Bacaan Doa Tahiyat Akhir & Tahiyat Awal (Rumi & Jawi)

bacaan tahiyat akhir

Dalam solat jika tidak dibaca bacaan Tahiyat Akhir dan Tahiyat Awal, ibadah kita itu seolah-olah tidak sempurna atau lengkap secara keseluruhannya kerana ia adalah rukun dalam solat.

10 Doa Mustajab Selepas Tahiyat Akhir dan Sebelum Beri Salam

doa selepas tahiyat akhir sebelum memberi salam

Doa selepas tahiyat akhir dan sebelum bagi salam. Solat adalah satu ibadah yang paling agung dan ia juga bermaksud doa dari sudut bahasa. Disebabkan itulah kita harus amalkan doa dalam solat supaya ibadah kita itu lebih sempurna.

Doa Al-Afiyah Ringkas Tapi Padat Dengan Kelebihan Tersendiri

doa al afiyah ayat pendek tapi power

Doa adalah senjata orang mukmin dan ia juga satu ibadah yang teramat hebat kerana dengannya ia dapat menghubungkan terus segala rayuan, aduan, permintaan dan permohonan kita kepada Allah SWT.

Doa Untuk Sahabat & Kawan Baik (Persahabatan Kerana Allah)

doa untuk seorang sahabat yang terbaik

Doa untuk sahabat tersayang, yang baik, yang sakit, kemalangan, semoga cepat sembuh, yang sedang bersedih, yang telah pergi, yang akan menjalani pembedahan dan sebagainya, kami kongsikan untuk tatapan dan rujukan anda.

Doa Naik Kenderaan & Tips Sebelum Memulakan Perjalanan (Rumi)

Doa naik kenderaan bahasa melayu

Jika anda ingin ke sesuatu destinasi atau tempat yang hendak dituju serta mencari doa sebelum memulakan perjalanan yang betul daripada ayat suci Al-Quran, anda boleh baca dan amal doa naik kenderaan darat dan laut yang dikongsikan.

Bacaan Doa Qunut Subuh Rumi & Nazilah (Maksud & Terjemahan)

doa qunut rumi dan jawi terjemahan

Perkongsian panduan lengkap bacaan doa qunut untuk solat subuh secara seorang dan juga secara berjemaah bersama imam termasuk qunut nazilah sebagai pelengkap untuk memudahkan anda.

Doa Untuk Orang Yang Meninggal Dunia Lelaki & Perempuan

doa untuk orang yang sudah meninggal dunia

Doa untuk orang yang sudah meninggal dunia lelaki dan perempuan rumi dan jawi berserta terjemahan dalam Bahasa Melayu. Kematian adalah sesuatu yang dihadapi oleh semua orang di mana keadaan itu terpisahnya roh dan jasad seorang manusia.

Doa Untuk Anak Lelaki & Perempuan Terbaik Dari Ayat Al-Quran

doa untuk anak degil dan melawan

Semua ibu bapa di dunia ini pasti menginginkan setiap anak mereka menjadi anak yang soleh serta solehah dan juga bijak pandai selain turut mendengar kata dan baik dengan semua orang selepas diberikan didikan yang sempurna serta ajaran yang betul.

Doa Pengasih Ayat Al-Quran (Suami Isteri & Lelaki Perempuan)

doa pengasih paling kuat

Jika anda ingin dikasihi, disayangi dan dicintai oleh kekasih, lelaki, perempuan, suami atau isteri, sebaiknya amalkan doa pengasih dari ayat-ayat Al-Quran yang telah terbukti paling berkesan dan sangat mujarab walau dalam jarak jauh atau pun dekat.

Doa Sebelum dan Selepas Membaca Al-Quran Rumi & Jawi

doa sebelum membaca al quran rumi dan jawi

Membaca Al-Quran juga adalah ibadah yang amat baik walaupun dengan hanya membaca satu ayat sahaja tetapi sangat banyak kebaikannya malahan dilipatgandakan pahala jika kita membacanya dengan ikhlas dan khusyuk sepenuh hati.

Khasiat Bismillah 5 Rumi dan Terjemahan (Kelebihan & Manfaat)

khasiat bismillah 5

Mungkin ada yang tertanya apakah fadhilat, kelebihan atau khasiat Bismillah 5 (Lima), sebenarnya setiap satu ayat suci Al-Quran mempunyai maksud atau makna yang tersendiri berserta kebaikan dan manfaat yang diperolehi oleh mereka yang mengamalkannya dengan betul.

Himpunan Doa-doa Harian Yang Mustajab Dalam Kehidupan

himpunan doa-doa mustajab pilihan

Dalam kehidupan seharian kita dan apa saja yang kita lakukan haruslah dimulai dengan Bismillah serta begitu banyak doa-doa harian yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada semua umat Islam untuk diamalkan dalam kehidupan.

Doa adalah senjata orang mukmin dan ia juga adalah satu ibadat yang amat digalakkan dalam Islam. Malahan Allah SWT amat menyukai hambaNya yang sentiasa berdoa, merayu, meminta, merintih dan memohon kepadaNya apa saja keinginan atau permintaan.

Kelebihan Bismillah 6 dan Khasiatnya Yang Luar Biasa Jika Diamalkan

bismillah 6 dan khasiatnya

Terlalu banyak khasiat, manfaat, fadhilat dan kelebihan Bismillah 6 yang Allah kurniakan kepada mereka yang mengamalkannya dan sesiapa yang membaca ayat ini akan ditunaikan segala hajat, dimurahkan rezeki dan banyak lagi.

Buat 4 Perkara Ini Sebelum Tidur Walau Kau Terlalu Sibuk (Andai Ajal Dalam Tidur)

4 amalan sunnah sebelum tidur

Andai ajal dalam tidur, pasti banyak perkara yang kita tinggalkan tanpa sempat melakukan apa-apa. Sebaiknya sebelum tidur, mari kita lakukan 4 perkara ini sepertimana yang telah disarankan oleh Rasulullah SAW.

20 Doa Amalan Murah Rezeki dan Cara Cepat Kaya Dalam Islam

doa murah rezeki paling mustajab rumi

Setiap manusia di dunia pasti inginkan kehidupan yang gembira dan senang lenang bersama keluarga sama ada dari segi kewangan dan kasih sayang. Tetapi bagaimana jika kita ingin menjadi kaya dengan cepat? Apakah rahsia doa dan amalan murah rezeki?

Petua Awet Muda & Doa Kecantikan Wajah Cara Islam

doa agar wajah berseri dan bercahaya

Memang benar ramai wanita yang amat mementingkan penampilan dan kecantikan, malahan umur semakin meningkat pun terus jaga badan dan kulit agar selalu kelihatan cantik, awet muda dan muka berseri. Apatah lagi jika perempuan itu adalah seorang isteri, ia memang wajib untuk wanita berhias di depan suami sendiri.

Setiap wanita kebanyakannya sentiasa mengambil berat tentang kecantikan diri dan bagi mereka wajah yang bersih tiada jerawat atau jeragat, kulit yang cantik dan badan yang ramping itu sudah memadai untuk kelihatan cantik yang dihiaskan untuk seorang suami.

Walau bagaimanapun, ada juga yang hanya mementingkan kebersihan saja tetapi tidak menjaga kecantikan diri luar dan dalam seperti wajah yang kusam, rambut yang kusut masai dan kelihatan tua sehinggakan sekali ditegur suami barulah kelam kabut menjaga penampilan. Mengapa?

Sebaiknya, untuk semua wanita, perempuan atau isteri, tanyalah pada diri anda sendiri, sejauh mana anda menjaga kecantikan diri sendiri dan tidakkah anda ingin dilihat cantik setiap masa dan awet muda dari usia sebenar? Apakah rahsia untuk awet muda sepanjang masa?

Doa Penyeri Wajah & Petua Awet Muda


doa awet muda dan kecergasan

Adakah anda sudah cukup cantik untuk berhias di hadapan suami? Adakah suami anda berpuas hati dengan penampilan diri anda yang anda tunjukkan? Walau apa sekalipun jawapan anda, adalah penting bagi seorang isteri menjaga kecantikan diri dan sentiasa kelihatan muda agar sentiasa disayangi dan dicintai suami.

Untuk kelihatan cantik dan awet muda, kami kongsikan di sini beberapa petua rahsia awet muda dan juga beberapa doa-doa untuk kelihatan cantik yang didapati daripada beberapa surah ayat suci Al-Quran yang amat baik untuk diamalkan oleh sesiapa saja sama ada lelaki atau perempuan.

Jika anda ingin nampak muda, sebenarnya anda tidak perlu bergantung dengan mana-mana produk kecantikan semata-mata kerana berbagai cara dan petua yang telah diajarkan dalam Islam untuk kita tampil cantik dan sentiasa muda.

1. Minum Air Suam Ketika Bangun Tidur

doa agar wajah cantik seperti bidadari

Sebaik saja bangun tidur pada waktu pagi, anda boleh minum air suam terlebih dahulu sebelum bangun untuk melakukan perkara-perkara lain. Anda disarankan minum air suam dengan cara membiarkan air berada di dalam mulut dalam 10 saat sambil berselawat sebanyak tiga kali seterusnya telan.

Dikatakan air liur basi juga mempunyai enzim yang boleh dijadikan sebagai ubat untuk kesihatan tubuh badan kita terutama untuk kesihatan kulit muka. Mungkin ada betulnya dan tidak salah jika kita amalkan, bukan?

Anda juga boleh mengamalkan petua Nabi Muhammad SAW iaitu dengan meminum segelas air suam yang dicampurkan dengan sedikit madu. Ramai yang tahu bahawa madu adalah penawar segala penyakit di dunia ini.

2. Urut Wajah Dengan Air

doa nabi yusuf menaikkan seri wajah

Petua ini memerlukan anda mengurut wajah dengan menggunakan air dari bawah dagu sehingga ke dahi sambil berselawat sebanyak tiga kali. Urutan pula perlu dimulakan dari bawah terlebih dahulu bukannya dari atas ke bawah.

Sekiranya di urut dengan bermula dari atas ke bawah, dikatakan kulit muka anda akan menjadi cepat berkedut atau semakin ada kedut-kedutan yang menunjukkan ketuaan seseorang di bahagian muka. Sebaiknya diamalkan dengan cara yang diterangkan di atas.

3. Membaca Surah Al-Waqiah Ayat 35-38

petua awet muda surah al waqiah

Anda harus mengamalkan bacaan surah Al-Waqiah di dalam hati setiap kali anda mandi. Anda harus membaca surah ini ketika mula-mula air dicurahkan ke atas kepala iaitu curahan air yang pertama.

Jika anda mandi menggunakan paip atau shower, anda disarankan membaca surah ini ketika air mula menyentuh kepala. Pastikan jirusan hanya air yang pertama dan dalam masa yang sama membaca surah Al-Waqiah ayat 35 hingga 38 seperti yang dipaparkan di bawah.


4. Amalkan Bacaan Surah Yusuf

doa pemanis wajah untuk wanita lelaki

Setiap hari selepas selesai menunaikan solat Subuh, anda harus membaca surah Yusuf berserta meminum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Amalan ini wajib dilakukan dengan jujur dan ikhlas. Insya Allah, berkat amalan ini, wajah anda akan kelihatan jauh lebih muda daripada usia anda yang sebenar.


5. Bacaan Doa dan Selawat Nabi

petua awet muda agar terlihat cantik dimata semua orang

Ketika anda berada di hadapan cermin setiap kali untuk menghiaskan diri, anda perlu membaca doa dan selawat ke atas kedua-dua tapak tangan dan kemudian disapukan ke muka sambil berniat di dalam hati agar wajah anda diindahkan atau dicantikkan sepertimana wajah Nabi Yusuf.

Doa ini perlu diamalkan pada setiap pagi iaitu :

"Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mencantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku daripada api neraka".

6. Jangan Tinggalkan Solat

petua awet muda dan muka berseri

Solat adalah perkara utama yang wajib anda titikberatkan dan sebagai orang Islam anda tidak boleh meninggalkan solat lima waktu sekiranya anda ingin awet muda dan cantik seperti mana yang anda kehendaki.

Solat adalah perkara yang wajib dalam agama Islam. Air sembahyang atau wuduk yang disapukan ke wajah pada setiap hari sebanyak lima waktu itulah adalah pencuci muka yang paling berkesan untuk serikan wajah sesiapa saja termasuk hati kita sendiri.

Jadi, mulai daripada sekarang, jika anda ingin menjaga kecantikan dan penampilan agar selalu nampak cantik dan muda daripada usia sebenar, anda boleh mengamalkan semua petua awet muda dan juga doa-doa kecantikan yang telah dikongsikan daripada laman Facebook. Semoga bermanfaat.

Doa Keluarga Bahagia Untuk Kebahagiaan Rumah Tangga Dunia Akhirat

Doa untuk keluarga dalam Al-Quran

Setiap pasangan suami isteri pastinya mengimpikan keluarga yang bahagia, rezeki yang melimpah ruah dan sayang menyayangi dalam menjalani kehidupan rumah tangga. Namun, setiap hubungan kekeluargaan tentunya cabaran dan masalah yang tak diduga.

Sesungguhnya, nikmat yang diberikan kepada kita oleh Allah SWT sangat tidak dapat dinilaikan dengan emas permata dan wang ringgit kerana kebahagiaan dan kegembiraan itu berhak dimiliki oleh sesiapa sahaja dengan kehendak-Nya.

Memiliki keluarga yang bahagia dengan perasaan cinta dan kasih sayang adalah fitrah yang sering menjadi keinginan semua manusia di muka bumi ini. Tetapi mampukah kita mengekalkan dan memelihara apa yang kita kecapi itu?

Di sini kami kongsikan beberapa doa terpilih yang harus dijadikan amalan untuk mengekalkan kasih sayang, memelihara diri dan keluarga supaya terus mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.

Doa Keluarga Bahagia


doa untuk kebahagiaan rumah tangga dan keturunan

Doa Untuk Keluarga Bahagia Dunia Akhirat

doa memohon keluarga bahagia Islam

Maksud Rumi:

"Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan semua keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." - Surah Al-Furqan Ayat 74

Doa Kasih Sayang Berpanjangan

doa memohon cinta dan kasih sayang

Maksud Rumi:

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta-cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu amalan yang dapat menyampaikanku kepada cintaMu." - Hadis Hasan, Riwayat Tirmidzi

Doa Mohon Kebaikan Pelindung Dari Keburukan

doa memohon mencari keredhaan allah dalam rumahtangga

Maksud Rumi:

"Ya Allah, jadikanlah kami cinta kepada keimanan dan jadikanlah ia indah di hati kami, bencikanlah kami kepada kekafiran, kefasikan, dan kederhakaan serta masukkanlah kami ke dalam golongan-golongan orang yang mendapat petunjuk dariMu." - Surah Al-Hujurah: 7

Doa Jauhi Hasad Dengki Orang & Keluarga

Banyakkan membaca doa ini agar dijauhkan diri kita, keluarga dan anak-anak daripada mempunyai hasad dengki, iri hati dan sifat tamak haloba. Sesungguhnya kita tidak dapat menghalang manusia daripada dengki namun doa adalah senjata yang sangat mujarab.

doa dijauhkan dari orang yang iri dan dengki

Maksud Rumi:

"Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan di dalam hati kami sebarang perasaan hasad dengki dan dendam terhadap mana-mana orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Maha Pelembut dan Pengasih Penyayang." - Surah Al-Hashr Ayat 10

Doa Anak Rajin Solat 

Doa untuk anak agar rajin solat dan mudah untuk menunaikan solat lima waktu dengan penuh berdisplin serta dilembutkan hatinya untuk terus membuat ibadat. Amalkan doa ini supaya kita sentiasa istiqamah disamping mendidik anak-anak dengan sempurna.

contoh doa untuk anak

Maksud Rumi:

"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku ini." - Surah Ibrahim Ayat 40

Doa Memohon Zuriat Yang Baik dan Anak Soleh

Doa yang mustajab untuk kita mendapat zuriat atau anak-anak yang baik. Bacalah dengan penuh yakin supaya kita dikurniakan keturunan atau anak yang soleh dan baik akhlaknya.

doa untuk mendapat zuriat yang baik

Maksud Rumi:

"Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar (menerima) doa permohonan." - Surah Al-Imran Ayat 38

Doa Memohon Perlindungan Untuk Anak

Doa ini amat baik diamalkan untuk meminta dan memohon daripada Allah SWT agar anak kita yang dikasihi akan sentiasa diberikan kesejahteraan, keselamatan dan kebaikan supaya terhindar dari sebarang keburukan.

Doa untuk melindungi anak dari gangguan syaitan dan makhluk halus

Maksud Rumi:

"Aku memohon perlindungan dariMu dengan kalimat Allah yang sempurna untuk kalian (berdua), dari sebarang gangguan syaitan dan binatang berbisa dan dari pandangan mata (‘ain) yang jahat." - Hadis Sahih, Riwayat Al-Bukhari: 3371

Doa Ketika Ingin Berjimak Dengan Isteri

Jika doa ini dibaca ketika ingin melakukan hubungan intim suami dengan isteri dan sekiranya ditakdirkan mendapat anak, insya Allah anak itu tidak akan dapat diganggu atau dimudaratkan oleh iblis dan syaitan.

doa berjimak

Maksud Rumi:

"Dengan nama Allah, ya Tuhan kami, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan itu daripada apa yang Engkau kurniakan kenikmatan kepada kami." - Sahih al-Bukhari 5165, Al-Bukhari 6/ 141, Muslim 2/ 1028

Doa Ketika Meninggalkan Keluarga & Harta

Fahamkan dan amalkan doa ini sepertimana yang diamalkan oleh Nabi SAW setiap kali Rasulullah ingin keluar rumah meninggalkan keluarga. Doa ini untuk kita yang akan tinggalkan keluarga dan harta benda agar terhindar dari kecurian, jenayah dan sebagainya. Amal dan yakinlah dengan bantuan Allah SWT.

doa keluar rumah meninggalkan keluarga tersayang

Maksud Rumi:

"Aku meninggalkan kamu dalam pemeliharaan Allah yang tidak akan hilang apa yang dalam jagaanNya." - Hadis dari Abu Hurairah bertaraf Hasan

Doa Untuk Keluarga Tercinta Rumi


Doa untuk keluarga bahagia yang tercinta dalam rumi ini adalah hasil perkongsian saudara Zairi Zainal di laman Facebook miliknya dan kami kongsikan untuk tatapan anda.

1. Doa Ketika Ingin Berjimak Bersama Isteri

Ya Allah, ya Tuhanku, hindarilah aku daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan itu daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami (anak)

2. Doa Untuk Mendapat Anak Soleh

Tuhanku, kurniakan kepadaku anak-anak yang soleh (bertakwa).

3. Zikir Untuk Mendapat Anak

Wahai Tuhan Yang Maha Menjadikan, Wahai Tuhan Yang Maha Mencipta dan Yang Maha Membentuk.

4. Doa Mendapatkan Anak Yang Sempurna (Tidak Cacat)

Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. - Surah Ali-‘Imran ayat 38

5. Doa Agar Mendapat Anak Yang Berakhlak Mulia & Hormati Ibu Bapa

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.

Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu) - Surah al-Ahqaf ayat 15

6. Doa Agar Isteri Dan Anak-Anak Bertakwa

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. - Surah al-Furqan 74

7. Doa Mengekalkan Kasih Sayang Suami, Isteri & Anak-Anak Yang Terpisah Agar Tertambat Hati Antara Satu Sama Lain

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). - Surah Ali ‘Imran 200

8. Doa Erat Kasih Sayang (Pelembut Hati Suami dan Isteri)

Taha (Hai Manusia). Tiada Kami turunkan al-Quran ke atasmu supaya engkau mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi orang yang takut kepada Tuhannya. Penurunan daripada Allah yang mencipta bumi ini dan langit yang tinggi. Tuhan Yang Maha Pemurah, berkuasa di atas ‘Arasy. - Surah Taha ayat 1-5

Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. - Surah Asy-Syura ayat 19

9. Doa Memohon Keampunan Allah

Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi. - Surah al-A’raf ayat 23

10. Doa Memohon Rahmat Dan Pimpinan Allah

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. - Surah al-Kahfi ayat 10

11. Doa Menghindarkan Diri Dari Perangai & Nafsu Jahat

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada perangai buruk, dan kerakusan hawa nafsu.

12. Doa Agar Dapat Hidayah Berkekalan Daripada Allah

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. - Surah Ali Imran ayat 8

13. Doa Untuk Kebahagiaan Dunia dan Akhirat

Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka. - Surah al-Baqarah ayat 201

14. Doa Keluar Rumah Agar Dilindungi Allah, Harta Benda Dan Keluarga

Dengan nama Allah (dalam keadaan) aku bertawakkal kepada Allah, tidak ada daya dan upaya (dalam segala urusan) melainkan dengan Allah jua.

15. Doa (Selawat) Mohon Murah Rezeki Yang Luas & Akhlak Yang Baik

Ya Allah, kurniakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW dengan selawat yang melapangkan rezeki bagi kami dan menjadikan baiknya akhlak kami, begitu juga (selawat ini dikurniakan) atas keluarga dan sahabat-sahabatnya serta berikanlah kesejahteraan (kepada mereka).

16. Doa Melindungi Anak-Anak Daripada Gangguan Jin & Syaitan

Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat (yang akhirnya mengakibatkan sakit)

17. Bacaan Untuk Menolak Gangguan Syaitan & Iblis

Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada penipuannya, bisikannya dan godaannya.

18. Doa Ketika Marah Yang Amat Sangat

Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam.

19. Doa Untuk Mengawal Diri Daripada Sifat Panas Baran

Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji, air embun, dan air yang sejuk. Ya Allah, bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kekotoran.

20. Doa Ketika Ditimpa Musibah & Kesulitan

Sesungguhnya kami milik Allah dan KepadaNya kami akan kembali (pada hari Kiamat). Ya Allah! Berilah pahala pada musibahku dan gantilah aku dengan lebih baik daripadanya (musibah itu).

Baca juga : Koleksi Doa Kebahagiaan Suami Isteri & Keluarga

Doa Kebahagiaan Keluarga Rumi


doa keluarga bahagia dalam bahasa melayu

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau yang Maha Pengampun.
Ampunilah segala dosa-dosa dan kesalahanku.
Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan suamiku.
Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kedua ibu bapa kami,
abang-abang kami, kakak-kakak kami, adik-adik kami, seluruh keluarga kami sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Jauhkanlah kami semua dari siksaan dan azabMu, dari api nerakaMu, dari kemurkaanMu, dari maksiat dan keburukan serta godaan syaitan dan tipu daya syaitan. Dekatkan kami dengan syurgaMu, dekatkan kami dengan kasih sayangMu dan dekatkan kami dengan ilmu agamaMu.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Berikanlah petunjuk untuk kami menuju ke syurgaMu.
Bukakanlah pintu hati kami untuk menerima cahaya petunjuk dariMu.
Tabahkan hati kami dalam menerima ujian dariMu.
Jadikanlah anak-anak kami hamba yang taat dan beriman dan anak yang soleh.
Jadikanlah kami ibu bapa yang baik bagi membimbing anak-anak kami.

Ya Allah Ya Rabbi Ya Karim

Murahkanlah rezeki kami, mudahkanlah perjalanan hidup kami di dunia dan akhirat.
Matikanlah kami dalam agama Islam.
Teguhkan hati kami dalam agama Islam dan janganlah kau tarik nikmat Islam di dalam hidup kami.

Ya Allah Ya Rahman

Limpahkan kasih sayang dan keberkatan di dalam keluargaku.
Sayangilah aku, ampunilah aku, lindungilah aku.
Hanya kepadaMu tempat aku bermohon dan mengadu.
Makbulkanlah doaku ini. Amin. - Nur Hanida


Bacalah bacaan doa-doa di atas setiap kali selepas selesai menunaikan solat. Doa adalah senjata orang mukmin dan juga ikhtiar dan usaha kita sebagai orang Islam, oleh itu yakin dan berserahlah kepada Allah. Insya Allah, berkat kesabaran dan berdoa tanpa jemu, doa kita akan dimakbulkan Allah SWT.

Semoga perkongsian bacaan doa keluarga bahagia dalam Islam rumi dan jawi, doa supaya anak rajin solat dan soleh yang dipetik dari Al-Quran dan hadis berserta sunnah Rasulullah ini akan dapat membimbing kita sebagai ibu bapa yang mendidik anak-anak dengan baik serta mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan kasih sayang. - ilmualam.com

Doa Mohon Allah SWT Tetapkan Hidayah dan Taufik-Nya Kepada Kita

doa meminta petunjuk dan hidayah

Adakah perlu untuk kita memohon hidayah daripada Allah setiap hari? Apakah wajib untuk kita meminta dan doa tetapkan iman kita? Walau bagaimanapun, hidayah itu milik Allah SWT.

Sesiapa sahaja yang diberikan hidayah oleh Allah pastinya tidak ada seorang pun yang akan boleh menyesatkannya. Oleh itu, adalah wajib untuk kita meminta, merayu, memohon dan berdoa kepada Allah untuk diberikan hidayah serta apa saja kebaikan untuk diri, keluarga dan sebagainya.

Setiap orang daripada kita wajib meminta kepada Allah agar terus dibimbing ke arah kebaikan serta untuk mengukuhkan keimanannya supaya mampu untuk meningkat amal yang soleh berserta tutur katanya dengan akhlak yang mulia untuk menghadapi berbagai cabaran dan masalah di dunia dan akhirat.

Doa Mohon Allah Tetapkan Iman dan Hidayah


Berikutkan kami kongsikan beberapa doa penting untuk kita memohon rahmat Allah, diberikan hidayah serta doa meneguhkan hati untuk menghadapi dugaan dan cabaran di dunia dan akhirat.

1. Doa Mohon Rahmat Allah

doa menguatkan iman kepada Allah

Maksud Dalam Rumi :

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)." (Surah Ali Imran ayat 7)

2. Doa Mohon Teguhkan Hati Kepada Agama

doa untuk mendapat taufik dan hidayah

Maksud Rumi :

"Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu." (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)

3. Doa Mohon Hati Mentaati Allah SWT

doa tetapkan iman

Maksud Rumi :

"Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu." (HR. Muslim)

Keterangan:

Ketiga-tiga doa-doa yang dikongsikan di atas adalah doa yang dipetik dari sumber Al Quran dan juga sunah sahih. Oleh itu adalah wajib bagi seorang Islam untuk menghafal, mengamalkan dan memunajatkannya kepada Allah setiap waktu.

Kerana apa saja yang terpelihara atau pun tercabutnya hidayah adalah terletak kepada kehendak dan kekuasaan Allah. Apabila Allah memberikan dan meneguhkan hidayah, tidak ada apa pun yang dapat menyesatkan seseorang itu.

Firman Allah SWT

doa kuatkan iman rumi ketetapan iman

Dalam ketiga-tiga doa di atas adalah cara untuk meminta dan memohon kepada Allah agar dapat meneguhkan dan menjaga serta memelihara hati. Hati seseorang itulah yang akan menentukan baik buruk amalan dan perbuatan seseorang. Ia umpama satu pusat takwa dan hidayah, walau bagaimanapun ia juga menjadi pusat kekufuran dan kesesatan.

Rasulullah SAW bersabda:

doa ditetapkan hati

Sedangkan hati setiap seseorang berada di bawah kendalian Allah ‘Azza Wa Jalla. Nabi SAW bersabda maksudnya ;

"Sesungguhnya hati anak Adam (manusia), semuanya berada di antara dua jari dari jari-jemari Allah, laksana hati yang satu, Dia arahkan ke mana sahaja yang Dia kehendaki." (HR. Muslim)

Dalam riwayat at Tirmidzi dari hadis Malik bin Anas, Rasulullah SAW bersabda ;

"Sesungguhnya hati itu berada di dua jari dari jari-jari Ar Rahman, Dia membolak-balikkan sekehendak-Nya."

Dalam riwayat Ahmad, "Jika Dia berkehendak (untuk menjadikannya sesat) maka akan disesatkan-Nya dan jika berkehendak ditetapkan iman maka akan tetap diteguhkan di atas petunjuk."

Sedangkan sesiapa yang hatinya dijaga oleh Allah dengan hidayah, tiada seorang pun yang boleh menyesatkannya.

مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ

"Sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah maka tidak seorangpun yang boleh menyesatkannya. Sebaliknya, siapa yang disesatkan oleh Allah maka tiada seorangpun yang boleh memberinya petunjuk." (HR. Ahmad, Abu Daud, at Tirmidzi dan lainnya)

Oleh sebab itu, kita wajib sentiasa dan selalu memohon kepada Allah SWT supaya tidak menjadikan diri kita sesat hati setelah Dia memberi petunjuk dan hidayah. Kita juga wajib memohon untuk mendapat rahmat dari sisi-Nya tanpa rasa jemu kerana sesungguhnya Dia Zat Maha Pemberi, Pengasih dan Penyayang.


Cara Untuk Mendapatkan Hidayah Daripada Allah SWT

  • Selalu berdoa memohon hidayah dari Allah SWT
  • Taat semua perintah Allah
  • Tidak tinggal solat lima waktu
  • Selalu jauhi larangan Allah
  • Menjaga hubungan sesama manusia
  • Menjaga akhlak
  • Jauhi pergaulan bebas
  • Menuntut ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah
  • Bergaul dengan orang alim ulama
  • Membaca Al-Quran serta hayati dan amalkan isi kandungannya

Semoga perkongsian doa-doa memohon kepada Allah agar diberikan hidayah dan petunjuk serta doa tetapkan iman berserta doa-doa berkaitan akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk sesiapa saja umat Islam di dunia ini. Semoga bermanfaat. - ilmualam.com

Amalan dan Doa Sebelum Tidur Yang Diajar Rasulullah SAW

amalan dan doa sebelum tidur sunnah Nabi

Antara contoh dan sunnah Rasulullah yang wajib kita amalkan adalah amalan dan doa sebelum tidur serta selepas bangun tidur seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Sunnah Nabi sebelum tidur juga sangat mudah dibuat malahan ia sangat penting serta amat baik diamalkan untuk kesihatan badan manusia.

Berikutnya dikongsikan amalan dan doa sebelum tidur dan selepas bangun tidur yang biasa dilakukan oleh Rasulullah SAW sebelum merehatkan badan dan tidur. Sebaiknya kita amalkan dengan segera dan jadikan rutin harian dalam hidup kita.

Amalan dan Doa Sebelum Tidur Rasulullah


1. Berwuduk sebelum tidur

Doa sebelum tidur rumi

"Apabila engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka hendaklah berwuduk terlebih dahulu sebagaimana wudukmu untuk melakukan solat." (HR Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menjelaskan bahawa sebelum tidur kita digalakkan mengambil wuduk dan perkara ini adalah untuk menjaga kesucian ketika tidur serta memberikan kesegaran pada badan sebelum tidur.

2. Tidur Mengiring Ke Kanan

Berkaitan dengan tidur dengan posisi mengiring sebelum tidur telah disampaikan dalam beberapa riwayat hadis yang berikut;"Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Sebenarnya tidur mengiring ke kanan yang diajarkan Rasulullah SAW, menurut kajian tidur sebegitu adalah sebagai posisi tidur yang sihat kerana ia membantu proses pernafasan yang lancar.

3. Meletakkan Tangan Kanan di Pipi Kanan

Posisi tidur dengan meletakkan tangan kanan di pipi kanan juga mempunyai hadis dan riwayatnya yang tersendiri iaitu ; "Rasulullah SAW apabila tidur meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya". (HR. Abu Dawud, At Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

4. Jangan Tidur Dalam Keadaan Meniarap

Cara tidur dalam Islam juga amat penting untuk kita ikuti, berkaitan dengan posisi tidur meniarap, Rasulullah turut menegah agar umatnya tidak tidur dalam keadaan meniarap. Perkara ini juga berkait dengan masalah kesihatan badan jika dilihat dari aspek biologi dan kesihatan badan kerana ia menganggu jantung dan saluran pernafasan seperti dinyatakan di dalam hadis berikut;

"Sesungguhnya (posisi tidur meniarap) itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla." (HR Abu Dawud)

5. Jaga Kebersihan Tempat Tidur

Membersihkan tempat tidur juga adalah sunnah Nabi yang wajib kita jadikan amalan dan ini dibuktikan dengan menjaga kebersihan tempat tidur mampu membantu pernafasan kita yang tidak diganggu oleh bakteria atau debu yang terdapat di tempat tidur selain kita akan lebih selesa jika suasana bersih dari segala kekotoran.

"Apabila seorang dari kamu akan tidur pada tempat tidurnya, maka hendaklah mengibaskan kainnya pada tempat tidurnya itu terlebih dahulu, kerana ia tidak tahu apa yang ada di atasnya.". (HR. Bukhari dan Muslim)

6. Tidur Selepas Waktu Isyak

Kita digalakkan untuk tidur selepas waktu Isyak, walaupun waktu Isyak adalah waktu yang agak panjang tetapi jika kita lalai kita pasti akan meninggalkan solat fardhu Isyak ini. Oleh itu, tidurlah selepas menunaikan solat Isyak sepertimana sunnah Nabi ini yang wajib kita amalkan.

"Rasulullah SAW membenci tidur malam sebelum (solat Isyak) dan berbincang-bincang (yang tidak bermanfaat) setelahnya." (HR Bukhari dan Muslim)

7. Menunaikan Solat Witir

doa sebelum tidur untuk agama islam

Selain solat Isyak wajib dibuat sebelum tidur, Rasulullah turut mengalakkan kita menunaikan solat witir sebelum tidur. Solat witir ini amat baik dilaksanakan selain mendapat pahala ia juga mampu menenangkan diri kita serta kita boleh berdoa sebelum tidur.

Solat witir atau dipanggil juga sebagai solat malam sebelum tidur amat digalakkan dalam Islam dan ia menjadi lebih baik jika diteruskan dengan solat tahajud selepas tidur serta bangun pula di Subuh hari.

"Kekasihku iaitu Rasulullah SAW mewasiatkan kepadaku tiga wasiat: (1) berpuasa tiga hari setiap bulannya, (2) mengerjakan dua rakaat solat Dhuha, (3) mengerjakan witir sebelum tidur." (HR. Bukhari)

8. Membaca Doa Sebelum Tidur

Amalan membaca doa sebelum tidur pastinya memberikan ketenangan kepada kita serta menjadikan tidur kita sebagai satu ibadah yang dilakukan. Kerana itu juga Rasulullah mengajar kita doa sebelum tidur seperti yang disampaikan melalui hadis berikut;

Dari Hudzaifah, ia berkata, "Apabila Nabi SAW hendak tidur, beliau mengucapkan:

‘Bismika allahumma amuutu wa ahya (Dengan nama-Mu, Ya Allah aku mati dan aku hidup).’

Dan apabila bangun tidur, beliau mengucapkan:

"Alhamdulillahilladzii ahyaana ba’da maa amatana wailaihi nusyur (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nya lah tempat kembali)
." (HR. Bukhari)

Doa Sebelum Tidur

Doa sebelum tidur

Doa Selepas Bangun Tidur

doa selepas bangun tidur

9. Meniup Tapak Tangan

Rasulullah SAW sewaktu berada di tempat tidurnya pada setiap malam dengan mengangkat kedua-dua tapak tangannya yang ditiup dan membaca;

Qul huwallahu ahad’ (surat Al Ikhlash), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surat Al Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surat An Naas).

Seterusnya mengusap dengan kedua-dua tapak tangan kepada seluruh anggota tubuh yang dapat dicapai bermula dari kepala, muka dan bahagian depan tubuh. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.
(HR. Bukhari)

Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa maksud meniup tapak tangan bukanlah sekadar meniup tetapi ia mempunyai doa dan zikir yang ditujukan kepada Allah SWT.

10. Membaca Ayat Kursi


Membaca ayat Kursi sebelum tidur juga adalah sunnah sepertimana disampaikan oleh Rasulullah SAW melalui riwayat hadis berikut;

"Jika kamu hendak berbaring di atas tempat tidurmu, bacalah ayat Al Kursi kerana dengannya kamu selalu dijaga oleh Allah Ta’ala dan syaitan tidak akan dapat mendekatimu sampai pagi."

"Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Benar apa yang dikatakannya padahal dia itu pendusta. Dia itu syaitan
." (HR. Bukhari)

Sebenarnya, selain membaca ayat kursi, kita boleh saja membaca apa-apa ayat suci Al-Quran yang lain mengikut kesesuaian serta keperluan diri kita. Bacalah apa saja ayat lain yang anda ingat atau apa-apa surah yang kita hafal, ia tidak menjadi kesalahan.

Sebagai panduan untuk amalan dan doa sebelum tidur dan ketika bangun tidur yang lebih lengkap seperti yang diajarkan Rasulullah SAW atau dipanggil juga sebagai Sunnah Nabi, sila lihat video rakaman doa dan zikir sebelum tidur dan selepas bangun tidur yang dikongsikan di bawah.


Sunnah Nabi Sebelum Tidur


Semoga perkongsian amalan dan doa sebelum tidur dan selepas bangun tidur seperti yang diajar Rasulullah SAW ini bermanfaat untuk anda.- ilmualam.com

Ini Sebab Mengapa Rasulullah Suruh Bersihkan Tempat Tidur Sebelum Tidur

Adab tidur mengikut sunnah nabi

Sudahkah anda membiasakan diri dengan membersihkan atau mengibaskan tempat tidur anda dengan kain atau sarung sebelum anda baring dan tidur di atasnya di bilik tidur? Pastinya sebelum tidur anda akan membaca Bismillah sebelum melelapkan mata, bukan?

Tahukah anda mengapa Rasulullah SAW menyuruh semua umatnya membersihkan tempat tidur terlebih dahulu sebelum tidur sama ada di atas tilam atau apa saja tempat tidur? Mungkin ada yang masih tak tahu dan tak mengamalkan sunnah Nabi yang amat baik diamalkan ini.

Rasulullah Suruh Bersihkan Tempat Tidur


Sememangnya ada kajian yang berkaitan dengan tempat tidur serta ada fakta saintifik disebaliknya yang mengaitkan dengan kesihatan tubuh badan kita. Dan apakah ada rahsia tertentu yang berkaitan dengan alam ghaib mengaitkan dengan perkara ini yang akan memudaratkan kita?

Disebabkan perkara itulah kita tidak boleh mengambil mudah atau memandang remeh tentang sunah sebelum tidur dan sebaiknya kita perlu mengambil tahu agar kita tidak membuat kesilapan yang berulang di masa akan datang. Dari sahabat Abu Hurairah ra Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda;

"Apabila salah seorang dari kalian ingin berbaring di tempat tidurnya, hendaklah ia kibas-kibas tempat tidurnya itu dengan sarungnya (kain). Kerana dia tidak tahu apa yang terjadi pada tempat tidurnya setelah ia tinggalkan sebelumnya." (HR Bukhari Muslim)

bersihkan tempat tidur sebelum tidur

Hadis lain sebagai tambahan "Bagi orang yang bangun dari tempat tidurnya kemudian kembali lagi maka dianjurkan untuk mengibasinya kembali." (Sebagaimana hadis riwayat Tirmidzi. 3410)

Sekurang-kurangnya kita ada dua alasan yang munasabah dan amat penting yang menyebabkan kita perlu mengibaskan kain sarung ke atas tilam yang akan kita tiduri itu:

1. Adanya kuman penyakit yang hinggap di tilam, bantal dan selimut yang kita gunakan Malah setiap orang yang tidur di atas tilam pastinya ada sel-sel mati di tubuhnya yang jatuh atau melekat di tempat tidur dan pada ketika seseorang itu terjaga dari tidurnya sel-sel tersebut akan tertinggal di situ.

Ketika orang tersebut tidur semula tapi tidak terlebih dahulu membersihkan tilam yang akan ditidurnya itu, berkemungkinan besar adanya kuman tidak terlihat yang akan memakan sel-sel mati tersebut di atas tilam, selimut dan bantal yang kita gunakan tersebut.

Oleh kerana sebab itulah adalah sangat penting untuk kita mengibaskan katil atau tilam yang akan kita tidur itu terlebih dahulu sebelum tidur bagi memastikan segala kuman atau apa saja yang tidak kita nampak itu hilang dan tidak berada di tempat tidur.

2. Mungkin adanya makhluk halus atau makhluk ghaib yang tidur di atas katil tersebut yang tidak dapat  dilihat dengan mata kasar iaitu jin jahat atau syaitan dan iblis. Tidak ada satu tilam atau tempat tidur pun yang terbentang di dalam satu rumah yang tidak ditiduri oleh manusia, kecuali syaitan akan tidur di atas tilam tersebut.

Orang yang beriman kepada yang ghaib pasti menyedari bahawa kita hidup bersama dengan makhluk ciptaan Allah yang lain yang tak terlihat dengan mata kasar. Oleh sebab itu melakukan sunah Nabi dengan mengibas-ngibaskan tempat tidur dengan kain sarung sebelum tidur sambil membaca Bismillah atau doa sebelum tidur adalah sangat digalakkan.

Amalan dan Doa Sebelum Tidur


Insya Allah kita akan berjaya serta mampu mengelakkan atau menghindari diri kita daripada sebarang gangguan jin, dan godaan iblis dan syaitan yang terkutuk. Inilah antara sunnah yang amat mudah dilakukan yang mempunyai kelebihan dan fadilat sangat besar. Wallahualam.

Mulai hari ini, mari kita amalkan dalam kehidupan seharian kita sebelum tidur iaitu dengan mengibaskan semua tempat tidur kita sama ada di atas tilam atau apa saja jenis tempat tidur sebelum kita menghempaskan badan untuk menghilangkan penat dan mengantuk. Semoga bermanfaat. - Facebook