Tanda-tanda Gangguan Jin, Sihir dan Syaitan di Dalam Badan (Rumah & Perniagaan)

tanda-tanda gangguan jin di dalam rumah

Pasti ramai yang pernah mengalami keadaan di mana mereka diganggu oleh makhluk halus atau ilmu hitam sama ada di rumah, premis perniagaan atau dalam badan diri sendiri. Tetapi, adakah kita tahu dan apakah tanda-tanda gangguan jin, sihir dan syaitan dalam badan?

Jika anda pernah menghadapi situasi diganggu oleh jin atau sihir, anda wajib mengambil tahu apakah simptom dan tanda-tanda gangguan sedemikian supaya mudah untuk anda mengambil tindakan seterusnya agar tidak mudarat kepada diri sendiri, keluarga dan orang lain.

Tanda-tanda Gangguan Jin, Sihir dan Syaitan


Berikut kami kongsikan beberapa tanda-tanda gangguan jin, syaitan dan sihir di dalam badan seseorang dan juga gangguan di dalam rumah atau premis perniagaan seperti kedai makan, restoran dan sebagainya seperti dikongsikan di laman Facebook.

Jika anda mengalami sekurang-kurangnya tiga simptom yang telah disenaraikan di bawah, anda disarankan dengan segera berjumpa dengan perawat Islam atau pengamal perubatan Islam untuk mendapatkan rawatan.

tanda sihir masuk rumah

Gangguan sihir, jin dan syaitan boleh menjadi berterusan jika tidak dirawat dengan betul malah akan mudarat membawa kepada berbagai gejala penyakit dan masalah yang lebih kronik dan serius sehingga sukar untuk disembuhkan.

Antara simptom-simptom yang menunjukkan seseorang itu telah terkena buatan orang atau sebarang gangguan jin dan syaitan angkara sihir, saka, lintasan atau A'in adalah seperti berikut :

1. Badan terasa berat, lemah, panas atau sejuk tanpa sebab
2. Badan terasa bisa-bisa, gatal-gatal atau miang tanpa sebab klinikal
3. Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal
4. Bau nafas yang terlalu busuk
5. Bau wangian, busuk, hanyir atau hangit yang tidak diketahui puncanya
6. Bayi kerap menangis
7. Belakang tengkuk atau bahu terasa berat
8. Benda bergerak atau berubah tempat dengan sendirinya tanpa sebab munasabah
9. Bermimpi bayi atau kanak-kanak
10. Bunyi air pili dibuka di tandas atau bilik mandi
11. Bunyi perabot atau benda berat atau tukul besi diseret atau dihempas di rumah atas (flat, apartment, condo)
12. Bunyi guli, bola ping-pong, menumbuk dengan lesung di rumah atas (flat, apartment, condo)
13. Bunyi orang berjalan di dalam atau tingkat atas rumah
14. Bunyi pasir jatuh di atas siling atau bumbung rumah
15. Bunyi sesuatu mencakar bumbung, pintu atau tingkap
16. Darah haid turun lebih daripada 15 hari
17. Gagal melakukan hubungan kelamin tanpa sebab munasabah
18. Gelisah dan panas di tengkuk bila dengar bacaan Al-Quran
19. Hujung jari kaki atau tangan sering terasa menyucuk atau kebas
20. Kaki atau tangan berasa berat
21. Kaki, tangan atau anggota badan lain terasa panas
22. Kemurungan yang berpanjangan
23. Kerap berdebar, takut, gagap dan sesak nafas
24. Kerap keguguran
25. Kerap sendawa bila mendengar Al-Quran
26. Ketumbuhan ganjil pada anggota badan
27. Kuat berangan, berkhayal dan hilang daya tumpuan
28. Lampu dan alat elektrik terpadam dengan sendirinya
29. Loya atau sebu perut tanpa sebab klinikal
30. Malas mengerjakan solat dan beribadat
31. Marah secara keterlaluan dan panas baran
32. Melihat lembaga, jin dan hantu secara terus
33. Mendengar suara berbisik, menyergah atau memanggil nama
34. Mengantuk bila dengar Al-Quran
35. Mengunyah gigi sewaktu tidur
36. Mimpi jatuh dari tempat tinggi, melayang atau terbang
37. Mimpi makan
38. Mimpi ular, kelawar, lembu, anjing, serigala, gajah, harimau dan binatang buas
39. Mimpi apa jua yang menakutkan
40. Mimpi serangga berbisa seperti lipan, kala jengking, labah-labah dan sebagainya
41. Mimpi tempat yang kotor seperti tandas, longkang dan sebagainya
42. Nafsu seks yang melampau atau tidak normal
43. Nampak kepulan asap hitam, putih dalam rumah, bilik atau premis perniagaan
44. Pelupa atau nyanyuk tanpa sebab klinikal
45. Pintu, tingkap bergegar atau terbuka dengan sendirinya
46. Ragu-ragu tentang keimanan diri dan ingin murtad
47. Sakit atau takut ketika ziarah orang meninggal
48. Sakit bebola mata
49. Sakit di bahagian ulu hati, tulang rusuk, pinggang atau belikat tanpa sebab klinikal
50. Sakit jiwa, mental dan gila
51. Sakit kepala, dada, tangan atau kaki selepas waktu Asar ke atas
52. Sakit perut tanpa sebab klinikal
53. Sakit tapak kaki atau tumit yang berpanjangan
54. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali
55. Selalu ditindih dan dicekik ketika tidur
56. Selalu melihat kelibat dan bayangan di rumah
57. Sering kehilangan wang secara tiba-tiba
58. Sering pengsan tanpa sebab klinikal
59. Sering terjaga di waktu malam atau tengah malam
60. Sesuatu menyentap kaki semasa sedar atau tidur
61. Sikap berubah secara tiba-tiba (kepada yang negatif)
62. Suami isteri, penghuni rumah atau pekerja kerap bertengkar walaupun perkara kecil
63. Suka bangun tidur selepas tengahari
64. Suka bercakap besar, takbur, riak dan bangga diri
65. Suka bercakap seorang diri tanpa sebab munasabah
66. Suka berbuat maksiat
67. Suka melihat diri di dalam cermin
68. Suka menggulung rambut dengan jari
69. Suka mengingati atau bercakap tentang perkara-perkara lucah
70. Suka tidur di dalam keadaan berbogel dan meniarap
71. Suka melakukan onani dan gemar pada pakaian dalam orang lain
72. Suka tidur pada siang hari
73. Sukar mendapat jodoh
74. Sukar mendapat zuriat
75. Sukar tidur malam
76. Tanda lebam pada anggota badan
77. Terasa ada lembaga tidur bersama, bersetubuh, menganggu dan berdialog ketika tidur
78. Terasa benda bergerak-gerak di bawah kulit
79. Terasa diri selalu diperhatikan atau diekori
80. Terlalu rasa rendah diri, tidak berkeyakinan dan hilang semangat
81. Terasa bahu ditepuk dari belakang
82. Terasa terkena renjisan air
83. Udara di dalam rumah atau premis perniagaan berasa mampat dan sebagainya.

Sekiranya anda ada mengalami sekurang-kurangnya TIGA simptom atau tanda-tanda yang telah disenaraikan di atas, anda wajib dengan segera berjumpa dengan mereka yang pakar dalam perubatan Islam untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum ianya terus mudarat diri sendiri, keluarga, rumah dan sebagainya.

Jika anda melengahkan rawatan gangguan jin dan sihir serta yang seumpamanya, perkara ini akan menjadi dengan lebih teruk lagi malahan ia tidak mustahil akan merebak sehingga sukar untuk dipulihkan.

Walau bagaimanapun, setiap sesuatu kejadian, gangguan atau penyakit dengan izin Allah semuanya boleh diatasi dan disembuhkan dengan amalan doa, zikir dan juga ayat Al-Quran yang biasanya digunakan oleh perawat Islam untuk merawat pesakit mereka.

Baca : Doa Pembatal Sihir & Ayat Pendinding Diri

Video Ruqyah Penawar Sihir & Gangguan Jin

Kami turut kongsikan video bagaimana kaedah rawatan ruqyah yang biasa dilakukan oleh pakar perubatan Islam untuk mengusir gangguan jin dan sihir. Perhatikan setiap satu video yang dipaparkan di bawah bagaimana ramai mangsa yang diganggu oleh jin dan ada juga seperti dirasuk yang ditawarkan dengan ayat-ayat Al-Quran.




Sekiranya anda mengalami tanda-tanda gangguan jin, sihir dan syaitan seperti yang dikongsikan di atas, anda boleh terus berjumpa dengan mereka yang lebih arif dalam perubatan Islam seperti yang tertera di dalam gambar di bawah.

tanda gangguan jin dan rumah disihir

Semoga perkongsian tentang tanda-tanda gangguan jin dan sihir ini akan bermanfaat buat anda yang memerlukan bantuan atau rawatan. Segeralah berjumpa dengan mereka yang pakar dalam perubatan Islam ini. Amalkan doa-doa, zikir atau ayat pendinding diri juga sebagai ikhtiar untuk menghindari gangguan seperti ini.

Jangan sekali-kali mengabaikan hal ini kerana apabila gangguan ini menjadi teruk, akibatnya anda akan menanggung kesan yang tidak pernah dijangka seperti menderita kerana penyakit misteri yang tidak diketahui punca dan sebagainya. - Facebook