Roh Meminta Untuk Melihat Jasad Sendiri (Sila Baca)

roh pulang minta melihat jasad sendiri

Roh Pulang Minta Melihat Jasad Sendiri


Ada satu riwayat menceritakan bahawa apabila roh itu keluar dari tubuh, selepas berlalu tiga hari ia memohon kepada Tuhan "Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku untuk melihat tubuhku yang dahulu sewaktu aku berada di dalamnya."

Selepas Allah perkenankan, roh itu pun segera ke kubur dan dapat melihat kedua lubang hidung dan mulut mengalir darah. Melihat keadaan yang menimpa tubuhnya, roh itu pun terus menangis dan merintih sepuas-puasnya:

"Aduhai tubuhku yang miskin lagi lemah, wahai kekasihku. Ingatkah akan hari kehidupanmu? Rumah ini adalah rumah serigala, rumah bencana, rumah yang sempit dan gelap-gelita serta rumah kesusahan dan kepayahan".

Selepas berlalu lima hari, sekali lagi roh itu perkenan daripada Allah untuk melihat tubuhnya. Kali ini dilihat tubuh itu mengalir darah dari hidung dan mulut pula mengalir nanah dan najis. Keadaan yang sama keluar juga dari kedua lubang telingannya. Melihat keadaan yang ngeri itu sekali lagi roh menangis dan meratap dengan bersungguh-sungguh serta berkata:

"Wahai tubuhku yang miskin, ingatkah hari kehidupanmu? Inilah rumah kegelisahan, rumah bencana, rumah kala dan ular yang akan memamah dagingmu, akan mengoyak kulit dan seluruh anggotamu".

Kemudian roh pergi lagi menemui Tuhan selepas tujuh hari berlalu. Seperti biasa Allah perkenankan dia ke kubur dan melihat tubuhnya, roh mendapati tubuhnya dipenuhi cacing. Sambil memekik dan menangis sekuat-kuatnya roh itu bersuara;

"Wahai tubuhku adakah anda ingat hari kehidupanmu? Di mana harta kekayaanmu, di mana isterimu, kekasihmu dan anak-anakmu? Di mana keluarga dan kaum kerabatmu sekarang? Dimana sahabatmu sekarang? Di mana jiran-jiran mu sewaktu hidupmu dulu? Mereka semuanya ikut menangis dan mencucurkan air mata ketika aku berpisah dengan engkau?"

Sementara itu diceritakan daripada Abu Hurairah:

"Apabila seseorang mukmin itu mati, rohnya akan berkeliling di sekitar rumahnya selama satu bulan. Roh itu dapat menyaksi serta melihat apa yang ditinggalkan terutama mengenai harta-benda dan kekayaanya.

Ia juga akan mengetahui bagaimana cara membahagi harta dan membayar segala hutangnya. Selepas genap sebulan roh itu kembali ke liang kuburnya. Selepas itu selama setahun pula mengelilingi dan dapat mengetahui siapa yang mendoakannya dan orang yang berasa sedih dan duka akan peninggalannya."

Apabila genap setahun barulah roh itu dibawa naik untuk dikumpulkan dengan seluruh roh yang lain sehingga tibanya Hari Kiamat, sehingga ditiup sangkakala Israfil. Dalam satu riwayat menyebut bahawa yang dimaksudkan roh itu adalah roh anak Adam(manusia).

Sementara daripada keterangan yang lain pula berpendapat bahawa roh itu adalah roh malaikat Jibril. Juga ada keterangan menyebut bahawa roh itu adalah roh Nabi Muhammad s.a.w yang bersemayam di bawah Arasy, meminta izin dari Allah pada malam al-Qadar untuk turun memberikan salam dan penghormatan kepada seluruh mukminin dan mukminat.

Ada juga menyebut bahawa roh itu adalah roh kerabat yang sudah meninggal dunia. Mereka sama-sama memohon kepada Tuhan "Wahai Tuhan kami, semoga Engkau perkenankan kami untuk turun ke rumah kami di mana kami akan melihat anak-anak dan keluarga kami yang ditinggalkan" maka roh pun turun pada malam al-Qadar.

Allah berfirman dalam surah al-Qadar ayat 4 bermaksud:

"Malaikat sama turun dengan roh",

Sementara dalam surah an-Naba ayat 38 bermaksud:

"Mereka tidak dapat berbicara pada hari roh (Jibril atau ruhul kudus) malaikat berdiri dengan berbaris."

Menurut riwayat Ibnu Abbas;

"Jika datang hari raya, hari Asyura, hari Jumaat yang pertama dalam Rejab, malam Nisfu Syaaban, Lailatul Qadar dan malam Jumaat, roh mayat itu sama keluar dan datang berdiri di muka pintu serta berkata:

"Kasih sayanglah kamu sekalian terhadap kamu di alam yang penuh berkat ini dengan melakukan sedekah, sebab kami mengharapkan (pahala) sedekah jika sekalian bakhil dan kedekut serta tidak sudi bersedekah maka hendaklah anda ingat kepada kami dengan bacaan surah al-Fatihah pada malam yang penuh keberkatan ini."

Wallahu'alam dan semoga perkongsian saudara Md faizal ini bermanfaat untuk semua. Faizal - http://musfaqir.tripod.com/Islamiah/031.html

Dalam Kemaluanmu itu Ada Sedekah



RASULULLAH shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, Dalam kemaluanmu itu ada sedekah.

Sahabat lalu bertanya, Wahai Rasulullah, apakah kita mendapat pahala dengan menggauli istri kita?

Rasulullah menjawab, Bukankah jika kalian menyalurkan nafsu di jalan yang haram akan berdosa? Maka begitu juga sebaliknya, bila disalurkan di jalan yang halal, kalian akan berpahala. (HR. Bukhari, Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah)

Dari hadis tersebut sebagaimana dilansir dari tiraikamar, suatu hubungan badan atau jimak karena ianya bertujuan mulia dan bernilai ibadah maka setiap hubungan seks dalam rumah tangga harus bertujuan dan dilakukan secara Islami, yakni sesuai dengan tuntunan Alquran dan sunah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

Hubungan intim, menurut Ibnu Qayyim Al-Jauzi dalam Ath-Thibbun Nabawi (Pengobatan ala Nabi), sesuai dengan petunjuk Rasulullah memiliki tiga tujuan: memelihara keturunan dan keberlangsungan umat manusia, mengeluarkan cairan yang bila mendekam di dalam tubuh akan berbahaya, dan meraih kenikmatan yang dianugerahkan Allah.

Ulama salaf mengajarkan, Seseorang hendaknya menjaga tiga hal pada dirinya: Jangan sampai tidak berjalan kaki, agar jika suatu saat harus melakukannya tidak akan mengalami kesulitan; Jangan sampai tidak makan, agar usus tidak menyempit; dan jangan sampai meninggalkan hubungan seks, karena air sumur saja bila tidak digunakan akan kering sendiri. Allahu alam.

Mampukah Diri Kita Jawab 5 Soalan di Alam Kubur Selepas Mati Nanti?

5 pertanyaan di alam kubur

Setiap yang hidup pasti akan mati dan setiap yang mati itu pastinya akan dibangkitkan semula semasa di Padang Masyar. Adakah kita ini daripada golongan ahli Syurga atau adakah dari golongan ahli Neraka? Hanya diri kita yang tentukan sama ada kita di Syurga atau pun di neraka selepas kehidupan di alam barzakh nanti.

Setiap orang muslim yang hidup di dunia ini harus tahu apakah soalan-soalan cepumas yang akan ditanya nanti dan semua jawapan tersebut telah kita ketahui. Namun, yang kita tidak ketahui adalah dapatkah kita ini menjawab semua persoalan-persoalan berkaitan yang ditanya oleh Malaikat Mungkar dan Nakir.

5 Soalan atau Pertanyaan Di Alam Kubur


Rasulullah SAW ada bersabda:

"Apabila si mati dikuburkan, datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama "Munkar" dan yang satu lagi disebut dengan nama "Nakir", (lalu keduanya mendudukkan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya). Kemudian mereka menyoalnya: Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad SAW)?

Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud:

Mereka bertanya kepadanya: Apa yang engkau pernah sembah?

Maka kalau Allah memberi hidayah petunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: Aku menyembah Allah!

Kemudian ia ditanya lagi: Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad SAW)?

Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga:

Mereka menyoalnya dengan berkata: Siapa Tuhanmu?

Ia menjawab: Tuhanku ialah Allah!

Mereka bertanya lagi: Apakah agama mu?

Ia menjawab: Agamaku ialah Islam!

Mereka bertanya lagi: Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu?

Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata:

Orang itu (Muhammad SAW) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!

Mereka berkata kepadanya: Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian.

Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda SAW bersabda:

"Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga.”

Rasulullah SAW bersabda lagi:

"Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya; kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: Tidurlah! Lalu ia berkata: Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?

Dua Malaikat itu berkata kepadanya:

Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu.

Jika si mati itu seorang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak.

Lalu dua Malaikat itu berkata: Memang kami tahu engkau berkata demikian.

Dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud: Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia pakaian dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka.

Rasulullah SAW bersabda lagi:

"Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya; kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya." (Abu Hurairah r.a)

Hayat Kehidupan Manusia Sebelum Mati


matlamat kehidupan manusia di dunia

Hari ini ada yang masih di dalam alam rahim. Ada yang masih dalam alam dunia. Ada yang sudah ada di alam kubur. Yang pasti semuanya akan ke alam akhirat. Yang masih di alam rahim, penuh pengharapan dan doa daripada insan di alam dunia. Yang sudah di alam alam kubur, penuh penyesalan jika tidak menghargai saat di alam dunia. Hanyalah mampu mengharapkan doa dan ingatan daripada yang masih ada di alam dunia.

Ternyata alam dunia adalah alam yang penuh kebergantungan dengan berdoa. Berdoa untuk orang yang dalam alam rahim, alam dunia dan alam kubur. Doa itu senjata mukmin, solat itu mediumnya. Solat kita menunjukkan akhlak kita. Bila kita kata doanya sudah, tapi solatnya tidak, itulah tandanya kita tidak berakhlak dengan Allah.

Sebanyak mana pun kita kata kita berdoa untuk diri kita dan orang lain, namun tidak cakna solat, kita tetap dianggap bukan orang yang baik. Doa orang yang baik-baik, Allah mudah makbulkan kerana Allah itu maha baik. Sebab itu penting untuk kita jadi baik.

Mohon Allah selalu sayang kita. Nikmatnya bila Allah sayang, Allah bagi kita selalu utamakan solat dan selalu nak buat baik. Mohon Allah tegur kita setiap kali kita buat salah. Biar kita terduduk tersungkur di dunia kerana Allah mahu sedarkan kita. Ianya jauh lebih baik daripada kita tidak dipedulikan di alam kubur.

Sementara kita masih ada di alam dunia, bantulah insan-insan yang masih dalam alam rahim untuk menjadi khalifah yang hebat di alam dunia kelak dan bantulah insan-insan ada dalam alam dunia termasuk diri kita untuk sama-sama tenang melangkah ke alam kubur bila sampai masa. Usah dilupa untuk bantu yang sudah ada dalam alam kubur agar tenang di sana sehingga hari kebangkitan. Doa itu bantuan yang sangat hebat! - Starry Hidayah Harun


Semoga perkongsian 5 soalan atau pertanyaan yang akan ditanyakan kepada semua orang yang telah mati di alam kubur nanti bermanfaat buat anda dan diharap perkongsian ini juga akan mampu menyedarkan anda untuk terus membuat amal dan amalan. Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang dijauhi azab api neraka.

Adab dan Etika Berdoa Yang Wajib Diketahui Oleh Semua Orang Islam

adab berdoa agar dikabulkan oleh Allah

Adakah anda tahu apa erti doa yang sebenarnya dan apakah adab dan etika berdoa yang disukai Allah SWT? Doa merupakan permohonan, permintaan atau pengharapan seseorang untuk mendapatkan kebaikan daripada Allah SWT. Kita disyariatkan berdoa untuk kebaikkan diri, keluarga, sahabat serta sesama umat Islam.

Yang sebenarnya setiap daripada kita mempunyai keperluan, kehendak dan keinginan masing-masing dan salah satu cara untuk mendapatkan semua itu adalah dengan memohon doa atau berdoa kepada Allah SWT supaya hajat itu dimakbulkan-NYA. Walau bagaimanapun, anda perlu tahu adab dan etika berdoa agar setiap doa yang dipanjatkan itu lebih diberkati dan dikabulkan.

Adab dan Etika Berdoa Dalam Islam


Pertama, permohonan doa tersebut hendaklah ditujukan kepada Allah sahaja. Tidak boleh menujukan doa kepada seseorang selain Allah, tidak boleh menujukan doa kepada seseorang bersama Allah. Doa merupakan salah satu urusan aqidah, maka hendaklah kita berhati-hati agar tidak melakukan syirik dalam rangka berdoa.

Kedua, permohonan doa hendaklah dengan hati yang sedar dan berharap. Usah berdoa dengan hati yang lalai, putus asa atau ragu-ragu. Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah mengingatkan: Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kalian meyakini ia akan dikabulkan. Ketahuilah bahawa Allah tidak akan mengabulkan doa daripada hati yang lupa lagi lalai. [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 3401/3479]

Adab Berdoa Menurut Al-Quran dan Sunnah


Para Ulama menjelaskan tentang adab dan etika dalam berdoa agar dikabulkan, sebagaimana tuntutan dalam al-Quran dan Hadis.

Al-Baghawi rahimahullah berkata: "Ada etika dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab dikabulkannya doa. Barangsiapa memenuhinya, maka dia akan mendapatkan apa yang diminta dan barangsiapa mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa; sehingga doanya tidak berhak dikabulkan".

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata "Kedua ayat berikut mencakup adab-adab berdoa dengan kedua jenisnya (doa ibadah dan doa permohonan);

Iaitu firman Allah SWT :

ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا ۚ إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِينَ

"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. [al-A‘raf/7:55-56]

adab adab semasa berdoa

Dan Ibnu Katsir rahimahullah membawakan sejumlah hadis-hadis yang berkaitan dengan adab-adab tersebut iaitu:

1. Mengangkat kedua tangan sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Salman al-Farisi Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:

قَالَ إِنَّ اللّهَ حَيِيٌ كَرِيمٌ يَسْتَحْيِي إِذَا رَفَعَ الرَّجُلُ إِلَيْهِ يَدَيْهِ أَنْ يَرُدَّهُمَا صِفْرًا خَائِبَتَيْنِ

"Sesungguhnya Allah SWT Maha pemalu lagi Maha pemurah terhadap seorang hamba yang mengangkat kedua tangannya (berdoa), kemudian kedua tangannya kembali dengan kosong dan kehampaan (tidak dikabulkan)."

2. Memulakan doa dengan pujian terhadap Allah SWT, kemudian Selawat dan Salam kepada Rasulullah SAW, selanjutnya bertawasul kepada Allah SWT dengan tawasul yang disyariatkan, seperti dengan bertauhid kepada Allah SWT dengan asma’ dan sifat Allah SWT, dengan amal shalih dan selainnya.

3. Bersangka baik terhadap Allah SWT. Diriwayatkan dalam sebuah hadis qudsi dari Anas Radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah SAW bersabda :

يَقُولُ اللَّه عَزَّوَجَلَّ : يَقُولُ أَنَّا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِيْ وَأَنَا مَعَهُ إِذَا دَعَانِيْ

"Allah SWT berfirman: "Aku (akan) sebagaimana hamba-Ku menyangka tentang-Ku, dan Aku akan bersamanya jika ia berdoa kepada-Ku."

al-Qurthubi rahimahullah berkata: "Maknanya adalah hamba itu menyangka dikabulkannya doa, diterimanya taubat, diberikan ampun melalui istighfar, serta menyangka dibalas dengan pahala atas ibadah yang dilakukan sesuai syarat-syaratnya sebagai keyakinan akan kebenaran janji Allah SWT.

4. Menjauhi sikap tergesa-gesa mengharapkan terkabulnya doa kerana ketergesa-gesaan itu akan berakhir dengan sikap putus asa sehingga ia tidak lagi berdoa. Naudzubillah.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُسْتَجَابُ لأَِحَدِكُم مَالَم يَعْجَلْ يَقُولُ دَعَوْتُ فَلَم يُتَجَبْ لِي

"Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah bersabda "Akan dikabulkan (doa) seseorang di antara kalian selama dia tidak tergesa-gesa, iaitu dia berkata ‘aku telah berdoa namun belum dikabulkan bagiku".

Dalam lafaz lain, SAW bersabda:

قَالَ لاَيَزَالُ يُستَجَابُ لِلعَبْدِ مَا لَم ْيَدْع ُبِإِثْم أَوْ قَطِيعَةِ رَحِمٍ مَالَمْ يَسْتَعْجِل قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الاِستِعْجَالُ قَالَ يَقُولُ قَدْ دَعَوْتُ وَقَدْ دَعَوْتُ فَلَم أَرَ يَسْتَجِيبُ لِي فَيَسْتَحْسِرُ عِنْدَ ذَلِكَ وَيَدَعُ الدُّعَاءَ

"Sentiasa akan dikabulkan (doa) seorang hamba selama tidak meminta sesuatu yang membawa dosa atau memutuskan tali kekeluargaan, selama dia tidak tergesa-gesa. Ditanyakan kepada Rasulullah SAW :

"Wahai Rasulullah, apa yang dimaksud tergesa-gesa?" Rasulullah SAW menjawab: "Dia berkata aku telah berdoa, aku telah berdoa namun aku tidak pernah mendapatkan doaku dikabulkan, kemudian ia berputus asa dan meninggalkan berdoa."

5. Membersihkan jiwa raga dari berbagai kotoran dosa. Hati yang kotor dengan berbagai maksiat atau jiwa yang tidak bersih dari perkara haram akan menghalang terkabulnya doa.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيًّهَا النَّاسُ إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبًا وَإنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِيْنَِ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِيْنَ فَقَالَ يَا أَيُّهَا الرُّيسُلُ كُلُوا مِنْ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ وَقَالَ يَاأَيُّهَاالذِنيْنَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَا كُمْ ثُمَّ دَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَارَبِّ يَارَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمََِشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامٌ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

"Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu ia berkata : "Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah SWT baik dan tidak menerima melainkan yang baik. Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan kaum Mukminin dengan apa yang telah diperintahkannya kepada para rasul.

Allah SWT berfirman: "Wahai para rasul makanlah kalian dari yang baik dan beramal solehlah, sesungguhnya Aku Maha mengetahui apa yang kalian kerjakan."

Allah SWT juga berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman makanlah rezeki yang baik dari apa yang diberikan kepada kalian."

Kemudian Rasulullah SAW menyebutkan seorang musafir yang berjalan jauh sehingga tidak terurus rambutnya, lusuh dan berdebu tubuhnya, dia mengangkat kedua tangannya ke arah langit seraya berdoa menyeru:

"Wahai tuhanku, wahai tuhanku," namun makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi dari yang haram, bagaimana mungkin akan dikabulkan doanya?."

6. Yakin bahwa Allah SWT Maha mengabulkan doa selama tidak ada sesuatu pun yang menghalangnya. Dari 'Abdullah bin Amr Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ادْعُوا اللَّهَ وَاَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِاْللإِجَاَبَةِ وَاعْلَمُواأَنَّ اللَّهَ لاَيَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ

"Berdoalah kepada Allah SWT dan kalian yakin (akan) dikabulkan, sesungguhnya Allah tidak mengabulkan doa (seorang hamba) yang hatinya alpa serta lalai."

Dalam hadis lain dari Abu Sa‘id Al-Khudri Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيْهَا إثْمٌ وَلاَقَطِيعَةُ رَحِمٍ إِلاَّأَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلاَثٍ إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ وَإِمَّا أَنْ يَدَّ خِرَهَا لَهُ فِي الآخِرَةِ وَإِمَّا اَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنْ السُّوءِ مِثْلَهَا قَالُوا إِذًا نُكثِرُ قَالَ اللَّهُ أَكْثَرُ

"Tidaklah seorang Muslim berdoa kepada Allah SWT dengan sebuah doa yang tidak ada dosa atau pemutusan ikatan kekeluargaan di dalamnya, melainkan Allah SWT akan memberinya satu di antara tiga perkara;

  • Boleh jadi Allah Subhanahu wa Ta’ala segera mengabulkan doa tersebut
  • Menyimpan sebagai tabungan baginya di akhirat
  • Menyelamatkannya dari kejahatan yang setara dengan doa yang dipanjatkannya

Para sahabat berkata : "Jika demikian, kami akan memperbanyakkan (doa)." Rasulullah SAW menjawab: "Allah SWT lebih banyak."

Ibnu Katsîr rahimahullah berkata :

"Yang dimaksudkan adalah bahawa Allah SWT tidak akan menyia-nyiakan doa seseorang, dan Allah SWT tidak disibukkan dengan sesuatu apapun. Dia Subhanahu wa Ta’ala Maha mendengar doa. Dalam hal ini terdapat anjuran (memperbanyak) berdoa kerana tidak satu pun yang luput dari-Nya Subhanahu wa Ta’ala ."

Terutama pada saat kita tengah mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui ibadah puasa di bulan Ramadhan. Hendaknya kita mengambil kesempatan yang istimewa ini dengan memperbanyakkan doa bagi kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

ثَلاَ ثٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَ تُهُمْ : الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَاْلإِمَامُ الْعَادِلُ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُوْمِ

"Ada tiga orang yang tidak ditolak doanya; seorang yang berpuasa sehingga berbuka, seorang pemimpin yang adil dan seorang yang dizalimi.

Marilah kita semua memperbanyakkan doa sebab Allah SWT murka terhadap orang yang tidak berdoa kepada-Nya sebagaimana firman-Nya:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

"Dan tuhanmu berkata: "Berdoalah kepadaku, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari berdoa kepadaku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina."

Demikian pula dijelaskan dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: “ مَنْ لَم يَدْعُ اللَّه يَغْضَبْ عَلَيْه” yang ertinya: "Barangsiapa yang tidak berdoa kepada Allah SWT maka Allah SWT marah terhadapnya."

Ibnu al-Mubârak Radhiyallahu ‘anhu berkata :

الرّحْمَنُ إِذَا سُئِلُ أَعْطَى، وَالرَّحِيْمُ إِذَا لَمْ يُسْأَلْ يغْضَبُ

Ar-Rahman (Allah SWT) jika Dia diminta akan memberi, dan Ar-Rahîm (Allah SWT) jika Dia tidak diminta akan marah.

Ya Allah SWT, aku berlindung kepada Engkau dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari jiwa yang tidak puas, serta dari doa yang tidak dikabulkan." - Facebook

Oleh itu apabila seseorang berdoa kepada Allah supaya diampunkan dosa-dosanya dan dia benar-benar berharap dan mengharap agar Allah mengampunkan semua dosa-dosa, maka sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah dalam hadis qudsi di atas, Allah akan mengampuni dosa-dosa tersebut.

ADAB DAN ETIKA DALAM BERDOA
Ceramah islam- rahasia dan amalan agar doa cepat di kabulkan allah
Posted by Taubat channel on Monday, December 30, 2019


Ingat, anda jangan sekali-kali berputus asa daripada rahmat dan keampunan Allah. Berdoalah dengan sungguh-sungguh kepada Allah sahaja supaya semua dosa-dosa kita diampuni-Nya dan berharaplah agar Allah segera memakbulkan doa supaya diampuni segala dosa-dosa kita.

Dan jangan lupa juga untuk memohon doa iringan dengan penuh keikhlasan untuk kedua ibu bapa kita setiap kali kita menadahkan tangan untuk memohon doa dari-NYA. Mintalah segala kebaikan daripada Allah untuk kedua-dua mak ayah kita yang amat kita sayangi itu sama ada yang masih hidup atau pun meninggal dunia. Semoga bermanfaat. - ilmualam.com

9 Kemuliaan Orang Yang Menjaga Solat (Solat Kerana Allah SWT)

Falsafah dan kebaikan solat 5 waktu

Siapakah Insan Yang Paling Mulia Di Sisi Allah


Manusia yang paling mulia itu adalah apabila ibadah hariannya bermula dengan solat Subuh berjemaah pada awal waktu pagi, terutamanya orang lelaki. Kemudian, dia pula mengakhiri harinya dengan solat Isyak berjemaah di masjid atau pun surau dan madrasah.

Jika di laman sosial dipenuhi dengan status yang menyeru ke arah kebaikan kepada masyarakat umum namun bagaimana pula status wajib yang patut dikenaskini di dalam hati untuk menjaga solat fardu yang Allah perintahkan?

Oleh itu, marilah kita bermuhasabah diri bersama-sama supaya kita tidak merasa rugi di akhirat kelak. Adalah sebaiknya kita mengubah diri kita ke arah yang lebih baik seperti mana yang Allah kehendaki daripada semua hamba-hamba-Nya.

Kepentingan solat itu dapat dilihat di dalam konteks Al-Quran dan As-sunnah. Ketika berada di Markaz Bahasa Arab di Mesir, ustaz saya selalu menekankan aspek penjagaan solat.

hikmah solat lima waktu

Suatu hari saya memakai baju yang tertera di atasnya perkataan Fajar, Zuhur, Asar, Magrib dan Isyak. Kemudian ustaz menyuruh saya membacakan surah al-Hud ayat 114 yang berbunyi,

"Dan dirikanlah solat pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada permulaan malam." Surah al-Hud, ayat 114

Tidak hairanlah Saidina Uthman bin Affan memberitahu ada 9 kemuliaan orang yang menjaga solat, iaitu:-

1. Dicintai Allah

Cinta adalah kebenaran dan keadilan dan kerananya langit, bumi dan seluruh isinya diciptakan. Cinta termulia dan tertinggi adala cinta-Nya yang dapat diperolehi setelah kita berusaha untuk menjadi hambanya dengan melaksanakan solat sesempurnanya.

2. Badan selalu sihat

Banyak kajian saintifik yang dibuat mengenai betapa manfaatnya gerakan solat terhadap fizikal manusia seperti hasil kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya yang mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

3. Dijaga oleh Malaikat

Dalam diri manusia, Allah SWT menugaskan empat malaikat kepadanya. Dua malaikat berada di sebelah kanan dan kirinya, yang sentiasa mencatat setiap amal perbuatannya. Dan dua malaikat lagi yang sentiasa mengikutinya dari arah depan dan belakang.

Mereka semua menjaga manusia yang sentiasa menjaga solatnya kerana Allah SWT sentiasa rapat dengan orang yang tidak melupakanNya.

4. Turun berkat pada rumahnya

Menurut tafsir Ibnu Katsir, Imam Tabari berpendapat bahawa orang yang melaksanakan solat fardhu menjadi terbuka segala permintaan dari amalan-amalannya yang kemudian dibalas oleh pahala oleh Allah SWT.

Maka seiring dengan itu, terbukalah segala pintu keberkatan yang melimpah ruah dalam kehidupannya termasuk seisi rumahnya.

5. Tampak pada wajahnya tanda orang soleh

Dikatakan dalam hadis Riwayat At-Tirmizi, daripada Syaqiq bin Abdullah – seorang tabiin yang disepakati kemuliaannya – dia berkata,

"Para sahabat Rasulullah SAW tidak berpendapat bahawa tidaklah amal perbuatan ditinggalkan menyebabkan kekufuran melainkan solat." Riwayat At-Tirmizi

Hadis ini bermaksud bahawa barangsiapa yang meninggalkan solat maka akan hilang nur di wajahnya manakala mereka yang memelihara solatnya pasti timbul tanda-tanda orang soleh.

6. Allah akan melembutkan hatinya

7. Lalui sirat (titian) sepantas kilat

8. Diselamatkan oleh Allah

Terdapat hadis Qudsi riwayat Imam Ahmad dalam Isamuddin As-sababati, Baginda bersabda, sesungguhnya Rabbmu berfirman,

"Barangsiapa menunaikan solat pada waktunya, kemudian dia memeliharanya, tidak melalaikannya kerana meremehkan haknya, maka dia mempunyai janji yang pasti Aku penuhi, iaitu Aku akan memasukkannya ke dalam syurga." - Riwayat Imam Ahmad

Oleh itu insan yang memelihara solatnya pasti akan diselamatkan daripada bahang api neraka.

9. Allah menempatkannya bersama orang yang tidak takut dan tidak sedih

Allah berfirman dalam surah al-Ma’arij,

"Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah dan gelisah; apabila ditimpa kesusahan, dia sangat gelisah; dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil, kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang." - Surah al-Ma’arij, ayat 19

Justeru itu jadilah individu muslim yang mutlak, sentiasa melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya terutamanya dalam urusan akhirat. Seperti mutiara kata Imam Hassan al-Basri,

"Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, niscaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerana kamu akan rugi di keduanya.

Singgah di dunia ini sebentar, sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang." - Imam Hassan al-Basri

Akhir kata, tunaikan solat dengan sebaiknya berpandukan firman Allah di dalam surah Hud ayat 114, sebaiknya yang dimaksudkan adalah melaksanakan solat pada awal waktu, suci daripada kekotoran dan menjaga kekhusyukkan.

Semoga Allah SWT menerima semua amalan baik yang kita lakukan dan semoga kita terus dapat membuat kebaikan di dunia selain dapat mengumpul saham akhirat dengan banyaknya. Insya Allah. Sumber : Tazkirah

Ingin 10 Dosa Kita Diampuni dan Diangkat 10 Darjat? (Selawat ke Atas Nabi SAW)

doa diampunkan dosa

Sebenarnya terlalu banyak amalan-amalan yang mudah boleh kita lakukan dengan kelebihan serta kebaikannya sangatlah besar walaupun ia sekadar amalan yang kecil. Antara salah satu daripadanya adalah kalimat ini yang hanya perlukan 10 saat hingga ke 20 saat untuk membacanya, malahan orang yang membacanya akan diampuni 10 dosanya serta diangkat 10 darjatnya.

Mungkin anda terkejut dan menganggap ianya mustahil, bukan? Tiada apa yang mustahil jika segalanya daripada Allah SWT. Inilah rahmat Allah. Dia menyediakan amal-amal yang mudah dan tidak perlu bersusah payah dengan ganjaran yang sangat besar. Dia sangat Penyayang kepada hamba-hambaNya yang beriman.

10 Dosa Diampuni dan Diangkat 10 Darjat


Apakah bacaan yang kelebihannya sangat menakjubkan itu? Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan dengan sabdanya.

مَنْ صَلَّى عَلَىَّ صَلاَةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ

"Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, nescaya Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat, menghapus darinya sepuluh dosa dan mengangkat darjatnya sepuluh darjat." (HR. An Nasa’i)

Disebutkan dalam Shahih At Targhib wa At Tarhib, hadis tersebut berdarjat sahih.

Ya, bacaan itu adalah selawatNabi. Dengan membaca selawat satu kali saja, Allah akan menganugerahkannya dengan banyak fadhilat dan keistimewaa. Di antaranya adalah seperti yang dinyatakan berikutnya :

  1. Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat
  2. Allah menghapus 10 dosanya
  3. Allah mengangkat darjatnya 10 darjat

Selawat yang bagaimanakah yang mendapat keistimewaan yang sedahsyat ini? Dalam hadis riwayat An Nasa’i, Thabrani dan al Bazzar, dijelaskan bahawa selawat yang boleh mendapatkan kelebihan seperti ini adalah selawat yang diucapkan seikhlasnya daripada hati.

من صلى علي من أمتي صلاة مخلصا من قلبه صلى الله عليه بها عشر صلوات ورفعه بها عشر درجات وكتب له بها عشر حسنات ومحا عنه عشر سيئات

"Barangsiapa di antara umatku berselawat kepadaku dengan ikhlas dari dalam hatinya, nescaya Allah berselawat kepadanya sepuluh kali, mengangkatnya sepuluh darjat, mencatat untuknya sepuluh kebajikan dan menghapus darinya sepuluh dosa" (HR. An Nasa’i, Thabrani dan Al Bazzar; hasan shahih)

Bacaan selawatnya seperti apa? Tidak dijelaskan. Sehingga disimpulkan, semua selawat baik yang pendek mahupun yang panjang boleh mendapatkan kelebihan ini.

Beberapa contoh bacaan selawat dan kelebihannya boleh dibaca seperti yang telah diajarkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah sebagai yang berikut:

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِ مُحَمَّدٍ كَماَ صَلَّيْتَ عَلىَ إِبْرَاهِيْمَ وَعَلىَ آلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنـَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ اَللَّهُمَّ باَرِكْ عَلىَ مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِ مُحَمَّدٍ كَماَ باَرَكْتَ عَلىَ إِبْرَاهِيْمَ وَعَلىَ آلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنـَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

Ya Allah, berilah rahmat kepada Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat kepada Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Ya Allah, berilah keberkahan kepada Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad sebagaimana Engkau telah memberikan keberkahan kepada Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia

Bacaan selawat ini boleh diselesaikan dengan hanya dalam waktu 20 saat sahaja. Sedangkan selawat yang lebih pendek boleh dibaca dalam masa 10 saat atau lebih singkat dan pendek lagi.


Semoga perkongsian ini akan bermanfaat buat kita semua yang masih lagi mencari cara untuk memperbaiki diri ke arah yang diredhai Alla SWT serta mohonlah kepadaNya supaya kita semua dipermudahkan dalam apa saja urusan serta untuk memperbanyakkan selawat ke atas Nabi dan mendapatkan kelebihan dan keistimewaan. Wallahu a’lam. - Sumber : Tribunnews

Perkataan Yang Sering Diucapkan Padahal Kalimat Ini Paling Dibenci Allah

kalimah disukai Allah

Dalam kehidupan seharian kita, tutur kata kita yang sentiasa kita ucapkan juga wajib kita ambil kira kerana setiap perkataan yang kita katakan juga akan menentukan dosa dan pahala kita. Oleh itu, berhati-hatilah dengan percakapan kita walau dengan sesiapa saja termasuk Allah SWT.

Jadi mulai sekarang, anda wajib mengambil kira apa saja yang anda ucapkan dan pastikan setiap kata-kata yang kita ucapkan adalah perkataan yang disukai Allah. Begitu juga ketika adab dan etika berdoa juga wajib kita tekankan.

Kalimah Yang Disukai & Dibenci Allah SWT


"Perkataan yang paling disukai Allah Ta’ala," tutur sahabat mulia Abdullah bin Mas’ud Radhiyallahu ‘anhu, “adalah ketika seorang hamba mengucapkan

سبحنك اللهم وبحمدك وتبرك اسمك وتعلى جدك ولا اله غيرك

(Mahasuci Engkau. Segala puji milik-Mu semata. Mahasuci nama-Mu. Mahaluhur Engkau. Tidak ada Tuhan melainkan Engkau).”

Dalam riwayat-riwayat lain dari berbagai saluran, semua kalimat yang berisi pujian dan keagungan kepada nama Allah Ta’ala merupakan kalimat yang paling Dia cintai.

Termasuk di dalamnya kalimah Subhanallah (Maha Suci Allah), Alhamdulillah (Segala puji bagi Allah), Laa ilaha illallah (Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah), Allahu Akbar (Allah Maha Besar) dan beberapa kalimat yang lain lagi.

"Perkataan yang paling dibenci Allah," lanjut sahabat mulia Abdullah bin Mas’ud yang dikutip oleh Syeikh Abu Bakar Al-Thurthusyi Al-Andalusi dalam Al-Ma’tsurat, "adalah ketika seseorang lelaki berkata kepada lelaki (orang) lain, 'Bertakwalah kepada Allah', dan lelaki (orang) lain tersebut menjawab, 'Urus saja dirimu sendiri.'"

Dalam kehidupan sehari-hari, kalimat ini sering kita dengarkan. Malahan boleh jadi ada diantara kita yang pernah mengucapkan kalimat ini kerana tidak mengetahui bahawa kalimah tersebut merupakan kalimah yang paling dibenci Allah Ta’ala.

Seringkali kita menyampaikan apa saja kebaikan kepada orang lain. Baik dalam keadaan secara santai atau pun perbincagan yang serius tentang tema kehidupan. Sebagai orang Islam atau Muslim yang menuju ke jalan Allah Ta’ala, mengajak kepada kebaikan dan takwa tentu saja sudah menjadi nafas kehidupan.

Sehingga kita dengan mudah menyatakan serta mengajak rakan seperti;

"Jom Solat"

"Jom mengaji"

Dan ajakan-ajakan lain yang bermakna dakwah, mengajak orang lain untuk melakukan kebaikan dan menghindari keburukan setelah menyembah kepada Allah Ta’ala.

Walau bagaimanapun, respon yang kita terima biasanya bersifat negatif malahan ada yang turut menentang dan tidak menyukai tentang niat kita tersebut. Apa sekalipun, sebaiknya jika kita kita ingin mengajak mereka ke jalan Allah adalah dengan secara perlahan-lahan bukannya dengan memaksa atau sentiasa mengajaknya tanpa henti..

"Sudahlah. Tak payah sibuk-sibuk. Jaga diri kau sendiri. Tak payah nak tunjuk alim. Tak payah nak tunjuk baik."

Ayat-ayat dan jawapan tersebut biasanya akan ditambah dengan kata-kata berikut :

"Adakah kau sudah baik?"

"Memang kau sudah pasti akan masuk syurga?"

Semoga perkataan dan kata-kata sedemikian langsung tidak akan melemahkan semangat dan keinginan kita untuk berdakwah ke jalan Allah. Jadikan kata-kata tersebut sebagai satu kata-kata semangat untuk kita terus berdakwah dengan seikhlas tanpa rasa kecil hati.


Sesungguhnya Allah tahu segala niat dan keinginan kita, insya Allah satu masa nanti dia pasti akan mengikut kita bersama ke jalan yang benar. Berdoalah selalu agar Allah membuka pintu hatinya untuk bersama kita berdakwah dengan lebih baik lagi pada satu masa nanti. - Sumber : Academia

Banyakkan berdoa kepada Allah di Akhir Malam (Waktu Mustajab Berdoa)

waktu mustajab untuk berdoa pada waktu malam

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,

Penulisan kali ini merupakan pengalaman saya sendiri iaitu tentang seorang hamba yang memohon kepada Tuhan Sekelian Alam. Ini merupakan satu pengalaman yang saya alami sendiri supaya ia dapat memberi semangat kepada anda semua sentiasa tidak pernah berhenti berdoa kepada Allah Azza Wa Jalla.

Pada akhir-akhir bulan ini, saya telah diuji oleh Allah S.W.T.  Dan kemungkinan besar disebabkan solat saya yang tidak dijaga khusyuknya. Apabila dapat gaji sahaja, tiba-tiba sahaja tayar motosikal rosak, spoket sudah haus, lesen perlu diperbaharui dan macam-macam lagi.

Dan saya merasakan satu suasana yang sangat sempit, terdesak dan berasa amat lemah. Tetapi saya kuatkan semangat saya dengan kalimah لاَحوْلَ وَلاَ قُوَّة اِلاَّبِاللّهِ (Laa haula wa laa quwwata illa billah). Dan seperti biasa juga, saya tunggu hingga ke akhir malam untuk meminta bantuan kepada Tuhan Yang Maha Pemurah kerana hamba-Nya ini sangatlah memerlukannya.

Sedikit sebanyak tentang saya adalah, saya tidak suka meminta bantuan orang lain kerana saya malu untuk meminta selain daripada Allah Ta’ala kecuali jika keadaan amat terdesak. Jika tidak dalam keadaan terdesak, saya hanya akan bersabar dan meminta kepada Allah sahaja. Kerana jika saya meminta bantuan secara langsung daripada hamba-Nya, ia ibarat seperti saya meminta bantuan kepada selain-Nya. Dan ini sangat menakutkan saya.

Saya belajar akan ilmu ini melalui para alim ulama seperti Imam Shafie’ kerana pergantungan beliau Kepada Allah S.W.T semasa menuntut ilmu sangatlah hebat dan luar biasa. Beliau berhijrah ke Madinah tanpa sebarang bekal daripada ibunya kerana kemiskinan yang melanda mereka sekeluarga. Namun, Imam Shafie’ tidak pernah mengeluh dan tetap meneruskan perjalan dengan tawakal yang sangat tinggi kepada Allah. Disebabkan itu, Allah S.W.T. sentiasa menolong beliau semasa menuntut ilmu.

Jika anda berkelapangan, saya syorkan anda supaya membaca kisah-kisah bagaimana Imam Syafie menuntut ilmu dan anda pasti akan berasa kagum dengan kecekalan hati Imam Syafie’ ini. Beliau merupakan seorang yang sangat miskin tetapi sangat suka berhijrah menuntut ilmu.

Dan setiap kali beliau mahu berhijrah, pasti akan ada sahaja sahabat yang akan memberi bantuan kepadanya sama ada daripada segi bekal atau duit tanpa pernah diminta Imam Shafie’ . Dan peristiwa ini membuktikan berserah diri dan bertawakal kepada Allah S.W.T adalah suatu yang sangat menguntungkan. Kerana segala urusan dunia akan dipermudahkan Allah. Insya Allah.

Tambahan pula,  segala peristiwa yang dipermudahkan semasa Imam Syafie’ menunut ilmu adalah kerana kebergantungan sepenuhnya kepada Allah Ta’ala. Dan ini adalah antara latihan yang sedang saya jalani iaitu untuk melatih diri saya bergantung dan berserah diri kepada Allah secara keseluruhan selepas berusaha dan berikhtihar sedaya upaya . Insya Allah semoga latihan saya ini dipermudahkan. Namun, ia tidaklah mudah yang disangkakan kerana miskinnya jiwa saya ini terhadap Allah Ta’ala.

Kini baru saya sedar, walaupun Imam Syafie’ itu miskin orangnya tetapi hatinya sangat kaya dengan Allah. Hidup kemiskinan tetapi hati sangatlah kaya. Dan disebabkan itu hati beliau sentiasa kuat berserah dan bertawakal kepada Allah.

Masalah miskin jiwa inilah yang saya cuba buang dari diri saya kerana ia menyebabkan banyak masalah dalam diri saya. Antaranya:

Ia membuatkan saya khuatir dnegan dunia ini.Ia membuatkan saya berlumba-lumba mengejar dunia.Ia buat saya terlalai dengan dunia.Ia juga membuatkan saya jadikan dunia sebagai tujuan utama kehidupan.

Kesemua perkara di atas ini adalah sangat membimbangkan saya. Kerana mati tidak pernah melupakan saya. Jika saya mati dalam keadaan mengejar dunia ini, maka celakalah saya di akhirat nanti. Peringatan ini adalah untuk anda semua juga supaya jangan menjadi seperti penulis yang dhaif ini.

Oleh itu, sebagai langkah pencegahan, saya mengambil jalan penyelesaian untuk bermunajat kepada Allah pada waktu yang paling didengari-Nya. Iaitu pada akhir malam. Di mana manusia kebanyakannya tidur dalam kelalaian.

Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam:

“Rabb kita turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang akhir pada setiap malamnya. Kemudian berfirman: ‘Orang yang berdoa kepada-Ku akan Ku-kabulkan, orang yang meminta sesuatu kepada-Ku akan Ku-berikan, orang yang meminta ampunan dari-Ku akan Ku-ampuni‘”

(HR. Bukhari no.1145, Muslim no. 758)

Namun perlu diingatkan, sifat ‘turun’ dalam hadits di atas jangan sampai membuat kita membayangkan Allah Ta’ala turun sebagaimana manusia turun dari suatu tempat ke tempat lain. Kerana sudah tentu berbeza.

Yang penting kita mengimani bahawa Allah Ta’ala turun ke langit dunia, kerana yang berkata demikian adalah Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallamdiberi yang tidak pernah bercakap bohong dan digelar Ash shadiqul Mashduq (orang jujur yang disahkan kebenarannya oleh Allah), tanpa perlu mempertanyakan dan membayangkan bagaimana caranya.

Dari hadits ini jelas bahawa sepertiga malam yang akhir adalah waktu yang paling digalakkan untuk memperbanyak berdoa. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan, bangun di sepertiga malam akhir bukanlah hal yang berat lagi karena bersamaan dengan waktu makan sahur. Oleh kerana itu, manfaatkanlah sebaik-baiknya waktu sepertiga malam tersebut untuk berdoa.

Kesimpulannya

Janganlah anda semua berasa bimbang dengan segala musibah dan ujian yang menimpa anda kerana itu semua adalah takdir Allah dan di antara manfaatnya adalah untuk menghapuskan dosa dan menaikkan darjat kita semua.

Sesungguhnya Allah S.W.T amat kasih akan semua hamba-Nya yang beriman. Oleh itu, marilah kita sentiasa berusaha, bertawakkal dan berdoa kepada Allah.  Sudah tiba masanya untuk kita menjadi insan yang beriman walau di mana sahaja kita berada dan sentiasa bertakwa kepada Allah.

Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.

(Surah Yunus 10: 62-63) - Facebook Salaf

Jika Anda Pernah Alami Ini, Anda Dijaga Allah

Dijaga oleh Allah SWT

Demi menghormati ajakan keluarga besarnya, setelah sebelumnya tak pernah ikuti tradisi tahunan di masyarakatnya yang jahiliyah itu, Muhammad bin Abdullah yang belum menjadi Nabi ini akhirnya keluar rumah atas ajakan keluarganya.

Mereka hendak menuju tempat pemujaan terhadap berhala. Festival tahunan. Kebiasaan jahiliyah dengan memberikan persembahan kepada berhala yang notabene benda mati, tak bisa bergerak, mustahil memberikan manfaat kepada diri apalagi orang lain.

Ketika mendekati tempat penghormatan terhadap berhala itu, tiba-tiba Muhammad menghilang. Para keluarga mencarinya. Berkali-kali. Tetapi tidak ada yang bisa menemukan Muhammad.

Singkat kisah, Muhammad bin Abdullah baru terlihat ketika acara sudah kelar. Ia muncul, seperti tiba-tiba, di tengah-tengah keluarganya dengan wajah yang menggambarkan ketakutan.

“Dari mana saja engkau? Mengapa wajahmu seperti itu? Apa yang membuatmu merasa ketakutan?”

“Setiap kali kudekati sebuah patung,” jawab Muhammad sebagaimana dikisahkan Abdul Mun’im Muhammad Umar dalam Khadijah Cinta Sejati Rasulullah yang mengutip riwayat Ibnu Sa’ad dalam Ath-Thabaqat Al-Kubra, “terlihat di hadapanku sesosok lelaki berkulit putih dan berpostur tinggi,”

Lelaki yang tak dikenal oleh Muhammad itu tak hanya diam. Lelaki yang tak lain adalah malaikat itu berteriak, “Menjauhlah Muhammad! Jangan kau sentuh itu!”

Ketika masih anak-anak, Muhammad bin Abdullah juga pernah mengalami hal serupa. Saat ia diajak oleh teman-temannya untuk menghadiri acara festival musik yang mengandung nilai-nilai kesyirikan di dalamnya, Muhammad kecil tertidur hingga tak sedikit pun mendengar alunan musik jahiliyah atau pertunjukan yang jauh dari nilai-nilai Islami. Muhammad terbangun ketika pertunjukan usai, kemudian pulang ke kediamannya.

Pernahkan kita mengalami kejadian-kejadian seperti ini? Pernahkah kita diarahkah menuju kebaikan yang tak pernah direncanakan sebelumnya? Pernahkan kita terhindar dari berbagai jenis keburukan bukan atas kuasa diri kita sendiri?

Tak ada yang kebetulan. Tiada yang terjadi begitu saja. Semua atas Kuasa Allah Ta’ala. Dialah Yang Maha Berkehendak. Dialah yang Maha Mengatur. Dialah Yang Maha Menaqdirkan.

Jika pernah mengalami hal ini, yakinlah bahwa Anda dijaga oleh Allah Ta’ala.

Bersyukurlah dan jagalah diri sebaik-baiknya agar senantiasa berada di jalan kebaikan. - Facebook

Hukum Wanita Menyanyi Di Sisi Islam (Suara Wanita Adalah Aurat?)

hukum suara perempuan menyanyi menari

Zaman sekarang bidang nyanyian dijadikan kerjaya manakala muzik dan lagu sangat diminati ramai sama ada lelaki atau perempuan di seluruh dunia. Ia tidak terkecuali dengan remaja Islam yang turut sama meminati nyanyian malah ramai yang turut menjadi penyanyi. Tetapi apakah hukum wanita menyanyi dalam Islam dan bukankah suara perempuan itu aurat?

Walau bagaimanapun, jika anda seorang wanita dan turut meminati bidang nyanyian atau menyanyi adalah hobi untuk memuaskan hati sendiri, adalah lebih baik anda mengetahui apakah hukum seorang wanita itu mengeluarkan suara iaitu dengan menyanyi di khalayak ramai dan sebagainya.

Begitu juga tentang muzik yang wajib anda ambil tahu agar ia tidak menjadi dosa. Tetapi sekarang, ramai juga yang meminati nyanyian lagu-lagu nasyid yang menjurus kepada kebaikan dan kesedaran agama menerusi lirik lagu nasyid berkenaan. Tetapi kebanyakan lagu nasyid sekarang turut menyimpang dari landasan apabila lagu tersebut ditukarkan kepada memuja wanita atau kekasih.

Apakah Hukum Suara Perempuan & Menyanyi


Melalui perkongsian daripada Mufti Wilayah Persekutuan yang menjawab persoalan tentang apakah hukum suara perempuan menyatakan bahawa menurut pendapat jumhur, suara-suara orang perempuan tidak dikira sebagai aurat. Kerana para sahabat mendengar suara isteri-isteri Nabi Muhammad SAW untuk mempelajari hukum-hukum agama.

Walau bagaimanapun, penjelasan tersebut menegaskan bahawa setiap orang lelaki juga diharamkan mendengar suara perempuan yang berbentuk lagu dan irama walaupun bacaan Al-Quran sekalipun kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah kelak.

Firman Allah SWT:

يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِّنَ النِّسَاءِ ۚ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَّعْرُوفًا

Maksudnya: Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

Amaran Allah Tentang Suara Wanita


Hukum suara wanita mufti wilayah

Allah SWT yang menciptakan manusia sememangnya telah memberi peringatan akan hal ini apabila menyebut :

"Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya berkeinginan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)

Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan diperdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini (Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137; )

Imam As-Suddi berkata : larangan ini bermaksud kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki.

Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat (Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)

Berdasarkan dalil ayat ini, apa yang boleh saya fahami adalah nyanyian wanita juga tergolong dalam bab yang diharamkan oleh Islam apabila ia diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahram. Adapun jika ia dinyanyikan oleh kanak-kanak wanita yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para wanita. Ia adalah dibenarkan.

Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma' selama-lamanya. (An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2; Lisan al-Arab, Ibn Manzur, 73/8; Tafsir At-Tabari; 3/22; Hasiyah At-Tohawi; 1/161)

Maka kumpulan penyanyi wanita hari ini termasuk di dalam kumpulan yang diharamkan Allah. Malah bukan sekadar ‘illah suara sahaja yang boleh menjadikan mereka tercebur dalam perkara haram, malah pakaian dan pergerakkan mereka di khalayak awam juga.

Kebiasaannya apabila persembahan di buat, mereka kerap bersolek-solekan dengan pakaian yang canggih manggih.

Di samping itu, duduk pula di atas pentas menjadi tontotan lelaki, jika para ulama semasa menghukumkan haramnya bersanding pengantin di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata.

Apatah lagi kumpulan penyanyi wanita yang bersolek adakala seperti pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar. Dengan pakaian yang menjolok mata ditambah ketat, perkara ini menjadi suatu fitnah kepada umat Islam.

Selain itu juga, hukum memberi sokongan dan menaja penyanyi wanita adalah haram malah dilaknat Allah dan Rasulullah SAW. Ini berdasarkan kepada sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi:

"Laknatlah penyanyi perempuan dan kepada siapa mereka perdengarkan nyanyian (pendengar)"

Rasulullah juga menyatakan bahawa petanda kepada kiamat adalah berleluasanya penyanyi dan penari wanita yang tidak mempunyai perasan malu dan aib kepada lelaki. Perkara haram adalah haram dan yang halal tetap halal.


Kesimpulannya adalah wanita yang menyanyikan lagu adalah suatu perkara haram mutlak selama-lamanya. Manakala, pihak yang terlibat juga mendapat saham dosa selama mana dia tidak bertaubat kepada Allah Taala. - Facebook

Semoga perkongsian tentang hukum suara wanita dan perempuan menyanyi ini akan menjelaskan semua persoalan yang sedang bermain di fikiran anda. Yang haram tetaplah haram untuk selama-lamanya. Jika anda pernah menyanyi di khalayak ramai sebelum ini, bertaubatlah sebelum terlambat. Semoga bermanfaat. - ilmualam.com

10 Khasiat Buah Naga Untuk Kesihatan Kita, No 7 Wanita Paling Suka



Buah yang unik dengan bentuknya yang khas mempunyai khasiat yang bermanfaat bagi kesihatan dengan kandungan gizi yang dimilikinya. Buah naga merah memiliki rasa yang sangat menyegarkan, apalagi jika di nikmati pada siang hari di tengah teriknya matahari. Bendalir yang telah hilang kerana padatnya aktiviti seharian dapat dikembalikan dengan memakan buah naga merah ini.

Jika anda tidak percaya, anda boleh mencubanya sendiri dan dijamin anda akan suka buah naga ni. Selain itu, buah naga merah memiliki banyak sekali manfaat bagi tubuh, karena di dalam buah naga terdapat banyak sekali kandungan-kandungan yang bermanfaat untuk kesihatan.

Buah naga memiliki 2 jenis warna iaitu warna merah dan warna putih, keduanya sama-sama memiliki manfaat yang luar biasa jika di makan setiap hari. Dengan makan buah naga setiap hari dipercaya dapat mengubati pelbagai jenis penyakit. Buah naga dapat kita ambil manfaatnya dengan cara memakannya secara langsung atau di jadikan minuman seperti jus yang menyegarkan.

1.Menurunkan kadar gula di dalam darah dan mencegah diabetes
Buah naga merah mengandung gula sederhana sangat bagus untuk dimakan oleh pesakit diabetes, Kajian menunjukkan amalan memakan buah naga dapat mengawal kadar glukusa di dalam darah.

2.Melancarkan sistem pencernaan dan menyihatkan jantung
Buah naga merah mengandung serat semulajadi yang tinggi. Serat sangat bagus untuk melancarkan sistem pencernaan yang bermasalah. Digalakkan juga yang sedang diet rajin memakan buah naga merah. Fiber atau serat juga berfungsi sebagai zat yang melawan dan mencegah penyakit seperti serangan jantung, stroke dan gangguan kardiovaskular. Kandungan betakaroten dalam buah naga merah membuat vitamin A bekerja dan memperbaiki penglihatan.

3.Meningkatkan nafsu makan
Kandungan vitamin B1 dan B2 dalam buah naga merah boleh membantu meningkatkan nafsu makan bertambah. Kerana di dunia perubatan vitamin B1 dan B2 sering digunakan untuk penambah nafsu makan khususnya ketika dalam proses penyembuhan dari sakit.

4.Meningkatkan kekebalan tubuh
Kekebalan tubuh kita akan kuat jika vitamin C dalam tubuh terpenuhi, kerana buah naga merah ini mengandung banyak vitamin C maka buah naga boleh dijadikan alternatif sebagai penyedia vit. C bagi tubuh kita. sistem Kekebalan tubuh biasanya akan terganggu ketika cuaca tidak menentu seperti musim hujan atau panas.

5.Memperkuatkan tulang dan gigi
Kandungan fosforus dan kalsium pada buah naga sangat baik untuk memperkuat tulang dan gigi. Sebagaimana kita tahu bahawa tulang dan gigi sangat memerlukan kehadiran fosforus dan kalsium yang cukup agar tulang dan gigi kita sihat.

6.Merawat kesihatan kulit
Manfaat buah naga merah berikutnya adalah berguna untuk merawat kesihatan kulit. Vitamin C yang terkandung dalam buah naga merah juga digunakan untuk perawatan kulit. Iaitu dengan cara dibuat menjadi masker. Caranya adalah kupas kulit buah naga dan ambil isinya lalu blender sampai halus. Masukan ke gelas dan ambil airnya lalu disapukan kewajah. Masker ini boleh menjadi ubat herba untuk menghilangkan jerawat dan bekas jerawat.

7.Membantu melambatkan proses penuaan diri
Buah naga mengandung antioksidan yang tinggi sehingga mampu melambatkan proses penuaan diri. Kandungan zat di dalam buah naga akan mengeluarkan racun dengan efektif.

8.Rendah lemak
Terdapat banyak biji-biji kecil dalam buah naga. Rupanya, biji ini merupakan lemak tak tepu yang baik untuk kesihatan kerana menurunkan kolesterol baik dan menghilangkan kolesterol jahat.

9.Menurunkan kadar kolesterol darah
Kandungan zat dalam buah naga yang berfungsi untuk menurunkan kadar kolesterol tubuh badan. Dengan mengamalkan makan buah naga secara teratur maka akan membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah dan melancarkan peredaran darah dan jantung.

10.Mengandungi zat yang baik untuk tubuh badan
Dalamnya terkandung berbagai zat yang baik bagi tubuh seperti kalsium, betakaroten, gula sederhana, vitamin, B1, B2, B3 , vitamin C , fosfordan lycopine. Zat-zat tersebut sangat diperlukan oleh tubuh badan

AMALAN MENJEMPUT REZEKI TENGAH MALAM. HANYA 1 MINIT MASA ANDA



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Alhamdulillah. Kerana kita diberikan peluang sehari lagi untuk bernafas di bumi Allah ini. Dengan kesedaran bahawa, kita hanya menumpang. Kita hanya meminjam milik Allah. Nafas, udara, cahaya, angin, dan banyak lagi.. yang semuanya milik Allah. Bersyukurlah.

Rezeki datangnya dalam pelbagai bentuk. Bukan sekadar dalam bentuk duit, rezeki boleh jadi kesihatan yang baik, mungkin juga mendapat pasangan yang membahagiakan, mendapat anak yang soleh, dan diberikan ibu bapa penyayang.. itu pun rezeki.

Hanya 1 Minit Sahaja Tips Menjemput Rezeki Tengah Malam

Dari ceramah Ustaz Ebit Lew, ketika terjaga tengah malam, kalau dapat buat tahajjud itulah yang terbaik. Niatkan sebelum tidur untuk bangun tahajjud.

Namun jika penat sangat atau tak larat, dalam keadaan duduk, bacalah

Laa ilahaillahu wahdahu laasyarikalah. Lahulmulku walahul hamdu yuhyiwayumitu wahua’la kullisyai inqodir.

Diikuti dengan SubhanaAllah, Alhamdulillah, La ilahaillah, Allahuakbar, La haula wala quwwata illabillah. Dan berdoa.. Allahummaghfirli..(Ya Allah ampun kanlah dosa-dosaku.

“Allah berkata kepada malaikat, lihatlah hambaKu bangun dan memujiKu di tengah malam, makaKu ampunkan semua dosa-dosanya. Dan mintalah apa hajat kita.”

~Riwayat Bukhari

Daripada hadis di atas, dapat disimpulkan bahawa betapa penyayangnya Allah hinggakan bila kita terjaga di tengah malam namun terlalu penat untuk solat Tahajjud, maka Allah beri kelapangan lagi cukup dengan zikir-zikir dan memujinya, sudah diberikan keampunan dan ditunaikan hajat yang dipohonkan. Mohonlah limpahan rezeki, mohonlah diluaskan pintu hidayah dan taubat untuk kita dan ahli keluarga. Insyaa Allah, doa-doa kita dimakbulkan.

Wallahua’lam. Insyaa Allah.

Sudah Baca, Klik Like & share yee..

Sumber : detikperjuangan

CARA MEMBUAT SETAN MUNTAH



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

CARA MEMBUAT SETAN MUNTAH

Lupa Membaca Bismillah Di Awal Makan



Membaca Bismillah di awal makan adalah perintah Rasul ﷺ. Dari ‘Umar bin Abi Salamah, ia berkata, “Waktu aku masih kecil dan berada di bawah asuhan Rasulullah ﷺ, tanganku bersileweran di nampan saat makan. Maka Rasulullah ﷺ bersabda:

« يَا غُلاَمُ سَمِّ اللَّهَ ، وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ » . فَمَا زَالَتْ تِلْكَ طِعْمَتِى بَعْدُ

“Wahai Ghulam, bacalah “Bismillah.” Makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah makanan yang ada di hadapanmu.” Maka seperti itulah gaya makanku setelah itu. [HR. Bukhari no. 5376 dan Muslim no. 2022]

Bagaimana Jika Lupa Membaca Bismillah di Awal Makan?

Imam Nawawi rahimahullah berkata:

“Jika seseorang meninggalkan membaca “Bismillah” di awal karena sengaja, lupa, dipaksa, tidak mampu mengucapkannya karena suatu alasan, lalu ia bisa mengucapkan di tengah-tengah makannya, maka ia dianjurkan mengucapkan “Bismillaah awwalahu wa aakhirohu” [Al Adzkar, hal. 427, terbitan Dar Ibnu Khuzaimah]

Dari Umayyah bin Mihshon -seorang sahabat Nabi ﷺ-, ia berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- جَالِسًا وَرَجُلٌ يَأْكُلُ فَلَمْ يُسَمِّ حَتَّى لَمْ يَبْقَ مِنْ طَعَامِهِ إِلاَّ لُقْمَةٌ فَلَمَّا رَفَعَهَا إِلَى فِيهِ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ فَضَحِكَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- ثُمَّ قَالَ « مَا زَالَ الشَّيْطَانُ يَأْكُلُ مَعَهُ فَلَمَّا ذَكَرَ اسْمَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ اسْتَقَاءَ مَا فِى بَطْنِهِ »

“Rasulullah ﷺ pernah duduk dan saat itu ada seseorang yang makan tanpa membaca Bismillah hingga makanannya tersisa satu suapan. Ketika ia mengangkat suapan tersebut ke mulutnya, ia mengucapkan: “Bismillah awwalahu wa akhirohu (dengan nama Allah pada awal dan akhirnya).” Nabi ﷺ pun tertawa dan beliau ﷺ bersabda: “Setan terus makan bersamanya hingga ketika ia menyebut nama Allah (Bismillah), setan memuntahkan apa yang ada di perutnya.” [HR. Abu Daud no. 3768, Ahmad 4: 336 dan An Nasai dalam Al Kubro 10113. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa sanad hadis ini hasan. Al Hakim menshahihkan hadis ini dan disetujui oleh Adz Dzahabi. Al Mutsanna bin ‘Abdurrahman mengatakan hadis ini hasan dan memiliki berbagai penguat. Lihat Majma’ Az Zawaid, 5: 22]

Hadis terakhir di atas menunjukkan, bahwa setan itu berserikat pada makanan yang TIDAK disebut nama Allah (membaca: Bismillah) saat dimakan. Lalu jika seseorang mengingat Allah (mengucap Bismillah) di tengah-tengah makan, walau makanan tersisa sedikit, maka diharamkan pada setan apa yang telah dimakan sebelumnya. Juga hadis di atas menunjukkan, bahwa setan bisa muntah. Lihat Bahjatun Nazhirin karya Syaikh Salim bin ‘Ied Al Hilaly, 2: 48.

Hadis-hadis di atas pun jadi dalil, bahwa jika seseorang lupa membaca Bismillah di awal makan dan baru teringat di tengah-tengah makan, maka ucapkanlah “Bismillah awwalahu wa akhirohu” atau “Bismillah fii awwalihi wa aakhirihi“.



Sumber: https://rumaysho.com/3712-lupa-membaca-Bismillah-di-awal-makan.html

Amalkan Tujuh Kalimat Yang Mulia di Sisi Allah,Rugi Jika Tak Di Amalkan Kalimat Ini..



Kalimat tersebut adalah :

1. Mengucap ‘Bismillah’ pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap ‘Alhamdulillah’ pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap ‘Astaghfirullah’ jika lidah tersilap perkataan yang tidak elok.

4. Mengucap ‘Insya Allah’ jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap ‘La hawla wala quwwata illa billah’ jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap ‘Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun’ jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap ‘La ilaha illallah. sebagai zikir setiap hari. untuk menjalin hubungan yang mesra dan kasih sayang dengan Allah SWT

Huraiannya :



Pertama :Mengucap ‘Bismillah’ pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.Sebelum hendak memulakan sesuatu pekerjaan membacalah Bismallah. Bismallah adalah sebutan atau nama singkat dari lafaz “Bismillahir rohmanirrohim” yang bermaksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Apabila seseorang lelaki memasuki rumahnya, lalu dia menyebut Allah (membaca Bismillaah) di kala masuk dan di kala makan, maka berkata syaitan : “Tiadalah peluang aku bermalam dengan kamu dan tiadalah pada makanan malam kamu.” Dan apabila seorang masuk ke rumahnya , maka dia tidak menyebut Allah di kala memasukinya, maka berkata syaitan : “Aku akan bermalam dengan kamu.” Seterusnya apabila dia tidak menyebut Allah di kala makan, maka syaitan akan berkata : “Aku akan dapat bermalam dan makan malam (bersama kamu; kongsi makan)” (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi SAW telah bersabda kepada seorang kanak-kanak yang makan di samping baginda maksudnya : “Wahai kanak-kanak, sebutlah nama Allah..” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Kedua : Mengucap ‘Alhamdulillah’ (segala pujian bagi Allah) pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

Tanda kita bersyukur kepada segala nikmat yang telah Allah kurniakan hendaklah sentiasa memuji Allah SWT dengan mengucapkan “Alhamdulillah”

Firman Allah SWT maksudnya : “Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku (dengan mematuhi hukum dan undang-undang-Ku) supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)” (Surah Al-Baqarah: Ayat 152)


Ketiga : Mengucap ‘Astaghfirullah’ jika lidah tersilap perkataan yang tidak elok.

Nabi Nuh ‘alaihis salam pernah berkata kepada kaumnya sebagaimana dikatakan oleh Allah dalam al-Quran:

فَقُل فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (١٠) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (١١) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا

Maksudnya : “Maka aku katakan kepada mereka, “Beristighfarlah kepada Rabb-mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di dalamnya sungai-sungai.” (Surah Nuh (71) ayat 10-12)”Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali”(Hadis Riwayat Muslim).

Istighfar ertinya memohon ampun kepada Allah SWT. Islam mengajarkan kepada umatnya agar memperbanyak istighfar. Rasulallah SAW. sendiri sehari minima 70 kali mengucapkan Istighfar (Hadis Riwayat Bukhari).


Keempat : Mengucap ‘Insya Allah’ jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari beberapa orang penduduk Mekah datang berjumpa dengan Nabi SAW untuk bertanyakan mengenai hal roh, kisah Ashabul Kahfi dan kisah Dzulkharnain. Nabi SAW. lalu menjawab, “Datanglah pada esok pagi agar aku dapat menjawabnya, ” .

Keesokan harinya wahyu tidak turun kepada Nabi SAW. hatta baginda gagal menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan itu. Dan tentu sahaja kegagalan ini menjadi bahan cemuhan orang-orang kafir.Ketika itu turunlah ayat 23 dan 24 dari Surah Al-Kahfi yang menegur perbuatan baginda itu.

Firman Allah SWT maksudnya : ” Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu, ‘ Sesungguhnya aku akan mengerjakan yang demikian itu pada esok ‘ , kecuali (dengan menyebut) ‘ Insya Allah ‘ . Dan ingatlah kepadaTuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah ‘ Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini ‘. ” (Surah Al-Kahfi ayat 23-24)


Kelima : Mengucap ‘La hawla wala quwwata illa billah’ jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

Lahawla wala quwwata illa billah merupakan khazanah daripada khazanah-khazanah Syurga, ia merupakan penyembuh untuk 99 jenis penyakit, sekurang-kurangnya penyakit dukacita, kesedihan dan kerisauan.

Dalam riwayat yang lain, “Kami bersama Nabi s.a.w. Bila kami menaiki dataran tinggi, maka kami mengucapkan takbir. Maka baginda mengatakan: ‘Wahai manusia kasihilah diri kalian, kerana kalian tidaklah menyeru Dzat yang tuli atau jauh, akan tetapi Ia Maha Mendengar dan Maha Melihat. ‘Lalu baginda mendatangiku, sementara aku sedang mengucapkan dalam diriku: ‘La hawla wala quwwata illa billah.’Lalu baginda mengatakan: ‘Wahai Abdullah bin Qais (nama Abu Musa), ucapkan La hawlawala quwwata illa billah. Sesungguhnya itu adalah salah satu kekayaanyang tersimpan di Syurga.’ Atau beliau mengatakan:’Tidakkah kamu mau aku tunjuki salah satu harta kekayaan di Syurga? Lahawla wala quwwatailla billah’.” (Hadis Riwayat. Al-Bukhari )


Keenam : Mengucap ‘Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun’ jika menghadapi dan menerima musibah.

Allah SWT. juga berfirman: “Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’ Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157).

Rasulullah SAW. pernah bersabda yang bermaksud : “Menakjubkan perihal orang yang beriman. Sesungguhnya setiap perkara dalam urusannya (orang Mukmin ) semuanya adalah baik baginya dan tidak berlaku hal yang demikian melainkan ke atas mereka yang beriman. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar maka yang demikian adalah baik baginya dan jika dia didatangkan kemudahan dia bersyukur maka yang demikian adalah baik baginya.” (Hadis Riwayat Muslim)


Ketujuh : Mengucap ‘La ilaha illallah sebagai zikir setiap hari. untuk menjalin hubungan yang mesra dan kasih sayang dengan Allah SWT

“Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW : Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucap kalimah Lailahaillallah dengan hati yang ikhlas”.(Hadis Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Dari Zaid bin Arqam r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Barangsiapa yang mengucapkan Lailahaillallah dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam Syurga. Lalu ditanya kepada Baginda : Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu? Rasulullah saw bersabda : Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram”.(Hadis riwayat Al-Imam At-Tabarani).

Marilah amalkan tujuh kalimat yang menghandungi fadilat dan hikmah yang sungguh besar dan bermanfaat untuk kita di dunia dan akhirat. Setiap kali kita menyebutnya yakinilah kita akan mendapat rahmat dan keampunan dan ada ganjaran yang besar di sediakan oleh Allah SWT tanda kita bersyukur dan bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT.

Sebarkan 4 Kelebihan Selawat Yang Patut Kita Amalkan



4 Kelebihan Selawat Yang Patut Kita Amalkan


1) Mafhum Hadis :

Sesiapa yang berselawat kepadaku 1000 kali sehari maka dia tidak akan mati sebelum dijanjikan oleh Allah untuknya SYURGA.

   (Hadis ini untuk Fadhilat Amal Sahaja)



   2)  Mafhum Hadis :

Sesiapa yang berselawat kepadaku 100 kali sehari maka Allah akan memenuhi 100 hajatnya.

70 hajatnya akan dipenuhi untuk akhiratnya, sementara 30 lainya untuk di atas dunia.



      3) Mafhum Hadis :

Sesiapa yang berselawat kepadaku 10 kali setiap pagi dan 10 kali setiap petang maka dia akan mendapat syafa’atku di hari kiamat.

      4) Mafhum Hadis :

Tidak ada seorang pun yang mengucapkan salam untukku, kita mengucapkan Allahumma Solli ‘Ala Wassallim Wabaarik ‘Alaa Sayyidina Muhammad, melainkan Allah akan mengembalikan ruhku sehingga aku membalas salamnya.



#Sumber:AlMukhlisin
#ShareForSahamAkhirat

11 Hikmah dan Keutamaan Membaca Surah Al-Fatihah (Kelebihan & Fadhilat)

kelebihan membaca al fatihah untuk jodoh

Surah Al Fatihah sememangnya terbukti mempunyai hikmah kelebihan, fadilat dan khasiat yang tersendiri dan sering diamalkan oleh mereka yang mendalaminya. Ia juga sering dibaca di dalam solat dan doa malah sering dibacakan setiap hari dalam kehidupan seharian ramai orang selain dijadikan penawar dan penyembuh berbagai jenis penyakit.

Surah Al Fatihah (سورة الفاتحة) Pembukaan surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.

Surah ini dinamakan Al Fatihah(Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran. Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن – Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب – Ibu Kitab)kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri. Surah ini turut dinamakan As-Sab’ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.

Hikmah dan Kelebihan Membaca Surah Al Fatihah


kelebihan baca al fatihah 41 kali

1. Membaca surat Al-Fatihah akan mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al Quran .

2. Setiap satu ayat dari surah Al-Fatihah menjadi penutup satu pintu neraka.

3. Orang yang membaca Al-Fatihah seolah-olah ia telah membaca kitab taurat, injil, zabur,  Al Quran, suhuf idris As. dan suhuf Ibrahim As. sebanyak 7 kali.

4. Orang yang membaca Al-Fatihah seolah olah ia telah sedekahkan emas di jalan Allah SWT.

5. Amalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwuduk dan ditiupkan pada air lalu diminum selama tujuh hari. Insya Allah akan mudah memperoleh ilmu pengetahuan, disamping itu dapat membersihkan hati dari fikiran yang rosak.

6. Sesiapa membaca Al-Fatihah berserta Bismillah diantara Solat Sunat Subuh dan Fardhu Subuh dengan istiqamah, maka jika ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia ada hutang maka akan mampu membayarnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.

7. Amalkan membaca Al-Fatihah ketika hendak tidur, diikuti membaca Surah Al – Ikhlas tiga kali, Surah Al -Falaq dan Surah An – Nas , insya Allah akan aman tenteram dan dijauhkan dari gangguan syaitan.

8. Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap kali selesai solat fardhu lima waktu, maka Allah SWT luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan kesusahannya, anugerahkan apa yang diimpikan, dapat berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, penghidupan baik dan anak-anaknya pula terlindung dari kemudaratan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.

9. Untuk membuka pintu rezeki yang luas dan mempermudahkan segala urusan hidup serta terhindar dari segala kesulitan, amalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 41 kali saat makan sahur malam. Insya Allah akan dimakbulkan Allah SWT.

10. Sesetengah ulama mengesyorkan membaca Al-Fatihah sebanyak 40 kali setiap kali selesai solat Maghrib dan solat sunat. Insya Allah hajatnya akan dikabulkan.

11. Sesiapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ 1 kali di waktu hendak tidur, Surah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan ‘Mu’awwidzatain’ (Surah Al-Falaq dan surah An-Nas) 1 kali, sebelum tidur. Insya Allah maka ia akan terpelihara dan selamat daripada segala perkara dan ancaman seperti mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka, selain daripada ajal.

Surah Al-Fatihah Untuk Diri Sendiri


Perkongsian daripada Ustaz Ebit Liew melalui laman Facebook yang menerangkan kepada kita bagaimana kita juga boleh menghadiah surah Al-Fatihah dengan membaca surah ini untuk diri kita sendiri.

Pernahkah anda menghadiahkan Al-Fatihah untuk DIRI anda sendiri? Jika belum, lakukanlah mulai hari ini kerana ini adalah makanan yang baik bagi ROH kita, iaitu zikir-zikir dan Al-Fatihah. Ia adalah sebaik-baik hadiah untuk Ruhani kita.

Cara Mengamalkan Surah Al Fatihah

Setiap pagi apabila kita bangun dari tidur, lakukanlah seperti yang dikongsikan di bawah, sebaiknya amalkanlah setiap hari dalam kehidupan kita tanpa meninggalkan amalan walau dalam sehari.

1. "Beri salam" pada diri sendiri dahulu

2. Lalu panggil nama PENUH kita dengan lembut 3 kali

3. Kemudian sentuh dada kiri kita ( jantung ) sambil mengucapkan : "ALHAMDULILLAH "

4. Kemudian katakanlah :

Aku hadiahkan Al-Fatihah ini untuk diriKu sendiri, lahir dan batinku, Yaa Allah jagalah hamba-Mu ini, lindungi hamba-Mu, Jadikanlah hamba Penjemput rezeki Allah yang berlimpahan seperti air sungai yang mengalir tiada hentinya. Aamiin Ya Allah.

Lalu baca surah Al-Fatihah 1x.

Lakukan sekarang kerana mungkin sudah lama atau tidak pernah anda menghadiahkan Al-Fatihah pada diri sendiri, lakukan sekarang dan nikmatilah RASAnya.

Rasulullah SAW bersabda :

"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari)



Semoga perkongsian hikmah dan kelebihan surah Al Fatihah ini akan bermanfaat buat anda semua di luar sana. Mari sama-sama kita memperbaiki selain mengamalkan surah ini dalam kehidupan kita dan jadikan ia satu amalan harian sama sebelum bangun tidur sehinggalah ingin tidur.

AMALAN WIRID MEMBACA SURAT WAQIAH 3 X SEHARI AGAR REZEKI MELIMPAH



Ini tentang keutamaan membaca surat al-Waqiah 3 kali sehari. Seperti kita ketahui bahwa salah satu cara mengamalkan wirid surat Waqiah adalah dengan membacanya 3 x sehari. Kita semua mengetahui bahwa Surat al-Waqi’ah sudah sangat terkenal di kalangan umat Islam sebagai surat kekayaan atau surat kerejekian. Wirid surat waqiah ini banyak dijadikan sebagai wasilah untuk memohon agar diberikan rezeki yang melimpah.

Kepopuleran surat al-Waqiah ini karena adanya riwayat dari Nabi yang menyatakan bahwa siapapun yang membaca surat Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kefakiran atau kemiskinan selamanya. Memang riwayat ini dipertanyakan kesahihannya, namun mengamalkan kandungan hadis itu dengan niat membaca al-Qur’an saja tentu sudah berpahala.

Amalan Wirid Surat Waqiah 3 x Sehari Agar Rejeki Melimpah

Untuk anda yang belum bisa membaca surat Waqiah, anda bisa membeli kitab doa yang banyak dijual di tokok-toko kitab. Biasanya digabung dengan tahlil, Yasin dan surat-surat mulia yang lain dan dibantu dengan tulisan latin.

Berikut ini salah satu pengalaman yang pernah dialami oleh seseorang yang mengamalkan amalan wirid Waqiah ini dituangkan dalam forum kaskus sebagai berikut:

“Izinkan dengan kerendahan hati saya mau sharing sebuah amalan yang saya lazimkan sejak beranjak muda sampai sekarang, dan alhamdulillah jalan tak terduga selalu ada bagi saya di dalam kehidupan.

Amalannya adalah:
1. Lazimkan Baca Surat Waqi’ah 3x sehari; boleh 3x dalam sekali duduk atau pisah-pisah yang penting sehari 3x.
2. Melazimkan Sholawat apapun. Dulu saya melazimkan Sholawat Nariyah sehabis sholat fardhu 11x.



Setiap selesai membaca Surat Waqi’ah; saya diajarin oleh guru saya membaca doa di bawah ini:

الّلهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ بِحَقِّ سُوْرَةِ الْوَاقِعَةِ وَأَسْرَارِهَا أنْ تُيَسِّرَلِيْ رِزْقِي كَمَا يَسَّرْتَهُ لِكَثِيْرٍ مِن خَلْقِكَ يَا ألله يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ

“Alloohumma inni As aluka bihaqqi suuratil Waaqi’ah Wa asroorihaa antu yassiroli rizki kamaa yusarritahu li katsiirin Bi kholqika Yaa Allooh Yaa Robbal ‘Aalamiin”

Terjemah doa sesudah membaca surat al-Waqiah:

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan kebenaran surat Waqi’ah dan rahasia-rahasianya, agar Engkau berkenan memudahkan rezekiku sebagaimana Engkau memudahkannya untuk kebanyakan makhlukMu, ya Allah, ya robbal ‘alamin”

Tapi ada syarat yang diperhatikan, yaitu amalkan dan baca dengan dawam (terus-menerus) sampai terlihat atsar (bukti) dari amalan tersebut. Begitu saya diwejang oleh guru saya dulu. Namun untuk pemula, coba lakukan hal di atas tanpa terlewat dalam waktu 90 hari. Catat perjalanannya dan diikuti dengan puasa-puasa sunnah lainnya, untuk memperkuat aura keberhasilan.

Kesaksian lain banyak yang ditulis oleh anggota forum setelah mereka mengamalkan wirid Waqiah ini. Menurut mereka sangat luar biasa pengaruh wirid ini. Yang jelas harus ikhlas mengamalkannya dan dilakukan secara kontinyu. Insya Allah pada tulisan yang akan datang akan saya posting pengalaman mereka yang sudah mengamalkan wirid Waqiah ini.



Dan kalau anda juga punya pengalaman tentang surat Waqiah ini, silahkan dishare di sini agar pembaca lain juga ikut membacanya. Karena banyak cara pengamalan dan pengalaman yang mungkin bisa menjadi referensi bagi pembaca lain. Semoga bermanfaat.

Rasai Manfaat Asalkan Istiqomah Amalkan 2 Ayat Terakhir Surah At-Taubah



asiat 2 ayat terakhir Surat At-Taubah  – Mengamalkan wirid 2 (dua) ayat terakhir dari surat at-Taubah atau  ayat 128-129 sangat luar biasa besar fadhilah dan khasiatnya.

Banyak ulama dan guru ngaji yang menganjurkan untuk mendawamkan wirid dua ayat terakhir dari surat at-Taubah ini. Rahasia yang terkandung di dalamnya sangat besar, sehingga akan mampu memberi  banyak manfaat bagi pengamalnya.

Apa saja khasiat dan manfaat serta fadhilah mengamalkan dua ayat terakhir surat at-taubah itu ?

Inilah beberapa diantaranya:

1. Wiridkan secara istiqomah  7 x sehabis shalat maghrib, Insya Allah rejeki akan lancar

2.  di baca 7 x sehabis shalat subuh, Insya Allah membentengi diri kita dari ilmu hitam

3.  di baca 100 kali sehabis shalat hajat, Insya Allah mempercepat terkabulnya hajat.

4.  Untuk kekebalan dari segala macam senjata lawan yang menyerang.

5.  Untuk pengobatan,caranya dibacakan ke air / kemedia lainnya, lalu tahan nafas sambil  membacakan ayat tersebut di dalam dada dan hembuskan ke air putih untuk di minumkan ke kepada yang sakit

6.  Insya Allah didalam dada anda akan Allah berikan suatu rahasia yang hanya anda sendiri yang mengetahuinya kelak

7.  Dan janganlah anda kaget dan takut, karena anda akan di datangi dan dikawal oleh beberapa khadam dari golongan Muslim.

8. Mencegah dari segala macam sihir, guna-guna, hipnotis dan lain-lain.

9. Merubah nasib yang buruk menjadi lebih baik.

10. Mempunyai kharisma yang besar.

11. Diberikan umur panjang dan selalu sehat, insya Allah.

12. Terhindar dari segala marabahaya yang datang tak diduga.

13. Penglaris segala macam usaha.

14. Mahabbah untuk umum.

Inilah ayatnya :




LAQOD JAA-AKUM RASUULUM MIN ANFUSIKUM AZIIZUN ALAIHI MAA ANITTUM HARII-SHUN ALAIKUM BILMU’MINIINA RAUUFUR RAHIIM.

FAIN TAWALLAU FAQUL HASBIYALLAAHU LAAILAAHA ILLAA HUWA ALAIHI TAWAKKALTU WAHUWA RABBUL ARSYIL AZHIIM.

Artinya :

Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: “Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung”.(QS.At-Taubah :128-129).

Di samping mengamalkan dua ayat tersebut di atas, ada juga riwayat dari Nabi yang secara khusus menyebutkan potongan ayat dari ayat terakhir, yaitu:

حَسْبِيَ اللهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ

“Allah-lah yang mencukupi (segala kebutuhanku), tiada ilah (yang berhak disembah) kecuali Dia, kepadaNya aku bertawakal. Dia-lah Rabb yang menguasai ‘Arsy yang agung.”

Ada riwayat dari Nabi sebagai berikut:

Dalam hadits dari Abu Ad Darda’ radhiyallahu ‘anhu disebutkan bahwa barangsiapa yang mengucapkan dzikir tersebut di shubuh dan sore hari sebanyak tujuh kali, maka Allah akan memberi kecukupan bagi kepentingan dunia dan akhiratnya. (HR. Ibnus Sunni no. 71 secara marfu’ (sampai pada Nabi shallallahu alaihi wa sallam), Abu Daud secara mauquf (sampai pada sahabat) (4/321, no. 5081). Syaikh Syu’aib dan Abdul Qodir Al Arnauth menyatakan sanad hadits ini shahih dalam Zaadul Ma’ad (2/376))

Itulah amalan wirid dua ayat terakhir dari surat at-taubah yang bisa anda lakukan, semoga bisa menambah khazanah perbendaharaan wirid anda, dan anda semakin kuat secara lahir dan batin dengan berbagai wirid yang diamalkan. Amin…

Lihatlah Otak Manusia Seperti Orang Sujud, Kamu Akan Lebih Rajin Sholat Setelah Baca Ini




Otak merupakan bagian yang sangat penting sebagai pusat syaraf tubuh. Bagian ini  dikenal memiliki struktur yang kompleks dan memiliki banyak lekukan dan lipatan.

Namun ada hal menakjubkan dari organ yang selalu dibangga-banggakan ini. Ternyata jika diperhatikan dengan seksama, struktur otak manusia menyerupai orang yang sedang dalam kondisi sujud saat Salat.

Allah SWT berfirman dalam kalam-Nya dan berkali-kali mengatakan bahwa disetiap makhluk ciptaan-Nya terdapat tanda-tanda kebesaran-Nya. Seperti dalam A-Qur’an ayat Adz Dzariyat: 20-21 dan QS. Al-Hajj: 18.

“Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang yakin. Dan juga pada dirimu sendiri, maka apakah kamu tidak memperhatikan?” (Adz Dzariyat: 20-21)

“Apakah kamu tiada mengetahui, bahawa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebahagian besar daripada manusia? ” [QS. Al-Hajj (22): 18].

Ayat di atas memperkuat bahwa struktur otak memang seperti orang yang sedang sujud. Ini menjadi tanda-tanda kekuasaan Allah bahwa setiap ciptaan-Nya sebenarnya selalu menyembah-Nya sebagai bentuk ketaatan.

Hikmah Sujud yang Mempunyai Hubungan Dengan Otak
Pada otak terdapat Prefrontal Cortex yang merupakan bagian yang bertanggungjawab dalam perencanaan, organisasi, pengendalian impuls dan belajar dari kesalahan.

Ketika manusia bersujud, posisi jantung akan menjadi lebih tinggi daripada otak, maka darah akan turun ke bagian ini.

Berdasarkan penelitian Seorang Doktor di Amerika, Dr. Fidelma, Ia menemukan bahwa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak dalam kondisi normal.

Namun berdasarkan penelitiannya, darah baru bisa masuk jika manusia dalam kondisi sujud.  Dengan begitu darah akan masuk ke otak dan Prefrontal Cortex bisa berfungsi optimal dalam mengambil keputusan.

Itulah salah satu sebab  mengapa salat dapat mencegah perbuatan keji dan munkar. Karena pada saat salat dalam kondisi sujud, darah akan masuk ke otak dan Prefrontal Cortex menerima aliran darah Sehingga orang yang salat  bisa membuat keputusan yang lebih bijak, serta bisa berfikir mana yang baik dan buruk.

Hal ini juga lah yang membuat kenapa salat dapat menenangkan hati ketika sedang stres.  Saat stres hormon adrenalin akan dirembeskan dan kadar pengaliran darah ke prefrontal cortex akan berkurangan.

Dalam keadaan ini, manusia akan bertindak pantas tanpa berfikir. Namun ini akan mereda ketika kita melaksanakan  salat.  Dengan sujud, kita dapat membuka lebih ruang kapilari darah untuk ke prefrontal area ini.

Sujud memiliki makna bahwa manusia itu meletakkan wajahnya di tempat yang paling rendah di atas tanah ini. Hal Ini mengingatkan bahwa dirinya berasal dari tanah dan akan kembali ke tanah.

Jika manusia sanggup menempatkan dahinya ditempat yang hina, tentu saja manusia tidak akan bersikap sombong terhadap Allah yang menciptakan manusia dari tanah.

Dalam kondisi ini hati akan merasakan kebesaran Allah dan ketika itulah manusia dalam hatinya selalu ingin mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang dengan mengucapkan, “Subhana Rabbial-A’la wa-Bihamdih”.

Semoga informasi ini menjadi tambahan ilmu baru bagi anda dan terimakasih sudah membaca.

Sumber: beritaislamterbaru.org