Doa Sebelum dan Selepas Membaca Al-Quran Rumi & Jawi

doa sebelum membaca al quran rumi dan jawi

Membaca Al-Quran juga adalah ibadah yang amat baik walaupun dengan hanya membaca satu ayat sahaja tetapi sangat banyak kebaikannya malahan dilipatgandakan pahala jika kita membacanya dengan ikhlas dan khusyuk sepenuh hati.

Walau bagaimanapun, ia lebih afdal jika kita mengambil wuduk sebelum membaca Al-Quran dan seterusnya diiringi dengan doa sebelum membaca ayat suci Al-Quran ini supaya dilapangkan dada untuk menerima ilmu Allah serta diberikan petunjuk dan hidayah.

Begitu juga dengan bacaan doa selepas membaca Al-Quran amatlah digalakkan supaya kita dapat menggunakan ilmu yang telah kita amalkan itu dengan penuh kebaikan serta tidak akan lupa dengan apa yang telah dibaca itu nanti.

Sebelum membaca Al-Quran terlebih dahulu membaca doa-doa yang telah dikongsikan di bawah dan begitu juga selepas baca Al-Quran, bacalah doa khas tersebut supaya setiap bacaan kita itu diberkati Allah.

Sebenarnya dengan membaca Al-Quran walaupun sebaris ayat walaupun dengan hanya satu huruf, namun ganjarannya seperti menjadi sepuluh kebaikan sepertimana yang telah diterangkan dalam satu hadis berikut :

doa setelah membaca al qur'an sesuai sunnah

Doa Sebelum dan Selepas Baca Al-Quran


Berikut dikongsikan doa sebelum dan selepas membaca Al-Quran yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian sewaktu ingin membacanya. Diharap anda dapat mengamalkannya setiap kali mengaji.

Doa Sebelum Membaca Al-Quran

doa sebelum baca al quran rumi

Maksud Dalam Rumi:

"Ya Allah bukakanlah hikmahMu padaku, bentangkanlah rahmatMu padaku dan ingatkanlah aku terhadap apa yang aku lupa, wahai dzat yang memiliki keagungan dan kemuliaan."

Doa Selepas Membaca Al-Quran

doa selepas baca al quran

Allahummarhamnii bil qur aani. Waj alhu lii imaaman wa nuuran wa hudan wa rohman. Allahumma dzakkirnii minhu maa nasiitu wa allimnii minhu maa jahiltu. Wazuqnii tilaa watahu aanaa-al laili wa athroofan nahaari. Waj alhu lii hujjatan yaa robbal  aalamiina.

Maksud Dalam Rumi:

"Ya Allah, rahmatilah aku dengan Al-Quran yang agung, jadikanlah ia bagiku cahaya petunjuk rahmat. Ya Allah, ingatkanlah apa yang telah aku lupa dan ajarkan kepadaku apa yang tidak aku ketahui darinya, anugerahkanlah padaku kesempatan membacanya pada sebahagian malam dan siang, jadikanlah ia hujah yang kuat bagiku, wahai Tuhan seru sekalian alam."

Baca : Himpunan Doa-doa Harian

Semoga perkongsian doa sebelum membaca Al-Quran dan doa selepas baca Al-Quran akan memberi manfaat kepada kita semua. Mulai hari ini, kepada yang baru saja tahu tentang ini, marilah kita amalkan agar ilmu yang kita dapati itu akan diberkati Allah SWT. Insya Allah. - ilmualam.com