![Bulan Ramadhan di Negeri Sembilan Waktu berbuka puasa dan imsak Negeri Sembilan](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDjnAkiiYCAnL-DjXiVi9WVrNN_c4GvrQqJXSTJ8Cx3YEHpusH94urYzIwbVnDMDIzrCoNvOP9L0lSQhuI09P95g8QnKfs_tmOcSFJp9qIvkhWi2-IxOJBKnitCLJmQ3nfKHYHl7HG9Zw1yHb0doYMBLcylt4i8jClrGnCSwfy54TtEDoTBQqqIXrx/s1600/open-fast.png)
Dikongsikan lampiran Takwim Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi bulan Ramadhan tahun 2023 Masihi bersamaan dengan 1444 Hijrah khas untuk daerah dan zon-zon di seluruh kawasan Negeri Sembilan Darul Khusus.
Untuk makluman, Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa ini telah dikeluarkan secara rasmi daripada Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dan ia tertakluk kepada pengisytiharan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di Malaysia.
Melalui perkongsian ini turut disertakan doa berbuka puasa yang boleh anda amalkan setiap kali telah sampai waktunya. Selain itu, terdapat beberapa aktiviti yang amat digalakkan untuk dilakukan di sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.
Negeri Sembilan 2023: Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa
Untuk makluman jadual ini dibahagikan kepada beberapa zon mengikut kawasan, anda boleh download semua gambar dan jadual yang disertakan secara percuma untuk disimpan di dalam telefon bimbit atau komputer peribadi.
ZON 1: Tampin dan Jempol
![Bulan Ramadhan di Negeri Sembilan Waktu Berbuka Puasa Tampin dan Jempol](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjy5P6AUq3k26r-aCy0Qc9wkJ48QYjQLpnXpQFaxJTpCqf6hFpzbJP2sIJzxRZMTnhd02PEgWGY39vYUh7aXQTzSGGQDf6jHtLGRvhTHMeA1-PSNANo4DmqsrXeTFdOFpIxXj8SZzin-zo6NpwJzdFsnTn-yWdRe8oV3XB74Kxi9KocvoT93e2glpQN/s1600/jadual-imsakiah-negeri-sembilan-1444h-2023m-01.png)
ZON 2: Kuala Pilah, Rembau & Jelebu
![Bulan Ramadhan di Negeri Sembilan Waktu Berbuka Puasa Kuala Pilah, Rembau dan Jelebu](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgTActksAdmAuqHqxMUpWkPieASJWaeb2ZjvkuzfFarhk-H5ZI0io-GYciXw3s4-qmSiBrLGtLEP_4tO7w0rUpjJT38ljGZ4_IZC6QUQnhsoidPnow6fY3Xhnba2x5m-NZwA2MHRROPpzOiZbLPC4uYZn1Hth-jJ1H44-WU-D0oW-GAXRhE1gN3JlCS/s1600/jadual-imsakiah-negeri-sembilan-1444h-2023m-02.png)
ZON 3: Daerah Seremban dan Port Dickson
![Bulan Ramadhan di Negeri Sembilan Waktu Berbuka Puasa Seremban dan Port DIckson](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxUTP-tqzedhieG3wB-aps2vTqoUIeuTpVaTI-2tSPStV56_C6M7RsdNDfs-ovXXOOwVmTBQonrYgRJT9Au6mDkawwVxeo9rFur8WkKeF7jjahVqpnpYQcmfpBjlUyex7E0PIpU6r7ND4gm4kT39NU8gwyxKTNttv-N39n3TlCkpcYbvz1otv3VSEx/s1600/jadual-imsakiah-negeri-sembilan-1444h-2023m-03.png)
Baca: Perkara Yang Membatalkan Puasa di Bulan Ramadan
Doa Berbuka Puasa
![Bulan Ramadhan di Negeri Sembilan Jadual berbuka puasa Negeri Sembilan 2023](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYKgvUWeXDSleMiafQKSyRBpinyXgqpQa_QVBJUmLLaPYnag3FMUVGuMjojnl8cTDX6_RL5ycURKpqgssl4QedWbjigCahh7JaezOI3_kUOOoDnmjt3EfImwl6KmAnI7Wxba-DYN8-OhzYM321uJSWwS5PAJfQAt3hIfZeCqSkf4_TuRgmH_X_yjl-/s1600/doa-berbuka-puasa-23.png)
Sebahagian Amalan Baik di Bulan Ramadhan
● Solat Sunat: Iaitu memperbanyakkan solat-solat sunat dan qiamullail.
● Solat Tarawih: Mengimarahkan masjid atau surau dengan solat berjemaah.
● Bersedekah: Memberikan makan kepada orang yang berpuasa dan sesiapa sahaja.
● Membaca Al-Quran: Bertadarus dan mengamalkan membaca Al-Quran setiap hari.
● Amalan Sunat: Melazimi dan perbanyakkan bertasbih, istighfar dan sebagainya.
Diharap perkongsian jadual waktu sahur dan berbuka puasa untuk Negeri Sembilan Darul Khusus ini dapat membantu serta memudahkan semua urusan anda. Semoga bermanfaat dan selamat menjalani ibadah puasa. JAKIM - ilmualam.com