Hukum Isteri Kejutkan Suami Dari Tidur Untuk Solat Subuh

hukum isteri kejutkan suami solat subuh

Pasti ramai yang terbaca kisah suami susah bangun solat subuh dan suami malas bangun pagi dan macam-macam lagi. Begitu juga ada yang tertanya apakah hukum isteri kejut suami untuk menunaikan solat dan sebagainya serta apakah hukum suami isteri yang mengejutkan pasangan untuk bersolat?

Hukum Isteri Kejutkan Suami Solat Subuh


Sebenarnya, hukumnya sunat jika isteri kejutkan suami bangun untuk menunaikan solat subuh kerana seorang isteri itu tidak wajib untuk menanggung dosa suami tetapi si suami akan disoal ketika di akhirat nanti kerana suami diwajibkan mengejutkan isteri dan anak-anak untuk solat subuh.

Allah Merahmati Suami Isteri Kejutkan Pasangan Untuk Menunaikan Solat

1. Dalam suatu hadis riwayat Abu Hurayrah RA, Nabi SAW bersabda:

suami susah bangun pagi

Mafhumnya:

"Allah merahmati seseorang lelaki (suami) yang bangun malam, lalu dia menunaikan solat dan mengejutkan isterinya, lalu isterinya (bangun) menunaikan solat. Sekiranya isterinya enggan (bangun), dia akan merenjiskan air pada wajah isterinya.

Allah (juga) merahmati wanita (isteri) yang bangun malam, lalu dia menunaikan solat dan mengejutkan suaminya, lalu suaminya (bangun) menunaikan solat. Sekiranya suaminya enggan (bangun), dia akan merenjis air ke wajah suaminya." (Riwayat Ahmad, Abu Dawud, al-Nasa’iy, Ibn Majah, Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban, al-Hakim)

2. Dalam hadis lain riwayat Abu Hurayrah RA dan Abu Sa’id al-Khudriy RA pula, Nabi SAW bersabda:

kenapa suami malas bangun pagi

Mafhumnya:

"Jika seseorang lelaki (suami) itu bangun malam, dan mengejutkan isterinya (dari tidur), lalu mereka berdua solat dua rakaat, maka kedua mereka akan dicatat dari golongan yang banyak mengingati Allah." (Riwayat Abu Dawud, Ibn Majah, Ibn Hibban, al-Hakim, al-Bayhaqiy)

3. Nabi SAW menggalakkan kita mencari pasangan soleh atau solehah yang diredhai agamanya, demi merealisasikan objektif utama perkahwinan, iaitu saling bantu-membantu dalam menggapai keredhaan Allah dengan konsistensi dalam beramal soleh.

Firman Allah:

kebaikan kejutkan pasangan bangun pagi

 4. Suami-isteri merupakan pasangan kekasih yang sentiasa akan bersama baik ketika tidur, mahupun setelah bangun tidur. Justeru mengejutkan pasangan untuk sama-sama merebut ganjaran solat malam atau qiyamullail, apatah lagi demi menunaikan kefarduan subuh merupakan suatu tuntutan mulia dalam kehidupan rumah tangga.

5. Jangan pula dimarahi pasangan yang mengejutkan kita untuk suatu amalan soleh, sebaliknya perlu disyukuri jika pasangan masing-masing mengingati dan mengajak kita untuk bersama membina "istana" di akhirat.

Jika pasangan kita sengaja tidak menggerakkan kita bangkit dari tidur sehingga kita terlambat ke tempat kerja, pastinya kita akan memarahinya, maka apatah lagi dalam urusan kerja akhirat, kita perlu menegur pasangan yang tidak membangkitkan kita dari kelenaan tidur, bukan kerana "mengganggu" tidur kita.

Baca : Kelebihan Solat Tahajjud Suami Isteri

Didiklah pasangan kita untuk bersama menjadi "partner" dalam membuat kebajikan dan kejutkanlah dia dengan penuh kasih sayang. - Kamilin Jamilin

Semoga perkongsian apakah hukum isteri kejutkan suami solat subuh dan mengapa suami wajib kejutkan isteri dan anak-anak untuk bangun pagi telah terjawab. Mulai sekarang anda boleh mengamalkan apa yang telah kami kongsikan. Semoga bermanfaat.