Ingin 10 Dosa Kita Diampuni dan Diangkat 10 Darjat? (Selawat ke Atas Nabi SAW)

doa diampunkan dosa

Sebenarnya terlalu banyak amalan-amalan yang mudah boleh kita lakukan dengan kelebihan serta kebaikannya sangatlah besar walaupun ia sekadar amalan yang kecil. Antara salah satu daripadanya adalah kalimat ini yang hanya perlukan 10 saat hingga ke 20 saat untuk membacanya, malahan orang yang membacanya akan diampuni 10 dosanya serta diangkat 10 darjatnya.

Mungkin anda terkejut dan menganggap ianya mustahil, bukan? Tiada apa yang mustahil jika segalanya daripada Allah SWT. Inilah rahmat Allah. Dia menyediakan amal-amal yang mudah dan tidak perlu bersusah payah dengan ganjaran yang sangat besar. Dia sangat Penyayang kepada hamba-hambaNya yang beriman.

10 Dosa Diampuni dan Diangkat 10 Darjat


Apakah bacaan yang kelebihannya sangat menakjubkan itu? Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan dengan sabdanya.

مَنْ صَلَّى عَلَىَّ صَلاَةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ

"Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, nescaya Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat, menghapus darinya sepuluh dosa dan mengangkat darjatnya sepuluh darjat." (HR. An Nasa’i)

Disebutkan dalam Shahih At Targhib wa At Tarhib, hadis tersebut berdarjat sahih.

Ya, bacaan itu adalah selawatNabi. Dengan membaca selawat satu kali saja, Allah akan menganugerahkannya dengan banyak fadhilat dan keistimewaa. Di antaranya adalah seperti yang dinyatakan berikutnya :

  1. Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat
  2. Allah menghapus 10 dosanya
  3. Allah mengangkat darjatnya 10 darjat

Selawat yang bagaimanakah yang mendapat keistimewaan yang sedahsyat ini? Dalam hadis riwayat An Nasa’i, Thabrani dan al Bazzar, dijelaskan bahawa selawat yang boleh mendapatkan kelebihan seperti ini adalah selawat yang diucapkan seikhlasnya daripada hati.

من صلى علي من أمتي صلاة مخلصا من قلبه صلى الله عليه بها عشر صلوات ورفعه بها عشر درجات وكتب له بها عشر حسنات ومحا عنه عشر سيئات

"Barangsiapa di antara umatku berselawat kepadaku dengan ikhlas dari dalam hatinya, nescaya Allah berselawat kepadanya sepuluh kali, mengangkatnya sepuluh darjat, mencatat untuknya sepuluh kebajikan dan menghapus darinya sepuluh dosa" (HR. An Nasa’i, Thabrani dan Al Bazzar; hasan shahih)

Bacaan selawatnya seperti apa? Tidak dijelaskan. Sehingga disimpulkan, semua selawat baik yang pendek mahupun yang panjang boleh mendapatkan kelebihan ini.

Beberapa contoh bacaan selawat dan kelebihannya boleh dibaca seperti yang telah diajarkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah sebagai yang berikut:

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِ مُحَمَّدٍ كَماَ صَلَّيْتَ عَلىَ إِبْرَاهِيْمَ وَعَلىَ آلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنـَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ اَللَّهُمَّ باَرِكْ عَلىَ مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِ مُحَمَّدٍ كَماَ باَرَكْتَ عَلىَ إِبْرَاهِيْمَ وَعَلىَ آلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنـَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

Ya Allah, berilah rahmat kepada Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat kepada Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Ya Allah, berilah keberkahan kepada Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad sebagaimana Engkau telah memberikan keberkahan kepada Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia

Bacaan selawat ini boleh diselesaikan dengan hanya dalam waktu 20 saat sahaja. Sedangkan selawat yang lebih pendek boleh dibaca dalam masa 10 saat atau lebih singkat dan pendek lagi.


Semoga perkongsian ini akan bermanfaat buat kita semua yang masih lagi mencari cara untuk memperbaiki diri ke arah yang diredhai Alla SWT serta mohonlah kepadaNya supaya kita semua dipermudahkan dalam apa saja urusan serta untuk memperbanyakkan selawat ke atas Nabi dan mendapatkan kelebihan dan keistimewaan. Wallahu a’lam. - Sumber : Tribunnews