menyediakan sebuah rumah baru yang sempurna untuk isteri dan anak-anak. Pastinya anak-anaklah orang yang paling gembira kerana dapat duduk di rumah baru ini.

Walau bagaimanapun, jangan sekali-kali kita hanya memikirkan tentang keseronokan sahaja apabila memasuki rumah baru serta untuk menghias segala macam tempat dan sudut semata-mata. Pasti ada banyak perkara yang anda wajib dahulukan untuk memastikan keadaan rumah baru tersebut dalam keadaan baik dan selesa untuk diduduki.

Selain mencuci seluruh kawasan rumah sehingga bersih terlebih dahulu, ada enam perkara ini yang patut anda buat sekiranya berpindah ke rumah baru. Apa pun tak kira sama ada rumah baru, rumah sewa, rumah yang sudah lama ditinggalkan atau pun rumah apa saja yang anda akan duduki wajib kena lakukan perkara yang sama agar tidak berlaku perkara tidak diingin di masa depan nanti.

Berikut dikongsikan kepada anda amalan semasa pindah ke rumah baru yang wajib anda lakukan sewaktu ingin menduduki rumah berkenaan. Bacaan doa selamat, azan berserta ayat-ayat Al-Quran sangat baik dibuat sewaktu pindah rumah seperti yang dikongsikan di laman Facebook.

Adab & Doa Masuk Rumah Baru Pindah


bacaan doa selamat pindah rumah

1. Laungkan Azan

Langkah ni memang wajib buat. Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan tanpa penghuni, ia pasti akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali sebagai Al-‘Ammar), yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Baca Surah Al-Baqarah

Bila dah pindah ke rumah baru, malam pertama pastikan anda habiskan Surah Al Baqarah. Paling kurang pun pasangkan surah ini di dalam rumah. Biarkan ia bergema di seluruh rumah anda. Syaitan dan jin akan lari sebaik surah ini dibacakan. Lengkapkan dengan bacaan Yassin sekali.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Solat dan Membaca Al-Quran

Pastikan jangan ditinggalkan solat dan amalkan bacaan Al Quran setiap hari. Inilah pendinding kita umat Islam. Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas

Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah

Yang ni wajib buat sebelum berpindah masuk. Pagarkan rumah dengan renjisan air yassin pada setiap penjuru rumah. Lengkapkan dengan bacaan Yassin setiap hari sepanjang hari. Insya Allah rumah akan dilindungi.

Atau cara paling mudah, ambil segelas besar air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas) kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas.

Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan dimulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam. Percaya dan yakinlah Allah sentiasa melindungi kita.



Semoga perkongsian amalan, adab dan doa masuk rumah baru yang kami kongsikan ini akan membantu anda untuk berpindah ke rumah baru dengan aman dan sempurna tanpa sebarang gangguan dan sebagainya. Semoga bermanfaat untuk anda sekeluarga.

Adab dan Etika Berdoa Yang Wajib Diketahui Oleh Semua Orang Islam

adab berdoa agar dikabulkan oleh Allah

Adakah anda tahu apa erti doa yang sebenarnya dan apakah adab dan etika berdoa yang disukai Allah SWT? Doa merupakan permohonan, permintaan atau pengharapan seseorang untuk mendapatkan kebaikan daripada Allah SWT. Kita disyariatkan berdoa untuk kebaikkan diri, keluarga, sahabat serta sesama umat Islam.

Yang sebenarnya setiap daripada kita mempunyai keperluan, kehendak dan keinginan masing-masing dan salah satu cara untuk mendapatkan semua itu adalah dengan memohon doa atau berdoa kepada Allah SWT supaya hajat itu dimakbulkan-NYA. Walau bagaimanapun, anda perlu tahu adab dan etika berdoa agar setiap doa yang dipanjatkan itu lebih diberkati dan dikabulkan.

Adab dan Etika Berdoa Dalam Islam


Pertama, permohonan doa tersebut hendaklah ditujukan kepada Allah sahaja. Tidak boleh menujukan doa kepada seseorang selain Allah, tidak boleh menujukan doa kepada seseorang bersama Allah. Doa merupakan salah satu urusan aqidah, maka hendaklah kita berhati-hati agar tidak melakukan syirik dalam rangka berdoa.

Kedua, permohonan doa hendaklah dengan hati yang sedar dan berharap. Usah berdoa dengan hati yang lalai, putus asa atau ragu-ragu. Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah mengingatkan: Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kalian meyakini ia akan dikabulkan. Ketahuilah bahawa Allah tidak akan mengabulkan doa daripada hati yang lupa lagi lalai. [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 3401/3479]

Adab Berdoa Menurut Al-Quran dan Sunnah


Para Ulama menjelaskan tentang adab dan etika dalam berdoa agar dikabulkan, sebagaimana tuntutan dalam al-Quran dan Hadis.

Al-Baghawi rahimahullah berkata: "Ada etika dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab dikabulkannya doa. Barangsiapa memenuhinya, maka dia akan mendapatkan apa yang diminta dan barangsiapa mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa; sehingga doanya tidak berhak dikabulkan".

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata "Kedua ayat berikut mencakup adab-adab berdoa dengan kedua jenisnya (doa ibadah dan doa permohonan);

Iaitu firman Allah SWT :

ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا ۚ إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِينَ

"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. [al-A‘raf/7:55-56]

adab adab semasa berdoa

Dan Ibnu Katsir rahimahullah membawakan sejumlah hadis-hadis yang berkaitan dengan adab-adab tersebut iaitu:

1. Mengangkat kedua tangan sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Salman al-Farisi Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:

قَالَ إِنَّ اللّهَ حَيِيٌ كَرِيمٌ يَسْتَحْيِي إِذَا رَفَعَ الرَّجُلُ إِلَيْهِ يَدَيْهِ أَنْ يَرُدَّهُمَا صِفْرًا خَائِبَتَيْنِ

"Sesungguhnya Allah SWT Maha pemalu lagi Maha pemurah terhadap seorang hamba yang mengangkat kedua tangannya (berdoa), kemudian kedua tangannya kembali dengan kosong dan kehampaan (tidak dikabulkan)."

2. Memulakan doa dengan pujian terhadap Allah SWT, kemudian Selawat dan Salam kepada Rasulullah SAW, selanjutnya bertawasul kepada Allah SWT dengan tawasul yang disyariatkan, seperti dengan bertauhid kepada Allah SWT dengan asma’ dan sifat Allah SWT, dengan amal shalih dan selainnya.

3. Bersangka baik terhadap Allah SWT. Diriwayatkan dalam sebuah hadis qudsi dari Anas Radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah SAW bersabda :

يَقُولُ اللَّه عَزَّوَجَلَّ : يَقُولُ أَنَّا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِيْ وَأَنَا مَعَهُ إِذَا دَعَانِيْ

"Allah SWT berfirman: "Aku (akan) sebagaimana hamba-Ku menyangka tentang-Ku, dan Aku akan bersamanya jika ia berdoa kepada-Ku."

al-Qurthubi rahimahullah berkata: "Maknanya adalah hamba itu menyangka dikabulkannya doa, diterimanya taubat, diberikan ampun melalui istighfar, serta menyangka dibalas dengan pahala atas ibadah yang dilakukan sesuai syarat-syaratnya sebagai keyakinan akan kebenaran janji Allah SWT.

4. Menjauhi sikap tergesa-gesa mengharapkan terkabulnya doa kerana ketergesa-gesaan itu akan berakhir dengan sikap putus asa sehingga ia tidak lagi berdoa. Naudzubillah.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُسْتَجَابُ لأَِحَدِكُم مَالَم يَعْجَلْ يَقُولُ دَعَوْتُ فَلَم يُتَجَبْ لِي

"Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah bersabda "Akan dikabulkan (doa) seseorang di antara kalian selama dia tidak tergesa-gesa, iaitu dia berkata ‘aku telah berdoa namun belum dikabulkan bagiku".

Dalam lafaz lain, SAW bersabda:

قَالَ لاَيَزَالُ يُستَجَابُ لِلعَبْدِ مَا لَم ْيَدْع ُبِإِثْم أَوْ قَطِيعَةِ رَحِمٍ مَالَمْ يَسْتَعْجِل قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الاِستِعْجَالُ قَالَ يَقُولُ قَدْ دَعَوْتُ وَقَدْ دَعَوْتُ فَلَم أَرَ يَسْتَجِيبُ لِي فَيَسْتَحْسِرُ عِنْدَ ذَلِكَ وَيَدَعُ الدُّعَاءَ

"Sentiasa akan dikabulkan (doa) seorang hamba selama tidak meminta sesuatu yang membawa dosa atau memutuskan tali kekeluargaan, selama dia tidak tergesa-gesa. Ditanyakan kepada Rasulullah SAW :

"Wahai Rasulullah, apa yang dimaksud tergesa-gesa?" Rasulullah SAW menjawab: "Dia berkata aku telah berdoa, aku telah berdoa namun aku tidak pernah mendapatkan doaku dikabulkan, kemudian ia berputus asa dan meninggalkan berdoa."

5. Membersihkan jiwa raga dari berbagai kotoran dosa. Hati yang kotor dengan berbagai maksiat atau jiwa yang tidak bersih dari perkara haram akan menghalang terkabulnya doa.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيًّهَا النَّاسُ إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبًا وَإنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِيْنَِ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِيْنَ فَقَالَ يَا أَيُّهَا الرُّيسُلُ كُلُوا مِنْ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ وَقَالَ يَاأَيُّهَاالذِنيْنَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَا كُمْ ثُمَّ دَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَارَبِّ يَارَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمََِشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامٌ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

"Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu ia berkata : "Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah SWT baik dan tidak menerima melainkan yang baik. Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan kaum Mukminin dengan apa yang telah diperintahkannya kepada para rasul.

Allah SWT berfirman: "Wahai para rasul makanlah kalian dari yang baik dan beramal solehlah, sesungguhnya Aku Maha mengetahui apa yang kalian kerjakan."

Allah SWT juga berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman makanlah rezeki yang baik dari apa yang diberikan kepada kalian."

Kemudian Rasulullah SAW menyebutkan seorang musafir yang berjalan jauh sehingga tidak terurus rambutnya, lusuh dan berdebu tubuhnya, dia mengangkat kedua tangannya ke arah langit seraya berdoa menyeru:

"Wahai tuhanku, wahai tuhanku," namun makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi dari yang haram, bagaimana mungkin akan dikabulkan doanya?."

6. Yakin bahwa Allah SWT Maha mengabulkan doa selama tidak ada sesuatu pun yang menghalangnya. Dari 'Abdullah bin Amr Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ادْعُوا اللَّهَ وَاَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِاْللإِجَاَبَةِ وَاعْلَمُواأَنَّ اللَّهَ لاَيَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ

"Berdoalah kepada Allah SWT dan kalian yakin (akan) dikabulkan, sesungguhnya Allah tidak mengabulkan doa (seorang hamba) yang hatinya alpa serta lalai."

Dalam hadis lain dari Abu Sa‘id Al-Khudri Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيْهَا إثْمٌ وَلاَقَطِيعَةُ رَحِمٍ إِلاَّأَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلاَثٍ إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ وَإِمَّا أَنْ يَدَّ خِرَهَا لَهُ فِي الآخِرَةِ وَإِمَّا اَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنْ السُّوءِ مِثْلَهَا قَالُوا إِذًا نُكثِرُ قَالَ اللَّهُ أَكْثَرُ

"Tidaklah seorang Muslim berdoa kepada Allah SWT dengan sebuah doa yang tidak ada dosa atau pemutusan ikatan kekeluargaan di dalamnya, melainkan Allah SWT akan memberinya satu di antara tiga perkara;

  • Boleh jadi Allah Subhanahu wa Ta’ala segera mengabulkan doa tersebut
  • Menyimpan sebagai tabungan baginya di akhirat
  • Menyelamatkannya dari kejahatan yang setara dengan doa yang dipanjatkannya

Para sahabat berkata : "Jika demikian, kami akan memperbanyakkan (doa)." Rasulullah SAW menjawab: "Allah SWT lebih banyak."

Ibnu Katsîr rahimahullah berkata :

"Yang dimaksudkan adalah bahawa Allah SWT tidak akan menyia-nyiakan doa seseorang, dan Allah SWT tidak disibukkan dengan sesuatu apapun. Dia Subhanahu wa Ta’ala Maha mendengar doa. Dalam hal ini terdapat anjuran (memperbanyak) berdoa kerana tidak satu pun yang luput dari-Nya Subhanahu wa Ta’ala ."

Terutama pada saat kita tengah mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui ibadah puasa di bulan Ramadhan. Hendaknya kita mengambil kesempatan yang istimewa ini dengan memperbanyakkan doa bagi kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

ثَلاَ ثٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَ تُهُمْ : الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَاْلإِمَامُ الْعَادِلُ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُوْمِ

"Ada tiga orang yang tidak ditolak doanya; seorang yang berpuasa sehingga berbuka, seorang pemimpin yang adil dan seorang yang dizalimi.

Marilah kita semua memperbanyakkan doa sebab Allah SWT murka terhadap orang yang tidak berdoa kepada-Nya sebagaimana firman-Nya:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

"Dan tuhanmu berkata: "Berdoalah kepadaku, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari berdoa kepadaku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina."

Demikian pula dijelaskan dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: “ مَنْ لَم يَدْعُ اللَّه يَغْضَبْ عَلَيْه” yang ertinya: "Barangsiapa yang tidak berdoa kepada Allah SWT maka Allah SWT marah terhadapnya."

Ibnu al-Mubârak Radhiyallahu ‘anhu berkata :

الرّحْمَنُ إِذَا سُئِلُ أَعْطَى، وَالرَّحِيْمُ إِذَا لَمْ يُسْأَلْ يغْضَبُ

Ar-Rahman (Allah SWT) jika Dia diminta akan memberi, dan Ar-Rahîm (Allah SWT) jika Dia tidak diminta akan marah.

Ya Allah SWT, aku berlindung kepada Engkau dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari jiwa yang tidak puas, serta dari doa yang tidak dikabulkan." - Facebook

Oleh itu apabila seseorang berdoa kepada Allah supaya diampunkan dosa-dosanya dan dia benar-benar berharap dan mengharap agar Allah mengampunkan semua dosa-dosa, maka sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah dalam hadis qudsi di atas, Allah akan mengampuni dosa-dosa tersebut.

ADAB DAN ETIKA DALAM BERDOA
Ceramah islam- rahasia dan amalan agar doa cepat di kabulkan allah
Posted by Taubat channel on Monday, December 30, 2019


Ingat, anda jangan sekali-kali berputus asa daripada rahmat dan keampunan Allah. Berdoalah dengan sungguh-sungguh kepada Allah sahaja supaya semua dosa-dosa kita diampuni-Nya dan berharaplah agar Allah segera memakbulkan doa supaya diampuni segala dosa-dosa kita.

Dan jangan lupa juga untuk memohon doa iringan dengan penuh keikhlasan untuk kedua ibu bapa kita setiap kali kita menadahkan tangan untuk memohon doa dari-NYA. Mintalah segala kebaikan daripada Allah untuk kedua-dua mak ayah kita yang amat kita sayangi itu sama ada yang masih hidup atau pun meninggal dunia. Semoga bermanfaat. - ilmualam.com

Banyakkan berdoa kepada Allah di Akhir Malam (Waktu Mustajab Berdoa)

waktu mustajab untuk berdoa pada waktu malam

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,

Penulisan kali ini merupakan pengalaman saya sendiri iaitu tentang seorang hamba yang memohon kepada Tuhan Sekelian Alam. Ini merupakan satu pengalaman yang saya alami sendiri supaya ia dapat memberi semangat kepada anda semua sentiasa tidak pernah berhenti berdoa kepada Allah Azza Wa Jalla.

Pada akhir-akhir bulan ini, saya telah diuji oleh Allah S.W.T.  Dan kemungkinan besar disebabkan solat saya yang tidak dijaga khusyuknya. Apabila dapat gaji sahaja, tiba-tiba sahaja tayar motosikal rosak, spoket sudah haus, lesen perlu diperbaharui dan macam-macam lagi.

Dan saya merasakan satu suasana yang sangat sempit, terdesak dan berasa amat lemah. Tetapi saya kuatkan semangat saya dengan kalimah لاَحوْلَ وَلاَ قُوَّة اِلاَّبِاللّهِ (Laa haula wa laa quwwata illa billah). Dan seperti biasa juga, saya tunggu hingga ke akhir malam untuk meminta bantuan kepada Tuhan Yang Maha Pemurah kerana hamba-Nya ini sangatlah memerlukannya.

Sedikit sebanyak tentang saya adalah, saya tidak suka meminta bantuan orang lain kerana saya malu untuk meminta selain daripada Allah Ta’ala kecuali jika keadaan amat terdesak. Jika tidak dalam keadaan terdesak, saya hanya akan bersabar dan meminta kepada Allah sahaja. Kerana jika saya meminta bantuan secara langsung daripada hamba-Nya, ia ibarat seperti saya meminta bantuan kepada selain-Nya. Dan ini sangat menakutkan saya.

Saya belajar akan ilmu ini melalui para alim ulama seperti Imam Shafie’ kerana pergantungan beliau Kepada Allah S.W.T semasa menuntut ilmu sangatlah hebat dan luar biasa. Beliau berhijrah ke Madinah tanpa sebarang bekal daripada ibunya kerana kemiskinan yang melanda mereka sekeluarga. Namun, Imam Shafie’ tidak pernah mengeluh dan tetap meneruskan perjalan dengan tawakal yang sangat tinggi kepada Allah. Disebabkan itu, Allah S.W.T. sentiasa menolong beliau semasa menuntut ilmu.

Jika anda berkelapangan, saya syorkan anda supaya membaca kisah-kisah bagaimana Imam Syafie menuntut ilmu dan anda pasti akan berasa kagum dengan kecekalan hati Imam Syafie’ ini. Beliau merupakan seorang yang sangat miskin tetapi sangat suka berhijrah menuntut ilmu.

Dan setiap kali beliau mahu berhijrah, pasti akan ada sahaja sahabat yang akan memberi bantuan kepadanya sama ada daripada segi bekal atau duit tanpa pernah diminta Imam Shafie’ . Dan peristiwa ini membuktikan berserah diri dan bertawakal kepada Allah S.W.T adalah suatu yang sangat menguntungkan. Kerana segala urusan dunia akan dipermudahkan Allah. Insya Allah.

Tambahan pula,  segala peristiwa yang dipermudahkan semasa Imam Syafie’ menunut ilmu adalah kerana kebergantungan sepenuhnya kepada Allah Ta’ala. Dan ini adalah antara latihan yang sedang saya jalani iaitu untuk melatih diri saya bergantung dan berserah diri kepada Allah secara keseluruhan selepas berusaha dan berikhtihar sedaya upaya . Insya Allah semoga latihan saya ini dipermudahkan. Namun, ia tidaklah mudah yang disangkakan kerana miskinnya jiwa saya ini terhadap Allah Ta’ala.

Kini baru saya sedar, walaupun Imam Syafie’ itu miskin orangnya tetapi hatinya sangat kaya dengan Allah. Hidup kemiskinan tetapi hati sangatlah kaya. Dan disebabkan itu hati beliau sentiasa kuat berserah dan bertawakal kepada Allah.

Masalah miskin jiwa inilah yang saya cuba buang dari diri saya kerana ia menyebabkan banyak masalah dalam diri saya. Antaranya:

Ia membuatkan saya khuatir dnegan dunia ini.Ia membuatkan saya berlumba-lumba mengejar dunia.Ia buat saya terlalai dengan dunia.Ia juga membuatkan saya jadikan dunia sebagai tujuan utama kehidupan.

Kesemua perkara di atas ini adalah sangat membimbangkan saya. Kerana mati tidak pernah melupakan saya. Jika saya mati dalam keadaan mengejar dunia ini, maka celakalah saya di akhirat nanti. Peringatan ini adalah untuk anda semua juga supaya jangan menjadi seperti penulis yang dhaif ini.

Oleh itu, sebagai langkah pencegahan, saya mengambil jalan penyelesaian untuk bermunajat kepada Allah pada waktu yang paling didengari-Nya. Iaitu pada akhir malam. Di mana manusia kebanyakannya tidur dalam kelalaian.

Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam:

“Rabb kita turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang akhir pada setiap malamnya. Kemudian berfirman: ‘Orang yang berdoa kepada-Ku akan Ku-kabulkan, orang yang meminta sesuatu kepada-Ku akan Ku-berikan, orang yang meminta ampunan dari-Ku akan Ku-ampuni‘”

(HR. Bukhari no.1145, Muslim no. 758)

Namun perlu diingatkan, sifat ‘turun’ dalam hadits di atas jangan sampai membuat kita membayangkan Allah Ta’ala turun sebagaimana manusia turun dari suatu tempat ke tempat lain. Kerana sudah tentu berbeza.

Yang penting kita mengimani bahawa Allah Ta’ala turun ke langit dunia, kerana yang berkata demikian adalah Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallamdiberi yang tidak pernah bercakap bohong dan digelar Ash shadiqul Mashduq (orang jujur yang disahkan kebenarannya oleh Allah), tanpa perlu mempertanyakan dan membayangkan bagaimana caranya.

Dari hadits ini jelas bahawa sepertiga malam yang akhir adalah waktu yang paling digalakkan untuk memperbanyak berdoa. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan, bangun di sepertiga malam akhir bukanlah hal yang berat lagi karena bersamaan dengan waktu makan sahur. Oleh kerana itu, manfaatkanlah sebaik-baiknya waktu sepertiga malam tersebut untuk berdoa.

Kesimpulannya

Janganlah anda semua berasa bimbang dengan segala musibah dan ujian yang menimpa anda kerana itu semua adalah takdir Allah dan di antara manfaatnya adalah untuk menghapuskan dosa dan menaikkan darjat kita semua.

Sesungguhnya Allah S.W.T amat kasih akan semua hamba-Nya yang beriman. Oleh itu, marilah kita sentiasa berusaha, bertawakkal dan berdoa kepada Allah.  Sudah tiba masanya untuk kita menjadi insan yang beriman walau di mana sahaja kita berada dan sentiasa bertakwa kepada Allah.

Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.

(Surah Yunus 10: 62-63) - Facebook Salaf

AMALAN MENJEMPUT REZEKI TENGAH MALAM. HANYA 1 MINIT MASA ANDA



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Alhamdulillah. Kerana kita diberikan peluang sehari lagi untuk bernafas di bumi Allah ini. Dengan kesedaran bahawa, kita hanya menumpang. Kita hanya meminjam milik Allah. Nafas, udara, cahaya, angin, dan banyak lagi.. yang semuanya milik Allah. Bersyukurlah.

Rezeki datangnya dalam pelbagai bentuk. Bukan sekadar dalam bentuk duit, rezeki boleh jadi kesihatan yang baik, mungkin juga mendapat pasangan yang membahagiakan, mendapat anak yang soleh, dan diberikan ibu bapa penyayang.. itu pun rezeki.

Hanya 1 Minit Sahaja Tips Menjemput Rezeki Tengah Malam

Dari ceramah Ustaz Ebit Lew, ketika terjaga tengah malam, kalau dapat buat tahajjud itulah yang terbaik. Niatkan sebelum tidur untuk bangun tahajjud.

Namun jika penat sangat atau tak larat, dalam keadaan duduk, bacalah

Laa ilahaillahu wahdahu laasyarikalah. Lahulmulku walahul hamdu yuhyiwayumitu wahua’la kullisyai inqodir.

Diikuti dengan SubhanaAllah, Alhamdulillah, La ilahaillah, Allahuakbar, La haula wala quwwata illabillah. Dan berdoa.. Allahummaghfirli..(Ya Allah ampun kanlah dosa-dosaku.

“Allah berkata kepada malaikat, lihatlah hambaKu bangun dan memujiKu di tengah malam, makaKu ampunkan semua dosa-dosanya. Dan mintalah apa hajat kita.”

~Riwayat Bukhari

Daripada hadis di atas, dapat disimpulkan bahawa betapa penyayangnya Allah hinggakan bila kita terjaga di tengah malam namun terlalu penat untuk solat Tahajjud, maka Allah beri kelapangan lagi cukup dengan zikir-zikir dan memujinya, sudah diberikan keampunan dan ditunaikan hajat yang dipohonkan. Mohonlah limpahan rezeki, mohonlah diluaskan pintu hidayah dan taubat untuk kita dan ahli keluarga. Insyaa Allah, doa-doa kita dimakbulkan.

Wallahua’lam. Insyaa Allah.

Sudah Baca, Klik Like & share yee..

Sumber : detikperjuangan

Amalkan Tujuh Kalimat Yang Mulia di Sisi Allah,Rugi Jika Tak Di Amalkan Kalimat Ini..



Kalimat tersebut adalah :

1. Mengucap ‘Bismillah’ pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap ‘Alhamdulillah’ pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap ‘Astaghfirullah’ jika lidah tersilap perkataan yang tidak elok.

4. Mengucap ‘Insya Allah’ jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap ‘La hawla wala quwwata illa billah’ jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap ‘Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun’ jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap ‘La ilaha illallah. sebagai zikir setiap hari. untuk menjalin hubungan yang mesra dan kasih sayang dengan Allah SWT

Huraiannya :



Pertama :Mengucap ‘Bismillah’ pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.Sebelum hendak memulakan sesuatu pekerjaan membacalah Bismallah. Bismallah adalah sebutan atau nama singkat dari lafaz “Bismillahir rohmanirrohim” yang bermaksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Apabila seseorang lelaki memasuki rumahnya, lalu dia menyebut Allah (membaca Bismillaah) di kala masuk dan di kala makan, maka berkata syaitan : “Tiadalah peluang aku bermalam dengan kamu dan tiadalah pada makanan malam kamu.” Dan apabila seorang masuk ke rumahnya , maka dia tidak menyebut Allah di kala memasukinya, maka berkata syaitan : “Aku akan bermalam dengan kamu.” Seterusnya apabila dia tidak menyebut Allah di kala makan, maka syaitan akan berkata : “Aku akan dapat bermalam dan makan malam (bersama kamu; kongsi makan)” (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi SAW telah bersabda kepada seorang kanak-kanak yang makan di samping baginda maksudnya : “Wahai kanak-kanak, sebutlah nama Allah..” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Kedua : Mengucap ‘Alhamdulillah’ (segala pujian bagi Allah) pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

Tanda kita bersyukur kepada segala nikmat yang telah Allah kurniakan hendaklah sentiasa memuji Allah SWT dengan mengucapkan “Alhamdulillah”

Firman Allah SWT maksudnya : “Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku (dengan mematuhi hukum dan undang-undang-Ku) supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)” (Surah Al-Baqarah: Ayat 152)


Ketiga : Mengucap ‘Astaghfirullah’ jika lidah tersilap perkataan yang tidak elok.

Nabi Nuh ‘alaihis salam pernah berkata kepada kaumnya sebagaimana dikatakan oleh Allah dalam al-Quran:

فَقُل فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (١٠) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (١١) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا

Maksudnya : “Maka aku katakan kepada mereka, “Beristighfarlah kepada Rabb-mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di dalamnya sungai-sungai.” (Surah Nuh (71) ayat 10-12)”Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali”(Hadis Riwayat Muslim).

Istighfar ertinya memohon ampun kepada Allah SWT. Islam mengajarkan kepada umatnya agar memperbanyak istighfar. Rasulallah SAW. sendiri sehari minima 70 kali mengucapkan Istighfar (Hadis Riwayat Bukhari).


Keempat : Mengucap ‘Insya Allah’ jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari beberapa orang penduduk Mekah datang berjumpa dengan Nabi SAW untuk bertanyakan mengenai hal roh, kisah Ashabul Kahfi dan kisah Dzulkharnain. Nabi SAW. lalu menjawab, “Datanglah pada esok pagi agar aku dapat menjawabnya, ” .

Keesokan harinya wahyu tidak turun kepada Nabi SAW. hatta baginda gagal menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan itu. Dan tentu sahaja kegagalan ini menjadi bahan cemuhan orang-orang kafir.Ketika itu turunlah ayat 23 dan 24 dari Surah Al-Kahfi yang menegur perbuatan baginda itu.

Firman Allah SWT maksudnya : ” Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu, ‘ Sesungguhnya aku akan mengerjakan yang demikian itu pada esok ‘ , kecuali (dengan menyebut) ‘ Insya Allah ‘ . Dan ingatlah kepadaTuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah ‘ Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini ‘. ” (Surah Al-Kahfi ayat 23-24)


Kelima : Mengucap ‘La hawla wala quwwata illa billah’ jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

Lahawla wala quwwata illa billah merupakan khazanah daripada khazanah-khazanah Syurga, ia merupakan penyembuh untuk 99 jenis penyakit, sekurang-kurangnya penyakit dukacita, kesedihan dan kerisauan.

Dalam riwayat yang lain, “Kami bersama Nabi s.a.w. Bila kami menaiki dataran tinggi, maka kami mengucapkan takbir. Maka baginda mengatakan: ‘Wahai manusia kasihilah diri kalian, kerana kalian tidaklah menyeru Dzat yang tuli atau jauh, akan tetapi Ia Maha Mendengar dan Maha Melihat. ‘Lalu baginda mendatangiku, sementara aku sedang mengucapkan dalam diriku: ‘La hawla wala quwwata illa billah.’Lalu baginda mengatakan: ‘Wahai Abdullah bin Qais (nama Abu Musa), ucapkan La hawlawala quwwata illa billah. Sesungguhnya itu adalah salah satu kekayaanyang tersimpan di Syurga.’ Atau beliau mengatakan:’Tidakkah kamu mau aku tunjuki salah satu harta kekayaan di Syurga? Lahawla wala quwwatailla billah’.” (Hadis Riwayat. Al-Bukhari )


Keenam : Mengucap ‘Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun’ jika menghadapi dan menerima musibah.

Allah SWT. juga berfirman: “Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’ Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157).

Rasulullah SAW. pernah bersabda yang bermaksud : “Menakjubkan perihal orang yang beriman. Sesungguhnya setiap perkara dalam urusannya (orang Mukmin ) semuanya adalah baik baginya dan tidak berlaku hal yang demikian melainkan ke atas mereka yang beriman. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar maka yang demikian adalah baik baginya dan jika dia didatangkan kemudahan dia bersyukur maka yang demikian adalah baik baginya.” (Hadis Riwayat Muslim)


Ketujuh : Mengucap ‘La ilaha illallah sebagai zikir setiap hari. untuk menjalin hubungan yang mesra dan kasih sayang dengan Allah SWT

“Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW : Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucap kalimah Lailahaillallah dengan hati yang ikhlas”.(Hadis Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Dari Zaid bin Arqam r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Barangsiapa yang mengucapkan Lailahaillallah dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam Syurga. Lalu ditanya kepada Baginda : Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu? Rasulullah saw bersabda : Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram”.(Hadis riwayat Al-Imam At-Tabarani).

Marilah amalkan tujuh kalimat yang menghandungi fadilat dan hikmah yang sungguh besar dan bermanfaat untuk kita di dunia dan akhirat. Setiap kali kita menyebutnya yakinilah kita akan mendapat rahmat dan keampunan dan ada ganjaran yang besar di sediakan oleh Allah SWT tanda kita bersyukur dan bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT.

AMALAN WIRID MEMBACA SURAT WAQIAH 3 X SEHARI AGAR REZEKI MELIMPAH



Ini tentang keutamaan membaca surat al-Waqiah 3 kali sehari. Seperti kita ketahui bahwa salah satu cara mengamalkan wirid surat Waqiah adalah dengan membacanya 3 x sehari. Kita semua mengetahui bahwa Surat al-Waqi’ah sudah sangat terkenal di kalangan umat Islam sebagai surat kekayaan atau surat kerejekian. Wirid surat waqiah ini banyak dijadikan sebagai wasilah untuk memohon agar diberikan rezeki yang melimpah.

Kepopuleran surat al-Waqiah ini karena adanya riwayat dari Nabi yang menyatakan bahwa siapapun yang membaca surat Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kefakiran atau kemiskinan selamanya. Memang riwayat ini dipertanyakan kesahihannya, namun mengamalkan kandungan hadis itu dengan niat membaca al-Qur’an saja tentu sudah berpahala.

Amalan Wirid Surat Waqiah 3 x Sehari Agar Rejeki Melimpah

Untuk anda yang belum bisa membaca surat Waqiah, anda bisa membeli kitab doa yang banyak dijual di tokok-toko kitab. Biasanya digabung dengan tahlil, Yasin dan surat-surat mulia yang lain dan dibantu dengan tulisan latin.

Berikut ini salah satu pengalaman yang pernah dialami oleh seseorang yang mengamalkan amalan wirid Waqiah ini dituangkan dalam forum kaskus sebagai berikut:

“Izinkan dengan kerendahan hati saya mau sharing sebuah amalan yang saya lazimkan sejak beranjak muda sampai sekarang, dan alhamdulillah jalan tak terduga selalu ada bagi saya di dalam kehidupan.

Amalannya adalah:
1. Lazimkan Baca Surat Waqi’ah 3x sehari; boleh 3x dalam sekali duduk atau pisah-pisah yang penting sehari 3x.
2. Melazimkan Sholawat apapun. Dulu saya melazimkan Sholawat Nariyah sehabis sholat fardhu 11x.



Setiap selesai membaca Surat Waqi’ah; saya diajarin oleh guru saya membaca doa di bawah ini:

الّلهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ بِحَقِّ سُوْرَةِ الْوَاقِعَةِ وَأَسْرَارِهَا أنْ تُيَسِّرَلِيْ رِزْقِي كَمَا يَسَّرْتَهُ لِكَثِيْرٍ مِن خَلْقِكَ يَا ألله يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ

“Alloohumma inni As aluka bihaqqi suuratil Waaqi’ah Wa asroorihaa antu yassiroli rizki kamaa yusarritahu li katsiirin Bi kholqika Yaa Allooh Yaa Robbal ‘Aalamiin”

Terjemah doa sesudah membaca surat al-Waqiah:

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan kebenaran surat Waqi’ah dan rahasia-rahasianya, agar Engkau berkenan memudahkan rezekiku sebagaimana Engkau memudahkannya untuk kebanyakan makhlukMu, ya Allah, ya robbal ‘alamin”

Tapi ada syarat yang diperhatikan, yaitu amalkan dan baca dengan dawam (terus-menerus) sampai terlihat atsar (bukti) dari amalan tersebut. Begitu saya diwejang oleh guru saya dulu. Namun untuk pemula, coba lakukan hal di atas tanpa terlewat dalam waktu 90 hari. Catat perjalanannya dan diikuti dengan puasa-puasa sunnah lainnya, untuk memperkuat aura keberhasilan.

Kesaksian lain banyak yang ditulis oleh anggota forum setelah mereka mengamalkan wirid Waqiah ini. Menurut mereka sangat luar biasa pengaruh wirid ini. Yang jelas harus ikhlas mengamalkannya dan dilakukan secara kontinyu. Insya Allah pada tulisan yang akan datang akan saya posting pengalaman mereka yang sudah mengamalkan wirid Waqiah ini.



Dan kalau anda juga punya pengalaman tentang surat Waqiah ini, silahkan dishare di sini agar pembaca lain juga ikut membacanya. Karena banyak cara pengamalan dan pengalaman yang mungkin bisa menjadi referensi bagi pembaca lain. Semoga bermanfaat.

Rasai Manfaat Asalkan Istiqomah Amalkan 2 Ayat Terakhir Surah At-Taubah



asiat 2 ayat terakhir Surat At-Taubah  – Mengamalkan wirid 2 (dua) ayat terakhir dari surat at-Taubah atau  ayat 128-129 sangat luar biasa besar fadhilah dan khasiatnya.

Banyak ulama dan guru ngaji yang menganjurkan untuk mendawamkan wirid dua ayat terakhir dari surat at-Taubah ini. Rahasia yang terkandung di dalamnya sangat besar, sehingga akan mampu memberi  banyak manfaat bagi pengamalnya.

Apa saja khasiat dan manfaat serta fadhilah mengamalkan dua ayat terakhir surat at-taubah itu ?

Inilah beberapa diantaranya:

1. Wiridkan secara istiqomah  7 x sehabis shalat maghrib, Insya Allah rejeki akan lancar

2.  di baca 7 x sehabis shalat subuh, Insya Allah membentengi diri kita dari ilmu hitam

3.  di baca 100 kali sehabis shalat hajat, Insya Allah mempercepat terkabulnya hajat.

4.  Untuk kekebalan dari segala macam senjata lawan yang menyerang.

5.  Untuk pengobatan,caranya dibacakan ke air / kemedia lainnya, lalu tahan nafas sambil  membacakan ayat tersebut di dalam dada dan hembuskan ke air putih untuk di minumkan ke kepada yang sakit

6.  Insya Allah didalam dada anda akan Allah berikan suatu rahasia yang hanya anda sendiri yang mengetahuinya kelak

7.  Dan janganlah anda kaget dan takut, karena anda akan di datangi dan dikawal oleh beberapa khadam dari golongan Muslim.

8. Mencegah dari segala macam sihir, guna-guna, hipnotis dan lain-lain.

9. Merubah nasib yang buruk menjadi lebih baik.

10. Mempunyai kharisma yang besar.

11. Diberikan umur panjang dan selalu sehat, insya Allah.

12. Terhindar dari segala marabahaya yang datang tak diduga.

13. Penglaris segala macam usaha.

14. Mahabbah untuk umum.

Inilah ayatnya :




LAQOD JAA-AKUM RASUULUM MIN ANFUSIKUM AZIIZUN ALAIHI MAA ANITTUM HARII-SHUN ALAIKUM BILMU’MINIINA RAUUFUR RAHIIM.

FAIN TAWALLAU FAQUL HASBIYALLAAHU LAAILAAHA ILLAA HUWA ALAIHI TAWAKKALTU WAHUWA RABBUL ARSYIL AZHIIM.

Artinya :

Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: “Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung”.(QS.At-Taubah :128-129).

Di samping mengamalkan dua ayat tersebut di atas, ada juga riwayat dari Nabi yang secara khusus menyebutkan potongan ayat dari ayat terakhir, yaitu:

حَسْبِيَ اللهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ

“Allah-lah yang mencukupi (segala kebutuhanku), tiada ilah (yang berhak disembah) kecuali Dia, kepadaNya aku bertawakal. Dia-lah Rabb yang menguasai ‘Arsy yang agung.”

Ada riwayat dari Nabi sebagai berikut:

Dalam hadits dari Abu Ad Darda’ radhiyallahu ‘anhu disebutkan bahwa barangsiapa yang mengucapkan dzikir tersebut di shubuh dan sore hari sebanyak tujuh kali, maka Allah akan memberi kecukupan bagi kepentingan dunia dan akhiratnya. (HR. Ibnus Sunni no. 71 secara marfu’ (sampai pada Nabi shallallahu alaihi wa sallam), Abu Daud secara mauquf (sampai pada sahabat) (4/321, no. 5081). Syaikh Syu’aib dan Abdul Qodir Al Arnauth menyatakan sanad hadits ini shahih dalam Zaadul Ma’ad (2/376))

Itulah amalan wirid dua ayat terakhir dari surat at-taubah yang bisa anda lakukan, semoga bisa menambah khazanah perbendaharaan wirid anda, dan anda semakin kuat secara lahir dan batin dengan berbagai wirid yang diamalkan. Amin…

Bacalah Doa Ini Selepas Tahyat Akhir Sebelum Salam,Insya Allah Terhindar Fitnah Dajjal




RASULULLAH SAW menganjurkan kita untuk memperbanyak doa setelah tasyahud sebelum salam. Rasulullah bersabda:

لا تقولوا السلامُ على اللهِ فإنّ اللهَ هو السلامُ ولكن إذا جلس أحدُكم فليقُلْ التحيات للهِ والصلواتُ والطيباتُ السلامُ عليك أيها النبي ورحمةُ اللهِ وبركاتُه السلامُ علينا وعلى عبادِ اللهِ الصالحينَ فإنكم إذا قلتُم ذلك أصاب كل عبدٍ صالحٍ في السماءِ والأرضِ أو بين السماءِ والأرضِ أشهد أن لا إله إلا اللهُ وأشهد أن محمدًا عبدُه ورسولُه ثم لِيتخيرْ أحدُكم من الدعاءِ أعجبَه إليه فيدعو بهِ

“Janganlah kalian berkata: ‘assalaamu ‘alaLLaah’ (keselamatan atas Allah), karena Dia-lah as-Salaam. Jika kalian duduk (tasyahud), maka ucapkanlah: ‘at-Tahiyaatu lillaah, wash-Shalaatutuh thayyibaat, assalaamu ‘alayka ayyuhannabiy warahmatullaahi wabarakaatuh, assalaamu ‘alayna wa ‘ala ibaadillaahish shaalihiin’. Jika kalian telah mengucapkan demikian, maka doa tersebut akan meliputi semua hamba yang shalih di langit dan di bumi, ataupun di antara keduanya. (kemudian ucapkanlah) ‘asyhadu an laa ilaaha illaLLaah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh’. Kemudian hendaklah dia memilih doa, yang dia sukai untuk berdoa dengannya.” (HR. Ahmad, al-Bukhari, Abu Daud).

Setelah melakukan bacaan ketika tasyahud akhir, seperti berikut:

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِىُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ

“At tahiyyaatul mubaarokaatush sholawaatuth thoyyibaat lillah. Assalaamu ‘alaika ayyuhan nabiyyu wa rahmatullahi wa barokaatuh. Assalaamu ‘alainaa wa ‘alaa ‘ibaadillahish sholihiin. Asyhadu alla ilaaha illallaah wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rosuuluh.”

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ ، وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

“Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa ‘ala aali Muhammad kamaa shollaita ‘ala Ibroohim wa ‘ala aali Ibrohim, innaka hamidun majiid. Allahumma baarik ‘ala Muhammad wa ‘ala aali Muhammad kamaa baarokta ‘ala Ibrohim wa ‘ala aali Ibrohimm innaka hamidun majiid.”
Lalu ditambah dengan doa meminta perlindungan dari empat perkara. Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الآخِرِ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
“Jika salah seorang di antara kalian selesai tasyahud akhir (sebelum salam), mintalah perlindungan pada Allah dari empat hal:
1. Siksa neraka jahannam,
2. Siksa kubur,
3. Penyimpangan ketika hidup dan mati,
4. Kejelekan Al Masih Ad Dajjal.” (HR. Muslim no. 588).

Do’a yang diajarkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam disebutkan dalam riwayat lain,

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ وَفِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَشَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

“Allahumma inni a’udzu bika min ‘adzabil qobri, wa ‘adzabin naar, wa fitnatil mahyaa wal mamaat, wa syarri fitnatil masihid dajjal [Ya Allah, aku meminta perlindungan kepada-Mu dari siksa kubur, siksa neraka, penyimpangan ketika hidup dan mati, dan kejelekan Al Masih Ad Dajjal].” (HR. Muslim no. 588)

Setelah itu berdoa dengan doa apa saja yang diinginkan. Dalam hadits dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَعَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ ثُمَّ يَدْعُو لِنَفْسِهِ بِمَا بَدَا لَهُ

“Jika salah seorang di antara kalian bertasyahud, maka mintalah perlindungan pada Allah dari empat perkara yaitu dari siksa Jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati dan dari kejelekan Al Masih Ad Dajjal, kemudian hendaklah ia berdoa untuk dirinya sendiri dengan doa apa saja yang ia inginkan.” (HR. An Nasai no. 1310. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih).

Dengan catatan, hendaklah dengan bahasa Arab atau yang lebih baik adalah dengan doa yang berasal dari Al Quran dan hadits. Doa yang berasal dari Al Quran dan hadits begitu banyak yang bisa diamalkan.

Alasan berdoanya dengan bahasa Arab dikatakan oleh salah seorang ulama Syafi’iyah, Muhammad bin Al Khotib Asy Syarbini rahimahullah,

فَإِنَّ الْخِلَافَ الْمَذْكُورَ مَحَلُّهُ فِي الْمَأْثُورِ .أَمَّا غَيْرُ الْمَأْثُورِ بِأَنْ اخْتَرَعَ دُعَاءً أَوْ ذِكْرًا بِالْعَجَمِيَّةِ فِي الصَّلَاةِ فَلَا يَجُوزُ كَمَا نَقَلَهُ الرَّافِعِيُّ عَنْ الْإِمَامِ تَصْرِيحًا فِي الْأُولَى ، وَاقْتَصَرَ عَلَيْهَا فِي الرَّوْضَةِ وَإِشْعَارًا فِي الثَّانِيَةِ ، وَتَبْطُلُ بِهِ صَلَاتُهُ .

“Perbedaan pendapat yang terjadi adalah pada doa ma’tsur. Adapun doa yang tidak ma’tsur (tidak berasal dalil dari Al Quran dan As Sunnah), maka tidak boleh doa atau dzikir tersebut dibuat-buat dengan selain bahasa Arab lalu dibaca di dalam shalat. Seperti itu tidak dibolehkan sebagaimana dinukilkan oleh Ar Rofi’i dari Imam Syafi’i sebagai penegasan dari yang pertama. Sedangkan dalam kitab Ar Roudhoh diringkas untuk yang kedua. Juga membaca doa seperti itu dengan selain bahasa Arab mengakibatkan shalatnya batal.” (Mughnil Muhtaj, 1: 273). Wallahu a’lam. []

Referensi: Muslim.or.id, Rumaysho.

Sumber: www.islampos.com