Bacaan Doa Qunut Subuh Rumi & Nazilah (Maksud & Terjemahan)

doa qunut rumi dan jawi terjemahan

Perkongsian panduan lengkap bacaan doa qunut untuk solat subuh secara seorang dan juga secara berjemaah bersama imam termasuk qunut nazilah sebagai pelengkap untuk memudahkan anda.

Bacaan doa qunut ini juga turut disertakan dengan panduan bacaan menerusi audio MP3 dan juga terjemahan ejaan rumi iaitu Bahasa Melayu untuk anda yang tidak dapat menguasai tulisan Arab.

Solat subuh anda pasti akan lebih sempurna jika turut membaca doa qunut sama ada secara bersendirian atau pun secara berjemaah di rumah atau di masjid bersama jemaah lain.

Bacaan Doa Qunut Bersendirian dan Berjemaah (Imam)


bacaan doa qunut subuh

Doa qunut mempunyai tiga jenis qunut dalam solat iaitu qunut untuk solat subuh, qunut dalam solat witir ramadhan dan juga doa qunut nazilah.

Sebutan dan perkataan Qunut dalam Bahasa Arab membawa beberapa maksud seperti diam, berdiri lama, tunduk, doa, khusyuk dan juga selalu taat.

Melalui pengertian istilah pula, qunut adalah satu doa yang sering dibaca oleh orang Islam ketika dalam solat sewaktu berdiri.

Doa Qunut Subuh Bersendirian

Ketika dalam solat subuh pada rakaat yang kedua iaitu sebelum sujud serta perlu kekal berdiri dengan lurus disamping mengangkat kedua-dua tangan dan berdoa iaitu membaca doa qunut.

Dalam solat bersendirian, bacaan doa qunut seperti yang dikongsikan di bawah:

doa qunut subuh


Doa Qunut Solat Subuh Rumi

doa qunut dalam rumi

Maksud dan Terjemahan Doa Qunut Bahasa Melayu

Perbezaan antara bacaan doa qunut untuk imam iaitu berjemaah dan secara bersendirian adalah kerana maksud pada setiap baris yang mempunyai perkataan 'Ni' yang membawa makna 'Aku' dan 'Na' bermaksud 'Kami'.

Allahhummah dinaa (Ni) fiiman hadait.
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.

Wa’aa finaa (Ni) fiiman ‘aafait.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.

Watawallanaa (Ni) fiiman tawal-laiit.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.

Wabaariklanaa (Ni) fiimaa a’thait.
Berkatilah hendaknya untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.

Waqinaa (Ni) syarramaa qadhait.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.

Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.

Wainnahu laayadzilu man walait.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.

Walaa ya’izzu man ‘aadait.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.

Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.

Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.

Astaghfiruka wa’atuubu ilaik.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.

Wasallallah hu ala sayyidina muhammadin nabiyyil ummiyyi, Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Doa Qunut Untuk Imam Rumi & Jawi

Ketika solat fardu subuh dilakukan secara berjemaah bacaan doa qunut mempunyai sedikit perbezaan daripada bacaan qunut bersendirian.

Ia berbeza hanya kerana kata ganti nama diri dalam bahasa Arab iaitu 'KU' (NII) yang ditukar kepada 'KAMI' (NAA) dengan niat untuk disesuaikan dengan bilangan jemaah yang turut mendirikan solat bersama imam.

Doa qunut yang dibacakan oleh imam adalah seperti yang dikongsikan di bawah;

doa qunut untuk imam jawi

Bacaan Doa Qunut Untuk Imam Rumi

doa qunut untuk imam rumi

Sebenarnya, berbagai pendapat dan pandangan para alim ulama berkaitan dengan hukum doa qunut dalam solat subuh. Masing-masing mempunyai pandangan yang berbeza.

Walau bagaimanapun, pendapat Imam Syafi'e tentang bacaan doa qunut ketika dalam solat subuh adalah sunat muakkad iaitu sunat yang amat digalakkan untuk dilakukan.

Sekiranya kita terlupa atau tertinggal membaca bacaan doa qunut dalam solat subuh, kita disunatkan untuk membuat sujud sahwi, namun solat subuh masih sah biarpun tanpa melakukan sujud sahwi.

Sehingga kini pandang Mazhab Syafi'e telah diamalkan serta dipegang teguh oleh ramai orang Islam di Malaysia khususnya dan seluruh dunia.

Doa Qunut Nazilah dan Terjemahan


Nazilah membawa maksud kepada satu keadaan yang terdesak, darurat, gawat atau mencemaskan dari segi bahasa. Dari segi istilah pula membawa makna kepada keadaan satu bencana yang menimpa kepada umat Islam.

Bencana tersebut adalah seperti wabak penyakit yang menular, musim kemarau, adanya musuh, dalam ketakutan serta apa saja jenis mudarat yang menimpa umat Islam.

Bacaan doa qunut nazilah dilakukan dengan membaca setelah selesai rukuk iaitu sewaktu iktidal ketika di akhir rakaat dalam solat. Hukumnya adalah sunnah hai'ah dan tidak perlu sujud sahwi jika tertinggal atau terlupa.

Doa Qunut Nazilah Jawi

doa qunut nazilah unic

Doa Qunut Nazilah Rumi

qunut nazilah dan terjemahan

Doa Qunut Nazilah dan Terjemahan

doa qunut nazilah rumi

Cara Melaksanakan Qunut Nazilah

Ia boleh dibaca pada ketika setiap solat fardhu seperti Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Bacaan doa ini perlu dibuat pada rakaat terakhir setelah bangun dari rukuk untuk i'tidal.

Cara membaca doa qunut nazilah mempunyai tiga caranya dan anda boleh memilih salah satu daripada cara-cara bacaan seperti di bawah:

1. Membaca doa qunut seperti biasa ketika dalam solat subuh.
2. Membaca bacaan doa qunut nazilah sahaja.
3. Membaca doa qunut subuh serta diikuti qunut nazilah.

Info Penting:

Sekiranya anda tidak dapat menghafal bacaan qunut nazilah, anda boleh juga membaca doa qunut seperti biasa yang dibaca dalam solat subuh danm kemudiannya baca qunut nazilah setelah selesai solat.

Sekiranya solat berjemaah, imam wajib memberitahu kepada semua jemaah bahawa qunut akan dibaca ketika dalam solat supaya jemaah dapat mengaminkan bersama-sama doa berkenaan.

Walau bagaimanapun, melalui pendapat majoriti para alim ulama, tiada doa khusus yang harus dibaca dalam doa qunut nazilah. Jadi, doa yang dibaca mengikut kesesuaian musibah yang berlaku pada waktu itu.

Contoh yang dapat dilihat apabila ketika terjadi sebarang bencana alam. kita boleh berdoa untuk memohon bantuan dan perlindungan dari Allah SWT.

Jika terjadinya peperangan sebagai contoh di negara Syria dan Palestin, kita boleh meminta doa kepada Allah khusus untuk semua saudara kita yang berada di sana.

Baca : Doa Sebelum dan Selepas Mengaji Quran

Sehingga hari ini, doa qunut nazilah yang telah diajarkan kepada kita adalah sepertimana yang terdapat dalam lagu dari video YouTube ini.

Doa Qunut Nazilah UNIC


Hukum Membaca Doa Qunut

Ada yang berpendapat dan menentang tentang hukum membaca doa qunut dalam solat subuh, walau bagaimanapun, yang jelas dan nyata ialah doa qunut adalah sunnah Nabi Muhammad SAW yang ditinggalkannya kepada umat Islam.

Jadi, kita tidak perlu bertelagah hanya semata-mata kerana hukum bacaan doa qunut ketika solat subuh, yang pastinya ia adalah sunnah Nabi yang perlu kita ikuti.

Apa yang pasti para ulama dari Mazhab Syafi'e menyatakan hukum solat subuh walaupun tanpa bacaan doa qunut tetap sah dan adalah lebih baik jika dibaca.

Semoga perkongsian bacaan doa qunut untuk imam serta secara bersendirian ini akan bermanfaat buat anda. Semoga amal ibadah kita diterima Allah SWT serta diberikan keberkatan dunia dan akhirat.