Kalkulator Zakat Malaysia (Pendapatan, Emas, Simpanan, Perniagaan, Fitrah)
Kalkulator Zakat Malaysia (Lengkap, Pantas & Tepat)
Kalkulator Zakat JAKIM membantu anda mengira zakat 2.5% mengikut nisab berasaskan emas untuk kategori utama: pendapatan, simpanan, emas/perak, perniagaan, pelaburan, KWSP dan fitrah. Kodnya ringan, mobile friendly, tidak konflik dengan tema Blogger, dan menyokong print-to-PDF, simpan nilai (localStorage) serta pautan kongsi.
{getToc} $title={Table of Contents} $count={Boolean} $expanded={Boolean}Cara Guna (Ringkas)
- Pilih tab jenis zakat (Pendapatan, Simpanan, Emas/Perak, Perniagaan, Pelaburan, KWSP, Fitrah).
- Masukkan nilai sebenar (cth: pendapatan bersih setahun atau bulanan, berat emas, nilai simpanan akhir haul).
- Kemas kini harga emas/gram di tab Info & Nisab untuk nisab semasa (85g × harga emas/gram).
- Semak jumlah zakat 2.5% (1/40) dan cetak/eksport PDF untuk rekod.
- Bayar zakat melalui pautan rasmi negeri (di bawah) atau pusat zakat pilihan anda.
Tips Ketepatan
- Pastikan tempoh haul setahun dipenuhi bagi zakat harta.
- Gunakan pendapatan bersih (selepas potongan wajib dan keperluan asas) untuk zakat pendapatan.
- Rujuk uruf emas (jika terpakai) mengikut fatwa negeri.
Bayar Zakat Online (Setiap Negeri)
- Wilayah Persekutuan: (PPZ-MAIWP)
- Selangor: (PZS)
- Perlis: (MAIPs)
- Perak: (MAIPk)
- Kedah: (LZNK)
- Pulau Pinang: (PUZ)
- Negeri Sembilan: (MAINS)
- Melaka: (ZM)
- Johor: (MAIJ
- Pahang: (PKZP) / (MUIP)
- Terengganu: (MAIDAM)
- Kelantan: (MAIK)
Soalan Lazim Berkaitan Kalkulator dan Zakat (FAQ)
Apa itu nisab?
Nisab ialah paras minimum harta layak zakat. Lazimnya berdasarkan 85 gram emas × harga emas/gram semasa.
Berapakah kadar zakat harta?
>Kadar umum ialah 2.5% (1/40) setahun selepas melepasi nisab.
Adakah zakat pendapatan dikira bulanan?
Boleh dibuat bulanan sebagai ansuran, tetapi asasnya mengikut haul setahun.
Bagaimana dengan zakat emas dipakai?
Sesetengah negeri mengecualikan sebahagian emas uruf. Masukkan nilai uruf (gram) jika berkenaan.
KWSP dikira bagaimana?
Amalan lazim: zakat ke atas jumlah pengeluaran setahun (bukan seluruh baki), kecuali ketetapan negeri menyatakan sebaliknya.
Adakah kalkulator ini sah?
Ini alat rujukan umum. Sila rujuk Majlis Agama Islam negeri/pusat zakat untuk ketetapan muktamad.