Amalan dan Doa Sebelum Tidur Yang Diajar Rasulullah SAW

amalan dan doa sebelum tidur sunnah Nabi

Antara contoh dan sunnah Rasulullah yang wajib kita amalkan adalah amalan dan doa sebelum tidur serta selepas bangun tidur seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Sunnah Nabi sebelum tidur juga sangat mudah dibuat malahan ia sangat penting serta amat baik diamalkan untuk kesihatan badan manusia.

Berikutnya dikongsikan amalan dan doa sebelum tidur dan selepas bangun tidur yang biasa dilakukan oleh Rasulullah SAW sebelum merehatkan badan dan tidur. Sebaiknya kita amalkan dengan segera dan jadikan rutin harian dalam hidup kita.

Amalan dan Doa Sebelum Tidur Rasulullah


1. Berwuduk sebelum tidur

Doa sebelum tidur rumi

"Apabila engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka hendaklah berwuduk terlebih dahulu sebagaimana wudukmu untuk melakukan solat." (HR Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menjelaskan bahawa sebelum tidur kita digalakkan mengambil wuduk dan perkara ini adalah untuk menjaga kesucian ketika tidur serta memberikan kesegaran pada badan sebelum tidur.

2. Tidur Mengiring Ke Kanan

Berkaitan dengan tidur dengan posisi mengiring sebelum tidur telah disampaikan dalam beberapa riwayat hadis yang berikut;"Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Sebenarnya tidur mengiring ke kanan yang diajarkan Rasulullah SAW, menurut kajian tidur sebegitu adalah sebagai posisi tidur yang sihat kerana ia membantu proses pernafasan yang lancar.

3. Meletakkan Tangan Kanan di Pipi Kanan

Posisi tidur dengan meletakkan tangan kanan di pipi kanan juga mempunyai hadis dan riwayatnya yang tersendiri iaitu ; "Rasulullah SAW apabila tidur meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya". (HR. Abu Dawud, At Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

4. Jangan Tidur Dalam Keadaan Meniarap

Cara tidur dalam Islam juga amat penting untuk kita ikuti, berkaitan dengan posisi tidur meniarap, Rasulullah turut menegah agar umatnya tidak tidur dalam keadaan meniarap. Perkara ini juga berkait dengan masalah kesihatan badan jika dilihat dari aspek biologi dan kesihatan badan kerana ia menganggu jantung dan saluran pernafasan seperti dinyatakan di dalam hadis berikut;

"Sesungguhnya (posisi tidur meniarap) itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla." (HR Abu Dawud)

5. Jaga Kebersihan Tempat Tidur

Membersihkan tempat tidur juga adalah sunnah Nabi yang wajib kita jadikan amalan dan ini dibuktikan dengan menjaga kebersihan tempat tidur mampu membantu pernafasan kita yang tidak diganggu oleh bakteria atau debu yang terdapat di tempat tidur selain kita akan lebih selesa jika suasana bersih dari segala kekotoran.

"Apabila seorang dari kamu akan tidur pada tempat tidurnya, maka hendaklah mengibaskan kainnya pada tempat tidurnya itu terlebih dahulu, kerana ia tidak tahu apa yang ada di atasnya.". (HR. Bukhari dan Muslim)

6. Tidur Selepas Waktu Isyak

Kita digalakkan untuk tidur selepas waktu Isyak, walaupun waktu Isyak adalah waktu yang agak panjang tetapi jika kita lalai kita pasti akan meninggalkan solat fardhu Isyak ini. Oleh itu, tidurlah selepas menunaikan solat Isyak sepertimana sunnah Nabi ini yang wajib kita amalkan.

"Rasulullah SAW membenci tidur malam sebelum (solat Isyak) dan berbincang-bincang (yang tidak bermanfaat) setelahnya." (HR Bukhari dan Muslim)

7. Menunaikan Solat Witir

doa sebelum tidur untuk agama islam

Selain solat Isyak wajib dibuat sebelum tidur, Rasulullah turut mengalakkan kita menunaikan solat witir sebelum tidur. Solat witir ini amat baik dilaksanakan selain mendapat pahala ia juga mampu menenangkan diri kita serta kita boleh berdoa sebelum tidur.

Solat witir atau dipanggil juga sebagai solat malam sebelum tidur amat digalakkan dalam Islam dan ia menjadi lebih baik jika diteruskan dengan solat tahajud selepas tidur serta bangun pula di Subuh hari.

"Kekasihku iaitu Rasulullah SAW mewasiatkan kepadaku tiga wasiat: (1) berpuasa tiga hari setiap bulannya, (2) mengerjakan dua rakaat solat Dhuha, (3) mengerjakan witir sebelum tidur." (HR. Bukhari)

8. Membaca Doa Sebelum Tidur

Amalan membaca doa sebelum tidur pastinya memberikan ketenangan kepada kita serta menjadikan tidur kita sebagai satu ibadah yang dilakukan. Kerana itu juga Rasulullah mengajar kita doa sebelum tidur seperti yang disampaikan melalui hadis berikut;

Dari Hudzaifah, ia berkata, "Apabila Nabi SAW hendak tidur, beliau mengucapkan:

‘Bismika allahumma amuutu wa ahya (Dengan nama-Mu, Ya Allah aku mati dan aku hidup).’

Dan apabila bangun tidur, beliau mengucapkan:

"Alhamdulillahilladzii ahyaana ba’da maa amatana wailaihi nusyur (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nya lah tempat kembali)
." (HR. Bukhari)

Doa Sebelum Tidur

Doa sebelum tidur

Doa Selepas Bangun Tidur

doa selepas bangun tidur

9. Meniup Tapak Tangan

Rasulullah SAW sewaktu berada di tempat tidurnya pada setiap malam dengan mengangkat kedua-dua tapak tangannya yang ditiup dan membaca;

Qul huwallahu ahad’ (surat Al Ikhlash), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surat Al Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surat An Naas).

Seterusnya mengusap dengan kedua-dua tapak tangan kepada seluruh anggota tubuh yang dapat dicapai bermula dari kepala, muka dan bahagian depan tubuh. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.
(HR. Bukhari)

Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa maksud meniup tapak tangan bukanlah sekadar meniup tetapi ia mempunyai doa dan zikir yang ditujukan kepada Allah SWT.

10. Membaca Ayat Kursi


Membaca ayat Kursi sebelum tidur juga adalah sunnah sepertimana disampaikan oleh Rasulullah SAW melalui riwayat hadis berikut;

"Jika kamu hendak berbaring di atas tempat tidurmu, bacalah ayat Al Kursi kerana dengannya kamu selalu dijaga oleh Allah Ta’ala dan syaitan tidak akan dapat mendekatimu sampai pagi."

"Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Benar apa yang dikatakannya padahal dia itu pendusta. Dia itu syaitan
." (HR. Bukhari)

Sebenarnya, selain membaca ayat kursi, kita boleh saja membaca apa-apa ayat suci Al-Quran yang lain mengikut kesesuaian serta keperluan diri kita. Bacalah apa saja ayat lain yang anda ingat atau apa-apa surah yang kita hafal, ia tidak menjadi kesalahan.

Sebagai panduan untuk amalan dan doa sebelum tidur dan ketika bangun tidur yang lebih lengkap seperti yang diajarkan Rasulullah SAW atau dipanggil juga sebagai Sunnah Nabi, sila lihat video rakaman doa dan zikir sebelum tidur dan selepas bangun tidur yang dikongsikan di bawah.


Sunnah Nabi Sebelum Tidur


Semoga perkongsian amalan dan doa sebelum tidur dan selepas bangun tidur seperti yang diajar Rasulullah SAW ini bermanfaat untuk anda.- ilmualam.com