Kaligrafi Ayat Kursi yang indah dengan latar belakang hijau melambangkan ketenangan bacaan Al-Quran

Ayat Kursi (Ayatul al-kursi) dikenali sebagai penghulu segala ayat Al-Quran. Ia merupakan ayat ke-255 dalam Surah Al-Baqarah yang memiliki keagungan luar biasa, sering dibaca sebagai pendinding diri, zikir pagi petang, dan pelindung sebelum tidur.

Bagi anda yang sedang mencari panduan lengkap mengenai bacaan Ayat Kursi, kami menyediakan aplikasi interaktif di bawah. Tool ini dilengkapi dengan audio MP3 yang jelas, transliterasi (Rumi) untuk bantuan sebutan, dan terjemahan Bahasa Melayu yang tepat.

{getToc} $title={Table of Contents} $count={Boolean} $expanded={Boolean}

Kenapa Ayatul Kursi Sangat Istimewa?

Ayat Kursi bukan sekadar rangkaian perkataan Arab; ia adalah manifestasi sifat Allah SWT yang paling agung. Dalam sebuah hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW pernah bertanya kepada Ubay bin Ka'ab mengenai ayat yang paling agung dalam Kitabullah.

Apabila Ubay menjawab "Allah tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Hidup Kekal lagi terus-menerus mengurus (makhluk-Nya)...", Baginda SAW menepuk dada Ubay sambil bersabda: "Demi Allah, ilmu itu telah mempermudahkan engkau, wahai Abu Munzir."

Keistimewaan ayat ini terletak pada kandungannya yang merangkumi nama-nama Allah yang paling mulia (Al-Ism Al-A'zam), iaitu Al-Hayyu (Yang Maha Hidup) dan Al-Qayyum (Yang Maha Berdiri Sendiri).

Kenyataan ini lebih menguatkan lagi daripada satu Hadis Sahih daripada Subul al-Salam, 297/1 yang dipetik daripada Portal Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan yang disampaikan oleh Imam al-San'ani seperti berikut:

وَاخْتَصَّتْ آيَةُ الْكُرْسِيِّ بِذَلِكَ لِمَا اشْتَمَلَتْ عَلَيْهِ مِنْ أُصُولِ الْأَسْمَاءِ وَالصِّفَاتِ الْإِلَهِيَّةِ، وَبِالْوَحْدَانِيَّةِ، وَالْحَيَاةِ، وَالْقَيُّومِيَّةِ، وَالْعِلْمِ، وَالْمُلْكِ، وَالْقُدْرَةِ، وَالْإِرَادَةِ

Maksudnya: “Kelebihan ayat ini Kursi ini adalah disebabkan padanya terhimpun segala usul nama-nama dan sifat-sifat Allah seperti Wahdaniyyah (Maha Esa), al-Hayah (Maha Hidup), al-Qayyumiyyah (Maha Kekal), al-‘Ilm (Maha Mengetahui), al-Mulk (Maha Menguasai), al-Qudrah (Maha Berkuasa) dan juga al-Iradah (Maha Berkehendak)”. Subul al-Salam, 297/1


Seorang lelaki sedang berzikir dan mengamalkan Ayat Kursi selepas solat untuk perlindungan diri

Ringkasan Ayat Kursi

  • Surah: Al-Baqarah (Ayat 255)
  • Kategori: Madaniyah
  • Intipati: Keagungan Allah, Sifat Hayyul Qayyum, Ilmu Allah yang luas.
  • Fungsi Utama: Perlindungan daripada gangguan syaitan & ketenangan jiwa.

Tool Bacaan Ayat Kursi (Audio & Teks)

Gunakan alat di bawah untuk mendengar, menghafal, dan memahami maksud ayat ini. Tekan butang Play untuk memulakan.

Memuatkan Aplikasi Ayat Kursi...

*Tips: Klik butang "Repeat" (Ulang) jika anda sedang dalam proses menghafal.

5 Kelebihan (Fadhilat) Mengamalkan Ayatul Kursi

Berdasarkan hadis-hadis sahih dan pandangan ulama, berikut adalah manfaat utama mengamalkan ayat ini dalam kehidupan seharian:


1. Jaminan Masuk Syurga

Daripada Abu Umamah R.A., Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa membaca Ayat Kursi setiap kali selesai solat fardhu, tidak ada yang menghalanginya masuk syurga selain kematian." (Riwayat An-Nasa'i). Ini menunjukkan betapa besarnya ganjaran bagi mereka yang istiqamah.


2. Perlindungan Tidur

Dalam kisah Abu Hurairah R.A. menjaga zakat, syaitan mengajarkan bahawa jika seseorang membaca Ayat Kursi sebelum tidur, Allah akan melantik penjaga untuknya dan syaitan tidak akan mendekatinya sehingga pagi. Hal ini disahkan oleh Rasulullah SAW.


3. Benteng Rumah Tangga

Membaca ayat ini di dalam rumah akan mengusir syaitan dan membawa keberkatan kepada penghuninya. Ia adalah "pagar" rohani yang ampuh untuk keluarga.


4. Mencerdaskan Akal

Kerana ayat ini mengandungi tauhid yang tinggi, membacanya dengan tadabbur (penghayatan) akan menajamkan akal fikiran dan membersihkan hati daripada syirik.


5. Penyembuh (Syifa)

Ia sering digunakan dalam rawatan Islam (Ruqyah Syar'iyyah) untuk merawat gangguan makhluk halus, sihir, dan penyakit ain.

Al-Quran terbuka memaparkan Surah Al-Baqarah ayat 255 (Ayat Kursi)

Tafsir Ringkas: Memahami Makna Tersirat

Untuk benar-benar menghayati bacaan dalam tool di atas, kita perlu faham pecahan maknanya:

  • "Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia...": Penegasan Tauhid yang mutlak.
  • "Tidak mengantuk dan tidak tidur": Menunjukkan kesempurnaan Allah yang tidak memiliki kelemahan makhluk.
  • "Kursi-Nya meliputi langit dan bumi": Menurut Ibnu Abbas, 'Kursi' merujuk kepada ilmu Allah atau kekuasaan-Nya yang tidak terbatas.

Panduan Menghafal Untuk Yang Baru Belajar Al-Quran

Bagi anda yang baru belajar mengaji atau membaca Quran serta ingin menghafal, anda boleh gunakan teknik "Chunking" (Pecahan) iaitu dengan cara memecahkan setiap ayat dengan menggunakan tool di atas:

  1. Tekan butang "Play" dan dengar keseluruhan ayat dahulu.
  2. Seterusnya anda boleh membaca dengan Bacaan Rumi yang disediakan jika anda belum lancar Jawi.
  3. Fokus pada satu satu baris senafas, ulang sebanyak 10 kali untuk kuatkan ingatan.
  4. Gunakan butang Bookmark pada tool ini untuk menyambung hafalan anda untuk hari esok atau bila perlu.

Teruskan Tadabbur & Amalan Harian

Waktu Solat (Auto Lokasi) Surah Yasin Dengan Audio Al-Quran Digital (Audio + Highlight) Surah Al-Waqiah & Terjemahan Surah Al-Baqarah Ayat 1-286 Surah Maryam Full Audio & Terjemahan Surah Ar-Rahman Ayat Penuh Rumi & Jawi

Simpan dan kongsikan pahala. Semoga Allah membuka pintu keberkatan untuk kita semua. Amin 🤲

Soalan Lazim Mengenai Amalan dan Kelebihan Bacaan Ayat Kursi (FAQ)

Bilakah waktu terbaik membaca Ayat Kursi?

Waktu terbaik adalah selepas setiap solat fardhu, pada waktu pagi dan petang (Al-Mathurat), dan sebelum tidur malam.


Adakah boleh membaca Ayat Kursi ketika haid?

Menurut pendapat ramai ulama, wanita haid dibenarkan membaca potongan ayat Al-Quran (termasuk Ayat Kursi) dengan niat zikir atau perlindungan, bukan dengan niat tilawah Al-Quran semata-mata.


Apakah maksud 'Kursi' dalam ayat ini?

Kursi secara harfiah bermaksud tempat letak kaki, namun dalam konteks ayat ini, ia adalah metafora bagi Ilmu Allah dan Kekuasaan-Nya yang meliputi seluruh alam semesta.


Apakah khasiat atau kelebihan membaca Ayat Kursi selepas solat?

Dijanjikan Syurga bagi mereka yang istiqamah, diberikan perlindungan dari sebarang kejahatan iblis atau syaitan dan sihir, dapat mengukuhkan lagi iman kepada Allah Yang Esa dan dijadikan sebagai satu penutup untuk semua ibadah yang dilakukan dengan sempurna.


Apakah manfaat membaca Ayatul Kursi sebanyak 41 kali, 100 kali dan 1000 kali?

Manfaat bagi sesiapa sahaja yang mengamalkan ayat suci ini mengikut angka seperti di bawah adalah:

  • 41 Kali: Ganjarannya mempunyai pelbagai manfaat seperti perlindungan dari segi spiritual, dibantu atasi semua kesulitan dan diberikan ketenangan hati dan jiwa apabila diamalkan.
  • 100 kali: Membaca selepas solat Subuh akan diampuni semua dosa yang lepas, selepas solat fardhu, diberikan perlindungan dari sebarang gangguan syaitan, bahaya atau musibah dan amalan ini amat digalakkan dibaca sewaktu masuk tidur supaya dilindungi ketika sedang tidur dan sebelum kelaur dari rumah yang akan dilindungi oleh 70,000 Malaikat.
  • 1000 Kali: Ganjaran pahala yang sangat besar, sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dan semestinya apabila diamalkan kesempurnaan ibadah hadir tanpa disangka. Selain itu, kekayaan dari rezeki Allah, ketenangan zahir dan batin serta diberikan kebaikan yang tidak ternilai terhadap ahli keluarga.

Ada yang mengatakan faedah ayat ini sangat bagus untuk perempuan, boleh terangkan?

Faedah membacanya tidak fokus kepada kaum perempuan sahaja sebaliknya kepada semua umat Islam yang mana apabila diamalkan selepas selesai menunaikan solat fardu akan dihadiahkan seperti dijauhi musibah gangguan syaitan, menjaga keamanan kediaman dam sebagai pembuka jalan untuk menuju ke Syurga Firdausi.

Jadikan Al-Quran Sahabat Anda

Semoga tool Ayat Kursi ini membantu anda mendekatkan diri kepada Allah SWT. Jangan lupa untuk kongsikan laman ini kepada keluarga dan sahabat.