Surah Al Fatihah Rumi dan Jawi (Maksud & Terjemahan)

surah al fatihah rumi dan arab

Surah Al Fatihah yang bermaksud Pembukaan dalam terjemahan Bahasa Arab dan juga surah yang pertama atau ayat permulaan dalam Al-Quran yang telah diturunkan di Kota Suci Mekah.

Surah Al Fatihah juga dinamakan sebagai Ummul Quran yang bermaksud Ibu atau Induk Al-Quran atau Ummul Kitab yang membawa maksud Induk atau Ibu Al-Kitab yang mana ia adalah induk dari semua isi ayat-ayat Al-Quran.

Disebabkan itulah kita diwajibkan membaca Surah Al-Fatihah setiap kali dalam solat. Malahan ia turut dinamakan sebagai Sab'ul Matssani yang bermaksud 7 yang berulang-ulang kerana surah ini mempunyai tujuh ayat yang dibaca secara berulang-ulang dalam solat.

Fadhilat, manfaat, khasiat, kebaikan dan kelebihan Surah Al-Fatihah sememangnya terlalu banyak untuk dihuraikan satu-persatu. Walau bagaimanapun, surah ini mempunyai berbagai unsur yang menggambarkan isi Al-Quran secara keseluruhan.

Surah Al Fatihah dan Terjemahan


Berikut dikongsikan Surah Al-Fatihah dan terjemahan dalam Bahasa Melayu rumi dan jawi berserta bacaan ayat ini melalui gambar dan video daripada YouTube serta dalam file PDF dan Mp3 yang boleh anda download jika diperlukan.

surah al fatihah jawi

Surah Al-Fatihah Rumi

1. Bismillah hir-rohmaa nir rahim.

2. Alhamdulillaahi robbil 'alamin.

3. Ar rohmaanir-rohim.

4. Maliki yawmiddin.

5. Iyyaaka na'budu wa-'iyyaaka nasta 'iin.

6. Ihdinas sirothol mustaqim.

7. Siraatal-laziina 'an-'amta 'alay-him Ghoyril-maghdhubi 'alay-him walad dholliin.

Video Bacaan Surah Al-Fatihah

Anda boleh memperbaiki mutu bacaan ayat Surah Al-Fatihah dengan tepat dan betul apabila menghayati pembacaan melalui video YouTube yang dikongsikan di bawah berserta terjemahan dan maknanya dalam Bahasa Melayu.


Terjemahan Surah Al Fatihah

  • Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
  • Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam
  • Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
  • Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
  • Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
  • Tunjukilah kami jalan yang lurus.
  • Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Surah Al-Fatihah Mp3 dan PDF

Jika anda perlukan Surah Al Fatihah dalam bentuk file PDF dan juga Mp3, anda boleh download kedua-duanya dengan menekan butang download yang telah disediakan di bawah yang tersimpan di laman Google Drive.

surah fatiha english translation


Semoga perkongsian Surah Al Fatihah dan terjemahan dalam Bahasa Melayu iaitu rumi dan jawi atau Arab ini akan bermanfaat kepada anda semua yang mencari ibu segala surah dalam Al-Quran yang sangat banyak khasiat dan kelebihan tersendiri. - ilmualam.com