Saya nak kongsikan teknik nak mencari barang sihir ini, saya nak tegaskan bahawa teknik/kaedah yang saya nak kongsikan ni tiada sebarang keajaiban pun. Takde yang istimewa. Cara ini lebih kepada mengharap seratus peratus bantuan dari Allah s.w.t.
Ini kerana Rasulullah s.a.w sendiri apabila hendak mencari barang sihir, baginda mengharapkan bantuan dari Allah semata-mata. Cara-caranya ialah:
1) Sebelum nak masuk tidur di waktu malam, ambil wuduk dengan sebaik yang mungkin, kemudian lakukan solat sunat empat rakaat dua salam. Niatkan di dalam hati tujuan solat sunat itu ialah untuk mendapatkan bantuan dan pertolongan dari Allah untuk mengetahui di mana letaknya barang-barang sihir yang ditanam.
2) Di dalam solat, dianjurkan agar membaca surah al-Kautsar sebanyak tiga kali di dalam setiap rakaat. Selepas anda selesai solat, duduk sebentar dan amalkan zikir di bawah:
1) ‘Audzubillaahi Minash Shyataanirrajiim Bismillahirrahmaan irrahiim-3x
2) Astaghfirullaaha rabbi, Lailaaha illallaahu Muhammadur Rasulullah shallallahu `alaihi wa Sallam-10x
3) Subhaanallahi Walhamdu-Lillaahi, wa laa ilaahaillaahu wallahu Akbar-10x
4) ALLAH humma Solli’ala sayidina Muhammad shallallahu `alaihi wa Sallam-11x
5) Surah Fatihah 7x (setiap kali ketika Anda sampai ke ayat Ihdinas sirataal Mustaqiim, baca sebanyak 7x dan kemudian teruskan bacaan surah al-Fatihah sehingga akhir ayat dan lafazkan perkataan Amin (seperti bacaan dalam solat). Kemudian baca Surah Al Ikhlas 3x.
6) Kemudian bacalah Ya ‘Aalimu ‘Al-limni, Ya Khabiru Akhbirni-100x atau ikut kemampuan.
Selepas anda selesai membaca zikir-zikir di atas, bacalah doa berikut:
“Ya Allah hanya Engkau yang saya sembah dan hanya kepada Engkau saya meminta pertolongan. Ya Allah hanya Engkau yg mengetahui segalanya dan hanya Engkau yang punya pengetahuan yang tak terlihat, oleh kerana itu melalui kekuatan daya Engkau dan kekuasaanMu, hamba mohon tunjukkanlah penyembunyian semua benda/barang sihir yg digunakan terhadap (saya,keluarga,nama orang yang sakit)Ya Allah, berilah hamba-Mu petunjuk dan bantuan untuk menghancurkan mereka (penyihir dan yang menyuruh) sehingga kebenaran menang atas dusta” -7x
ALLAH humma Salli ‘ala saiyidina Muhammad shallallahu `alaihi wa Sallam-11x
Meniup diri anda 3x dan ke dalam beberapa air mawar atau minyak wangi kasturi (jika boleh yang telah diruqyah). Jangan bercakap dengan sesiapapun tapi terus pergi tidur setelah membaca doa tidur dan tetap membaca selawat sampai anda tertidur. Selain itu, anda juga harus memakai minyak mawar atau minyak wangi kasturi yang telah didoakan seperti di atas ke baju anda sebelum tidur.
Semoga bermanfaat dan dapat diamalkan. Jangan lupa untuk kongsikan tip ini dengan rakan-rakan anda.