Surah Al Baqarah yang mempunyai sebanyak 286 ayat secara keseluruhannya telah diturunkan di Madinah ketika permulaan tahun Hijrah. Manakala ayat yang ke 281 diturunkan di Mina ketika Haji Nabi Muhammad SAW yang terakhir (Haji Wadaa').
Surah Al Baqarah adalah surah yang paling panjang dibandingkan dengan surah-surah lain yang terdapat dalam Al-Quran. Surah ini juga dipanggil sebagai surah Alif Lam Mim kerana permulaan surah ini dengan Alif Lam Mim.