Kelebihan Surah Al-Kautsar & Bacaan Rumi Terjemahan Maksud

Surah Al-Kautsar

Surah Al-Kautsar adalah surah yang 108 dan paling pendek serta sangat ringkas di dalam kitab suci Al-Quran turut mempunyai kelebihan dan khasiat yang tersendiri. Ia tergolong dalam surah Makkiyah yang terdiri daripada 3 ayat sahaja.

Maksud Al-Kautsar menceritakan tentang nikmat yang banyak seperti sebuah sungai yang mengalir di syurga dan telah disebut di permulaan surah, manakala kandungan keseluruhan juga bermaksud perintah untuk melaksanakan solat dan sanggup berkorban kerana Allah SWT.

Nikmat itu digambarkan sebagai kolam atau sungai tersebut dihiasi dengan batu permata yang cantik dan indah malah rasa airnya juga lebih manis daripada rasa manis madu berserta warnanya sangat putih dan teramat wangi daripada bau kasturi.

Kelebihan Surah Al-Kautsar & Bacaan Dalam Rumi


Surah Al-Kautsar disifatkan sebagai sebuah surah yang menjadi penghibur hati Nabi Muhammad SAW kerana ia diturunkan sewaktu Baginda sedang dalam kesedihan kerana kewafatan dua daripada orang yang amat dikasihiya iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Kelebihan Surah Al Kausar Rumi dan Maksud

Banyak kelebihan dan khasiat yang terdapat di dalam surah yang ringkas ini malahan amat mudah dibaca serta dihafal yang perlu kita amalkan dijadikan sebagai penawar dalam kehidupan seharian, manfaatnya adalah:

1. Jika dibaca sebanyak 1000 kali, Insya Allah rezeki seseorang itu pasti bertambah.

2. Membaca surah ini sewaktu hujan turun dan sambil berdoa agar Allah akan makbulkan semua doa dan permintaan kita.

3. Jika sedang dahaga tiada sumber air, bacakan surah ini dan gosokkan di bahagian leher dengan izin Allah rasa haus akan hilang serta merta.

4. Sekiranya anda sedang sakit mata seperti mata berair, bengkak dan gatal, sapukan air mawar yang telah pun dibacakan Surah Al-Kausar sebanyak 10 kali di bahagian mata. Insya Allah akan hilang dan sembuh segera.

5. Jika rumah telah disihir, bacalah surah ini sebanyak 10 kali atau lebih, dengan izin Allah, kita akan tahu di mana letaknya atau punca sihir tersebut.

6. Surah ini juga boleh meluluhkan hati dan hati akan menjadi lembut sekiranya dibaca dengan kerap malahan solat akan menjadi lebih khusyuk.

7. Sekiranya seseorang itu telah dianiaya menyebabkan telah dipenjara, bacaan surah ini sebanyak 7 kali akan diberikan pertolongan oleh Allah SWT dalam pelbagai cara kerana ia tidak bersalah malah telah dizalimi.

Baca : Kelebihan Bacaan Surah Al-Fatihah

Sesungguhnya setiap sesuatu perkara yang baik pastinya akan datang kepada kita sekiranya kita sentiasa mengamalkannya. Jadikanlah surah ini sebagai amalan dan rutin harian dengan diiringi doa serta permintaan supaya semua impian kita akan tercapai.

Lebih menarik lagi, kebahagiaan dan kerahmatan dunia dan akhirat tentunya menjadi milik setiap orang yang membacanya dengan sepenuh hati tanpa mengabaikan semua suruhan Allah dan menjauhi segala yang dilarang Allah SWT.

Selain itu, ringankanlah tangan dan berusahalah untuk menyampaikan semua perkara kebaikan kepada ahli keluarga serta orang lain tak mengira siapa pun termasuk sahabat, rakan taulan, saudara mara dan sesiapa sahaja kerana Rasulullah telah bersabda:

"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari)

Mulai sekarang, selain surah lain yang anda baca selitkan juga Surah Al-Kautsar ini pada setiap hari. Jika tidak tahu membaca dalam jawi, bacalah ayat dalam rumi seperti yang dikongsikan di atas.

Video & Audio Bacaan Al-Kausar

Berikut dikongsikan juga bacaan Surah Al-Kautsar dalam bentuk video berserta terjemahannya daripada Channel YouTube dan juga dalam audio MP3 yang boleh anda dengar di laman ini atau boleh juga download secara percuma jika perlu disimpan di telefon dan PC.




Semoga perkongsian rahsia kelebihan ayat suci Surah Al-Kautsar berserta terjemahan maksud bacaan dalam rumi dan jawi ini dapat memudahkan semua urusan anda untuk menghafal serta membacanya dengan mudah. Semoga bermanfaat. - ilmualam.com