Surah Maryam Rumi Terjemahan Maksud Jawi (Full PDF & MP3)

Surah Maryam

Surah Maryam adalah surah yang ke-19 yang terdapat dalam Al-Quran yang mana ia diturunkan sebelum hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Ia mengandungi 98 ayat keseluruhan serta tergolong dalam surah Makkiyyah.

Surah yang diberi nama sebagai Maryam ini menceritakan tentang kisah Maryam dan kelahiran ajaib yang mana wanita yang bernama Maryam telah melahirkan seorang anak tanpa berkahwin iaitu Nabi Isa A.S.

Kisah dan sejarah yang telah terjadi terhadap Maryam telah membuktikan betapa besarnya kekuasaan Allah SWT yang mana peristiwa ini sangat luar biasa dan kini menjadi panduan umat Islam zaman berzaman.

Malahan menerusi sejarah sejak dahulu kala, di dalam surah ini juga turut disertakan tentang Doa Nabi Zakaria yang memohon kepada Allah agar dikurniakan seorang putera untuk dijadikan waris dari keturunannya.

Anda boleh download Surah Maryam penuh dalam bentuk file PDF atau audio Mp3 yang disediakan pada pautan yang terletak di bawah dan semua gambar-gambar ayat-ayat suci Al-Quran ini.

Surah Maryam Rumi dan Terjemahan Maksud Jawi


Ringkasan Sejarah Kisah Surah Maryam

Perjalanan hidup Maryam yang diberikan rahmat oleh Allah SWT dengan kelahiran seorang Nabi yang terakhir kepada Bani ISrail iaitu Nabi Isa A.S yang akan membantu umat akhir zaman untuk menegakkan Islam di seluruh dunia.

Antara perkara yang akan ditemui di dalam surah ini pembentukan keluarga yang berteraskan pendidikan agama dan kisah-kisah yang terdapat di dalam surah ini adalah seperti berikut:

  • Kisah Nabi Zakaria A.S dan anaknya Yahya
  • Kisah Maryam dan anaknya Nabi Isa A.S
  • Kisah Nabi Ibrahim A.S berdakwah kepada ayahnya yang menyembah berhala
  • Kisah Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Ishaq dan Yaaqub.
  • Kisah Nabi Ismail A.S yang membangunkan institusi keluarga berteraskan solat dan zakat
  • Kisah Nabi Idris A.S

Berikut adalah bacaan Surah Maryam dalam rumi dan jawi secara penuh dilengkapi dengan terjemahan Bahasa Melayu bagi memudahkan anda yang tidak tahu membaca Bahasa Arab dan akan lebih faham.

Surah Maryam Full

Terjemahan Surah Maryam

PDF Read Online

Bacaan Quran

Kisah Teladan Pengajaran

Surah Maryam Rumi dan Jawi

Ayat satu

Ayat dua

Ayat tiga

Surah Maryam rumi

Maksud surah maryam

Makna bacaan

Ayat yang ke 13

Surah Maryam untuk ibu mengandung

112

Ibu hamil

Kelebihan dan kebaikan

Manfaat

Juz berapa

Untuk mudah bersalin

Ayat 33

Potongan ayat-ayat

Ayat 1 hingga 12

Ikhtiar hamil zuriat

Kisah disebalik

Doa nabi Zakaria

MP3 Download



Taddabur

with translation

Benefits

Selusuh

Complete surah

Arabic text pdf download

Quran surah maryam

Surah Maryam untuk mudah bersalin

Mariam

Mary am

Terjemahannya

Artinya apa

Arti

Surah maryam berapa ayat

Juz 16

Makkiyyah

Full video download

Bahasa Melayu

Khas untuk wanita pregnant

Baca : Surah Al-Baqarah Bacaan Penuh

Video Bacaan Surah Maryam Full

Berikut adalah video bacaan penuh Surah Maryam dari ayat pertama sehingga ayat yang terakhir berserta dengan terjemahan dalam Bahasa Malaysia yang dikongsikan oleh Channel Wanderer A'lam di laman YouTube.


Download Surah Maryam PDF dan MP3

Rumi dan Terjemahan



Jawi & Terjemahan



Audio Mp3


Pengajaran

Pengajaran yang terdapat dalam Surah Maryam telah menunjukkan bahawa Allah SWT telah mengangkat martabat seorang wanita yang memiliki pendirian yang amat teguh dalam menjaga kehormatan diri dan maruahnya.

Hal ini bukanlah satu perkara yang mudah bagi wanita kerana ia perlu melaksanakan prinsip tersebut dengan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh untuk menjaga diri sendiri dari dalaman dan luaran.

Kelebihan dan Manfaat

Kelebihan Surah Maryam sebenarnya sangat banyak jika hendak dihuraikan malahan ianya terbukti amat berkesan atau mujarab sekiranya diamalkan surah yang dikenali sebagai surah ibu mengandung ini.

Antara khasiat dan manfaat yang diperolehi sekiranya seseorang itu membaca serta mengamalkannya adalah akan dimakbulkan segala permintaan dan keinginannya yang diminta daripada Allah SWT.

Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang itu sentiasa membaca serta mengamalkan surah ini nescaya ia akan mendapat kejayaan dunia dan akhirat serta diberikan kesabaran dan berbagai lagi.

Kesimpulan

Semoga perkongsian Surah Maryam rumi dan jawi berserta terjemahan dalam Bahasa Malaysia ini dapat membantu serta memudahkan semua urusan anda untuk mendalami bacaan Al-Quran dengan lebih mendalam. Semoga bermanfaat. - ilmualam.com