Doa Ketika Memulakan Kerja Awal Pagi atau Berniaga (Sebelum & Selepas)

doa sebelum memulakan kerja awal pagi

Sebelum memulakan kerja, tugas, berniaga, keluar rumah, buat sesuatu atau pun selepas solat, kita digalakkan membaca doa supaya kehidupan kita lebih baik dan diberkati selain memohon kepada Allah agar rezeki yang kita terima itu adalah daripada sumber yang halal. Bacalah doa ketika memulakan kerja sama ada di awal pagi atau sebaliknya.

"Ya Allah, sesungguhnya engkaulah Maha Pengampun lagi Maha Mulia yang menyintai orang yang memohon kemaafan, Ampunilah aku Ya Allah."

"Aku memohon Keampunan kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan kecuali Dia yang Maha hidup dan Maha mendiri sendiri, Aku Bertaubat kepada-Nya."

"Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunilah dosa-dosa kami, dan berikan Rahmat kepada kami."

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang Halal (hingga aku terhindar) dari yang Haram. Kayakanlah aku dengan anugerahMu (hingga aku tidak meminta) kepada selainMu."

Amin ya rabbal alamin.

Doa Sebelum Memulakan Kerja & Perniagaan


doa sebelum memulakan sesuatu pekerjaan

Doa Ketika Mula Berkerja / Berniaga


doa sebelum mulakan tugas atau berniaga

Maksud Dalam Rumi:

"Ya Allah, aku memohon kepada Mu kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya dan aku berlindung pada Mu daripada keburukan pekerjaan ini dan segala keburukan yang ada di dalamnya. Sesungguhnya di atas segala sesuatu itu Engkaulah Yang Maha Berkuasa menentukannya. Aaminn."

Doa Ketika Habis Kerja


Bacaan doa agar kerja dipermudahkan

Maksud Dalam Rumi:

"Ya Allah, aku serahkan pada Mu pekerjaanku dan jiwa ragaku, dan aku bertawakal kepada Engkau Ya Allah. Amin."

Baca : Kelebihan Ayat Seribu Dinar

Amalan dan Tips Murah Rezeki

Perniagaan semakin laris? Kerja dinaikkan pangkat dan gaji bertambah? Apa, doa, amalan, tips dan caranya untuk dapatkan semua tu? Sebenarnya semua ni atas kebijaksanaan kita sendiri selain meminta dan berdoa kepada Allah SWT, tapi antara tips terbaik seperti yang dikongsikan di laman Facebook adalah seperti berikut.

1. Murahkan Senyuman

Ketika berniaga, bertugas atau sebelum berkerja wajib untuk anda murahkan senyuman. Rasulullah SAW  sendiri ketika berniaga amat pemurah dalam memberi senyuman kepada pelanggan dan bakal pelanggan.

Senyuman akan mengundangkan senyuman yang lain. Senyuman akan melembutkan hati rakan sekerja, prospek dan pelanggan untuk membina kemesraan. Jangan lupa, kalau mereka tidak membeli sekali pun, senyuman anda itu satu sedekah!

2. Bantu Rakan, Prospek dan Pelanggan

Apabila kita banyak membantu, nanti orang pula akan membantu kita. Setiap perniagaan adalah penyelesaian kepada sesuatu masalah. Apa sahaja penyelesaian, ia merupakan satu bantuan.

Fikirkan bagaimana perniagaan anda dapat membantu orang ramai. Sama ada sebelum mereka menjadi pelanggan anda atau selepas menjadi pelanggan anda. Lebih banyak perniagaan dapat membantu, maka lebih murah rezeki akan datang kepada perniagaan.

3. Kemas & Bersihkan Tempat Kerja & Berniaga

Sekiranya berkerja atau mempunyai kedai, pastikan pejabat atau kedai dalam keadaan kemas dan bersih sentiasa. Sekiranya menjalankan perniagaan Internet, sama juga. Pastikan meja tempat anda bekerja adalah sentiasa bersih dan kemas.

Keadaan tempat kerja yang kemas akan memudahkan perniagaan untuk menjadi lebih teratur. Kebersihan sekeliling akan memurahkan rezeki. Jangan lupa, kebersihan diri sendiri sebagai pemilik perniagaan juga perlu diutamakan.

4. Amalkan Doa Murah Rezeki Sebelum Kerja atau Berniaga

"Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada Engkau kebaikan hari ini, kemenangan-Nya, pertolongan-Nya, cahaya-Nya, keberkatan-Nya dan petunjuk-Nya. Dan aku memohon perlindungan kepada Engkau dari kejahatan sesuatu yang ada di dalamnya dan kejahatan sesuatu sesudahnya."

Baca : Adab dan Etika Berdoa Dalam Islam

Antara Doa Murah Rezeki Terbaik


Mencari rezeki yang halal, mengharap berkat dan redha Allah. Berbekalkan kudrat tulang empat kerat, bermandi peluh jerih demi memberi nafkah kepada keluarga, anak, isteri atau diri sendiri dan memastikan kelancaran hidup di dunia yang sementara ini.

"Hamba berserah diri kepada Mu ya Allah. Semoga Allah mempermurahkan rezeki hamba-hambaNya yang telah berusaha. Amin. Mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia dan akhirat."

Semoga perkongsian doa sebelum kerja awal pagi dan ketika memulakan pekerjaan serta berniaga berserta doa dan tips murah rezeki ini akan dapat dimanfaatkan. Jadikanlah semua doa mula kerja dan akhir kerja ini sebagai amalan harian agar kita terus dipermudahkan rezeki yang melimpah ruah dengan penuh keberkatan daripada Allah SWT. - ilmualam.com

Koleksi Doa Untuk Kebahagiaan Suami Isteri dan Keluarga

doa untuk kebahagiaan rumah tangga dan keturunan

Koleksi doa kebahagiaan suami isteri dan keluarga. Doa adalah senjata orang Mukmin dan ia juga adalah satu bentuk ibadah yang mana ia menjadi satu perkara asas di dalamnya. Dengan berdoa juga dapat membuktikan keimanan dan kecintaan seseorang terhadap Allah SWT.

Berdoa adalah harapan, meminta atau memohon sesuatu daripada Allah untuk kejayaan, kebaikan, ketenangan, kebahagiaan, kesihatan, kesyukuran dan sebagainya. Doa juga adalah ibadat yang paling agung. Jika kita menghadapi kesukaran, kita wajib berdoa dan janganlah sekalipun merasa ego dengan apa yang kita ada.

Dengan berdoa pastinya kita akan merasa tenang dan yakin bahawa doa kita akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Allah Maha Mendengar dan kepadaNya sahaja tempat kita meminta, meraih simpati dan mengadu nasib tanpa rasa malu. Kita boleh meminta doa untuk keluarga bahagia, suami isteri, anak dan semuanya.

Doa Kebahagiaan Suami Isteri & Keluarga


Doa untuk kebahagiaan suami isteri ini digalakkan dibuat setiap kali selepas solat 5 waktu. Suami diwajibkan sedekah surah Al Fatihah kepada isteri sebanyak sekali dan begitu juga isteri sedekahkan surah Al Fatihah kepada suami satu kali setiap kali setelah selesai menunaikan sembahyang lima waktu. Insya Allah, mustajab dan inilah antara rahsia keluarga bahagia dan kebahagiaan rumah tangga.

doa untuk keluarga bahagia

Maksudnya : "Katakanlah ya Muhammad! "Jika kamu mengasihi Allah, maka hendaklah kamu mengikuto aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang."

Doa Kepada Suami dan Isteri


Doa isteri adalah kunci kejayaan seorang suami. Pasti sejuk hati para suami sekiranya sambil isteri mencium tangan suami di saat suami hendak melangkah ke tempat kerja, lalu mendoakan suaminya sambil memberikan senyuman dengan penuh keikhlasan hati.

Doa isteri amat diperlukan oleh seorang suami bagi mendapatkan kejayaan dunia dan akhirat. DOA seorang isteri untuk suami memang mustajab kerana jika wanita bermunajat, ia memang ikhlas. Usaha yang disusuli dengan doa adalah faktor yang memberi kebahagiaan kepada rumah tangga.

Doa bahagia suami isteri selepas solat

Kepergian suami di pagi hari dalam rangka mencari nafkah dituliskan sebagai pahala jihad oleh Allah SWT. Agar suami anda berangkat jihad dengan lapang dan penuh semangat, maka apa salahnya dan seberapa sulitnya sebagai isteri melayani dan mempersiapkan segala keperluannya.

Kerana Allah menjanjikan dalam HR Bukhari-Muslim:

"Barang siapa menyiapkan perlengkapan orang yang akan berjihad di jalan Allah, maka ia pun dinilai seperti orang yang berjihad."

Isteri perlu banyak berdoa yang baik-baik untuk suami agar suami itu dipermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Berkat doa isteri suami akan sentiasa terhindar dari musibah semasa isteri tiada di sisi. Doa yang baik-baik akan menyatukan hati dengan suami. Jika isteri marah pada suami, tetap doakan yang baik-baik. Pulangannya akan datang kemudian, InsyaaAllah. - Hajah Rohana Saad.

Doa Keluarga Bahagia


doa rumah tangga berkekalan

Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa."

Doa Untuk Rumah Tangga Bahagia


Perselisihan faham, pertengkaran atau pergaduhan kecil adalah adat dalam rumah tangga dan pasangan suami isteri pasti akan melalui perkara ini walau sekali sepanjang perkahwinan. Walau bagaimanapun, apabila bergaduh wajib untuk suami atau isteri mencari jalan penyelesaian dengan memujuk atau menenangkan pasangan.

Memujuk isteri atau suami biasanya agak sukar kerana setiap pasangan mempunyai ego masing-masing. Memujuk bukanlah satu perkara yang mudah dan ia tidak semudah disangka seperti ketika waktu bercinta dulu. Jadi, setiap pasangan harus bijak menyelesaikan ketika pergaduhan berlaku.

doa untuk suami dan isteri

Kawalan emosi adalah perkara utama selain kekuatan mental yang diperlukan, biasanya suami lebih tenang daripada isteri. Manakala isteri biasanya akan habis-habisan membela diri dan ingin dipujuk serta disayangi. Walau apa sekalipun suami juga harus bijak mengawal keadaan agar tidak menjadi lebih teruk lagi.

Antara amalan utama untuk keluarga bahagia yang harus dijadikan amalan harian adalah dengan menggunakan ayat Al-Quran yang wajib dipraktikkan setiap pasangan suami isteri agar rumah tangga terus bahagia dan tenang tanpa sebarang masalah.

Selain doa Nabi Yusuf yang boleh anda amalkan, kami kongsikan juga beberapa Surah Al-Quran yang boleh kita manfaatkan untuk melembutkan hati pasangan suami isteri dan terus menyayangi dan mengasihi kita. Selain itu amalkanlah doa-doa rumah tangga bahagia yang lain untuk terus mengekalkan kasih sayang suami isteri.

Surah Yasin Ayat 36

doa rumah tangga bahagia dunia akhirat

Maksudnya: "Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka atau pun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya."

Surah Al-Hujurat Ayat 13

Koleksi doa keluarga bahagia

Maksudnya: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."

Surah Ali-Imran Ayat 14

Doa mohon kebahagiaan rumah tangga

Maksudnya: "Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak berpikul-pikul dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)."

Syarat Untuk Doa Diterima Allah SWT

Jika ingin doa diterima Allah SWT, berdoalah dengan penuh keikhlasan hati serta yakin. Antara adab-adab berdoa yang betul adalah dengan memulakan puji-pujian kepada Allah SWT terlebih dahulu dan disusuli dengan selawat ke atas Rasulullah SAW.

Baca : Adab dan Etika Berdoa Dalam Islam

Adalah wajib untuk memastikan niat kita diperbetulkan terlebih dahulu sebelum berdoa dan juga cara-cara untuk berdoa wajib dititikberatkan serta hendaklah tidak melanggari syariat yang telah ditetapkan dan dikhususkan dalam Islam.

Semoga perkongsian koleksi doa untuk kebahagiaan suami isteri dan keluarga berserta doa rumah tangga bahagia ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Ketahuilah bahawa Al-Quran adalah kalam yang paling baik dan paling sempurna untuk manusia berhubung dengan Allah SWT iaitu doa. - ilmualam.com

Kelebihan Surah Yasin Ayat 58 Untuk Hajat Dimakbulkan Allah

rahsia surah yasin ayat ke 58

Ramai yang tahu kelebihan dan fadhilat surah Yassin yang sememangnya sangat baik diamalkan malah ia bukan sahaja untuk dibaca ketika ada orang yang meninggal dunia. Adalah sebaiknya kita jadikan surah ini sebagai amalan harian dan surah Yasin ayat 58 pula adalah surah untuk doa dan hajat kita dimakbulkan

Kelebihan Surah Yasin Ayat 58


Barang siapa yang membaca Surah Yasin ayat ke 58 sepenuhnya dengan penuh keikhlasan dan keyakinan iaitu dalam bahasa rumi, Salaamun Qaulan Min Rabbin Rahim, diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat yang baik, insya Allah dengan izin Allah Yang Maha Berkuasa, semua niat dan hajat kita itu akan dikabulkan.

Surah yasin makbulkan hajat

Maksudnya:

(Kepada mereka dikatakan): "Salam", sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang. (Yasin:58)

doa makbulkan hajat
Surah Yassin Ayat 58 - Facebook

Doa Dimakbul Allah


Jika boleh bacaan surah yasin ayat 58 itu niatkan begini:

1. YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku.

2. YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam.

3. YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat.

4. YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini.

5. YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin.

6. YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir dan batin.

7. YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.

Aamiin Ya Allah.


Baca : Kelebihan Surah Yassin

Semoga perkongsian kelebihan dan rahsia surah Yasin ayat ke 58 ini bermanfaat buat anda semua dan sampaikanlah dakwah ini kepada sesiapa saja sama ada sahabat, keluarga dan seramai yang boleh.

Sesungguhnya tiada kerugian jika kita menyebarkan ilmu malah ia amat digalakkan. Ikhlaskan hati kita untuk sampaikan dakwah ini kerana Allah. Dunia ini hanyalah pentas semata-mata dan akhirat jualah tempat yang sebenarnya.

Doa Pembatal Sihir & Ayat Pendinding Diri Dari Gangguan Jin & Syaitan

doa pendinding diri pembatal sihir

Doa pembatal sihir adalah ayat Al-Quran yang perlu diamalkan sebagai ikhtiar untuk mematahkan gangguan sihir, ilmu hitam, jin dan syaitan. Doa dan zikir yang dipetik daripada Surah Yunus, ayat 81 - 82 ini terbukti sangat mujarab untuk menghindari kejahatan makluk halus dan juga pelindung diri.

Selain doa pembatal sihir kami juga kongsikan beberapa doa lain iaitu seperti doa pelindung diri dari sihir daripada ayat-ayat Al-Quran dan surah-surah terpilih untuk anda jadikan sebagai pelindung atau pendinding diri untuk melindungi diri sendiri dan keluarga kita daripada sebarang gangguan sihir.

Doa Pembatal Sihir dan Ayat Pendinding Diri


Doa pembatal sihir yang dikongsikan di bawah adalah hasil perkongsian daripada laman Facebook Anugerah yang telah berkongsi kepada orang ramai bagaimana untuk membatalkan dan menangkis sihir dengan hanya mengamalkan Surah Yunus ayat 81 dan 82 ini.

Ayat pelindung diri


Doa Ruqyah Menghindari Gangguan Sihir dan Syaitan


Berikutnya kami kongsikan juga doa ruqyah yang dikongsikan di laman Facebook Perawat Darussyifa untuk anda yang mencari bagaimana cara untuk mengelakkan daripada gangguan jin, sihir dan syaitan. Sila perdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran berikut;

  1. Al-Muawwizat
  2. Ayat Pembatal Sihir
  3. Ayat Penunduk Sihir
  4. Ayat Pendinding Daripada Sihir
  5. Ayat Pendinding Daripada Syaitan
  6. Ayat Perlindungan Daripada Gangguan Syaitan
  7. Ruqyah Nabawiyah
  8. Doa Menghindari Syaitan
  9. Doa Menghindari Hasutan Syaitan
  10. Doa Menghindar Gangguan Syaitan


Semoga perkongsian doa pembatal sihir, ayat pendinding diri dan juga doa ruqyah untuk menghindari daripada gangguan sihir, jin dan syaitan serta kejahatan makhluk halus ini akan bermanfaat untuk anda dan juga mampu membantu anda untuk mengamalkannya. Semoga bermanfaat. - ilmualam.com

Nak Masuk Ke Rumah Baru Jangan Abaikan 5 Perkara Ini (Adab & Doa Pindah Rumah)

amalan doa masuk rumah baru pindah

Berpindah ke rumah yang baru dibeli sememangnya amat menyeronokkan dan rasa gembira serta bangga pasti wujud tidak terkira kerana titik peluh selama ini berbaloi setelah dapat menyediakan sebuah rumah baru yang sempurna untuk isteri dan anak-anak. Pastinya anak-anaklah orang yang paling gembira kerana dapat duduk di rumah baru ini.

Walau bagaimanapun, jangan sekali-kali kita hanya memikirkan tentang keseronokan sahaja apabila memasuki rumah baru serta untuk menghias segala macam tempat dan sudut semata-mata. Pasti ada banyak perkara yang anda wajib dahulukan untuk memastikan keadaan rumah baru tersebut dalam keadaan baik dan selesa untuk diduduki.

Selain mencuci seluruh kawasan rumah sehingga bersih terlebih dahulu, ada enam perkara ini yang patut anda buat sekiranya berpindah ke rumah baru. Apa pun tak kira sama ada rumah baru, rumah sewa, rumah yang sudah lama ditinggalkan atau pun rumah apa saja yang anda akan duduki wajib kena lakukan perkara yang sama agar tidak berlaku perkara tidak diingin di masa depan nanti.

Berikut dikongsikan kepada anda amalan semasa pindah ke rumah baru yang wajib anda lakukan sewaktu ingin menduduki rumah berkenaan. Bacaan doa selamat, azan berserta ayat-ayat Al-Quran sangat baik dibuat sewaktu pindah rumah seperti yang dikongsikan di laman Facebook.

Adab & Doa Masuk Rumah Baru Pindah


bacaan doa selamat pindah rumah

1. Laungkan Azan

Langkah ni memang wajib buat. Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan tanpa penghuni, ia pasti akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali sebagai Al-‘Ammar), yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Baca Surah Al-Baqarah

Bila dah pindah ke rumah baru, malam pertama pastikan anda habiskan Surah Al Baqarah. Paling kurang pun pasangkan surah ini di dalam rumah. Biarkan ia bergema di seluruh rumah anda. Syaitan dan jin akan lari sebaik surah ini dibacakan. Lengkapkan dengan bacaan Yassin sekali.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Solat dan Membaca Al-Quran

Pastikan jangan ditinggalkan solat dan amalkan bacaan Al Quran setiap hari. Inilah pendinding kita umat Islam. Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas

Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah

Yang ni wajib buat sebelum berpindah masuk. Pagarkan rumah dengan renjisan air yassin pada setiap penjuru rumah. Lengkapkan dengan bacaan Yassin setiap hari sepanjang hari. Insya Allah rumah akan dilindungi.

Atau cara paling mudah, ambil segelas besar air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas) kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas.

Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan dimulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam. Percaya dan yakinlah Allah sentiasa melindungi kita.



Semoga perkongsian amalan, adab dan doa masuk rumah baru yang kami kongsikan ini akan membantu anda untuk berpindah ke rumah baru dengan aman dan sempurna tanpa sebarang gangguan dan sebagainya. Semoga bermanfaat untuk anda sekeluarga.

Adab dan Etika Berdoa Yang Wajib Diketahui Oleh Semua Orang Islam

adab berdoa agar dikabulkan oleh Allah

Adakah anda tahu apa erti doa yang sebenarnya dan apakah adab dan etika berdoa yang disukai Allah SWT? Doa merupakan permohonan, permintaan atau pengharapan seseorang untuk mendapatkan kebaikan daripada Allah SWT. Kita disyariatkan berdoa untuk kebaikkan diri, keluarga, sahabat serta sesama umat Islam.

Yang sebenarnya setiap daripada kita mempunyai keperluan, kehendak dan keinginan masing-masing dan salah satu cara untuk mendapatkan semua itu adalah dengan memohon doa atau berdoa kepada Allah SWT supaya hajat itu dimakbulkan-NYA. Walau bagaimanapun, anda perlu tahu adab dan etika berdoa agar setiap doa yang dipanjatkan itu lebih diberkati dan dikabulkan.

Adab dan Etika Berdoa Dalam Islam


Pertama, permohonan doa tersebut hendaklah ditujukan kepada Allah sahaja. Tidak boleh menujukan doa kepada seseorang selain Allah, tidak boleh menujukan doa kepada seseorang bersama Allah. Doa merupakan salah satu urusan aqidah, maka hendaklah kita berhati-hati agar tidak melakukan syirik dalam rangka berdoa.

Kedua, permohonan doa hendaklah dengan hati yang sedar dan berharap. Usah berdoa dengan hati yang lalai, putus asa atau ragu-ragu. Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah mengingatkan: Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kalian meyakini ia akan dikabulkan. Ketahuilah bahawa Allah tidak akan mengabulkan doa daripada hati yang lupa lagi lalai. [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 3401/3479]

Adab Berdoa Menurut Al-Quran dan Sunnah


Para Ulama menjelaskan tentang adab dan etika dalam berdoa agar dikabulkan, sebagaimana tuntutan dalam al-Quran dan Hadis.

Al-Baghawi rahimahullah berkata: "Ada etika dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab dikabulkannya doa. Barangsiapa memenuhinya, maka dia akan mendapatkan apa yang diminta dan barangsiapa mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa; sehingga doanya tidak berhak dikabulkan".

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata "Kedua ayat berikut mencakup adab-adab berdoa dengan kedua jenisnya (doa ibadah dan doa permohonan);

Iaitu firman Allah SWT :

ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا ۚ إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِينَ

"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. [al-A‘raf/7:55-56]

adab adab semasa berdoa

Dan Ibnu Katsir rahimahullah membawakan sejumlah hadis-hadis yang berkaitan dengan adab-adab tersebut iaitu:

1. Mengangkat kedua tangan sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Salman al-Farisi Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:

قَالَ إِنَّ اللّهَ حَيِيٌ كَرِيمٌ يَسْتَحْيِي إِذَا رَفَعَ الرَّجُلُ إِلَيْهِ يَدَيْهِ أَنْ يَرُدَّهُمَا صِفْرًا خَائِبَتَيْنِ

"Sesungguhnya Allah SWT Maha pemalu lagi Maha pemurah terhadap seorang hamba yang mengangkat kedua tangannya (berdoa), kemudian kedua tangannya kembali dengan kosong dan kehampaan (tidak dikabulkan)."

2. Memulakan doa dengan pujian terhadap Allah SWT, kemudian Selawat dan Salam kepada Rasulullah SAW, selanjutnya bertawasul kepada Allah SWT dengan tawasul yang disyariatkan, seperti dengan bertauhid kepada Allah SWT dengan asma’ dan sifat Allah SWT, dengan amal shalih dan selainnya.

3. Bersangka baik terhadap Allah SWT. Diriwayatkan dalam sebuah hadis qudsi dari Anas Radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah SAW bersabda :

يَقُولُ اللَّه عَزَّوَجَلَّ : يَقُولُ أَنَّا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِيْ وَأَنَا مَعَهُ إِذَا دَعَانِيْ

"Allah SWT berfirman: "Aku (akan) sebagaimana hamba-Ku menyangka tentang-Ku, dan Aku akan bersamanya jika ia berdoa kepada-Ku."

al-Qurthubi rahimahullah berkata: "Maknanya adalah hamba itu menyangka dikabulkannya doa, diterimanya taubat, diberikan ampun melalui istighfar, serta menyangka dibalas dengan pahala atas ibadah yang dilakukan sesuai syarat-syaratnya sebagai keyakinan akan kebenaran janji Allah SWT.

4. Menjauhi sikap tergesa-gesa mengharapkan terkabulnya doa kerana ketergesa-gesaan itu akan berakhir dengan sikap putus asa sehingga ia tidak lagi berdoa. Naudzubillah.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُسْتَجَابُ لأَِحَدِكُم مَالَم يَعْجَلْ يَقُولُ دَعَوْتُ فَلَم يُتَجَبْ لِي

"Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah bersabda "Akan dikabulkan (doa) seseorang di antara kalian selama dia tidak tergesa-gesa, iaitu dia berkata ‘aku telah berdoa namun belum dikabulkan bagiku".

Dalam lafaz lain, SAW bersabda:

قَالَ لاَيَزَالُ يُستَجَابُ لِلعَبْدِ مَا لَم ْيَدْع ُبِإِثْم أَوْ قَطِيعَةِ رَحِمٍ مَالَمْ يَسْتَعْجِل قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الاِستِعْجَالُ قَالَ يَقُولُ قَدْ دَعَوْتُ وَقَدْ دَعَوْتُ فَلَم أَرَ يَسْتَجِيبُ لِي فَيَسْتَحْسِرُ عِنْدَ ذَلِكَ وَيَدَعُ الدُّعَاءَ

"Sentiasa akan dikabulkan (doa) seorang hamba selama tidak meminta sesuatu yang membawa dosa atau memutuskan tali kekeluargaan, selama dia tidak tergesa-gesa. Ditanyakan kepada Rasulullah SAW :

"Wahai Rasulullah, apa yang dimaksud tergesa-gesa?" Rasulullah SAW menjawab: "Dia berkata aku telah berdoa, aku telah berdoa namun aku tidak pernah mendapatkan doaku dikabulkan, kemudian ia berputus asa dan meninggalkan berdoa."

5. Membersihkan jiwa raga dari berbagai kotoran dosa. Hati yang kotor dengan berbagai maksiat atau jiwa yang tidak bersih dari perkara haram akan menghalang terkabulnya doa.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيًّهَا النَّاسُ إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبًا وَإنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِيْنَِ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِيْنَ فَقَالَ يَا أَيُّهَا الرُّيسُلُ كُلُوا مِنْ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ وَقَالَ يَاأَيُّهَاالذِنيْنَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَا كُمْ ثُمَّ دَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَارَبِّ يَارَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمََِشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامٌ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

"Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu ia berkata : "Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah SWT baik dan tidak menerima melainkan yang baik. Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan kaum Mukminin dengan apa yang telah diperintahkannya kepada para rasul.

Allah SWT berfirman: "Wahai para rasul makanlah kalian dari yang baik dan beramal solehlah, sesungguhnya Aku Maha mengetahui apa yang kalian kerjakan."

Allah SWT juga berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman makanlah rezeki yang baik dari apa yang diberikan kepada kalian."

Kemudian Rasulullah SAW menyebutkan seorang musafir yang berjalan jauh sehingga tidak terurus rambutnya, lusuh dan berdebu tubuhnya, dia mengangkat kedua tangannya ke arah langit seraya berdoa menyeru:

"Wahai tuhanku, wahai tuhanku," namun makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi dari yang haram, bagaimana mungkin akan dikabulkan doanya?."

6. Yakin bahwa Allah SWT Maha mengabulkan doa selama tidak ada sesuatu pun yang menghalangnya. Dari 'Abdullah bin Amr Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ادْعُوا اللَّهَ وَاَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِاْللإِجَاَبَةِ وَاعْلَمُواأَنَّ اللَّهَ لاَيَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ

"Berdoalah kepada Allah SWT dan kalian yakin (akan) dikabulkan, sesungguhnya Allah tidak mengabulkan doa (seorang hamba) yang hatinya alpa serta lalai."

Dalam hadis lain dari Abu Sa‘id Al-Khudri Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيْهَا إثْمٌ وَلاَقَطِيعَةُ رَحِمٍ إِلاَّأَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلاَثٍ إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ وَإِمَّا أَنْ يَدَّ خِرَهَا لَهُ فِي الآخِرَةِ وَإِمَّا اَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنْ السُّوءِ مِثْلَهَا قَالُوا إِذًا نُكثِرُ قَالَ اللَّهُ أَكْثَرُ

"Tidaklah seorang Muslim berdoa kepada Allah SWT dengan sebuah doa yang tidak ada dosa atau pemutusan ikatan kekeluargaan di dalamnya, melainkan Allah SWT akan memberinya satu di antara tiga perkara;

  • Boleh jadi Allah Subhanahu wa Ta’ala segera mengabulkan doa tersebut
  • Menyimpan sebagai tabungan baginya di akhirat
  • Menyelamatkannya dari kejahatan yang setara dengan doa yang dipanjatkannya

Para sahabat berkata : "Jika demikian, kami akan memperbanyakkan (doa)." Rasulullah SAW menjawab: "Allah SWT lebih banyak."

Ibnu Katsîr rahimahullah berkata :

"Yang dimaksudkan adalah bahawa Allah SWT tidak akan menyia-nyiakan doa seseorang, dan Allah SWT tidak disibukkan dengan sesuatu apapun. Dia Subhanahu wa Ta’ala Maha mendengar doa. Dalam hal ini terdapat anjuran (memperbanyak) berdoa kerana tidak satu pun yang luput dari-Nya Subhanahu wa Ta’ala ."

Terutama pada saat kita tengah mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui ibadah puasa di bulan Ramadhan. Hendaknya kita mengambil kesempatan yang istimewa ini dengan memperbanyakkan doa bagi kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

ثَلاَ ثٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَ تُهُمْ : الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَاْلإِمَامُ الْعَادِلُ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُوْمِ

"Ada tiga orang yang tidak ditolak doanya; seorang yang berpuasa sehingga berbuka, seorang pemimpin yang adil dan seorang yang dizalimi.

Marilah kita semua memperbanyakkan doa sebab Allah SWT murka terhadap orang yang tidak berdoa kepada-Nya sebagaimana firman-Nya:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

"Dan tuhanmu berkata: "Berdoalah kepadaku, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari berdoa kepadaku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina."

Demikian pula dijelaskan dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: “ مَنْ لَم يَدْعُ اللَّه يَغْضَبْ عَلَيْه” yang ertinya: "Barangsiapa yang tidak berdoa kepada Allah SWT maka Allah SWT marah terhadapnya."

Ibnu al-Mubârak Radhiyallahu ‘anhu berkata :

الرّحْمَنُ إِذَا سُئِلُ أَعْطَى، وَالرَّحِيْمُ إِذَا لَمْ يُسْأَلْ يغْضَبُ

Ar-Rahman (Allah SWT) jika Dia diminta akan memberi, dan Ar-Rahîm (Allah SWT) jika Dia tidak diminta akan marah.

Ya Allah SWT, aku berlindung kepada Engkau dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari jiwa yang tidak puas, serta dari doa yang tidak dikabulkan." - Facebook

Oleh itu apabila seseorang berdoa kepada Allah supaya diampunkan dosa-dosanya dan dia benar-benar berharap dan mengharap agar Allah mengampunkan semua dosa-dosa, maka sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah dalam hadis qudsi di atas, Allah akan mengampuni dosa-dosa tersebut.

ADAB DAN ETIKA DALAM BERDOA
Ceramah islam- rahasia dan amalan agar doa cepat di kabulkan allah
Posted by Taubat channel on Monday, December 30, 2019


Ingat, anda jangan sekali-kali berputus asa daripada rahmat dan keampunan Allah. Berdoalah dengan sungguh-sungguh kepada Allah sahaja supaya semua dosa-dosa kita diampuni-Nya dan berharaplah agar Allah segera memakbulkan doa supaya diampuni segala dosa-dosa kita.

Dan jangan lupa juga untuk memohon doa iringan dengan penuh keikhlasan untuk kedua ibu bapa kita setiap kali kita menadahkan tangan untuk memohon doa dari-NYA. Mintalah segala kebaikan daripada Allah untuk kedua-dua mak ayah kita yang amat kita sayangi itu sama ada yang masih hidup atau pun meninggal dunia. Semoga bermanfaat. - ilmualam.com

Banyakkan berdoa kepada Allah di Akhir Malam (Waktu Mustajab Berdoa)

waktu mustajab untuk berdoa pada waktu malam

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,

Penulisan kali ini merupakan pengalaman saya sendiri iaitu tentang seorang hamba yang memohon kepada Tuhan Sekelian Alam. Ini merupakan satu pengalaman yang saya alami sendiri supaya ia dapat memberi semangat kepada anda semua sentiasa tidak pernah berhenti berdoa kepada Allah Azza Wa Jalla.

Pada akhir-akhir bulan ini, saya telah diuji oleh Allah S.W.T.  Dan kemungkinan besar disebabkan solat saya yang tidak dijaga khusyuknya. Apabila dapat gaji sahaja, tiba-tiba sahaja tayar motosikal rosak, spoket sudah haus, lesen perlu diperbaharui dan macam-macam lagi.

Dan saya merasakan satu suasana yang sangat sempit, terdesak dan berasa amat lemah. Tetapi saya kuatkan semangat saya dengan kalimah لاَحوْلَ وَلاَ قُوَّة اِلاَّبِاللّهِ (Laa haula wa laa quwwata illa billah). Dan seperti biasa juga, saya tunggu hingga ke akhir malam untuk meminta bantuan kepada Tuhan Yang Maha Pemurah kerana hamba-Nya ini sangatlah memerlukannya.

Sedikit sebanyak tentang saya adalah, saya tidak suka meminta bantuan orang lain kerana saya malu untuk meminta selain daripada Allah Ta’ala kecuali jika keadaan amat terdesak. Jika tidak dalam keadaan terdesak, saya hanya akan bersabar dan meminta kepada Allah sahaja. Kerana jika saya meminta bantuan secara langsung daripada hamba-Nya, ia ibarat seperti saya meminta bantuan kepada selain-Nya. Dan ini sangat menakutkan saya.

Saya belajar akan ilmu ini melalui para alim ulama seperti Imam Shafie’ kerana pergantungan beliau Kepada Allah S.W.T semasa menuntut ilmu sangatlah hebat dan luar biasa. Beliau berhijrah ke Madinah tanpa sebarang bekal daripada ibunya kerana kemiskinan yang melanda mereka sekeluarga. Namun, Imam Shafie’ tidak pernah mengeluh dan tetap meneruskan perjalan dengan tawakal yang sangat tinggi kepada Allah. Disebabkan itu, Allah S.W.T. sentiasa menolong beliau semasa menuntut ilmu.

Jika anda berkelapangan, saya syorkan anda supaya membaca kisah-kisah bagaimana Imam Syafie menuntut ilmu dan anda pasti akan berasa kagum dengan kecekalan hati Imam Syafie’ ini. Beliau merupakan seorang yang sangat miskin tetapi sangat suka berhijrah menuntut ilmu.

Dan setiap kali beliau mahu berhijrah, pasti akan ada sahaja sahabat yang akan memberi bantuan kepadanya sama ada daripada segi bekal atau duit tanpa pernah diminta Imam Shafie’ . Dan peristiwa ini membuktikan berserah diri dan bertawakal kepada Allah S.W.T adalah suatu yang sangat menguntungkan. Kerana segala urusan dunia akan dipermudahkan Allah. Insya Allah.

Tambahan pula,  segala peristiwa yang dipermudahkan semasa Imam Syafie’ menunut ilmu adalah kerana kebergantungan sepenuhnya kepada Allah Ta’ala. Dan ini adalah antara latihan yang sedang saya jalani iaitu untuk melatih diri saya bergantung dan berserah diri kepada Allah secara keseluruhan selepas berusaha dan berikhtihar sedaya upaya . Insya Allah semoga latihan saya ini dipermudahkan. Namun, ia tidaklah mudah yang disangkakan kerana miskinnya jiwa saya ini terhadap Allah Ta’ala.

Kini baru saya sedar, walaupun Imam Syafie’ itu miskin orangnya tetapi hatinya sangat kaya dengan Allah. Hidup kemiskinan tetapi hati sangatlah kaya. Dan disebabkan itu hati beliau sentiasa kuat berserah dan bertawakal kepada Allah.

Masalah miskin jiwa inilah yang saya cuba buang dari diri saya kerana ia menyebabkan banyak masalah dalam diri saya. Antaranya:

Ia membuatkan saya khuatir dnegan dunia ini.Ia membuatkan saya berlumba-lumba mengejar dunia.Ia buat saya terlalai dengan dunia.Ia juga membuatkan saya jadikan dunia sebagai tujuan utama kehidupan.

Kesemua perkara di atas ini adalah sangat membimbangkan saya. Kerana mati tidak pernah melupakan saya. Jika saya mati dalam keadaan mengejar dunia ini, maka celakalah saya di akhirat nanti. Peringatan ini adalah untuk anda semua juga supaya jangan menjadi seperti penulis yang dhaif ini.

Oleh itu, sebagai langkah pencegahan, saya mengambil jalan penyelesaian untuk bermunajat kepada Allah pada waktu yang paling didengari-Nya. Iaitu pada akhir malam. Di mana manusia kebanyakannya tidur dalam kelalaian.

Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam:

“Rabb kita turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang akhir pada setiap malamnya. Kemudian berfirman: ‘Orang yang berdoa kepada-Ku akan Ku-kabulkan, orang yang meminta sesuatu kepada-Ku akan Ku-berikan, orang yang meminta ampunan dari-Ku akan Ku-ampuni‘”

(HR. Bukhari no.1145, Muslim no. 758)

Namun perlu diingatkan, sifat ‘turun’ dalam hadits di atas jangan sampai membuat kita membayangkan Allah Ta’ala turun sebagaimana manusia turun dari suatu tempat ke tempat lain. Kerana sudah tentu berbeza.

Yang penting kita mengimani bahawa Allah Ta’ala turun ke langit dunia, kerana yang berkata demikian adalah Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallamdiberi yang tidak pernah bercakap bohong dan digelar Ash shadiqul Mashduq (orang jujur yang disahkan kebenarannya oleh Allah), tanpa perlu mempertanyakan dan membayangkan bagaimana caranya.

Dari hadits ini jelas bahawa sepertiga malam yang akhir adalah waktu yang paling digalakkan untuk memperbanyak berdoa. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan, bangun di sepertiga malam akhir bukanlah hal yang berat lagi karena bersamaan dengan waktu makan sahur. Oleh kerana itu, manfaatkanlah sebaik-baiknya waktu sepertiga malam tersebut untuk berdoa.

Kesimpulannya

Janganlah anda semua berasa bimbang dengan segala musibah dan ujian yang menimpa anda kerana itu semua adalah takdir Allah dan di antara manfaatnya adalah untuk menghapuskan dosa dan menaikkan darjat kita semua.

Sesungguhnya Allah S.W.T amat kasih akan semua hamba-Nya yang beriman. Oleh itu, marilah kita sentiasa berusaha, bertawakkal dan berdoa kepada Allah.  Sudah tiba masanya untuk kita menjadi insan yang beriman walau di mana sahaja kita berada dan sentiasa bertakwa kepada Allah.

Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.

(Surah Yunus 10: 62-63) - Facebook Salaf