Panduan & Cara Mandi Wajib Yang Betul Lelaki dan Wanita

mandi wajib

Bagaimana cara mandi wajib yang betul dan sah mengikut hukum syarak dalam Islam dan apakah mandi junub yang kita lakukan itu sempurna seperti mana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW?

Di sini dikongsikan panduan mudah yang ringkas yang boleh kita lakukan berserta langkah demi langkah cara mandi wajib, rukun mandi junub dan juga niat mandi wajib yang harus kita semua ketahui.

Kenapa Orang Islam Perlu Mandi Wajib


Adalah penting bagi seorang muslim untuk mandi wajib kerana inilah asas dalam kesucian kehidupan sebagai seorang umat Islam.

Jika mandi wajib tidak sah atau tidak sempurna, semua ibadah kita termasuk solat tentunya tidak akan diterima oleh Allah SWT.

Disebabkan itulah, sebagai umat Islam kita harus faham dan wajib memberikan tumpuan kepada perkara berkaitan dengan mandi wajib ini agar tidak menjadi dosa sekiranya dilakukan dengan tidak betul.

Ada beberapa perkara yang mengharuskan kita untuk melaksanakan mandi wajib dan sebaiknya ia dilakukan dengan segera, antaranya adalah seperti berikut;

1. Bersetubuh atau Berjimak

Tanpa mengira sama ada keluar air mani atau pun tidak. Perkara ini berlaku apabila pasangan lelaki dan perempuan bersama iaitu kedua-dua kemaluan mereka bertemu.

2. Keluar air mani dengan sengaja atau tidak

3. Mati selain daripada mati syahid

4. Kedatangan haid bagi wanita

5. Nifas iaitu darah selepas bersalin

6. Wiladah iaitu bersalin

Rukun Mandi Wajib


Dua rukun mandi wajib yang perlu kita ketahui iaitu;

1. Niat Mandi Wajib (Mengangkat Hadas Besar)

niat mandi wajib

Maksudnya dalam rumi:

Aku berniat mengangkat hadas besar kerana Alla Taala

2. Membasuh Seluruh Anggota Tubuh Badan

Harus memastikan meratakan air ke semua anggota badan termasuk:

  • Kemaluan lelaki dan perempuan depan dan belakang
  • Rambut
  • Semua bulu yang ada di anggota badan
  • Cuping atau kulit telinga

Sekiranya air tidak terkena pada salah satu anggota kita maknanya mandi anda itu tidak sah dan belum sempurna sepenuhnya.

Perkara Wajib dan Sunat Yang Harus Dilakukan Ketika Mandi Wajib


Perkara Wajib

  • Niat
  • Membasuh seluruh badan iaitu zahir termasuk rambut dan kulit

Perkara Sunat

  • Membasuh dengan memulakan kanan terlebih dahulu diikuti kiri
  • Membasuh kedua-dua belah tangan
  • Mencuci kemaluan menggunakan tangan kiri
  • Mengambil wuduk
  • Membasuh rambut di kepala sebanyak tiga kali
  • Membasuh ke bahagian tubuh yang berlipat seperti perut, pusat, ketiak dan telinga
  • Mengosok secara berturut-turut pada anggota badan
  • Membasuh dengan berulang sebanyak tiga kali

Sebaiknya kita mengikuti apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW dan insya Allah mandi wajib yang kita lakukan itu pasti sah dan sempurna walaupun ringkas.

Antara Persoalan Mandi Wajib


1. Apakah beza mandi wajib antara lelaki dan perempuan?

Mandi wajib lelaki dan perempuan tiada perbezaan tetapi kaum wanita haruslah menitikberatkan kebersihan dan kesucian iaitu dengan memastikan air diratakan ke semua bahagian sulit dan rambut.

2. Adakah mandi wajib sah jika mandi tanpa memakai pakaian


Hukum mandi telanjang tanpa seurat benang adalah makruh dan ada pendapat mengatakan ia adalah haram.

Walau bagaimanapun, ianya masih sah mandi jika bertelanjang sekiranya mandi itu tidak dilihat orang atau di tempat yang tertutup secara bersendirian.

3. Adakah kita boleh dengan hanya niat; Sahaja aku mandi hadas besar kerana Allah Taala bagi mandi hadas haid, nifas, wiladah dan junub?

Ia sah dan boleh dilakukan, apabila kita niat mengangkat hadas besar iaitu mandi junub, jadinya terangkatlah semua hadas besar termasuk mandi haid, nifas, wiladah dan sebagainya.

4. Adakah sah mandi wajib dengan menggunakan sabun dan syampu?

Kita disarankan mandi seperti biasa terlebih dahulu kemudiannya mandi wajib.

5. Apakah perlu mandi wajib jika bermimpi tapi tak keluar air mani?

Sekiranya seseorang itu bermimpi dan tidak keluar air mani, adalah tidak perlu baginya untuk mandi wajib.

Perkongsian Cara Mandi Wajib dari JAKIM


cara cara mandi wajib

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua-dua keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat Islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun-rukunnya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun Mandi Wajib

  • Niat.
  • Menghilangkan najis di badan.
  • Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib:

Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.

Atau

Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah:

Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.

Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah:

Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala.


Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah satu anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.

Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu-bulu yang jarang atau lebat.

Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu-bulu dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu-bulu di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yang boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Rambut Yang Diwarnakan Selain Inai

Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna bukan inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yang berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab-sebab seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab-sebabnya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai, laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok-eloknya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


Kesimpulan yang diringkaskan:

  • Mandi dalam keadaan bercangkung dan juga berdiri. Kerana apabila bercangkung celah punggung akan terbuka dan air akan rata dan sampai ke bahagian itu.
  • Mereka yang memakai pewarna rambut selain inai adalah tidak sah mandi wajibnya dan solatnya juga akan tidak sah sekiranya mandi wajib tak sah. Tapi dapat kita lihat ramai perempuan Melayu kita yang beragama Islam memakai dye rambut.
  • Niat mandi wajib mesti semasa air sampai ke anggota badan.
Semoga perkongsian cara mandi wajib atau mandi junub ini akan bermanfaat buat anda.

Ini Sebab Mengapa Rasulullah Suruh Bersihkan Tempat Tidur Sebelum Tidur

Adab tidur mengikut sunnah nabi

Sudahkah anda membiasakan diri dengan membersihkan atau mengibaskan tempat tidur anda dengan kain atau sarung sebelum anda baring dan tidur di atasnya di bilik tidur? Pastinya sebelum tidur anda akan membaca Bismillah sebelum melelapkan mata, bukan?

Tahukah anda mengapa Rasulullah SAW menyuruh semua umatnya membersihkan tempat tidur terlebih dahulu sebelum tidur sama ada di atas tilam atau apa saja tempat tidur? Mungkin ada yang masih tak tahu dan tak mengamalkan sunnah Nabi yang amat baik diamalkan ini.

Rasulullah Suruh Bersihkan Tempat Tidur


Sememangnya ada kajian yang berkaitan dengan tempat tidur serta ada fakta saintifik disebaliknya yang mengaitkan dengan kesihatan tubuh badan kita. Dan apakah ada rahsia tertentu yang berkaitan dengan alam ghaib mengaitkan dengan perkara ini yang akan memudaratkan kita?

Disebabkan perkara itulah kita tidak boleh mengambil mudah atau memandang remeh tentang sunah sebelum tidur dan sebaiknya kita perlu mengambil tahu agar kita tidak membuat kesilapan yang berulang di masa akan datang. Dari sahabat Abu Hurairah ra Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda;

"Apabila salah seorang dari kalian ingin berbaring di tempat tidurnya, hendaklah ia kibas-kibas tempat tidurnya itu dengan sarungnya (kain). Kerana dia tidak tahu apa yang terjadi pada tempat tidurnya setelah ia tinggalkan sebelumnya." (HR Bukhari Muslim)

bersihkan tempat tidur sebelum tidur

Hadis lain sebagai tambahan "Bagi orang yang bangun dari tempat tidurnya kemudian kembali lagi maka dianjurkan untuk mengibasinya kembali." (Sebagaimana hadis riwayat Tirmidzi. 3410)

Sekurang-kurangnya kita ada dua alasan yang munasabah dan amat penting yang menyebabkan kita perlu mengibaskan kain sarung ke atas tilam yang akan kita tiduri itu:

1. Adanya kuman penyakit yang hinggap di tilam, bantal dan selimut yang kita gunakan Malah setiap orang yang tidur di atas tilam pastinya ada sel-sel mati di tubuhnya yang jatuh atau melekat di tempat tidur dan pada ketika seseorang itu terjaga dari tidurnya sel-sel tersebut akan tertinggal di situ.

Ketika orang tersebut tidur semula tapi tidak terlebih dahulu membersihkan tilam yang akan ditidurnya itu, berkemungkinan besar adanya kuman tidak terlihat yang akan memakan sel-sel mati tersebut di atas tilam, selimut dan bantal yang kita gunakan tersebut.

Oleh kerana sebab itulah adalah sangat penting untuk kita mengibaskan katil atau tilam yang akan kita tidur itu terlebih dahulu sebelum tidur bagi memastikan segala kuman atau apa saja yang tidak kita nampak itu hilang dan tidak berada di tempat tidur.

2. Mungkin adanya makhluk halus atau makhluk ghaib yang tidur di atas katil tersebut yang tidak dapat  dilihat dengan mata kasar iaitu jin jahat atau syaitan dan iblis. Tidak ada satu tilam atau tempat tidur pun yang terbentang di dalam satu rumah yang tidak ditiduri oleh manusia, kecuali syaitan akan tidur di atas tilam tersebut.

Orang yang beriman kepada yang ghaib pasti menyedari bahawa kita hidup bersama dengan makhluk ciptaan Allah yang lain yang tak terlihat dengan mata kasar. Oleh sebab itu melakukan sunah Nabi dengan mengibas-ngibaskan tempat tidur dengan kain sarung sebelum tidur sambil membaca Bismillah atau doa sebelum tidur adalah sangat digalakkan.

Amalan dan Doa Sebelum Tidur


Insya Allah kita akan berjaya serta mampu mengelakkan atau menghindari diri kita daripada sebarang gangguan jin, dan godaan iblis dan syaitan yang terkutuk. Inilah antara sunnah yang amat mudah dilakukan yang mempunyai kelebihan dan fadilat sangat besar. Wallahualam.

Mulai hari ini, mari kita amalkan dalam kehidupan seharian kita sebelum tidur iaitu dengan mengibaskan semua tempat tidur kita sama ada di atas tilam atau apa saja jenis tempat tidur sebelum kita menghempaskan badan untuk menghilangkan penat dan mengantuk. Semoga bermanfaat. - Facebook

Doa Untuk Membayar Hutang Agar Dipermudahkan Oleh Allah SWT

Doa lunas hutang

Dalam kehidupan seharian kita pasti tidak akan terlepas daripada menghadapi berbagai masalah yang datang dan pergi. Inilah lumrah alam yang harus dihadapi oleh semua orang dan masalah kewangan iaitu hutang tentunya terus membelenggu mereka yang berhutang dan memikirkan siang dan malam bagaimana cara untuk membayar hutang dengan mudah.

Sebesar mana pun masalah yang kita hadapi dan sesusah mana pun keadaan kewangan kita, adalah wajib untuk kita berusaha dan terus memanjatkan doa serta bertawakal kepada Allah SWT agar dipermudahkan untuk kita membayar hutang. Terus berdoa memohon kepadaNya agar kita dapat selesaikan hutang sebelum kita menutup mata.

Dalam Islam membuat sebarang pinjaman untuk berhutang adalah dibenarkan dengan syarat hutang tersebut tidak mempunyai unsur-unsur riba dan ada perjanjian yang nyata untuk tempoh membayar semula dan turut mempunyai dua orang saksi ketika pinjaman tersebut dilakukan.

doa bebas hutang

Risiko menanggung hutang berkenaan selain memikul tanggungjawab untuk membayarnya adalah bahaya yang amat besar yang akan menimpa pada si penghutang sekiranya hutang itu tidak dibayar. Perkara ini ada disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah, Sabda Rasulullah SAW ;

"Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (yakni dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan."

Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar radiallahuanhu, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

"Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambilkan (ganti) daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham." (Hadis Riwayat Ibnu Majah).

Oleh disebabkan betapa pentingnya hutang itu wajib dibayar disamping kita terus berusaha mencari duit yang secukupnya untuk selesaikan hutang-hutang berkenaan, kita amat digalakkan untuk terus berdoa dan meminta kepada Allah SWT supaya dipermudahkan untuk membayar hutang.

Doa Untuk Membayar Hutang


Ketika zaman Rasulullah dahulu, sahabat-sahabat Rasulullah sendiri juga ada membuat pinjaman kewangan iaitu berhutang dengan orang Yahudi Madinah tanpa riba kerana amat memerlukan atau terdesak menyebabkan mereka terpaksa berhutang.

Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al- Tabrani dengan sanad yang jayyid dalam Bab Doa, Saidina Muaz r.a. pernah mengadu kepada Nabi SAW tentang hutangnya kepada seorang Yahudi. Nabi SAW terus mengajarnya membaca ayat 26-27 Surah Ali-Imran untuk melunaskan hutang-hutangnya yang ditanggung itu.

doa bayar hutang ajaran nabi

Firman Allah SWT maksudnya :

"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki.

Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". (Surah Ali-Imran ayat 26-27)

Inilah antara doa-doa untuk dipermudahkan membayar hutang dan kedua-dua ayat iaitu surah Ali-Imran ayat 26-27 perlu diamalkan dengan membacanya sebelum tidur. Semoga amalan ini mudah-mudahan kita mendapat jalan untuk melangsaikan bebanan hutang dengan cepat dan mudah. (Al Durrul Manthur, tafsir ayat 26-27, surah Ali-Imran)

Perkongsian Mufti Wilayah Persekutuan yang menjawab soalan berkaitan hutang dan menyebutnya, apakah doa agar mudah melangsaikan hutang dan apakah amalan supaya dapat melunaskan hutang dengan mudah. Sebenarnya, terdapat beberapa hadis yang baik untuk diamalkan oleh mereka yang terbeban dengan hutang dan juga doa agar mudah membayar hutang.

Hadis Abu Said al-Khudri RA. Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya:

"Rasulullah SAW telah masuki masjid. Tiba-tiba terdapat seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana. Beliau bertanya: "Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat kau sedang duduk di dalam masjid sedangkan bukan luar waktu solat?"

Abu Umamah menjawab: "Dukacita dan hutang menyelubungiku wahai Rasulullah!"

Rasulullah menjawab: "Mahukah kamu aku ajarkan kepada kamu satu doa jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu."

Abu Umamah menjawab: "Sudah tentu, wahai Rasulullah."

Maka Baginda bersabda: "Bila kamu membaca apa yang aku ajarkan, nescaya Allah hilangkan rasa risau dari dirimu dan melunaskan hutang-hutangmu ketika pagi dan petang."

Doa untuk melangsaikan hutang ini perlu diamalkan pada ketika waktu pagi dan petang dan sebaiknya diamalkan dalam kehidupan seharian. Kita digalakkan menjadikan bacaan doa melunaskan hutang ini sebagai amalan harian tanpa rasa jemu.

doa selesai hutang

Hadis ‘Aisyah R.Anha. Bahawa ‘Aisyah R.Anha memberitahu, bahawa Nabi SAW berdoa dalam solat sebelum salam:

Doa mudah bayar hutang

Imam al-Hafiz Ibn Hajar ada menyebut bahawa makna untuk kalimah maghram ialah dain iaitu hutang. Dikatakan yang dikehendaki dengan al-Maghram ialah apa yang diperhutangkan samaada perkara harus atau tidak, kemudian orang yang berhutang tak mampu untuk membayarnya. Lihat: Ibn Hajar al-Asqalani. Fath al-Bari. jil 2. hlm. 371.

Daripada Suhail, beliau berkata: "Abu Soleh memerintahkan kepada kami apabila salah seorang di antara kami hendak tidur, hendaklah berbaring sebelah kanan kemudian mengucapkan:

Doa agar hutang lunas dan banyak rezeki

doa hapus hutang yang banyak

Baca : Doa Menghilangkan Stres

Untuk pemberi hutang pula, sekiranya orang yang berhutang dengan anda itu tidak berkemampuan untuk membayar hutang dan bukannya dibuat-buat, eloklah berikan tempoh yang sewajarnya atau jika hutang tersebut tidak terlalu banyak, elok dihalalkan saja. Itu lebih baik kerana ada hadis diriwayatkan daripada Abu Hurairah .ra. katanya, Rasulullah bersabda :

"Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah SWT. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan-Nya." (Hadis Riwayat Tirmizi).

6 Adab Jika Kita Berhutang Dengan Orang


  • Usaha nak selesaikan secepat mungkin. Jika ada duit lebih, utamakan bayar hutang.
  • Target nak selesai bayar sebelum tamat tempoh seperti yang telah dijanjikan.
  • Bayar hutang sebelum ditagih oleh pemiutang.
  • Jika ada masalah tak boleh bayar hutang, terus memberitahu pemiutang dan mohon maaf. Jangan senyap je.
  • Jangan pentingkan diri sendiri pergi bercuti sana sini tapi hutang buat tak reti.
  • Jika orang yang memberi hutang itu telah meninggal dunia, bayarlah kepada warisnya.

Hutang wajib dibayar dan tak kira walau satu sen pun ia harus dibayar jika kita meminta untuk berhutang dan berjanji untuk membayar semula. Mengikut hukum dalam Islam sememangnya dosa berhutang sangat berat. Semoga perkongsian doa bayar hutang serta melunaskan, melangsaikan dan menyelesaikan masalah hutang ini akan membantu anda selain memberikan pengetahuan tentang hukum berhutang. Semoga bermanfaat. - ilmualam.com

Doa Menghilangkan Stress, Penenang Hati, Sedih & Gelisah

doa untuk hilangkan stress

Dalam dunia ini pastinya setiap orang mempunyai masalah tersendiri dan tidak akan lari dari buat sebarang kesilapan serta tidak dapat lari daripada ditimpa sebarang musibah dan masalah. Kerana itu ada ketika manusia akan merasa stress atau tertekan, lemah, kecewa, terluka, sedih, gelisah, takut dan menangis sehingga tidak lagi mampu untuk hadapi ujian Allah.

Sebagai umat Islam, percayalah setiap satu masalah pasti ada jalan penyelesaian dan tiada satu perkara pun yang tak dapat diselesaikan dengan bantuan Allah SWT malah tiada apa pun yang dapat menandingi kehendak Allah, oleh itu kita wajib berdoa dan berbagai doa-doa dan zikir dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan.

Doa itu adalah senjata orang mukmin dan dengan berdoa ia dapat memberikan kekuatan kepada sesiapa saja yang lemah malah akan membuatkan orang lain tidak percaya dengan kekuatan kita berserta keyakinan yang tinggi dan juga memberikan keberanian kepada mereka yang dalam ketakutan, itulah keberkatan doa.

Doa Menghilangkan Stress, Penenang Hati, Sedih & Gelisah


Doa Hilangkan Stress

doa menghilangkan kesedihan dan kesusahan

Maksud Dalam Rumi:

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh."

– Sahih Bukhari

Doa Kuatkan Hati

doa tenangkan hati dan kuatkan hati rumi

Maksud Dalam Rumi:

"Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan."

– Hadis Riwayat Tirmidzi

Doa Hilangkan Kesedihan & Kesusahan

doa ketika sedih

Maksud Dalam Rumi:

"Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya."

– Sahih Ibnu Hibban

Doa Mengelakkan Hutang Yang Banyak

doa mengelakkan dan bebas daripada hutang

Maksud Dalam Rumi:

"Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang."

– Sahih Bukhari

Doa Ketika Menghadapi Kesulitan

doa ketika ditimpa kesulitan yang sangat berat

Maksud Dalam Rumi:

"Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri."

– Surah Al-Anbiya’ Ayat 87

Doa Untuk Kecerdikan

doa untuk kecerdasan fikiran dan minda

Maksud Dalam Rumi:

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku."

– Surah Taha Ayat 25-28

Doa Penerang Hati

doa penerang hati dan dipermudahkan urusan

Maksud Dalam Rumi:

"Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami."

– Surah Al-Imran Ayat 173

Zikir Penerang Hati


Sabar dan Positif Hadapi Ujian Allah

Sebagai seorang manusia pasti setiap daripada kita ada ketika merasa kecewa yang teramat sangat dengan keadaan dan situasi yang kita hadapi. Namun, percayalah semua itu adalah ujian daripada Allah SWT yang ingin menguji kekuatan hambaNya supaya kita semua kembali meminta pertolongan dan mengadu serta berserah kepadaNya.

Apa yang paling penting walau sekuat mana tekanan atau stress yang kita hadapi, sesedih mana pun kecewa di hati dan sesakit mana pun di hati, ingatlah sabar adalah wajib bagi kita sebagai orang Islam. Berdoalah dan mengadulah tanpa rasa malu kepada Allah kerana hanya Dia Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Mulai sekarang, marilah kita semua mengamalkan 7 doa pendek ini iaitu untuk menghilangkan stress, sedih, marah, gelisah, takut dan semua perkara yang tidak baik atau negatif dalam diri kita. Jadikanlah semua doa ini sebagai satu amalan, insya Allah berkat usaha dan amalan kita pastinya Allah memberikan bantuan dan perlindungan. Semoga bermanfaat. - Facebook & ilmualam.com

12 Kaum Yang Telah Dibinasakan Oleh Allah SWT

kaum terdahulu yang dibinasakan oleh Allah

Kisah 12 kaum yang telah dibinasakan oleh Allah SWT perlu dijadikan iktibar kepada kita semua. Kisah-kisah umat-umat terdahulu yang kebanyakannya ingkar dengan suruhan Allah telah menerima azab yang dahsyat dan pedih. Itulah antara sebab kenapa kaum terdahulu dibinasakan, jadi kita wajib taat dan patuh serta beriman kepada Allah SWT.

Ikuti perkongsian ini bagaimana ia menceritakan tentang sejarah kaum yang dimusnahkan dan dibinasakan oleh Allah SWT. Kita sebagai manusia wajib dan perlu bersyukur di atas kurniaanNya kepada sehingga ke hari ini. Semoga kita terhindar daripada menjadi golongan yang dilaknat oleh Allah SWT.

12 Kaum Yang Telah Dibinasakan Allah SWT


kaum yang dibinasakan

Kaum Nabi Nuh

Nabi Nuh a.s. adalah rasul Allah yang merupakan keturunan ke sepuluh dari nabi Adam a.s. Diutus oleh Allah SWT di negeri Armenia. Beliau mengajarkan kaumnya untuk menyembah kepada Allah dan melarang kaumnya memperhambakan diri kepada selain Allah.

Mulai usia Nabi Nuh a.s 40 tahun hingga 950 tahun beliau mengembangkan ajaran-ajaran agama Allah SWT akan tetapi manusia di waktu itu tidak mempedulikan seruan dan ajaran agama Allah tersebut. Bahkan sebaliknya mereka memperolok dan membenci Nabi Nuh a.s. sehinggakan hanya sedikit sekali yang ingin beriman kepada Allah SWT.

Untuk hal itu Nabi Nuh a.s. menangis kerana sedihnya di atas keingkaran kaumnya itu. Selama ratusan tahun beliau menjalankan tugas kerasulan, hanya sedikit saja yang mahu beriman kepada Allah SWT. Kerana itulah Allah menyuruh Nabi Nuh a.s. untuk membuat perahu, kerana Allah bermaksud untuk menenggelamkan kaum yang derhaka itu.

Tidak lama setelah selesainya kapal kayu besar Nabi Nuh a.s. Berhembuslah angin taufan yang sangat dahsyat. Hujan turun dengan lebat, mata air bersemburan dari mana-mana yang terus menerus tak henti-hentinya selama berhari-hari. Air pun bertambah tinggi dan bumi berubah menjadi lautan yang sangat luas.

sejarah kaum yang dimusnahkan

Nabi Nuh a.s. melaksanakan perintah Tuhan, naiklah beliau dengan orang-orang yang beriman ke atas bahtera sehingga selamatlah mereka dari banjir yang sangat dahsyat. Di tengah kapal sedang berlayar, tampaklah oleh Nabi Nuh a.s. anaknya yang hampir tenggelam. Maka berserulah Nabi Nuh a.s.

"Hai anakku! naiklah ke kapal bersama kami dan janganlah engkau menjadi manusia yang ingkar terhadap Allah!".

Akan tetapi anak Nabi Nuh a.s. menolak seruan bapanya dan berusaha berenang ke arah gunung. Namun air bah segera menenggelamkannya. Menyaksikan hal itu Nabi Nuh a.s. sangat sedih, begitu sedihnya sehingga Nabi Nuh a.s. menyeru kepada Allah SWT.

"Oh, Tuhanku! anakku telah mati tenggelam, sedangkan ia termasuk keluarga ku, padahal Tuhan telah berjanji akan menyelamatkan kami!"

Allah berfirman: "Hai Nuh! sesungguhnya orang-orang yang derhaka itu bukanlah termasuk keluarga mu!"

Menerima firman Tuhan tersebut, Nabi Nuh a.s. dengan sangat takutnya meminta ampun kepada Allah kerana telah berkata dengan tak tahu apa yang dilarang oleh Allah, iaitu meminta agar anaknya diselamatkan, padahal anaknya termasuk golongan orang yang derhaka. Setelah orang kafir ditelan oleh air, tinggallah orang-orang yang beriman yang mulai menempuh hidup baru di bawah bimbingan Nabi Nuh a.s.

Nabi Nuh a.s. wafat pada usia 950 tahun, akan tetapi selama beliau melaksanakan tugas kerasulannya hanya sedikit sekali yang mahu beriman. (QS Al-Ankabut : 14).

Kaum Nabi Hud

Nabi Hud a.s. adalah keturunan dari nabi Nuh a.s. yang diutus oleh Allah s.w.t. kepada kaumnya 'Ad namanya. Kaum 'Ad adalah umat yang hidup pada zaman itu yang memiliki sifat sangat sombong dan takabur kerana mereka merasa kuat dan pandai membuat bangunan-bangunan yang kukuh. Walau bagaimanpun mereka tetap menyembah berhala.

Adapun kaum 'Ad tersebut telah dibinasakan dengan angin yang sangat dingin lagi amat kencang. Yang mana Allah SWT menimpakan angin tersebut kepada mereka selama tujuh malam dan lapan hari secara terus menerus.

Kerana hal tersebut maka kaum 'Ad mati bergelimpangan seakan-akan mereka adalah batang pohon yang telah tumbang dan hancur, mereka musnah kerana azab dari Allah SWT yang sangat dahsyat dan hal itu terjadi kerana derhakanya mereka kepada Allah SWT.

"Setelah datang siksaan Kami, Kami selamatkan Hud dan orang-orang yang beriman bersama dia dengan rahmat Kami, dan Kami selamatkan pula mereka di akhirat dari azab yang berat." (s. Hud ayat 58)

Setelah terjadi malapetaka yang hebat itu kemudian Nabi Hud a.s. berpindah tempat tinggal di negeri Hadralmaut sampai akhir hayatnya kerana negeri 'Ad sudah hancur rosak dan binasa. (QS Attaubah: 70, Alqamar: 18, Fushshilat: 13, Annajm: 50, Qaaf: 13).

Kaum Nabi Saleh

Nabi Saleh a.s. (صالح) merupakan salah seorang nabi dan rasul dalam Islam dan telah diutus kepada kaum Thamud. Baginda telah diberikan mukjizat iaitu seekor unta betina yang dikeluarkan dari celah batu dengan izin Allah yakni bagi menunjukkan kebesaran Allah S.W.T kepada kaum Thamud.

3 kaum yang dibinasakan allah

Malangnya kaum Thamud masih mengingkari ajaran Nabi Saleh a.s. malah mereka membunuh unta betina tersebut. Akhirnya kaum Thamud dibalas dengan azab yang amat dahsyat iaitu dengan satu tempikan daripada Malaikat Jibril yang menyebabkan tubuh mereka hancur berkecai. (QS ALhijr: 80, Huud: 68, Qaaf: 12).

Kaum Nabi Luth

Nabi Luth adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s. iaitu ayahnya yang bernama Haran bin Terah. Nabi Luth diutuskan sebagai rasul kepada satu kaum yang mendiami sepanjang timur laut (Dari Israel-Yordania), Laut Mati. Ibukota Sodom terletak di Utara Basin, Laut Mati.

Hampir keseluruhan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang, iaitu melakukan hubungan kelamin sesama sejenis iaitu lelaki dengan lelaki yakni meninggalkan perempuan. Perbuatan ini merupakan sesuatu penyelewengan fitrah yang amat buruk.

Nabi Luth telah menyeru mereka untuk menghentikan perbuatan tersebut disamping menyampaikan seruan-seruan Allah, tetapi mereka mengabaikannya dan malah mereka mengingkari kenabiannya. Akhirnya, kaum Nabi Luth dimusnahkan dengan bencana yang sangat mengerikan dan dahsyat. Kejadian ini berlaku pada kira-kira tahun 1800 sebelum Masihi.

Allah mendatangkan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah dan kediaman mereka. Dan, kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah-rumah mereka sendiri. (QS Alsyuaraa: 160, Annaml: 54, Alhijr: 67, Alfurqan: 38, Qaf: 12).

Kaum Nabi Syuaib

Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini telah dihancurkan oleh Allah kerana sikap mereka yang suka melakukan penipuan dan tidak jujur dalam perniagaan. Apabila membeli, mereka meminta dilebihkan dan apabila menjual sentiasa mahu dikurangkan.

Allah mendatangkan azab kepada mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Walau bagaimanapun, mereka cuba untuk berlindung di tempat yang teduh, perkara tersebut tidak mampu menghilangkan rasa panas. Akhirnya, mereka juga binasa. (QS Attaubah: 70, Alhijr: 78, Thaaha: 40, dan Alhajj: 44).

Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang tanah atau padang yang pokok-pokoknya sangat rimbun kehijauan. Kaum ini mengikut sebahagian ahli tafsir disebut pula dengan menyembah hutan tebal. (Aikah) (QS AlHijr: 78, Alsyuaraa: 176, Shaad: 13, Qaaf: 14).

Firaun

Kaum Bani Israil sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutuskan Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Ia akhirnya tewas di Laut Merah dan jasadnya berjaya diselamatkan. Sehingga sekarang dikatakan jasad Firaun masih boleh dilihat di muzium mumia di Mesir. (Albaqarah: 50 dan Yunus: 92).

Ashab Al-Sabt

kaum aad dibinasakan kerana ingkar suruhan Allah

Mereka adalah satu golongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah iaitu untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah akhirnya telah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka meminta rasul Allah untuk mengalihkan ibadah pada hari lain, selain Sabtu. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina. (QS Al-Araaf: 163).

Ashab Al-Rass

Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama Al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Kononnya, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang mengatakan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya mengatakan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada pula yang mengatakan bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang mengatakan, pelanggaran yang mereka lakukan kerana mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam telaga sehingga mereka dibinasakan Allah. (Qs Alfurqan: 38 dan Qaf ayat 12).

Ashab Al-Ukhdud

Ashab Al-Ukhdud adalah satu kaum yang menggali parit dan menolak untuk beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman dihumbankan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang sedang mendukung seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (QS Alburuuj: 4-9).

Ashab Al-Qaryah

Menurut sebahagian ahli tafsir, Ashab Al-Qaryah (satu negeri) adalah penduduk Anthakiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan satu suara yang sangat keras. (QS Yaasiin: 13).

Kaum Tubba’

Tubaa adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada Allah sehingga melampaui batas. Maka, Allah mendatangkan azab kepada mereka sehingga binasa. Kehidupan mereka juga sangat maju salah satunya daripadanya adalah pembendungan air. (QS Addukhan: 37).

Kaum Saba

kaum tubba yang dibinasakan

Mereka diberi berbagai kenikmatan dan rezeki berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pokok yang subur untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Saba. Disebabkan mereka enggan beribadah kepada Allah walaupun sudah diingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah telah menghancurkan bendungan Marib dengan banjir yang sangat besar. (Al-Arim) (QS Saba: 15-19) - Facebook

Semoga perkongsian 12 kaum atau umat manusia yang terdahulu dibinasakan oleh Allah SWT ini dapat kita jadikan iktibar dan peringatan agar kita terus bertakwa kepada Allah SWT. Jauhilah kemaksiatan dan seumpamanya agar hidup kita memperoleh keberkatan dariNya. Semoga bermanfaat. - ilmualam.com

Doa Ketika Memulakan Kerja Awal Pagi atau Berniaga (Sebelum & Selepas)

doa sebelum memulakan kerja awal pagi

Sebelum memulakan kerja, tugas, berniaga, keluar rumah, buat sesuatu atau pun selepas solat, kita digalakkan membaca doa supaya kehidupan kita lebih baik dan diberkati selain memohon kepada Allah agar rezeki yang kita terima itu adalah daripada sumber yang halal. Bacalah doa ketika memulakan kerja sama ada di awal pagi atau sebaliknya.

"Ya Allah, sesungguhnya engkaulah Maha Pengampun lagi Maha Mulia yang menyintai orang yang memohon kemaafan, Ampunilah aku Ya Allah."

"Aku memohon Keampunan kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan kecuali Dia yang Maha hidup dan Maha mendiri sendiri, Aku Bertaubat kepada-Nya."

"Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunilah dosa-dosa kami, dan berikan Rahmat kepada kami."

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang Halal (hingga aku terhindar) dari yang Haram. Kayakanlah aku dengan anugerahMu (hingga aku tidak meminta) kepada selainMu."

Amin ya rabbal alamin.

Doa Sebelum Memulakan Kerja & Perniagaan


doa sebelum memulakan sesuatu pekerjaan

Doa Ketika Mula Berkerja / Berniaga


doa sebelum mulakan tugas atau berniaga

Maksud Dalam Rumi:

"Ya Allah, aku memohon kepada Mu kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya dan aku berlindung pada Mu daripada keburukan pekerjaan ini dan segala keburukan yang ada di dalamnya. Sesungguhnya di atas segala sesuatu itu Engkaulah Yang Maha Berkuasa menentukannya. Aaminn."

Doa Ketika Habis Kerja


Bacaan doa agar kerja dipermudahkan

Maksud Dalam Rumi:

"Ya Allah, aku serahkan pada Mu pekerjaanku dan jiwa ragaku, dan aku bertawakal kepada Engkau Ya Allah. Amin."

Baca : Kelebihan Ayat Seribu Dinar

Amalan dan Tips Murah Rezeki

Perniagaan semakin laris? Kerja dinaikkan pangkat dan gaji bertambah? Apa, doa, amalan, tips dan caranya untuk dapatkan semua tu? Sebenarnya semua ni atas kebijaksanaan kita sendiri selain meminta dan berdoa kepada Allah SWT, tapi antara tips terbaik seperti yang dikongsikan di laman Facebook adalah seperti berikut.

1. Murahkan Senyuman

Ketika berniaga, bertugas atau sebelum berkerja wajib untuk anda murahkan senyuman. Rasulullah SAW  sendiri ketika berniaga amat pemurah dalam memberi senyuman kepada pelanggan dan bakal pelanggan.

Senyuman akan mengundangkan senyuman yang lain. Senyuman akan melembutkan hati rakan sekerja, prospek dan pelanggan untuk membina kemesraan. Jangan lupa, kalau mereka tidak membeli sekali pun, senyuman anda itu satu sedekah!

2. Bantu Rakan, Prospek dan Pelanggan

Apabila kita banyak membantu, nanti orang pula akan membantu kita. Setiap perniagaan adalah penyelesaian kepada sesuatu masalah. Apa sahaja penyelesaian, ia merupakan satu bantuan.

Fikirkan bagaimana perniagaan anda dapat membantu orang ramai. Sama ada sebelum mereka menjadi pelanggan anda atau selepas menjadi pelanggan anda. Lebih banyak perniagaan dapat membantu, maka lebih murah rezeki akan datang kepada perniagaan.

3. Kemas & Bersihkan Tempat Kerja & Berniaga

Sekiranya berkerja atau mempunyai kedai, pastikan pejabat atau kedai dalam keadaan kemas dan bersih sentiasa. Sekiranya menjalankan perniagaan Internet, sama juga. Pastikan meja tempat anda bekerja adalah sentiasa bersih dan kemas.

Keadaan tempat kerja yang kemas akan memudahkan perniagaan untuk menjadi lebih teratur. Kebersihan sekeliling akan memurahkan rezeki. Jangan lupa, kebersihan diri sendiri sebagai pemilik perniagaan juga perlu diutamakan.

4. Amalkan Doa Murah Rezeki Sebelum Kerja atau Berniaga

"Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada Engkau kebaikan hari ini, kemenangan-Nya, pertolongan-Nya, cahaya-Nya, keberkatan-Nya dan petunjuk-Nya. Dan aku memohon perlindungan kepada Engkau dari kejahatan sesuatu yang ada di dalamnya dan kejahatan sesuatu sesudahnya."

Baca : Adab dan Etika Berdoa Dalam Islam

Antara Doa Murah Rezeki Terbaik


Mencari rezeki yang halal, mengharap berkat dan redha Allah. Berbekalkan kudrat tulang empat kerat, bermandi peluh jerih demi memberi nafkah kepada keluarga, anak, isteri atau diri sendiri dan memastikan kelancaran hidup di dunia yang sementara ini.

"Hamba berserah diri kepada Mu ya Allah. Semoga Allah mempermurahkan rezeki hamba-hambaNya yang telah berusaha. Amin. Mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia dan akhirat."

Semoga perkongsian doa sebelum kerja awal pagi dan ketika memulakan pekerjaan serta berniaga berserta doa dan tips murah rezeki ini akan dapat dimanfaatkan. Jadikanlah semua doa mula kerja dan akhir kerja ini sebagai amalan harian agar kita terus dipermudahkan rezeki yang melimpah ruah dengan penuh keberkatan daripada Allah SWT. - ilmualam.com

Koleksi Doa Untuk Kebahagiaan Suami Isteri dan Keluarga

doa untuk kebahagiaan rumah tangga dan keturunan

Koleksi doa kebahagiaan suami isteri dan keluarga. Doa adalah senjata orang Mukmin dan ia juga adalah satu bentuk ibadah yang mana ia menjadi satu perkara asas di dalamnya. Dengan berdoa juga dapat membuktikan keimanan dan kecintaan seseorang terhadap Allah SWT.

Berdoa adalah harapan, meminta atau memohon sesuatu daripada Allah untuk kejayaan, kebaikan, ketenangan, kebahagiaan, kesihatan, kesyukuran dan sebagainya. Doa juga adalah ibadat yang paling agung. Jika kita menghadapi kesukaran, kita wajib berdoa dan janganlah sekalipun merasa ego dengan apa yang kita ada.

Dengan berdoa pastinya kita akan merasa tenang dan yakin bahawa doa kita akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Allah Maha Mendengar dan kepadaNya sahaja tempat kita meminta, meraih simpati dan mengadu nasib tanpa rasa malu. Kita boleh meminta doa untuk keluarga bahagia, suami isteri, anak dan semuanya.

Doa Kebahagiaan Suami Isteri & Keluarga


Doa untuk kebahagiaan suami isteri ini digalakkan dibuat setiap kali selepas solat 5 waktu. Suami diwajibkan sedekah surah Al Fatihah kepada isteri sebanyak sekali dan begitu juga isteri sedekahkan surah Al Fatihah kepada suami satu kali setiap kali setelah selesai menunaikan sembahyang lima waktu. Insya Allah, mustajab dan inilah antara rahsia keluarga bahagia dan kebahagiaan rumah tangga.

doa untuk keluarga bahagia

Maksudnya : "Katakanlah ya Muhammad! "Jika kamu mengasihi Allah, maka hendaklah kamu mengikuto aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang."

Doa Kepada Suami dan Isteri


Doa isteri adalah kunci kejayaan seorang suami. Pasti sejuk hati para suami sekiranya sambil isteri mencium tangan suami di saat suami hendak melangkah ke tempat kerja, lalu mendoakan suaminya sambil memberikan senyuman dengan penuh keikhlasan hati.

Doa isteri amat diperlukan oleh seorang suami bagi mendapatkan kejayaan dunia dan akhirat. DOA seorang isteri untuk suami memang mustajab kerana jika wanita bermunajat, ia memang ikhlas. Usaha yang disusuli dengan doa adalah faktor yang memberi kebahagiaan kepada rumah tangga.

Doa bahagia suami isteri selepas solat

Kepergian suami di pagi hari dalam rangka mencari nafkah dituliskan sebagai pahala jihad oleh Allah SWT. Agar suami anda berangkat jihad dengan lapang dan penuh semangat, maka apa salahnya dan seberapa sulitnya sebagai isteri melayani dan mempersiapkan segala keperluannya.

Kerana Allah menjanjikan dalam HR Bukhari-Muslim:

"Barang siapa menyiapkan perlengkapan orang yang akan berjihad di jalan Allah, maka ia pun dinilai seperti orang yang berjihad."

Isteri perlu banyak berdoa yang baik-baik untuk suami agar suami itu dipermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Berkat doa isteri suami akan sentiasa terhindar dari musibah semasa isteri tiada di sisi. Doa yang baik-baik akan menyatukan hati dengan suami. Jika isteri marah pada suami, tetap doakan yang baik-baik. Pulangannya akan datang kemudian, InsyaaAllah. - Hajah Rohana Saad.

Doa Keluarga Bahagia


doa rumah tangga berkekalan

Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa."

Doa Untuk Rumah Tangga Bahagia


Perselisihan faham, pertengkaran atau pergaduhan kecil adalah adat dalam rumah tangga dan pasangan suami isteri pasti akan melalui perkara ini walau sekali sepanjang perkahwinan. Walau bagaimanapun, apabila bergaduh wajib untuk suami atau isteri mencari jalan penyelesaian dengan memujuk atau menenangkan pasangan.

Memujuk isteri atau suami biasanya agak sukar kerana setiap pasangan mempunyai ego masing-masing. Memujuk bukanlah satu perkara yang mudah dan ia tidak semudah disangka seperti ketika waktu bercinta dulu. Jadi, setiap pasangan harus bijak menyelesaikan ketika pergaduhan berlaku.

doa untuk suami dan isteri

Kawalan emosi adalah perkara utama selain kekuatan mental yang diperlukan, biasanya suami lebih tenang daripada isteri. Manakala isteri biasanya akan habis-habisan membela diri dan ingin dipujuk serta disayangi. Walau apa sekalipun suami juga harus bijak mengawal keadaan agar tidak menjadi lebih teruk lagi.

Antara amalan utama untuk keluarga bahagia yang harus dijadikan amalan harian adalah dengan menggunakan ayat Al-Quran yang wajib dipraktikkan setiap pasangan suami isteri agar rumah tangga terus bahagia dan tenang tanpa sebarang masalah.

Selain doa Nabi Yusuf yang boleh anda amalkan, kami kongsikan juga beberapa Surah Al-Quran yang boleh kita manfaatkan untuk melembutkan hati pasangan suami isteri dan terus menyayangi dan mengasihi kita. Selain itu amalkanlah doa-doa rumah tangga bahagia yang lain untuk terus mengekalkan kasih sayang suami isteri.

Surah Yasin Ayat 36

doa rumah tangga bahagia dunia akhirat

Maksudnya: "Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka atau pun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya."

Surah Al-Hujurat Ayat 13

Koleksi doa keluarga bahagia

Maksudnya: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."

Surah Ali-Imran Ayat 14

Doa mohon kebahagiaan rumah tangga

Maksudnya: "Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak berpikul-pikul dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)."

Syarat Untuk Doa Diterima Allah SWT

Jika ingin doa diterima Allah SWT, berdoalah dengan penuh keikhlasan hati serta yakin. Antara adab-adab berdoa yang betul adalah dengan memulakan puji-pujian kepada Allah SWT terlebih dahulu dan disusuli dengan selawat ke atas Rasulullah SAW.

Baca : Adab dan Etika Berdoa Dalam Islam

Adalah wajib untuk memastikan niat kita diperbetulkan terlebih dahulu sebelum berdoa dan juga cara-cara untuk berdoa wajib dititikberatkan serta hendaklah tidak melanggari syariat yang telah ditetapkan dan dikhususkan dalam Islam.

Semoga perkongsian koleksi doa untuk kebahagiaan suami isteri dan keluarga berserta doa rumah tangga bahagia ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Ketahuilah bahawa Al-Quran adalah kalam yang paling baik dan paling sempurna untuk manusia berhubung dengan Allah SWT iaitu doa. - ilmualam.com

Kelebihan Surah Yasin Ayat 58 Untuk Hajat Dimakbulkan Allah

rahsia surah yasin ayat ke 58

Ramai yang tahu kelebihan dan fadhilat surah Yassin yang sememangnya sangat baik diamalkan malah ia bukan sahaja untuk dibaca ketika ada orang yang meninggal dunia. Adalah sebaiknya kita jadikan surah ini sebagai amalan harian dan surah Yasin ayat 58 pula adalah surah untuk doa dan hajat kita dimakbulkan

Kelebihan Surah Yasin Ayat 58


Barang siapa yang membaca Surah Yasin ayat ke 58 sepenuhnya dengan penuh keikhlasan dan keyakinan iaitu dalam bahasa rumi, Salaamun Qaulan Min Rabbin Rahim, diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat yang baik, insya Allah dengan izin Allah Yang Maha Berkuasa, semua niat dan hajat kita itu akan dikabulkan.

Surah yasin makbulkan hajat

Maksudnya:

(Kepada mereka dikatakan): "Salam", sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang. (Yasin:58)

doa makbulkan hajat
Surah Yassin Ayat 58 - Facebook

Doa Dimakbul Allah


Jika boleh bacaan surah yasin ayat 58 itu niatkan begini:

1. YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku.

2. YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam.

3. YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat.

4. YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini.

5. YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin.

6. YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir dan batin.

7. YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.

Aamiin Ya Allah.


Baca : Kelebihan Surah Yassin

Semoga perkongsian kelebihan dan rahsia surah Yasin ayat ke 58 ini bermanfaat buat anda semua dan sampaikanlah dakwah ini kepada sesiapa saja sama ada sahabat, keluarga dan seramai yang boleh.

Sesungguhnya tiada kerugian jika kita menyebarkan ilmu malah ia amat digalakkan. Ikhlaskan hati kita untuk sampaikan dakwah ini kerana Allah. Dunia ini hanyalah pentas semata-mata dan akhirat jualah tempat yang sebenarnya.

Doa Pembatal Sihir & Ayat Pendinding Diri Dari Gangguan Jin & Syaitan

doa pendinding diri pembatal sihir

Doa pembatal sihir adalah ayat Al-Quran yang perlu diamalkan sebagai ikhtiar untuk mematahkan gangguan sihir, ilmu hitam, jin dan syaitan. Doa dan zikir yang dipetik daripada Surah Yunus, ayat 81 - 82 ini terbukti sangat mujarab untuk menghindari kejahatan makluk halus dan juga pelindung diri.

Selain doa pembatal sihir kami juga kongsikan beberapa doa lain iaitu seperti doa pelindung diri dari sihir daripada ayat-ayat Al-Quran dan surah-surah terpilih untuk anda jadikan sebagai pelindung atau pendinding diri untuk melindungi diri sendiri dan keluarga kita daripada sebarang gangguan sihir.

Doa Pembatal Sihir dan Ayat Pendinding Diri


Doa pembatal sihir yang dikongsikan di bawah adalah hasil perkongsian daripada laman Facebook Anugerah yang telah berkongsi kepada orang ramai bagaimana untuk membatalkan dan menangkis sihir dengan hanya mengamalkan Surah Yunus ayat 81 dan 82 ini.

Ayat pelindung diri


Doa Ruqyah Menghindari Gangguan Sihir dan Syaitan


Berikutnya kami kongsikan juga doa ruqyah yang dikongsikan di laman Facebook Perawat Darussyifa untuk anda yang mencari bagaimana cara untuk mengelakkan daripada gangguan jin, sihir dan syaitan. Sila perdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran berikut;

  1. Al-Muawwizat
  2. Ayat Pembatal Sihir
  3. Ayat Penunduk Sihir
  4. Ayat Pendinding Daripada Sihir
  5. Ayat Pendinding Daripada Syaitan
  6. Ayat Perlindungan Daripada Gangguan Syaitan
  7. Ruqyah Nabawiyah
  8. Doa Menghindari Syaitan
  9. Doa Menghindari Hasutan Syaitan
  10. Doa Menghindar Gangguan Syaitan


Semoga perkongsian doa pembatal sihir, ayat pendinding diri dan juga doa ruqyah untuk menghindari daripada gangguan sihir, jin dan syaitan serta kejahatan makhluk halus ini akan bermanfaat untuk anda dan juga mampu membantu anda untuk mengamalkannya. Semoga bermanfaat. - ilmualam.com

7 Amalan Yang Pahalanya Terus Mengalir Berterusan Tanpa Henti

pahala yang terus mengalir disebut

7 amalan pahala yang terus mengalir berterusan walaupun orang yang melakukan amal jariah tersebut meninggal dunia. Inilah kelebihan amal jariah dalam Islam iaitu antaranya sedekah, menderma, membantu mereka yang memerlukan, mengajar ilmu dan sebagainya yang sememangnya amat disukai Allah SWT.

Amal jariah adalah cara untuk mendapatkan pahala yang berterusan dan pahala itu umpama sungai yang terus mengalir airnya tanpa henti yang mana air adalah sumber yang amat diperlukan oleh setiap orang di dunia ini. Ini dibuktikan dengan hadis yang amat terkenal dari Abu Hurairah yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda;

"Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga jenis perbuatan iaitu sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya." (Hadis Riwayat Muslim).

Walau bagaimanapun, masih ada beberapa lagi perbuatan lain yang tergolong dalam amal jariah dan apa saja amalan yang menjurus ke arah kebaikan adalah amat dituntut oleh agama Islam. Berikutnya adalah 7 amalan pahala mengalir berterusan yang harus kita ketahui dan juga boleh kita amalkan nanti.

7 Amalan Pahala Mengalir Berterusan


1. Mendirikan Masjid

hadis 3 perkara yang ditinggalkan selepas mati

Sesiapa saja yang seikhlas hati mendirikan masjid walau sekecil manapun, dia tetap akan mendapat pahala berterusan setelah masjid berkenaan digunakan oleh orang ramai untuk membuat amal dan ibadah. Malah ganjaran daripada Allah SWT adalah sebuah rumah di syurga kepada mereka yang membina masjid. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).

2. Mengalirkan Air Sungai Untuk Orang Ramai

amalan pahala berterusan

Sesiapa saja yang membantu mengalirkan air sungai yang bersih dengan keikhlasan atau pun menggalikan perigi untuk kepentingan orang ramai. Walaupun selepas kematiannya air itu tetap terjaga dan terus digunakan ramai orang begitulah juga pahalanya berterusan umpama air sungai yang mengalir tanpa henti.

Malah semakin ramai orang yang memanfaatkan telaga atau sungai tersebut, semakin banyaklah ia tetap menerima pahala di akhirat nanti. Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa yang membina telaga dan diminum oleh jin atau burung yang dahaga, maka Allah akan memberikannya pahala di hari kiamat kelak." (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah & Ibnu Majah)

3. Mashaf atau Mushaf (Kitab atau Al-Quran Yang Diwariskan)

Cara mudah dapat pahala berlanjutan

Sesiapa yang menulis atau mewariskan Al-Quran, Kitab Tafsir Al-Quran dan Mashaf iaitu buku-buku agama kepada orang ramai yang memerlukan untuk kebaikan sama ada ahli keluarga, untuk sekolah-sekolah agama dan Maahad Tahfiz serta perpustakaan awam. Selagi semua pemberiannya itu dibaca dan digunakan sebagai bahan rujukan, dia akan mendapat pahala yang berterusan.

4. Harta Yang Disedekahkan

Amalan sedekah jarian

Sesiapa yang sedekah dengan ikhlas hati sebahagian daripada harta bendanya pastinya mendapat pahala yang berlipat ganda. Maksud sedekah harta adalah termasuk mewakafkan tanah untuk pendidikan Islam, tanaman yang menghasilkan buah-buahan, tanah perkuburan, rumah anak yatim, maahad tahfiz dan rumah orang-orang tuan. Selagi harta itu dimanfaatkan selagi itu dia mendapat pahala yang terus mengalir.

5. Mereka Yang Memberikan Ilmu

Contoh sedekah yang boleh diamalkan

Sesiapa yang mengajar atau memberikan ilmu pengetahuan yang amat bermanfaat sama ada melalui pendidikan formal seperti sekolah, universiti dan institusi. Begitu juga pendidikan tak formal seperti tazkirah, perbincangan ilmiah melalui ceramah, masjid, dakwah, program motivasi, tarbiah dan lain-lain yang seumpamanya.

Kategori ini juga termasuk mereka yang menulis buku-buku yang berkualiti dan berilmu, kitab-kitab agama dan juga mereka yang menyebarkan pengetahuan melalui artikel-artikel keagamaan sama ada di laman sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, blog, website dan sebagainya. Sesungguhnya pahala itu tetap ada serta berterusan.

6. Anak Yang Soleh

Cara mudah untuk dapatkan pahala

Mereka atau ibu bapa yang meninggalkan anak yang soleh yang diberikan didikan yang baik dan berpengetahuan agama yang sering membuat kebaikan di dunia serta memperbanyakkan ibadat dan ibadah, yang sering beristighfar dan juga sering mendoakan kebaikan untuk kedua-dua ibu bapanya. Doa seorang anak yang soleh kepada orang tuanya amat mustajab di sisi Allah SWT.

7. Rumah atau Penginapan Disediakan Untuk Musafir

7 amalan pahalanya terus mengalir selepas mati

Membina atau menyediakan rumah musafir dan pondok atau seumpamanya untuk para musafir yang ingin berteduh untuk ke jalan kebaikan adalah satu amalan yang amat dituntut dalam Islam. Jika setiap orang yang menggunakan penginapan tersebut sama ada untuk rehat sekejap atau ingin bermalam dengan tujuan kebaikan bukannya untuk maksiat, pastinya pahala yang besar berterusan akan dapat kepada sesiapa yang membinanya seikhlas hati.

Kategori ini juga termasuk kepada mereka yang membina sebarang wakaf, pondok, tempat menunggu bas atau seumpamanya yang tidak dibina oleh kerajaan, tentunya pahala itu juga akan terus mengalir kepada orang yang membinanya atau yang mengeluarkan perbelanjaan untuk pembinaan tersebut.

Kesimpulan

Sebenarnya dengan bersedekah dapat membantu diri kita setelah kita meninggal dunia iaitu di alam kubur yang mana kita terhindar daripada panasnya keadaan kubur malah terasa lapang dan diberikan keistimewaan kerana berkatnya bersedekah ketika hidup di dunia.

Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya ; "Sesungguhnya sedekah itu benar-benar dapat memadamkan haba panas kubur bagi pelakunya, sesungguhnya oranng mukmin kelak di hari kiamat hanyalah bernaung dalam naungan sedekahnya." (Hadis Riwayat Al-Tabrani)

Walau bagaimanapun, harus diingat setiap sedekah yang ingin kita berikan haruslah dengan penuh keikhlasan bukannya atas sebab untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain atau mempunyai sebab-sebab tertentu. Jika tiada keikhlasan pastinya setiap sedekah anda itu hanyalah sia-sia malah mendapat dosa.

Islam menegah umatnya yang mempunyai sifat kedekut atau bakhil, terlalu mencintai nikmat dunia sehingga alpa asal usul dan juga tidak prihatin terhadap golongan-golongan yang memerlukan bantuan daripada kita. Jika anda salah seorang daripadanya, buangkanlah sifat-sifat yang tidak baik ini dengan segera kerana semuanya masih belum terlambat.

Marilah kita sama-sama memperbaiki diri kita untuk menuju ke jalan Allah dan amalkanlah sedekah walaupun bukan dengan wang ringgit sebagai contoh tenaga misalnya. Walau sesiapa pun kita, miskin atau kaya, kita wajib bersedekah dan jadikan ia sebagai satu amalan yang wajib kita lakukan. Semoga perkongsian 7 amalan pahalanya terus mengalir dan berterusan ini akan memberikan anda ilmu dan pengetahuan. Semoga bermanfaat.  - ilmualam.com