Hukum Bersedekah Tapi Mengungkit Setiap Pemberian dan Sedekah

hukum bersedekah tapi mengungkit pemberian

Bersedekah adalah salah satu amalan yang amat mulia serta sangat disukai Allah tetapi setiap sedekah atau pemberian wajib dengan keikhlasan serta tidak mempunyai niat lain melainkan dengan seikhlas hati. Dengan keikhlasan itulah ibadah kita pasti akan diterima oleh Allah SWT serta digandakan pahala.

Walau bagaimanapun, tidak semua orang yang bersedekah itu ikhlas dengan setiap pemberian sedekah mereka. Perkara ini berlaku apabila niat mereka menyimpang daripada tujuan asal iaitu memberi sedekah di atas sebab-sebab tertentu sehingga ada yang mengungkit-ungkit pemberian mereka.

Menunjuk-menunjuk sedekah mereka, mengungkit dan ingin mendapatkan pujian daripada orang setiap pemberian mereka adalah antara punca sedekah mereka tidak diterima Allah walau beribu dan berjuta harta disedekahkan. Namun ramai yang tidak menyedari perkara ini dan masih melakukannya sehingga ke hari ini.

Mengungkit dan ingin mendapat pujian di atas pemberian dan sedekah mereka itu sebenarnya berdosa malah akan mendapat siksaan yang pedih daripada Allah SWT. Sebagai umat Islam, kita diwajibkan mengetahui hukum bersedekah dengan ikhlas dan betul agar mendapat ganjaran pahala daripada Allah.

Hukum Bersedekah Tapi Mengungkit Pemberian


kesan mengungkit pemberian sedekah

Mengungkit setiap sedekah dan pemberian adalah satu perbuatan yang tidak diajarkan dalam Islam. Perkara ini juga akan menyakitkan hati penerima sedekah malahan perbuatan sebegini menjadikan manusia itu sombong dan bongkak dengan setiap pemberiannya dan pastinya orang begini akan mendapat balasan.

1. Hilang Pahala Sedekah Orang Tersebut

Pahala setiap pemberi sedekah yang sering mengungkit dan sombong serta menunjuk-menunjuk sedekahnya terhadap penerima sedekah dan orang lain, malahan walau sedetik di hatinya mempunyai niat agar  dipuji dengan pemberiannya juga secara automatik pahala yang besar itu hilang sekelip mata.

Allah SWT ada berfirman, ertinya :

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian.

Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir." [QS. Al-Baqarah ayat 264]

2. Tidak Masuk Syurga Allah

Pastinya balasan yang amat pedih akan diterima oleh mereka yang tidak ikhlas bersedekah dan juga sombong dengan pemberian mereka itu. Malahan Allah tidak akan mengajaknya untuk berbicara ketika di hari akhirat nanti.

Dari Abu Dzarr r.a. dari Rasulullah SAW bahawa beliau bersabda:

"Tiga jenis orang yang Allah tidak akan mengajak mereka bicara pada hari kiamat, tidak melihat mereka, tidak menyucikan mereka dan bagi mereka azab yang pedih."

Rasulullah mengulangi perkataan itu tiga kali. Abu Dzarr berkata,

"Celaka dan rugilah mereka, siapakah mereka wahai Rasulullah?"

Rasulullah menjawab, "orang yang memanjangkan celana atau kainnya melebihi mata kaki, mannan (orang yang mengunkit-ungkit pemberian) dan orang yang menjajakan dagangannya dangan sumpah palsu." (HR Muslim (106).

"Ada tiga golongan di hari kiamat di mana Allah tidak berbicara, tidak melihat dan tidak pula mensucikan mereka dan bahkan bagi mereka siksa yang pedih, iaitu orang yang melabuhkan sarungnya hingga telapak kaki, orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya dan orang yang menawarkan dagangannya dengan sumpah palsu." [HR. Muslim]

Sedekah Tapi Mengungkit - Ustaz Kazim Elias


Semoga perkongsian hukum bersedekah tapi mengungkit dengan setiap pemberian dan sedekah ini akan membantu anda untuk lebih mendalami tentang ibadah bersedekah ini. Marilah sama-sama kita ikhlaskan hati dalam setiap sedekah kita agar kita akan terus mendapat pahala dan ganjaran daripada Allah SWT. Semoga bermanfaat. - ilmualam.com

Kelebihan Surah Yasin dan Fadhilat Membaca Ayat Suci Ini Setiap Pagi (Yassin)

fadhilat dan kelebihan surah yasin

Surah Yasin (سورة يس) adalah surah yang ke-36 dalam Al Quran. Surah ini terdiri daripada 83 ayat, termasuk surah-surah Makkiyyah yang diturunkan selepas surah Aj-jin. Dinamakan Yassin kerana ianya dimulai dengan huruf Ya-sin.

Sepertimana huruf-huruf abjad yang terletak pada permulaan beberapa surah Al Quran yang lain, begitulah juga Yassin yang terdapat pada permulaan ayat Surah Yasin ini, iaitu Allah mengisyaratkan bahawa sesudah huruf tersebut akan dikemukakan hal-hal yang penting antara lain: Allah bersumpah dengan Al Quran bahawa Muhammad SAW benar-benar seorang rasul yang diutus-Nya kepada kaum yang belum pernah diutus kepada mereka rasul-rasul.

Menurut sebuah hadis, Surah Yasin dinamakan Mub’mah (pemberi berita baik) di dalam kitab Taurat kerana ia mengandungi manfaat kepada pembacanya dalam kehidupan dunia juga akhirat, seperti menghindari penderitaan dunia akhirat dan juga menjauhkan kedahsyatan kehidupan akhirat.

Surah Yassin juga dikenali sebagai 'Rafi'ah Khafidah' iaitu yang mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang yang ingkar (tidak beriman). Sebaik-baiknya kita digalakkan membaca Surah Yasin selepas solat Dhuha. Insya Allah akan terbuka seluas-luasnya peluang dan rezeki melimpah ruah tanpa disangka.

Kelebihan Membaca Surah Yasin Setiap Pagi


hadis kelebihan membaca menghafal yasin

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan."

Iaitu:

  1. Apabila orang yang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
  2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
  3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
  4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
  6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
  9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
  10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

Keberkatan dan Fadhilat Surah Yasin




Antara kelebihan-kelebihan surah Yassin yang turut disebutkan di dalam banyak hadis adalah seperti yang dikongsikan di laman Facebook, antaranya :

1. Sesiapa yang membaca Surah Yassin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi.

2. Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Surah Yassin.

3. Sesiapa membaca Surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.

4. Sesiapa yang membaca Surah Yasin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang mati.

5. Jika seseorang itu membaca Surah Yassin pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid.

6. Sesiapa membaca Surah Yasin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila seseorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi.

Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika seseorang itu membaca ke atas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya.

7. Maqri rahmatullah 'alaih berkata, Jikalau Surah Yassin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu.

8. Jikalau seseorang itu membaca Surah Yasin dan Surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima.

9. Sesiapa yang solat sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama Surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

10. Apabila datang ajal orang yang suka membaca Surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.

11. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

12. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin kerana Allah Azza wa Jalla, Allah akan mengampuni dosanya dan memberinya pahala seperti membaca Al-Qur’an 12 kali. Jika Surah Yassin dibacakan pada orang yang sedang sakit, Allah menurunkan untuknya setiap satu huruf 10 malaikat. Para malaikat itu berdiri dan berbaris di depannya, memohonkan ampunan untuknya, menyaksikan saat rohnya dicabut, menghantarkan jenazahnya, berselawat untuknya, menyaksikan waktu penguburannya.

13. Anas bin Malik berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mengunjungi perkuburan lalu membaca Surah Yasin, maka pada hari itu Allah meringankan seksaan mereka dan bagi yang membacanya mendapat kebaikan sebanyak penghuni kubur di perkuburan itu. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn).

14. Imam Ja’far Ash-Shadiq: Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran adalah Surah Yassin. Sesiapa yang membacanya sebelum tidur atau di siang hari sebelum keluar rumah, maka hari itu sampai ke petang, ia tergolong pada orang-orang yang terjaga dan dikurniakan rezeki.

Surah Yasin ini juga amat baik dibacakan selalu ketika orang sakit, sedang nazak, sedang koma atau sudah meninggal dunia. Baca di sisi mereka (terutama ayat 12), supaya orang tersebut berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok, lusa kita pula akan menyusul.

Baca juga : Kelebihan Ayat Seribu Dinar

Video Surah Yasin Ayat 76 - 80

Surah Yasin ayat 76 dibaca untuk mententeramkan diri apabila kita difitnah, apabila kita rasa sedih, merasa sebak atau kecewa hati terluka. Cara untuk menenangkan diri dengan menggunakan bacaan ayat suci ini adalah dengan membaca sambil mengurut dada. Insya Allah hasilnya lega.


Video Kelebihan Surah Yasin Ayat 82

Surah Yasin ayat 82 adalah untuk dibaca kepada anak-anak yang degil, tak mahu dengar cakap atau kuat melawan. Ini salah satu ayat untuk melembutkan hati anak-anak. Sila tengok video bagaimana Ustaz Kazim ajar cara-cara untuk membacanya.


Video Surah Yasin Ayat 9


Bacalah surah Yasin ayat 9 ini setiap kali selepas solat, ditiup di tapak tangan dan diusap ke seluruh badan dengan niat untuk jadikan sebagai benteng pertahanan diri dari segala gangguan. Boleh juga dibacakan pada garam kasar atau air dan ditabur atau direnjis sekeliling rumah dengan niat benteng pertahanan diri dan harta benda dari segala gangguan jin mahu pun manusia.

Terjemahan Surah Yassin Ayat 9

Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.(9)

Perlu ditegaskan, ini adalah satu ikhtiar, janganlah meletakkan kebergantungan kepada ayat, jaga iktikad anda dan berserahlah hanya kepada Allah SWT semata-mata.

Begitu banyak kelebihan dan kebaikan yang bakal kita perolehi melalui amalan pembacaan Surah Yassin seperti yang telah disebut di atas. Sudah semestinya salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada seseorang melalui hatinya seperti juga Surah Yassin hati kepada Al-Quran.

Oleh kerana itu marilah kita sama-sama mendekatkan diri kita kepada Allah SWT melalui ibadah dan bacaan Surah Yassin yang banyak manfaatnya ini. Jadikanlah ayat suci ini sebagai amalan harian dalam kehidupan kita agar diri kita sekeluarga dipermudahkan rezeki yang penuh keberkatan. Insya Allah. - ilmualam.com

Kelebihan Ayat Seribu Dinar dan Mengapa Dinamakan Ayat 1000 Dinar

Kelebihan ayat seribu dinar rumi dan jawi

Pasti ramai yang tahu apa itu ayat seribu dinar dan hikmah, kebaikan, kelebihan atau fadilat yang terdapat pada ayat ini yang sering diamalkan dan menjadi amalan oleh mereka yang memohon kepada Allah SWT untuk dimurahkan rezeki, meminta dipermudahkan urusan, keluar dari apa saja kesulitan dan sebagainya.

Ayat seribu dinar juga adalah ayat suci Al-Quran yang diambil daripada surah At-Talaq ayat 2-3 yang boleh anda jadikan sebagai amalan harian untuk tujuan mendapatkan kejayaan serta keuntungan tanpa rasa ragu dengan kebaikan dan kelebihan ayat 1000 dinar ini.

Hikmah dan Kelebihan Ayat Seribu Dinar


Hikmah dan kelebihan ayat 1000 dinar ini telah terbukti dan tiada sesiapa pun yang akan menafikannya kerana semua ayat-ayat suci Al-Quran sememangnya mempunyai kebaikan sangat elok diamalkan dalam kehidupan kerana Allah memberikan kelebihan ini kepada semua umat Islam.

Khasiat ayat seribu dinar

Ayat Seribu Dinar Rumi

WAMAN YATTA QILLAHA YAJ'AL LAHU MAKHROJA WA YARZUQUHU MIN HAITHU LA YAHTASIBU WA MAN YATAWAKAL 'ALALLAHI FAHUWA HASBUHU INNALLAHA BAALIGHU AMRIHI QAD JA'ALALLAHU LIKULLI SYAI IN QADRAN.

1. Ayat ini sebaiknya diamalkan setelah selesai solat fardhu sebanyak 3 kali dan insya Allah akan dapat faedah yang banyak.

2. Sesiapa saja yang mengamalkannya, Allah akan membantunya berikan jalan keluar dari sebarang kesulitan dan kesusahan yang mereka alami.

3. Allah akan memberikan rezeki yang tidak pernah disangka-sangka dan semua hajatnya Allah sampaikan dengan syarat amalan ini dibuat dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

4. Sekiranya dibacakan ayat seribu dinar ini kepada orang yang sakit sebanyak 3 kali serta dihembuskan kepada pesakit juga dibacakan ke dalam air sebanyak 3 kali sebelum diberikan ia minum, insya Allah dengan izin Allah pesakit itu akan sembuh.

5. Jika anda berdepan dengan kesulitan seperti susah, orang yang zalim, tamak, peperangan atau huru-hara, amalkan ayat dengan selepas selesai solat fardhu, insya Allah, Allah akan melindungi anda dari kesukaran itu.

6. Amalkan juga ayat ini jika anda terpaksa menentang musuh, insya Allah anda tidak akan terbakar, tidak lut, tak binasa, tidak mudarat dan tidak cedera dengan izin Allah malah akan dijauhkan dari segala bahaya malapetaka.

Amalan ayat seribu dinar perlu diamalkan atau dibaca ketika :

  • Sesudah selesai solat lima waktu
  • Ketika hendak tidur dibacakan sebanyak 3 kali
  • Dibacakan ketika ingin keluar rumah sebanyak 3 kali sekurangnya

Berikutnya adalah perkongsian dari pengguna Facebook yang menerangkan bagaimana jika sesiapa sahaja yang mengamalkan ayat seribu dinar pasti akan mendapat seperti yang dinyatakan berikut:

  1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
  2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
  3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
  4. Jika berperang Insya Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
  5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

Sejarah Dinamakan Ayat 1000 Dinar‎


ayat seribu dinar download mp3 free

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. ‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar.

Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang itu dengan ayat ‎berkenaan.‎

Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir.

Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang
tidak rosak walau sedikitpun.

Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎

Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎1000 dinar.

Pendapat Ulama Tentang Ayat Seribu Dinar


Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Para ulama menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Walaupun terdapat perselisihan dan tentangan dari para alim ulama akan kelebihan dan kesahihan sumbernya, kerana tidak ada dalil dari Al-Quran atau hadis.

Begitu pun beramal dengan ayat-ayat Allah tidak akan merugikan sesiapa bahkan Allah SWT akan mengurniakannya dengan kelebihan yang banyak.

Apabila diperhatikan kepada makna setiap ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk diamalkan oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi kebergantungan seseorang itu kepada Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan.

Ayat Seribu Dinar Mp3 dan Video

Berikut adalah rakaman video ayat 1000 dinar yang dikongsikan untuk anda dan jika anda ingin download ayat seribu dinar Mp3, anda boleh klik link download yang disediakan di bawah.



Ayat tersebut mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan. Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang masalah dalam hidup setiap hambaNya.‎ Jika keyakinan itu disematkan di hati dan fikiran maka sudah tentu Allahlah tempat penentu kesudahan.

Semoga perkongsian kelebihan ayat seribu dinar berserta video dan Mp3 ini akan membantu anda untuk lebih memahami tentang ayat ini. Tapi alangkah ruginya jika kita istiqamah dalam mengamalkan doa tapi tidak menjalankan amal ibadah yang lain. Ingatlah, bertakwa dan bertawakallah kepada Allah SWT kerana Dia sebaik-baik pemberi rezeki.

Hukum Tiup Lilin Kek Hari Jadi Ulang Tahun Kelahiran Dalam Islam

hukum meniup lilin kek sambut hari jadi

Apabila umur semakin meningkat dan tarikh lahir semakin dekat, itulah saat yang ditunggu dengan penuh kebahagiaan untuk meniup lilin. Menjemput rakan taulan, sanak saudara dan ahli keluarga datang ke rumah untuk bersama meraikan majlis hari jadi, hari kelahiran atau pun birthday party yang diadakan untuk makan bersama disamping gembira akan mendapat hadiah-hadiah birthday.

Walau bagaimanapun, satu perkara yang seperti telah menjadi tradisi apabila majlis hari jadi diadakan pasti akan ada sebiji kek bersama lilin dan orang yang menyambut hari jadi akan tiup lilin diikuti dengan nyanyian happy birthday dan juga sambil bertepuk tangan serta bersorak ramai-ramai.

Perkara ini iaitu menyambut hari jadi sebegini adalah cara barat dan sebahagian daripada orang Islam masih lagi ada yang berbuat demikian dan menganggap ia tidak salah di sisi agama Islam. Tetapi apakah hukum meniup lilin ketika menyambut hari jadi? Mungkin masih ramai yang tidak mengetahuinya.

Hukum Tiup Lilin Hari Jadi Dalam Islam


Memetik kata-kata dari laman merdeka.com, tradisi tiup lilin telah ada sejak zaman Yunani Kuno. Dalam sejarah juga disebutkan bahawa menyalakan lilin adalah sebuah cara khusus seseorang untuk membayar seperti barang berharga kepada dewi bulan yang terdapat dalam mitologi Yunani iaitu dewi Artemis.

Pada zaman dahulu, kuih yang diguna haruslah berbentuk bulat agar dapat melambangkan bulan dan lilin yang diletakkan  di atasnya sebagai lambang cahaya bulan. Sebelum orang-orang Yunani Kuno meniup lilin, mereka terlebih dahulu akan berdoa memohon sesuatu hajat yang mereka inginkan.

Manakala asap dari lilin yang melayang di udara pula dianggap sebagai penghantar doa-doa mereka kepada sang dewi. Oleh kerana itu, tradisi tiup lilin tidak hanya dilakukan pada saat ulang tahun, tetapi setiap kali mereka memiliki keinginan.

Disebabkan itu juga tradisi tiup lilin ketika seseorang itu menyambut ulang tahun dengan meniup lilin boleh dikatakan termasuk di dalam aktiviti keagamaan orang-orang Yunani Kuno. Lilin juga dapat diibaratkan sebagai cahaya kehidupan bagi orang-orang yang bukan Islam.

Dalil Islam Meniup Lilin Ketika Hari Jadi


hukum menyambut ulang tahun kelahiran

Oleh kerana meniup lilin pada ketika sambut ulang tahun adalah "warisan" tradisi dari budaya non-muslim, maka, Rasulullah menjelaskan hal yang berkaitan dengan perkara tersebut dalam hadis yang diterangkan di bawah ini :

Rasulullah SAW bersabda:

"Barang siapa yang menyerupai dengan suatu kaum, maka ia sebahagian dari kaum itu."

[HR. Abu Daawud]

Jika kita melihat pada hadis di atas, adalah sebaiknya kita terus tinggalkan tradisi tiup lilin tersebut, kerana tradisi tiup lilin bukanlah tradisi umat Islam dan ia juga menyerupai tradisi orang bukan Islam. Lebih menakutkan tradisi meniup lilin seumpama itu juga sering dilakukan oleh kaum yahudi dan nasrani.

Kenapa Orang Islam Tak Boleh Tiup Lilin Hari Jadi?


Ada beberapa sebab musabab mengapa orang Islam tidak dibenarkan meniup lilin ketika menyambut hari jadi atau hari ulang tahun kelahiran itu seperti yang dinyatakan berikutnya:

Rasulullah tak pernah mengajar atau mengadakan tradisi perayaan sambutan ulang tahun kelahiran termasuk dengan tradisi meniup lilin. Sebaiknya tinggalkan tradisi tiup lilin dan ia seolah-olah menjadi sebahagian acara wajib setiap tahun bagi sesetengah orang Islam pada zaman ini sedangkan Rasulullah tidak pernah berbuat demikian.

Membuat birthday party atau sambutan hari ulang tahun yang berlebihan merupakan salah satu sikap pemborosan yang amat dibenci oleh Allah. Wang ringgit yang digunakan untuk membeli lilin kek hari jadi adalah lebih bernilai di mata Allah jika disedekahkan atau untuk sebarang perkara yang baik.

Tradisi tiup lilin bukanlah tradisi umat Islam dan tidak patut diadakan kerana menyerupai tradisi umat bukan Islam. Meniru-niru atau mengikut cara hidup sesuatu kaum disebut juga sebagai tasyabuh dan perkara tersebut amat dilarang dalam Islam.

Sehingga kini masih lagi ada sesetengah daripada masyarakat kita iaitu orang Islam masih melakukan tradisi tiup lilin kerana merekea tidak tahu bagaimana asal-usul tradisi tersebut dan apakah maksud yang tersirat disebaliknya.

hukum sambut hari lahir tiup lilin

Disebabkan alasan inilah kita perlu menjadi umat Islam yang bijak berfikir dan membuat keputusan supaya dapat membezakan secara jelas apakah yang baik dan yang manakah yang buruk. Jangan hanya mengikut sesuatu perkara tanpa mengetahui kebaikan dan keburukkannya.

Semua orang tahu bahawa umat Islam hanya mempunyai tiga perayaan yang besar yang diwajibkan kita menyambutnya iaitu Aidil Fitri, Aidil Adha dan hari Jumaat dan sambutan hari lahir atau birthday party langsung tidak termasuk di dalamnya.

Menurut salah satu kajian seperti dinyatakan dalam perkongsian di laman Facebook, meniup lilin yang berada di atas kek hari jadi menjadi salah satu penyebab tersebarnya bakteria, kuman atau zat-zat yang negatif di kek birthday tersebut.

Walau bagaimanapun, adalah tidak menjadi masalah yang besar sekiranya kita menganggap pertambahan umur di tarikh lahir kita adalah hari yang paling istimewa malah tidak berdosa. Tetapi, kita harus sedar di hari itulah yang kenyataannya umur kita semakin berkurang di dunia ini dan tahun demi tahun terus berganti yang mana kehidupan kita semakin pendek.

Adalah lebih baik jika di hari kelahiran kita itu kita jadikan sebagai majlis kesyukuran iaitu bersyukur kepada Allah di atas kurniaanNya yang telah menciptakan kita serta dapatnya kita lahir ke dunia ini. Juga wajib bersyukur kerana kedua orang tua kita telah membela dan menjaga kita sejak kita dilahirkan.

Berkurangnya umur pun dapat kita jadikan sebagai masa untuk bermuhasabah diri dan memikirkan apakah yang patut kita lakukan pada sisa hidup kita yang masih ada untuk terus taat kepada Allah SWT. Mohonlah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan yang baik agar terus dapat membuat amal dan ibadat kepadaNya selagi nyawa masih ada.

Sekiranya anda ingin juga menyambut hari lahir, adalah tidak menjadi masalah dengan hanya membeli kek tanpa meniup lilin serta memakannya dan ditambah dengan doa-doa yang sesuai untuk diri kita atau lebih jelas lagi membuat majlis kesyukuran berlandaskan agama Islam serta tidak menyimpang ke arah yang tidak sepatutnya.

Penjelasan Sambutan Hari Lahir Mengikut Hukum



Jika kita ingin memberi hadiah hari lahir kepada seseorang beragama Islam, itu juga tidak menjadi masalah kerana memberi hadiah kepada sesama Islam amat disukai Rasulullah malah perkara itu menunjukkan kita saling menyayangi serta dapat mengeratkan pertalian silaturrahim sesama kita.

Diingatkan juga, jika anda ingin mengadakan sebarang majlis makan-makan seperti majlis kesyukuran bersama jiran-jiran, sanak saudara atau rakan-rakan, sebaiknya niatkanlah perkara itu sebagai satu ibadah dan yang paling penting jangan membazir atau berlebih-lebihan.

Niatkan saja majlis makan-makan itu sebagai sedekah, memberi rezeki kita kepada mereka atau berkongsi rezeki sama ada dalam bentuk makanan atau minuman dan sebagainya. Sekurang-kurangnya kita telah menggunakan rezeki kita dengan baik kerana bersedekah yang amat dituntut dalam Islam.

Semoga perkongsian hukum sambut hari jadi dan tiup lilin ini akan memberikan anda sedikit sebanyak pengetahuan yang sepatutnya diketahui oleh semua orang Islam bahawa sambutan hari jadi dengan meniup lilin pada kek adalah tidak dibenarkan. Mulai hari ini berpesan-pesanlah kepada ahli keluarga, sanak saudara dan semuanya agar mereka tahu tentang ini. Semoga bermanfaat.

Perempuan Yang Bergelar Isteri Wajib Baca 10 Sifat Yang Wajib Ada Pada Seorang Isteri

ciri ciri dan sifat isteri solehah

Kehidupan rumah tangga yang harmoni dan bahagia berpunca daripada pemimpin dan pembantunya yang menghuni rumah itu iaitu suami dan isteri. Apabila suami sebagai ketua yang adil dan saksama, manakala isteri pula sangat taat setia dan patuh, maka lengkaplah rumah tangga tersebut diwarnai dengan kegembiraan dan kebahagiaan.

Walau bagaimanapun, tanggungjawab dan peranan seorang isteri sangatlah penting untuk membantu dan menyokong suami dalam rumah tangga. Selain tugas yang perlu dipikul, keperibadian yang baik juga harus ada pada seseorang isteri itu. Malah syurga seorang isteri adalah disebabkan redha suami.

Berikut dikongsikan 10 sifat isteri solehah yang wajib ada pada setiap seorang isteri untuk mengukuhkan lagi ikatan suami isteri dalam sesebuah hubungan dan rumah tangga supaya terus kekal bahagia dan diberkati oleh Allah untuk selamanya.

10 Ciri-ciri & Sifat Isteri Solehah Kepada Suami


1. Isteri yang pandai bersyukur

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan: jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambahkan (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya azabku sangat pedih" (QS. Ibrahim: 7).

2. Isteri yang tawakal kepada Allah

"Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya." (QS. Ath Thalaq: 3).

3. Isteri yang baik agamanya

"Pilihlah isteri kerana agamanya, nescaya kamu beruntung" (HR. Al Bukhari dan Muslim).

4. Isteri yang banyak beristighfar

"Maka aku katakan kepada mereka, ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) sungai-sungai untukmu" (QS. Nuh : 10-12).

5. Isteri yang sukakan silaturahim

"Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahim." (HR. Al Bukhari dan Muslim).

6. Isteri yang suka bersedekah

"Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Kaya lagi Maha Mengetahui." (QS. Al Baqarah: 261).

7. Isteri yang bertakwa

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka" (QS. At Thalaq: 2-3).

8. Isteri yang selalu mendoakan suaminya

"DanTuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaKu nescaya Aku kabulkan" (QS. Ghafir: 60).

9. Isteri yang gemar solat dhuha

Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, "Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, nescaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu." (HR. Ahmad).

10. Isteri yang taat dan melayani suaminya

Salah satu kewajipan isteri kepada suami adalah mentaatinya. Semua perintah suami tidak dibantah dan langsung tidak membantah begitu juga tidak menderhakai Allah dan RasulNya, seorang isteri adalah wajib mentaati suaminya.

isteri yang solehah kepada suami

Semoga perkongsian 10 sifat isteri solehah yang wajib diketahui oleh semua isteri ini akan membantu anda untuk menjadi seorang isteri yang lebih baik untuk terus taat kepada suami yang dikasihi dan juga taat kepada suruhan Allah SWT. Semoga bermanfaat.

Sumber gambar daripada Facebook.

4 Kelebihan Utama Solat Tahajjud Di Akhir Malam (Amalan Solat Tahajud)

kelebihan solat tahajjud

Amalan solat tahajjud di akhir malam adalah baik dilakukan kerana keistimewaan dan kelebihan solat tahajud terlalu banyak tak terkira. Walau bagaimanapun, untuk melakukan solat ini yang lebih afdal dibuat pada waktu malam memerlukan kerajinan dan semangat yang tinggi.

Kelebihan solat tahajjud juga ada dinyatakan di dalam ayat-ayat Al-Quran yang membuktikan betapa banyaknya kebaikan solat yang dilakukan di akhir malam ini. Semoga perkongsian ini akan memberikan anda semangat untuk melakukannya dengan mudah dan tanpa was-was.

Keistimewaan dan Kelebihan Solat Tahajjud


Solat tahajjud adalah antara solat sunat yang diperintahkan secara langsung melalui Al-Quran selepas dalil solat 5 waktu. 4 kelebihan solat tahajud yang diperolehi atau dialami oleh mereka yang sering bangun bertahajud sahaja.

Tak kira siapa pun kita atau sekuat mana dan khusyuknya seseorang itu melakukan solat-solat yang lain atau solat fardhunya kerana kelebihan ini hanya akan diberikan khusus kepada orang yang bangun berqiamullail bagi menghidupkan malamnya kerana Allah SWT semata-mata iaitu ketika semua orang lalai dalam tidur mereka.

Dalil Bangun Tahajjud

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا.وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا.وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا

Yang bermaksud:

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): "Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia;

dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku",Dan katakanlah: "Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

(Al-Isra’ 17: 79-81)

4 Kelebihan Tahajud Berdasarkan Dalil di Atas:

1. Allah S.W.T. akan memudahkan pekerjaannya

Yang bermakna, dia akan dimudahkan dalam melakukan kerja seharian. Sebagai contoh, dia akan mudah untuk dinaikkan pangkat di jabatannya sementara orang lain pula akan bersetuju dan suka untuk menjadi pekerja bawahannya. Iaitu dia diangkat kedudukannya dengan disukai bukannya dengan dibenci dan iri hati oleh sesetengah orang. Kelebihan ini adalah berdasarkan maksud ayat:

مَقَامًا مَحْمُودًا

(Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji)

2. Dibimbing oleh Allah Ta’ala di dalam urusannya

Sebagai contoh, dibimbing Allah semasa bekerja, dibimbing Allah semasa berumah tangga, dibimbing semasa menghadapi masalah dan juga dalam kehidupan seharian.  Kelebihan ini pula berdasarkan terjemahan ayat:

رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ

 (Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia)

3. Diberikan jalan penyelesaian yang terbaik ketika menghadapi masalah

Iaitu apabila ditimpa masalah, Allah akan membimbing anda ke jalan penyelesaian yang terbaik. Tetapi hanya didaptkan oleh para hamba-Nya yang solat tahajjud sahaja. Kelebihan ini adalah berdasarkan terjemahan ayat

وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ

(Keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia)

4. Jika diganggu dalam hidupnya, Allah akan menolong tanpa perantaraan

Kerana kelebihan keempat bagi orang yang bangun tahajjud adalah:

وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

(Dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku)

Contoh yang terbaik adalah, jika anda hendak mengelakkan diri anda daripada disihir oleh orang lain, bangun di akhir malam untuk tahajud adalah cara yang terbaik untuk mendapat perlindungan-Nya. Kerana Allah adalah sebaik-baik pelindung. Sebagaimana firman Allah:

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

"Cukuplah Allah menjadi penolong kami, dan Dialah sebaik-baik pelindung".

Dalil Lain Di Dalam Al-Quran yang menganjurkan kepada Nabi-Nya yang mulia untuk melakukan Solat Malam.

Antaranya adalah:

Firman Allah:

وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلًا وَمِنَ اللَّيْلِ فَاسْجُدْ لَهُ وَسَبِّحْهُ لَيْلًا طَوِيلًا

"Dan sebutlah nama Rabb-mu pada (waktu) pagi dan petang. Dan pada sebagian dari malam, maka sujudlah kepada-Nya dan bertasbihlah kepada-Nya pada bagian yang panjang di malam hari."

(Al-Insaan/76: 25-26)

Lagi Allah Berfirman:

وَمِنَ اللَّيْلِ فَسَبِّحْهُ وَأَدْبَارَ السُّجُودِ

"Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya di malam hari dan setiap selesai shalat."

(Qaaf 50: 40)

Allah Ta’ala Juga Berfirman:

وَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ فَإِنَّكَ بِأَعْيُنِنَا ۖ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ حِينَ تَقُومُ وَمِنَ اللَّيْلِ فَسَبِّحْهُ وَإِدْبَارَ النُّجُومِ

"Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Rabb-mu, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami, dan bertasbihlah dengan memuji Rabb-mu ketika kamu bangun berdiri, dan bertasbihlah kepada-Nya pada be-berapa saat di malam hari dan waktu terbenam bintang-bintang (di waktu fajar)."

[Ath-Thuur 52: 48-49]

Selain itu, Allah Azza Wa Jalla pun memuji para hamba-Nya yang soleh iaitu yang senantiasa melakukan solat malam dan bertahajud, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ

"Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam; dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah)." (Adz-Dzaariyaat 51: 17-18)

Kesimpulannya

Lakukanlah solat sunat tahajjud sementara anda mampu. Takkan nak tunggu pencen baru nak buat solat malam. Pada pada permulaannya memang kena paksa diri untuk bangun solat tahajud seperti yang telah saya lakukan.

Kemudian, perlahan-lahan ajar diri kita untuk membiasakan diri bangun akhir malam untuk berqiamullail. Ingatlah, para nabi dan para rasul juga sentiasa melakukan solat malam padahal mereka sudah dijamin syurga.

Sedangkan kita ini, nabi pun tidak, rasul pun tidak dan amalan pun masih 50/50. Itu pun malas nak bangun solat tahajjud. Sepatutnya kitalah yang sepatutnya lagi bersemangat. Oleh itu, mari kita sama-sama bangun bertahajud menghidupkan malam dengan bermunajat kepada Allah. Semoga dipermudahkan kesemuanya.


Inilah perkongsian kebaikan dan kelebihan solat tahajjud yang harus diketahui oleh semua orang. Semoga perkongsian ini adalah pembakar semangat anda untuk melakukan solat tahajud ini dengan lebih bersemangat dan kerap. Wallahu A’lam.

Allah Mengampunkan Segala Dosa Kecuali SYIRIK (Baca Untuk Pengetahuan)

Adakah dosa syirik diampunkan Allah

Syirik Kepada Allah


Firman Allah SWT: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa asyirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendakiNya. barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa besar"

(Surah An Nisa’ : 48)

2. Rasulullah SAW bersabda, "Allah brefirman; "Hai hambaKu, selama engkau menyembahku dan mengharapKu, maka Aku mengampuni apa yang datang daripadamu. Hai hambaku jika kau tidak bersyirik kepadaKu aku akan menemuimu dengan sebanyak itu pengampunan"

(Diriwayatkan oleh Ahmad dari Abu Dzarr)

3. Sabdanya lagi, "Tiada seorang hamba mengucapkan, "Lailaha Illahllhu" lalu mati mengucapkannya melainkan ia masuk syurga"

Bertanya Abu Dzar, "Walaupun berzina dan mencuri?"
Beliau menjawab, "Walaupun berzina dan mencuri"

Persoalan, pertanyaan dan jawapan ini berulang tiga kali antara beliau dan Abu Dzar, yang akhirnya ditambah oleh Rasulullah SAW dengan kata-kata, "Walaupun tidak disukai oleh Abu Dzar, Maka keluarlah Abu Dzar dari tempat Rasulullah SAW sambil mengulang-ulangi kata Rasulullah yang mengenai dirinya. Dan demikian seterusnya tiap kali ia meriwayatkan hadis ini, tidak lupa membubuhinya dengan kata-kata Rasulullah terakhir itu"

4. Diriwayatkan oleh Abu ya’la dari Jabir, nahaw Rasulullah SAW bersabda:
"Pintu maghfirah Allah atas hambanya selalu terbuka selama belum tertutup oleh dinding. Bertanya seorang, apakah dinding itu Ya Rasululah?"

"Iaitu, syirik kepada Allah", jawab beliau.

5. Sabdanya lagi: Barangsiapa mengetahui bahawa Aku berkuasa mengampuni segala dosa, Aku ampunilah dosa-dosa dan tidak peduli selama ia tidak bersyirik kepadaKU."

6. Firman Allah dalam surah Azzumar:53:

"Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa dosa semuanya
Sungguh Dialah Yang Maha pengampun lagi Maha penyayang. Seorang lelaki bertanya, "Bagaimana dengan syirik Ya Rasulullah?. Beliau enggan menjawab, hanya membaca ayat 48 tersebut."

Dosa Syirik

Syirik adalah dosa besar yang paling besar. Oleh disebabkan itu, ianya diletakkan sebagai dosa besar yang pertama daripada 76 dosa besar yang dihimpunkan oleh Imam al-Zahabi dalam kitabnya al-Kaba’ir. Maka jelas syirik merupakan perkara yang sangat diharamkan dalam Islam.

Jenis-jenis Syirik Yang Wajib Diketahui

Perbuatan syirik mempunyai berbagai jenis dan tak semuanya mengeluarkan si pelakunya daripada agama Islan dan ada yang tidak. Walau bagaimanapun, kesemuanya tetap dikira sebagai dosa besar malah tahap syirik tidak semuanya sama.

Ada enam jenis syirik yang telah dibahagikan oleh Imam al-Sanusi melalui al-Muqaddimat.

  1. Syirik istiqlal : Menetapkan adanya dua tuhan atau lebih yang berlainan seperti akidah Majusi yang mempercayai adanya Ahura Mazda dan Angra Mainyu.
  2. Syirik tab’id : Menyatukan tuhan daripada beberapa oknum seperti akidah Triniti agama Kristian.
  3. Syirik taqrib : Beribadah kepada sesuatu selain daripada Allah SWT dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
  4. Syirik taqlid : Beribadah kepada Allah kerana mengikut orang lain.
  5. Syirik asbab : Menyandarkan satu kesan terhadap sebab tertentu yang bersifat adat seperti berpegang bahawa manusia kenyang kerana makan, dan bukan Allah SWT yang mengenyangkannya.
  6. Syirik aghrad : Beramal kerana selain daripada Allah SWT.

Untuk nombor 1 sehingga 4, seseorang itu akan dikira sebagai kufur secara jimak dan untuk nombor 6, ianya dikira sebagai maksiat dan tidak kufur secara jimak. Walau bagaimanapun, untuk nombor 5 memerlukan perincian yang mendalam.

Sekiranya ia disandarkan kepada atas sebab-sebab tertentu semata, maka dia dikira sebagai kufur secara jimak. Jika dia menyakini ianya tak memberi sebarang kesan melalui daya yang telah dijadikan oleh Allah SWT kepada makhlukNya, dia dikira fasik dan ahli bid'ah.

Semoga perkongsian dan penjelasan daripada Mufti Wilayah Persekutuan tentang hukum syirik ini akan menjadikan kita lebih berhati-hati dalam apa saja keadaan dan tingkah laku kita agar kita tidak tergolong dalam golongan yang telah mensyirikkan Allah SWT. Amin. Semoga bermanfaat.

Amalkan 3 Cara Untuk Menjadi Hamba Allah Yang Sebenar

Cara taat setia pada Allah

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan salam untuk Rasulullah SAW dan tiada nabi lagi selepasnya, pembawa rahmat ke seluruh alam.

Hari ini mari kita bincangkan tentang cara untuk menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya. Kerana hanya itulah yang Allah SWT mahukan terhadap hamba-Nya. Sebagaimana Ibu bapa mahukan anaknya menjadi anaknya yang soleh dan solehah.

Malah, jika kita berlagak seperti bukan hamba-Nya, ia masih tidak akan dapat mengurangkan kemuliaan Allah tetapi sudah tentu kita akan menerima balasan yang setimpal oleh-Nya. Nauzubillah.

Sebagaimana Firman Allah yang sering kita dengar ketika khutbah jumaat:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Jadi, sebagai seorang muslim yang benar-benar beriman dan bertakwa kepada Allah SWT, mari kita sama-sama mempraktikkan 3 cara untuk menjadi hamba Allah berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran. 3 cara itu adalah:

1. Jiwa Yang Sentiasa Tenang

Firman Allah:

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ

"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang!"

(Al-Fajr 89: 27)

Menurut Syeikh Zaini Hj Ahmad, ayat di atas bermaksud, seorang mukmin yang betul-betul bertakwa kepada Allah S.W.T. akan sentiasa tenang dalam kehidupan. Sama ada ketika senang atau pun susah.

Yang bermakna, kedua-dua jenis keadaan ini tidak akan menggugat iman mereka. Kerana kebanyakan orang-orang Islam (termasuk saya), sering kali terlupa akan Allah terutamanya ketika diberi nikmat yang melimpah ruah daripada Allah.

Namun, pada hati dan jiwa orang yang ingin menjadi hamba Allah yang sebenarnya, mereka akan sentiasa bersyukur dan bersangka baik dengan segala pemberian Allah. Tidak kiralah sama ada mereka ditimpa musibah, kesakitan, ujian yang berat atau pun nikmat yang berlipat kali ganda. Kesemua itu, tidak sedikit menyebabkan mereka lupa pada Allah.

2. Sentiasa Bertaubat dan Kembali Pada Allah

ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ

"Kembalilah kepada Tuhanmu…"

(Al-Fajr 89: 28)

Kerana sebagai seorang Muslim, kita tidak akan terelak daripada melakukan dosa pada setiap hari. Kita bukanlah nabi atau rasul yang tidak mempunyai dosa . Jadi, bagi mereka yang benar-benar hamba kepada Allah, mereka akan sentiasa bertaubat, beristighfar dan kembali kepada Allah.

Jadi, untuk menyambut seruan ini, mari kita sama-sama mengamalkan solat sunat taubat dua rakaat setiap kali sebelum tidur jika berkelapangan. Semoga dengan itu, segala dosa kita akan diampunkan setiap kali sebelum tidur. Kerana kita tidak tahu adakah kita akan dapat bangkit lagi atau pun di hari esok.

3. Redha dengan Allah Sebagai Tuhan

Dan kita pula redha sebagai hamba kepada-Nya. Sebagaimana Firman Allah:

رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً

 "…dengan hati yang redha dan diredhai-Nya!"

(Al-Fajr 89: 28)

Yang bermakna, kita perlu redha Allah SWT sebagai Tuhan dahulu, barulah Allah akan meredhai kita bukan sebaliknya. Tetapi, kita perlu membuktikannya dengan perbuatan bukan hanya dengan kata-kata.

Jika, kurang berkemampuan, Syeikh Zaini menasihati kita semua agar memperbanyakkan berdoa kepada-Nya  supaya hati kita sentiasa redha dengan Allah sebagai Tuhan. Insya Allah, hati kita akan secara perlaha-lahan akan meredhainya dengan izin-NYa.

Redha di sini pula bermaksud, redha dengan segala apa yang Allah takdirkan setelah berusaha dan sentiasa bersangka baik kepada Allah. Dengan mengamalkan kedua ini, barulah ia dapat dibuktikan bahawa kita meredhai Allah bukan hanya dengan lafaz sahaja.

Untuk mengakhiri 3 point ini, elakkan kita hanya menjadi hamba Allah SWT dengan sebenar-benarnya hanya apabila ditimpa kesusahan. Tetapi apabila hidup semakin senang dilupakan sahaja Allah itu. Sangat bahaya dan ditegah syarak perbuatan sedemikian rupa.

Akhir kalam, mari kita sama-sama mengamalkan 3 cara untuk menjadi hamba Allah SWT di atas. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang yang menjadi hamba Allah pada setiap masa dan di mana-mana sahaja. Insya Allah.

Wallahua`lam.

3 Hikmah Bagi Lelaki Yang Menikahi Wanita Berstatus Janda

ayat alquran tentang janda

Sebenarnya terlalu banyak pahala, kebaikan, rezeki dan hikmah jika seorang lelaki itu menikahi wanita yang tidak mempunyai suami, kematian suami atau yang telah bercerai dan lebih tepat lagi janda. Banyak ganjaran yang Allah SWT berikan kepada lelaki yang benar-benar ingin memperisterikan janda asalkan ianya mengikut sunnah dan mencapai keredhaanNya.

Kebaikan & Hikmah Lelaki Kahwini Janda


Berikut ialah beberapa kebaikan dan hikmah yang akan anda dapati dari menikahi seorang janda, Insya Allah :

1. Menyelamatkannya Dunia dan Akhirat

Allah berfirman dalam KitabNya Yang Mulia:

"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, 'Rabb kami ialah Allah', kemudian mereka bersikap istiqamah, maka akan turun malaikat kepada mereka (dengan mengatakan), 'Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih, dan bergembiralah kamu dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu." (Fushshilat:30)

2. Menyelamatkan Anak Janda Dari Didikan Salah

"Nyatalah bahawa pendidikan individu dalam Islam mempunyai tujuan yang jelas dan tertentu, iaitu : menyiapkan individu untuk dapat beribadah kepada Allah SWT. Dan tak perlu dinyatakan lagi bahawa agama Islam tidak membatasi pengertian ibadah pada solat, puasa dan haji;

Tetapi setiap karya yang dilakukan seorang muslim dengan niat untuk Allah semata merupakan ibadah." (Aisyah Abdurrahman Al Jalal, Al Mu’atstsirat as Salbiyah fi Tarbiyati at Thiflil Muslim wa Thuruq ‘Ilajiha, hal. 76).

"Jauhilah oleh kalian rumput hijau yang berada di tempat kotor." Mereka (para sahabat) bertanya, "Apakah yang dimaksud dengan rumput hijau yang berada di tempat kotor itu, wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Iaitu, wanita yang sangat cantik, yang tumbuh berkembang di tempat yang tidak baik." (HR. Daruquthni)

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."

(QS. At Tahrim: 6 Imam adh-Dhahaq dan Muqaatil berkata, "seorang muslim wajib mengajari keluarganya (isteri dan anaknya), termasuk juga kerabat-kerabatnya, budaknya yang perempuan dan laki-laki, apa saja yang telah Allah perintahkan dan larang atas mereka."

Menurut Imam as-Sa’di makna memelihara keluarga dan anak-anak iaitu dengan mendidik dan mengajari mereka, menekankan mereka untuk melaksanakan perintah Allah, kerana seorang hamba tidak akan selamat kecuali jika ia melaksanakan perintah Allah terhadap diri peribadinya dan orang-orang yang ada di bawah kendaliannya, seperti isteri, anak-anak dan selain mereka yang di bawah kuasanya.

3. Menyebarkan Kasih Sayang Antara Kaum Muslimin, Muslimah dan Anak-anak Yatim

"Wahai Rasulullah, saya memiliki saudara-saudara perempuan yang berjiwa keras, saya tidak mau membawa yang keras juga kepada mereka. Janda ini saya harapkan mampu menyelesaikan permasalahan tersebut." kata Jabir "benar katamu" jawab Nabi SAW.

"Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya." (HR. Ibnu Khuzaimah dari Salman Al-Farisi pada Khutbah Rasulullah SAW menyambut Ramadhan)

Rasulullah SAW bersabda : Saya dan orang yang menanggung (memelihara) anak yatim. Ada di syurga bagaikan ini, seraya beliau memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah dan beliau merentangkan kedua jarinya itu. (HR. Bukhari)


Semoga semua lelaki-lelaki di luar sana tahu bahawa janda-janda ni bukan kelas kedua. Mereka bukanlah hadir untuk dipermain-mainkan. Insya Allah memang terdapat banyak hikmah, kebaikan, kelebihan dan ganjaran pahala yang Allah berikan buat lelaki yang mengahwini janda. Wallahualam.

Di Hari Kiamat Nanti Inilah Golongan Umat Islam Yang Akan Diusir Rasulullah!

golongan yang diusir pada hari kiamat

Di Hari Kiamat nanti, Inilah Golongan Umat Islam yang akan Diusir Rasulullah


Kita pastinya akan merasa bangga menjadi umat Rasulullah ﷺ, bukan? Nabi kita itu sangat menyayangi kita. Ia lebih ambil peduli terhadap umatnya daripada dirinya sendiri. Ia selalu memikirkan kesejahteraan umatnya dan ini telah pun terbukti daripada apa yang telah beliau tinggalkan.

Walaupun begitu tidak semua umat Nabi Muhammad ﷺ memperolehi keselamatan. Bahkan, ada satu golongan umatnya yang diusir olehnya pada hari kiamat. Siapakah mereka dan mengapa mereka diusir?

Sahabat Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu mengisahkan, pada suatu hari Nabi ﷺ mendatangi kuburan. Lalu beliau mengucapkan salam, "Semoga keselamatan sentiasa menyertai kalian wahai penghuni kuburan dari kaum mukminin, dan kami insya Allah pasti akan menyusul kalian."

Seterus beliau bersabda, "Aku sangat berharap untuk dapat melihat saudara-saudaraku."

Mendengar ucapan ini, para sahabat kehairanan. Sehingga mereka bertanya, "Bukankah kami adalah saudara-saudaramu wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Kalian adalah sahabat-sahabatku, sedangkan saudara-saudaraku adalah umatku yang akan datang kelak."

Seterusnya para sahabat bertanya, "Wahai rasulullah, bagaimana engkau dapat mengenali umatmu yang sampai ke saat ini belum lagi lahir?" Beliau menjawab, "Menurut pendapat kalian, andai ada orang yang memiliki kuda yang di dahi dan hujung-hujung kakinya berwarna putih dan kuda itu berada di tengah-tengah kuda-kuda lainnya yang berwarna hitam legam, tidakkah orang itu dapat mengenali kudanya?"

Para sahabat menjawab, "Tentu saja orang itu dengan mudah mengenali kudanya." Maka Rasulullah menjawab dengan jawapan mereka dengan bersabda, "Sejatinya umatku pada hari kiamat akan datang dalam keadaan wajah dan hujung-hujung tangan dan kakinya bersinar petanda mereka berwuduk semasa hidupnya di dunia."

Aku akan menanti umatku di pinggir telagaku di alam mahsyar. Dan ketahuilah bahawa akan ada dari umatku yang diusir oleh Malaikat. Sebagaimana seekor unta yang tersesat dari pemiliknya dan mendatangi tempat minum milik orang lain, sehingga ia pun diusir.

Melihat sebahagian orang yang memiliki tanda-tanda pernah berwuduk, maka aku memanggil mereka, "Kemarilah." Namun para Malaikat yang mengusir mereka berkata, "Sejatinya mereka peninggalanmu telah mengubah-ubah ajaranmu."

Mendapat penjelasan seperti ini, maka aku (Rasulullah) berkata, "Menjauhlah, menjauhlah wahai orang-orang yang sepeninggalku mengubah-ubah ajaranku," (Diriwayatkan oleh Al Bukhari dan Muslim). Sumber: muslim.or.id

Nak Masuk Ke Rumah Baru Jangan Abaikan 5 Perkara Ini (Adab & Doa Pindah Rumah)

amalan doa masuk rumah baru pindah

Berpindah ke rumah yang baru dibeli sememangnya amat menyeronokkan dan rasa gembira serta bangga pasti wujud tidak terkira kerana titik peluh selama ini berbaloi setelah dapat menyediakan sebuah rumah baru yang sempurna untuk isteri dan anak-anak. Pastinya anak-anaklah orang yang paling gembira kerana dapat duduk di rumah baru ini.

Walau bagaimanapun, jangan sekali-kali kita hanya memikirkan tentang keseronokan sahaja apabila memasuki rumah baru serta untuk menghias segala macam tempat dan sudut semata-mata. Pasti ada banyak perkara yang anda wajib dahulukan untuk memastikan keadaan rumah baru tersebut dalam keadaan baik dan selesa untuk diduduki.

Selain mencuci seluruh kawasan rumah sehingga bersih terlebih dahulu, ada enam perkara ini yang patut anda buat sekiranya berpindah ke rumah baru. Apa pun tak kira sama ada rumah baru, rumah sewa, rumah yang sudah lama ditinggalkan atau pun rumah apa saja yang anda akan duduki wajib kena lakukan perkara yang sama agar tidak berlaku perkara tidak diingin di masa depan nanti.

Berikut dikongsikan kepada anda amalan semasa pindah ke rumah baru yang wajib anda lakukan sewaktu ingin menduduki rumah berkenaan. Bacaan doa selamat, azan berserta ayat-ayat Al-Quran sangat baik dibuat sewaktu pindah rumah seperti yang dikongsikan di laman Facebook.

Adab & Doa Masuk Rumah Baru Pindah


bacaan doa selamat pindah rumah

1. Laungkan Azan

Langkah ni memang wajib buat. Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan tanpa penghuni, ia pasti akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali sebagai Al-‘Ammar), yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Baca Surah Al-Baqarah

Bila dah pindah ke rumah baru, malam pertama pastikan anda habiskan Surah Al Baqarah. Paling kurang pun pasangkan surah ini di dalam rumah. Biarkan ia bergema di seluruh rumah anda. Syaitan dan jin akan lari sebaik surah ini dibacakan. Lengkapkan dengan bacaan Yassin sekali.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Solat dan Membaca Al-Quran

Pastikan jangan ditinggalkan solat dan amalkan bacaan Al Quran setiap hari. Inilah pendinding kita umat Islam. Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas

Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah

Yang ni wajib buat sebelum berpindah masuk. Pagarkan rumah dengan renjisan air yassin pada setiap penjuru rumah. Lengkapkan dengan bacaan Yassin setiap hari sepanjang hari. Insya Allah rumah akan dilindungi.

Atau cara paling mudah, ambil segelas besar air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas) kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas.

Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan dimulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam. Percaya dan yakinlah Allah sentiasa melindungi kita.



Semoga perkongsian amalan, adab dan doa masuk rumah baru yang kami kongsikan ini akan membantu anda untuk berpindah ke rumah baru dengan aman dan sempurna tanpa sebarang gangguan dan sebagainya. Semoga bermanfaat untuk anda sekeluarga.

Masa Nifas Menurut Agama Islam Yang Wajib Diketahui Kaum Hawa

masa nifas menurut islam

Nifas merupakan darah yang keluar dari rahim disebabkan kerana proses kelahiran. Ia boleh terjadi sama ada sesudah atau sebelumnya, keadaan itu berlaku antara 2 hingga 3 hari dan disertai dengan rasa sakit. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:

"Darah yang dilihat seorang wanita ketika mulai merasa sakit adalah nifas."

Beliau tidak memberikan batasan 2 atau 3 hari. Dan maksudnya iaitu rasa sakit yang kemudian disertai kelahiran. Jika tidak, maka itu bukan nifas. Ada perbezaan pendapat antara ulama dalam menentukan batas maksimal dan minimal semasa nifas. Menurut Syaikh Taqiyuddin dalam risalahnya tentang sebutan yang dijadikan kaitan hukum oleh Pembawa syari’at, halaman 37 Nifas tidak ada batas minimal mahupun maksimalnya.

"Andai kata ada seorang wanita mendapati darah lebih dari 40,60 atau 70 hari dan berhenti, maka itu adalah nifas. Namun jika berlanjutan maka itu adalah darah kotor dan bila sedemikian yang terjadi maka batasnya 40 hari, kerana hal itu merupakan batas umum sebagaimana dinyatakan oleh banyak hadis."

Masa Nifas Menurut Agama Islam


Masa nifas merupakan masa dimana wanita yang mengalami pendarahan rahim. Dalam Islam masa nifas biasanya berlangsung selama 40 hari atau lebih. Selama masa tersebut seorang wanita dibebaskan dari kewajipannya seperti larangan saat haid iaitu solat lima waktu dan puasa wajib.

Dalam hadis riwayat Tirmidzi berkata:

"Ahli ilmu dari kalangan sahabat Nabi SAW, tabi’in dan orang-orang setelah mereka bersepakat, bahawa wanita nifas itu meninggalkan solat selama empat puluh hari, kecuali jika dia sudah suci bersih sebelum genap empat puluh hari, maka pada saat itu dia harus mandi dan solat."

1. Masa Nifas Yang Terjadi Jika Lebih Dari 40 Hari

Namun, jika masa nifas melebihi dari 40 hari dan ketika saat itu menunjukkan tanda-tanda akan berhenti, maka hendaknya menunggu hingga darah sampai benar-benar berhenti baru kemudian mandi wajib.

Jika setelah maas 40 hari tidak menunjukkan tanda darah akan berhenti dan malah terus menerus keluar maka ia mustahadhah. Dalam keadaan ini maka hendaknya ia kembali kepada kewajipannya iaitu hendaklah ia mandi wajib, solat dan menjalankan kewajipan lainnya.

Menurut Al-Majd Ibnu Taimiyah, sebagaimana dinukil dalam kitab Syarhul Iqna’:

"Manakala seorang wanita mendapati darah yang disertai rasa sakit sebelum masa (minimal) itu, maka tidak perlu dianggap (sebagai nifas). Namun jika sesudahnya, maka ia tidak solat dan tidak puasa.

Kemudian, apabila sesudah kelahiran temyata tidak sesuai dengan kenyataan maka ia segera kembali mengerjakan kewajipan; tetapi kalau tidak ternyata demikian, tetap berlaku hukum menurut kenyataan sehingga tidak perlu kembali mengerjakan kewajipan."

2. Ketentuan Masa Nifas

Nifas hanya ditetapkan kepada mereka wanita yang telah melahirkan bayi yang berbentuk manusia. Sedangkan bagi mereka yang keguguran atau melahirkan janin yang belum berbentuk manusia maka jika mereka mengeluarkan darah, darah tersebut bukan merupakan darah nifas dan dinyatakan sebagai  darah penyakit . Oleh kerana itu, itulah hukum wanita yang mustahadahah.

Dalam Islam, wanita yang sedang dalam masa nifas tidak digalakkan untuk keluar rumah selama masa tersebut. Seperti yang diungkapkan Dari Ali bin Abdil A’la, dari Abu Sahl, dari Mussah al-Azdiyyah, dari Ummu Salamah ra, dia berkata:

"Para wanita nifas berdiam diri di masa Rasulullah SAW. Selama 40 (empat puluh hari). Kami melicinkan wajah kami dengan waras yang berwarna hitam kemerahan." (HR. Tirmidzi, Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Apabila darah nifas berhenti sebelum empat puluh hari, namun kembali keluar pada hari empat puluh, maka darah tersebut diragukan sebagai darah nifas. Namun pada masa ini si wanita tidak boleh melakukan solat fardhu atau puasa sebagaimana kewajipannya.

Dan setelah masa sucinya tiba, maka ia wajib mengqada’ apa yang dilakukannya selama masa yang diragukan tadi. Apabila darah masih keluar pada masa yang dimungkinkan maka darah tersebut masuk ke dalam masa nifas.

Jika tidak maka darah tersebut ialah darah haid,  Terkecuali jika keadaab dimana darah tersebut keluar terus menerus maka hal tersebut merupakan istihadah . Seperti dalam kitab Al-Mughni’,  Imam Malik mengatakan:

"Apabila seorang wanita mendapati darah setelah dua atau tiga hari, yakni sejak berhentinya, maka itu termasuk nifas. Jika tidak, bererti darah haid."

3. Larangan Selama Masa Nifas

Dalam hal ini keragu-raguan merupakan hal yang relatif. Bergantung dari bagaimana diri masing-masing terhadap pemahamannya sendiri. Kerana itu dalam Al-Quran sebenarnya telah memberikan penjelasan akan segala sesuatu.

Allah SWT juga tidak mewajibkan umatnya untuk berpuasa dan thawaf dua kali terkecuali jika terdapat kesalahan pada tindakan pertama maka ia wajib menqada’nya.

Selain itu, ketika seseorang mampu melakukan kewajipan sesuai dengan kemampuannya maka ia terbebas tanggungannya. Sebagaimana Firman Allah SWT :

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupan.. " [Al-Baqarah/2: 286]

4. Pandangan Islam Terhadap Masa Nifas Usai Melahirkan Melalui Operasi Cesar

Di zaman moden seperti sekarang ini, seiring dengan perkembangan di bidang perubatan. Salah satu pilihan persalinan yang ditawarkan adalah melalui bedah cesar. Ada pertanyaan, bagaimana hukum nifas dan masanya,  dengan wanita yang melahirkan melalui cesar? . Menurut keterangan Al-Lajnah ad-Daimah,

"Hukum bagi wanita seusai bedah Caesar, maka hukumnya sama dengan wanita yang mengalami nifas kerana persalinan normal. Jika melihat keluarnya darah dari kemaluannya, maka ia meninggalkan solat dan puasa sampai suci. Apabila tak melihat lagi keluarnya darah, maka ia harus mandi, solat dan puasa seperti halnya wanita-wanita suci yang lain."

Ertinya bahawa bagaimanapun proses bersalin selama mempunyai darah yang keluar dari kemaluan maka keadaan tersebut disebut sebagai masa nifas.


5. Hukum Talak Selama Masa Nifas Berlangsung

Dijelaskan lebih lanjut bahawa selama dalam masa nifas seorang suami tidak boleh menalak atau menceraikan isterinya. Sebagaimana Syaikh Ibnu Utsaimin menjawab sebagai berikut:

"Menceraikan hukumnya tidak boleh, bahkan talak itu hukumnya termasuk talak bid’ah, sebagaimana menceraikan wanita yang sedang haid."

Dapat disimpulkan bahawa, dalam Islam masa nifas berlangsung lebih kurang selama 40 hari. Hal ini berdasarkan hadis Ummu Salamah, ia berkata,

"Dahulu di masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, wanita menunggu masa nifasnya selesai hingga 40 hari atau 40 malam."

Demikian juga keterangan dari Ibnu Abbas,

"Wanita nifas tidak boleh melaksanakan solat selama 40 hari."

Hal ini juga disokong oleh ilmu kedoktoran yang menyatakan bahawa masa nifas berlangsung selama 40 hari yang berlangsung dan terdiri dari beberapa fasa iaitu :

Phase lochia rubra (berwarna merah segar) biasanya minggu pertama. Fasa lochia sanguinolenta (berwarna kecoklatan dan kekuningan) biasa selama 2 minggu dan, Fasa lochi alba (lendir kuning berwarna putih kekuningan).

Dengan demikian, maka anda akan boleh memahami lebih mendalam mengenai masa nifas mengikut agama Islam yang wajib diketahui oleh kaum hawa. Sebagai bahan rujukan untuk anda, sila semak juga hukum menunda mandi wajib selepas haid, cara mandi wajib bagi wanita, cara mandi dalam Islam.

Semoga perkongsian waktu nifas menurut agama Islam yang wajib diketahui oleh semua kaum wanita ini akan bermanfaat untuk mendalami ilmu pengetahuan tentang nifas.

Inilah 9 Waktu Yang Digalakkan Untuk Kita Membaca Surah Al Ikhlas

kelebihan dan manfaat bacaan surah al ikhlas

Ternyata ada waktu yang tertentu yang digalakkan untuk kita membaca surah Al-Ikhlas. Sebenarnya terlalu banyak kebaikan, kelebihan dan manfaat jika kita membaca surah Al-Ikhlas ini apatah lagi jika anda mengamalkan seurah ini setiap hari dalam kehidupan seharian.

Waktu Sesuai Membaca Surah Al-Ikhlas


1. Waktu Pagi dan Malam

Pada waktu ini, kita digalakkan membaca surah Al Ikhlas bersama dengan maw’idzatain (surah Al Falaq dan surah An Nas) masing-masing sebanyak tiga kali. Kelebihan yang diperolehi daripada membaca surah ini adalah, akan dijaga dari segala sesuatu ata segala keburukan.

Dari Mu’adz bin Abdullah bin Khubaib dari bapaknya ia berkata,

خَرَجْنَا فِى لَيْلَةِ مَطَرٍ وَظُلْمَةٍ شَدِيدَةٍ نَطْلُبُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- لِيُصَلِّىَ لَنَا فَأَدْرَكْنَاهُ فَقَالَ « أَصَلَّيْتُمْ ». فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا فَقَالَ « قُلْ ». فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا ثُمَّ قَالَ « قُلْ ». فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا ثُمَّ قَالَ « قُلْ ». فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَقُولُ قَالَ « (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) وَالْمُعَوِّذَتَيْنِ حِينَ تُمْسِى وَحِينَ تُصْبِحُ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ تَكْفِيكَ مِنْ كُلِّ شَىْءٍ »

Pada malam hujan lagi gelap gelita kami keluar mencari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk solat bersama kami, lalu kami menemuinya. Beliau bersabda,

"Apakah kalian telah solat?" Namun sedikit pun aku tak berkata-kata. Beliau bersabda, "Katakanlah". Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Beliau bersabda, "Katakanlah". Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Kemudian beliau bersabda, "Katakanlah".

Hingga aku berkata, "Wahai Rasulullah, apa yang harus aku katakan?" Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Katakanlah (bacalah surah) QUL HUWALLAHU AHAD DAN QUL A’UDZU BIRABBINNAAS DAN QUL A’UDZU BIRABBIL FALAQ ketika malam dan pagi sebanyak tiga kali, maka dengan ayat-ayat ini akan mencukupkanmu (menjagamu) dari segala keburukan."

(HR. Abu Daud no. 5082 dan An Nasai no. 5428. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)

2. Sebelum Tidur

Pada waktu ini, kita digalakkan membaca surah Al Ikhlah, Al Falaq, An Naas dengan terlebih dahulu menadah kedua telapak tangan, lalu kemudiannya ditiup, lalu dibacakanlah tiga surah ini. Setelah itu, kedua telapak tangan tadi disapukan pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Cara seperti tadi diulang sebanyak tiga kali.

Dari ‘Aisyah, beliau radhiyallahu ‘anha berkata,

أَنَّ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا ( قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ) وَ ( قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ) وَ ( قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ) ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ

"Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ketika berada di tempat tidur di setiap malam, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surat Al Ikhlash), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surat Al Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surat An Naas).

Kemudian beliau mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Beliau melakukan yang demikian sebanyak tiga kali." (HR. Bukhari no. 5017)

3. Ketika Ingin Meruqyah (Membaca Doa & Wirid Untuk PenyembuhanKetika Sakit)

Bukhari membawakan bab dalam sohihnya ‘Meniupkan bacaan ketika ruqyah’. Lalu dibawakanlah hadis serupa di atas dan dengan cara seperti dijelaskan dalam point kedua.

عَنْ عَائِشَةَ – رضى الله عنها – قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ نَفَثَ فِى كَفَّيْهِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَبِالْمُعَوِّذَتَيْنِ جَمِيعًا ، ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا وَجْهَهُ ، وَمَا بَلَغَتْ يَدَاهُ مِنْ جَسَدِهِ . قَالَتْ عَائِشَةُ فَلَمَّا اشْتَكَى كَانَ يَأْمُرُنِى أَنْ أَفْعَلَ ذَلِكَ بِهِ

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, dia berkata, "Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam hendak tidur, beliau akan meniupkan ke telapak tangannya sambil membaca QUL HUWALLAHU AHAD (surah Al Ikhlas) dan Mu’awidzatain (Surat An Naas dan Al Falaq), kemudian beliau mengusapkan ke wajahnya dan seluruh tubuhnya. Aisyah berkata, "Ketika beliau sakit, beliau menyuruhku melakukan hal itu (sama seperti ketika beliau hendak tidur)." (HR. Bukhari no. 5748)

Jadi tatkala meruqyah, kita digalakkan membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq, An Naas dengan cara: Terlebih dahulu menadah kedua telapak tangan lalu keduanya ditiup lalu dibacakanlah tiga surah tersebut. Setelah itu, kedua telapak tangan tadi diusapkan pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Cara seperti ini diulang sebanyak tiga kali.

4. Wirid Selepas Solat

Selepas menunaikan solat kita digalakkan membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan An Naas masing-masing sekali. Dari ‘Uqbah bin ‘Amir, ia berkata,

أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقْرَأَ الْمُعَوِّذَاتِ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ

"Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan padaku untuk membaca mu’awwidzaat  di akhir solat (sesudah salam)." (HR. An Nasai no. 1336 dan Abu Daud no. 1523. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih). Yang dimaksud mu’awwidzaat adalah surat Al Ikhlas, Al Falaq dan An Naas sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Hajar Al Asqolani. (Fathul Bari, 9/62)

5. Dibaca Ketika Mengerjakan Solat Sunat Fajar (Qobliyah Subuh)

Ketika itu, surah Al Ikhlas dibaca bersama surah Al Kafirun. Surah Al Kafirun dibaca pada rakaat pertama setelah membaca Al Fatihah, sedangkan surat Al Ikhlas dibaca pada rakaat kedua.

Dari’ Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

نِعْمَتِ السُّوْرَتَانِ يَقْرَأُ بِهِمَا فِي رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الفَجْرِ : { قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ } وَ { قُلْ يَا أَيُّهَا الكَافِرُوْنَ

"Sebaik-baik surah yang dibaca ketika dua rakaat qobliyah shubuh adalah Qul huwallahu ahad (surah Al Ikhlas) dan Qul yaa ayyuhal kaafirun (surah Al Kafirun)." (HR. Ibnu Khuzaimah 4/273. Syaikh Al Albani mengatakan dalam Silsilah Ash Shohihah bahwa hadits ini shahih. Lihat As Silsilah Ash Shohihah no. 646). Hal ini juga dikuatkan dengan hadis Ibnu Mas’ud yang akan disebutkan pada point berikut.

6. Dibaca Ketika Menunaikan Solat Sunat Ba’diyah Maghrib

Ketika itu, surah Al Ikhlas dibaca bersama surah Al Kafirun. Surah Al Kafirun dibaca pada rakaat pertama setelah membaca Al Fatihah, sedangkan surah Al Ikhlash dibaca pada rakaat kedua.

Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu mengatakan,

مَا أُحْصِى مَا سَمِعْتُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقْرَأُ فِى الرَّكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَفِى الرَّكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاَةِ الْفَجْرِ بِ (قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ) وَ (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

"Aku tidak dapat mengira kerana sangat sering aku mendengar bacaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca surah pada solat dua rakaat ba’diyah maghrib dan pada solat dua rakaat qobliyah shubuh iaitu Qul yaa ayyuhal kafirun (surah Al Kafirun) dan qul huwallahu ahad (surah Al Ikhlas).” (HR. Tirmidzi no. 431. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini hasan shahih)

7. Dibaca Ketika Menunaikan Solat Witir Tiga Rakat

Ketika itu, surah Al A’laa dibaca pada rakaat pertama, surah Al Kafirun pada rakaat kedua dan surah Al Ikhlas pada rakaat ketiga.

Dari ‘Abdul Aziz bin Juraij, beliau berkata,  "Aku menanyakan pada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, surah apa yang dibaca oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam (setelah membaca Al Fatihah) ketika solat witir?"

‘Aisyah menjawab,

كَانَ يُوتِرُ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَتْ كَانَ يَقْرَأُ فِى الأُولَى بِ (سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى) وَفِى الثَّانِيَةِ بِ (قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ) وَفِى الثَّالِثَةِ بِ (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) وَالْمُعَوِّذَتَيْنِ.

"Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca pada rakaat pertama: Sabbihisma robbikal a’la (surah Al A’laa), pada rakaat kedua: Qul yaa ayyuhal kafiruun (surah Al Kafirun), dan pada rakaat ketiga: Qul huwallahu ahad (surah Al Ikhlas)dan mu’awwidzatain (surah Al Falaq dan An Naas)." (HR. An Nasai no. 1699, Tirmidzi no. 463, Ahmad 6/227)

Dalam riwayat yang lain disebutkan tanpa surah al mu’awwidzatain.

عَنْ أُبَىِّ بْنِ كَعْبٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يُوتِرُ بِ (سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى) وَ (قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ) وَ (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ)

Dari Ubay bin Ka’ab, ia berkata, "Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasanya melaksanakan solat witir dengan membaca Sabbihisma robbikal a’la (surah Al A’laa), Qul yaa ayyuhal kafiruun (surah Al Kafirun), dan Qul huwallahu ahad (surah Al Ikhlash)" (HR. Abu Daud no. 1423 dan An Nasai no. 1730)

Ibnu Qudamah Al Maqdisi rahimahullah mengatakan,

وَحَدِيثُ عَائِشَةَ فِي هَذَا لَا يَثْبُتُ ؛ فَإِنَّهُ يَرْوِيهِ يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ ، وَهُوَ ضَعِيفٌ .وَقَدْ أَنْكَرَ أَحْمَدُ وَيَحْيَى بْنُ مَعِينٍ زِيَادَةَ الْمُعَوِّذَتَيْنِ .

“Hadits ‘Aisyah tidaklah shahih. Di dalamnya ada seorang perowi bernama Yahya bin Ayyub, dan ia dho’if. Imam Ahmad dan Yahya bin Ma’in telah mengingkari penambahan “mu’awwidzatain”.” (Al Mughni, 1/831)

Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan,

تعليق شعيب الأرنؤوط : صحيح لغيره دون قوله : والمعوذتين وهذا إسناد ضعيف عبد العزيز بن جريج لا يتابع في حديثه

"Hadis ini sahih kecuali pada perkataan "al mu’awwidzatain", ini sanadnya dho’if kerana ‘Abdul ‘Aziz bin Juraij tidak diikuti dalam hadisnya." (Tahqiq Musnad Al Imam Ahmad bin Hambal, 6/227)

Jadi yang tepat dalam masalah ini, bacaan untuk solat witir adalah rakaat pertama dengan surah Al A’laa, rakaat kedua dengan surah Al Kafirun dan rakaat ketiga dengan surah Al Ikhlas (tanpa mu’awwidzatain).

Namun bacaan ketika witir ini sebaiknya tidak rutin dibaca, sebaiknya diselangi dengan berganti membaca surat lainnya. Syaikh ‘Abdullah Al Jibrin rahimahullah mengatakan,

والظاهر أنه يكثر من قراءتها، ولا يداوم عليها فينبغي قراءة غيرها أحياناً حتى لا يعتقد العامة وجوب القراءة بها

"Yang nampak dari hadis yang ada, hendaklah bacaan tersebut seringkali saja dibaca, namun tidak terus-terusan. Sudah seharusnya seseorang membaca surah yang lain ketika itu agar orang awam tidak salah faham, ditakutkan mereka malah menganggapnya sebagai perkara yang wajib." (Fatwa Syaikh Ibnu Jibrin, 24/43)

8. Dibaca Ketika Solat Maghrib Yang Wajib Pada Malam Jumaat

Surah Al Kafirun dibaca pada rakaat pertama setelah membaca Al Fatihah, sedangkan surah Al Ikhlas dibaca pada rakaat kedua.

Dari Jabir bin Samroh, beliau mengatakan,

كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَقْرَأُ فِي صَلاَةِ المَغْرِبِ لَيْلَةَ الجُمُعَةِ : ( قَلْ يَا أَيُّهَا الكَافِرُوْنَ ) وَ ( قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ

"Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa ketika solat maghrib pada malam Jumaat membaca Qul yaa ayyuhal kafirun’ dan ‘Qul ‘ huwallahu ahad’." (Syaikh Al Albani dalam Takhrij Misykatul Mashobih (812) mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih)

9. Ketika Solat 2 rakaat di Belakang Makam Ibrahim Setelah Tawaf

Dalam hadits Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu yang amat panjang disebutkan,

فجعل المقام بينه وبين البيت [ فصلى ركعتين : هق حم ] فكان يقرأ في الركعتين : ( قل هو الله أحد ) و ( قل يا أيها الكافرون ) ( وفي رواية : ( قل يا أيها الكافرون ) و ( قل هو الله أحد )

"Lantas Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjadikan makam Ibrahim antara dirinya dan Kaabah, lalu beliau laksanakan solat dua rakaat. Dalam dua rakaat tersebut, beliau membaca Qulhuwallahu ahad (surah Al Ikhlas) dan Qul yaa-ayyuhal kaafirun (surah Al Kafirun).

Dalam riwayat yang lain dikatakan, beliau membaca Qul yaa-ayyuhal kaafirun (surah Al Kafirun) dan Qulhuwallahu ahad (surah Al Ikhlas)." (Disebutkan oleh Syaikh Al Albani dalam Hajjatun Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, hal. 56)

Semoga perkongsian waktu yang sesuai dan digalakkan kita membaca surah Al-Ikhlas ini akan bermanfaat buat anda semua selain turut membantu anda untuk mengamalkannya dengan lebih baik dan sempurna. Wallah hua'alam.

Harus Baca 4 Tips Menghadapi Dunia Akhir Zaman.

Tips hadapi dunia akhir zaman

Dunia akhir zaman sering diperkatakan oleh ramai orang terutama ketika dalam ceramah agama oleh ustaz-ustaz yang menceritakan tentang ini. Namun, apakah persediaan diri kita untuk menghadapinya? Adakah kita telah bersedia? Apakah amalan kita sudah cukup untuk berdepan dengannya?

Apakah cukup dengan hanya solat lima waktu? Pasti tidak mencukupi jika itu sahaja yang kita tekankan. Walau bagaimanapun, solat adalah tiang agama dan membaca Al-Quran dalam kehidupan seharian adalah perkara yang amat baik kita amalkan. Tapi, adakah kita faham tentang maksud yang terdapat dalam Al-Quran? Sebaiknya kita wajib mendalami Al-Quran untuk kebaikan.

Apa sekalipun, tips untuk menghadapi dunia akhir zaman ini adalah menumpukan kepada bagaimana cara untuk kita mempertahankan diri kita daripada penyakit WAHN iaitu penyakit yang hanya cintakan dunia dan takut mati.

4 Tips Menghadapi Dunia Akhir Zaman


1. Tenaga

Tips pertama adalah tentang tenaga, lebih-lebih lagi kepada orang yang masih muda. Cara menghadapi dunia akhir zaman dengan tenaga adalah dengan meningkatkan amal ibadah kita sebanyak mungkin. Jika kita berkemampuan untuk ke masjid, solatlah berjemaah di masjid dan jika boleh bangun pagi, bangunlah untuk bertahajud.

Hal ini kerana, kebanyakan manusia di dunia akhir zaman ini hanya datang untuk solat ke masjid apabila umur sudah 60an dan 70an. Padahal tidak ada satu huruf pun di dalam al-Quran yang boleh menjamin dia akan hidup hingga 60an. Tetapi mengapa masih ramai yang tidak menggunakan tenaga yang diberikan Allah untuk meningkat takwa kepada Allah? Jawapannya sudah pasti kerana kejahilan agama.

Contoh terbaik yang saya boleh berikan adalah Bilal bin Rabah. Beliau merupakan sahabat Nabi SAW yang sangat miskin. Tetapi dengan tenaga yang diberikan kepadanya, dia kuat melakukan solat sunat tambahan dan juga menjadi muazzin di zaman Rasulullah SAW. Mungkin daripada segi infak dan sedekah dia kurang amalannya tetapi dia menggantikannnya dengan solat-solat sunat menggunakan tenaganya.

Justeru, sebagai anak-anak muda di dunia akhir zaman ini, perlu memanfaatkan tenaga yang diberikan Allah S.W.T. Bangun pagi tengok FIFA World Cup boleh pulak tapi bangun tahajud terus tak larat. Adakah ini amalan anak-anak muda untuk ke syurga Allah? Nauzubillah.

2. Pengetahuan

Pengetahuan pula bermaksud ilmu yang mendekatkan diri kita kepada Allah. Tidak kiralah sama ada ilmu akhirat atau dunia. Kerana kesemua ilmu itu datangnya daripada sumber yang satu iaitu daripada Allah S.W.T. Jadi ilmu itu sepatutnya digunakan untuk kembali kepadanya. Disebabkan itulah, kita harus selalu mengatakan Wallahua`lam jika kita tidak mengetahui sesuatu perkara.

Di samping itu, jika anda diberikan oleh Allah akan sesuatu ilmu, maka anda perlu mengajarkannya kepada orang ramai supaya mereka kenal dan takut kepada Allah. Point ini lebih kepada para ustaz, syeikh dan para ulama. Sebagaimana dalil di bawah:

الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاء

"Ulama adalah pewaris para nabi."

(HR Ibnu Majah no. 233)

Dengan erti kata lain, jika anda diberikan kelebihan ilmu pengetahuan, gunakan ilmu itu untuk meraih syurga.

3. Pangkat

Pangkat pula lebih diutamakan kepada yang memegang jawatan tinggi-tinggi seperti ketua negara, menteri besar, Sultan dan sebagainya. Justeru, dengan pangkat yang diberikan Allah S.W.T, mereka perlu menggunakannya sebaik mungkin untuk menaikkan dan menguatkan Islam di negara beliau.

Tips di sini hanya difokuskan kepada usaha-usaha membangunkan Islam bukannya kepada hasil semata-mata. Sebagai contoh, seseorang yang berpangkat besar itu boleh membuat kempen solat berjemaah di masjid besar-besaran. Tapi kalau orang datang tak datang itu lain cerita. Yang penting adalah apa yang dia usahakan dengan pangkat yang diberikan itu.

Contoh terbaik yang boleh kita ambil pengajaran sudah tentulah Firaun Laknatullah. Jadi jika anda berasa hebat dengan pangkat anda, ingatlah kisah Firaun ini. Untuk refresh memori tentang Firaun ni, dia ini adalah seorang yang sangat ujub dengan dirinya, suka membunuh tanpa sebab dan paling teruk teruk lagi siap mengaku sebagai tuhan yang agung. MasyaAllah. Akhir sekali mati hina ditenggelamkan air laut. Kisah yang sangat berguna untuk kita semua mengambil pengajaran akan fitnah pangkat.

4. Harta

Akhir sekali adalah tentang harta dan ia juga pemberian Allah S.W.T. Di dunia akhir zaman ini, kebiasaannya orang yang mempunyai harta yang banyak ini selalunya mereka akan sibuk bekerja. Disebabkan itu, mereka akan kurang untuk mendapat ketiga-ketiga nikmat Allah di atas.

Justeru, sebagai orang yang diberikan harta oleh Allah, mereka sepatutnya menggunakan harta tersebut sebagai tangga ke syurga bukan sebaliknya iaitu semakin banyak harta dia terima, semakin banyaklah harta yang disedekahkan, diinfakkan dan dizakatkan, bukan sebaliknya.

Contoh terbaik juga seorang yang tewas teruk akan fitnah harta berdasarkan al-Quran sudah tentulah kisah Qarun. Dia merupakan seorang yang paling kaya di zamannya. Dia diberi kekayaan yang tidak ada tolak bandingannya di zaman Nabi Musa A.S.

Selepas itu, Qarun terlupa dan terleka dengan nikmat harta tersebut sehingga tidak nampak lagi semua ini pemberian Allah. Bahkan dia mengaku bahawa kesemua harta ini diterima disebabkan kepandaian dia semata-mata bukan pemberiaan Allah. MasyaAllah. Akibatnya, mati hina juga seperti Firaun Laknatullah. Dalil-dalil kisah Qarun dirakamkan di dalam al-Quran adalah seperti di bawah.

Firman Allah tentang kekayaan Qarun yang sangat banyak:

Sesungguhnya Qarun adalah dia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya:

"Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu)."

(Al-Qasas 28:76)

Firman Allah tentang cara sebenar menggunakan harta iaitu untuk mendapatkan akhirat bukan dunia:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia;

Dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan."

(Al-Qasas 28:77)

Firman Allah tentang Qarun apabila dia ditegur kerana terlampau sombong dengan hartanya:

Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku." (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).

(Al-Qasas 28:78)

Kesimpulannya, jika kita tewas dengan fitnah dunia akhir zaman ini, hanya azab yang menunggu kita di akhirat. Ya, mungkin anda akan hidup senang dengan kegagalan anda di dunia akhir zaman ini, tetapi dunia ini hanya sementara. Ingat, dunia ini bukan tempat untuk bersenang-senang. Syurga Allah barulah tempat untuk kita bersenang-lenang. Saya menyeru kepada anda semua supaya saling mengingati antara satu sama lain dan tolong juga ingatkan saya.


Semoga perkongsian 4 tips menghadapi dunia akhir zaman yang juga dikongsikan di laman Facebook ini akan bermanfaat buat anda semua. Insya Allah.