![Duduk antara dua sujud doa selepas tahiyat akhir sebelum memberi salam](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgqBaSGJrEuKefHlt2IMXJlLEVJ3Z8w-Lbv5Ed0nN4ngDHXrB-_7IwoEbYeXh-pM23ClEDt1TP_U5rrZIKgUPbqapuWggpGL3XbVbNztwvlonR1TLRJikAf8ZOiyYcijyTm3Dl_k8qGtvQ/s1600/solat.png)
Doa selepas tahiyat akhir dan sebelum bagi salam. Solat adalah satu ibadah yang paling agung dan ia juga bermaksud doa dari sudut bahasa. Disebabkan itulah kita harus amalkan doa dalam solat supaya ibadah kita itu lebih sempurna.
Antara soalan yang pertama yang pasti akan ditanya oleh Allah SWT nanti adalah tentang solat seseorang manusia itu. Rugi sekiranya kita sering menunaikan solat lima waktu tetapi tidak mengamalkan doa-doa sepertimana yang diajar oleh Rasulullah iaitu doa selepas tahiyat akhir.
Doa Selepas Tahiyat Akhir Sebelum Salam
Terdapat banyak doa selepas tahiyat akhir dan sebelum beri salam dalam solat yang boleh kita jadikan amalan. Namun, ada beberapa doa yang amat mustajab yang digalakkan untuk kita berdoa.
1. Doa untuk memohon perlindungan dari Allah SWT agar bebas daripada azab api neraka, azab ketika berada di dalam kubur, sebarang fitnah kehidupan dan kematian dan juga fitnah Dajjal.
![Doa mohon perlindungan doa selepas tahiyat akhir sebelum bagi salam](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhRw6Okc-JKLuQ-up9EqOp5HtEydSOZn9WtPKiVJBVnDGXe8hjOfOkY6TtUc1S6Ky7odlasKzsPSSpmypQzSfWmjufI6kNVi0je_kqCn9XSe0o3NW-vIPSNJiUvrRABeH6ciGoEe_jn-KI/s1600/doa+untuk+keselamatan.png)
2. Doa untuk sesiapa yang berada dalam kesulitan dan berhadapan dengan masalah hutang. Insya Allah jika diamalkan pasti beban itu hilang.
![Doa menghindari hutang 10 doa selepas tahiyat akhir](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiQyBMy2cmrICxZGinCitlJ9cLeYVI5pXXOquu3pfmD-wbPyfqIsB2McpnIkM_ug7g5UnoYZRfj81R6d2Bj34seXQNVK6LbcVcd2lDaUmr-fCS5VBnV_u0eS2UONNzhL9gADsDh6QIYfY0/s1600/doa+hutang.png)
3. Doa ini sangat baik untuk mereka yang berniat untuk melupuskan atau menghilangkan sifat Mazmumah yang terdapat pada diri kita sendiri.
![Doa lupuskan mazmumah doa mustajab sebelum salam](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhbOzmh8uT5RACnjxiJ78ayfgubqRLseXYHvGGXL-fGT2nggztM-kLcW5TQsPbg2Dlma3aUCdZr2zVzBErQ65MaGEqH1CpkplewSS0x2mQxbTzzAxPsRG5S-W1FIdx5LHhfDWPBSILpgR8/s1600/doa+mazmumah.png)
4. Doa mohon diampunkan dosa yang terdahulu. Bacaan doa ini juga sebaiknya diamalkan setiap hari tanpa henti ketika dalam solat.
![Doa meminta ampun doa mohon keampunan dosa](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijR2-ckmVcDQZwh2LJ7EFyxlHyqnFe_9kyZu8TirqFbxojuz-qmh86OK-7IZa0J5AbcqLoxHchYGUET7RBAx0yT9FkgG3llzsrusrwzx3dLMp0PyBBh1bfp_USUTE-BmoMjMvRtm30riQ/s1600/doa+diampunkan+dosa+besar.png)
5. Doa mohon ampun kerana berdosa menzalimi diri sendiri. Mintalah keampunan daripada Allah SWT di atas kesilapan kita kerana zalim pada diri kita.
![Doa minta ampun memohon agar diampunkan dosa](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_M2hiIObrYn8X6HOWlvR5QFmD4rt50rWEopO2DfUM-r1FmVTWrpaIhmoIwJ0ignW42C9VhB0AkyvoPICccBauypNjnlpZGxSMTa4_3UVWYGyDimUtXaxaaVhCyMWuTxma1NaePrvp8NE/s1600/doa+agar+diampunkan.png)
6. Doa yang sangat baik untuk kita mohon kepada Allah supaya dapat menjadikan kita sebagai hambaNya yang sentiasa bersyukur dengan kurniaan dan pemberianNya serta sentiasa mengingatiNya.
![Supaya dosa diampun Allah doa ketika salam ke kanan dan ke kiri](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIQHAE_3YCVaxydAVHEI14kJORyWuEn_1yLvUe7we_NSYpaAB7OaZqKfg3dEQ3bDt1oi32JEcl4uUu43cjTWqAJSqOW-gCzN7_bseL5W0BEhWsz4IJdN874r3-xBLgWJx42aLWyM6kmL4/s1600/doa+tanda+syukur.png)
7. Doa memohon kepada Allah supaya dipermudahkan atau dimudahkan urusan hisab atau perbicaraan ke atas diri kita ketika berada di Mahkamah Allah sewaktu di akhirat nanti.
![Supaya dipermudahkan di akhirat doa tahiyat akhir lengkap sebelum salam](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjNIx0SLm4RNfNeucqY1KYAYCtgNGf6EW_XmfYe3nWJd-qgaToOtLTgBTTw2s8QVTB5EXGRvXXAp5g14p-qfeIQA0StIardgRB6B0qoJVFKC02S_L3RtHrzFGex09eQIRYOy7NR0sCyBzA/s1600/doa+untuk+akhirat.png)
8. Ini adalah doa taubat yang sangat sesuai dibaca ketika selepas membaca tahiyat akhir dalam solat taubat iaitu dengan niat untuk bertaubat.
![Doa untuk bertaubat doa sebelum salam tahiyat akhir](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgTOPdv-yFzwCwjRQCGCeSrsGHmkRehlw62dPqosComWBiCKfcCl_AYkiP2pkUeruW__ckiqVN6amM4zGWNgoVf1zQ7pL5sgL9_HxjHY-UuLflDiHLaPkCrmof7Epydvc0LSLuiF7CINGI/s1600/doa+taubat.png)
9. Doa mohon ampun dosa yang telah dilakukan.
![Doa tashahud akhir doa selepas tasyahud akhir](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjgripujjDACHzHwPhnJchiMoUk46JkGdi88c4AGcKr-09clVdS8AZx7BVDO1YWuRHedp4oMtr_GFaHVTwgQtKBBhZE2ZyillGYmlRMVG-_EPcuD7bqqRqZ-oitZBAARg9zSiCFTnYnSMk/s1600/doa+diampunkan+dosa.png)
10. Doa memohon untuk dimasukkan ke dalam Syurga serta dijauhkan dari azab api neraka.
![Supaya dimasukkan dalam syurga zikir dan doa mohon masuk syurga](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh-SUjhM2oBT6Q6Ug6Dof2jKDreVjlnj2ForXxUMkoy_05lxCseFpY8KcwGai6tC_x4FgQujwCY3Pkhmx-XNo3tXmHI9B-YtUKh_D76bm146mAADCQzxDLR_hvHOP4_wFkGLwaM7niGe6c/s1600/doa+masuk+syurga.png)
Video Doa Selepas Tasyahud Akhir Dr Rozaimi
Baca : Doa Sebelum & Selepas Baca Quran
Apakah nasib kita nanti ketika di neraka, siksa kubur selepas mati dan juga fitnah kita ketika masih hidup di dunia serta fitnah dajal? Kita sendiri belum tahu apakah takdir yang akan ditentukan kepada diri kita.
Malahan, tiada sesiapa pun yang tahu diri mereka akan diletakkan dalam golongan mana sama ada yang baik atau sebaliknya. Pastinya semua orang mahukan Syurga Allah dan menolak neraka jahanam.
Oleh itu, marilah kita amalkan doa selepas tahiyat akhir sebelum beri salam dalam solat ini agar kita terselamat daripada azab yang berat berserta fitnah yang menakutkan tersebut. Semoga bermanfaat. - Lukman. ilmualam.com